Translate

Mesti Baca

Sabtu, 11 Januari 2014

Celakalah Kepada Pemerintah Yang Menyusahkan Rakyat.

Bagi gua celakalah kepada pemerintah tanpa mengira parti kerana apabila mereka diberi kuasa maka mereka menyalahgunakannya. Semakin hari semakin berat beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat di mana mereka tanpa rasa bersalah mempermain-mainkan rakyat yang memberi mereka kuasa. Rakyat disuruh hidup berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros menggunakan duit rakyat. Adakah rakyat perlu merasa malu di atas kemiskinan mereka yang mana segala usaha mereka setiap hari di kaut oleh kerajaan yang zalim. Kerajaan inilah yang di pertahankan oleh seorang mufti yang mengeluarkan fatwa halal darah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan ini.

Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah bahawa akan ada orang-orang yang bijak agama yang akan menjual agamanya dengan harga yang murah demi kepentingan dirinya. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang merasa cukup malu apabila mendengar ada rakyat mereka yang terpaksa mengikat perut. Kita bukannya mahu kerajaan sehebat dua Umar yang sanggup berjalan malam mencari rakyatnya yang hidup dalam kesusahan sehingga sanggup memikul gandum dan memasaknya untuk diberi makan kepada rakyatnya yang kelaparan atau yang sanggup memadamkan pelita minyak apabila anaknya datang untuk berbincang hal kekeluargaan.

Dalam keadaan rakyat terdesak dengan berbagai alasan diberikan agar rakyat berjimat, mereka sendiri menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mengadakan parti-parti di hotel 5 bintang, melancong keluar negara menggunakan jet-jet mewah milik rakyat. Adakah mereka merasakan tindakan mereka itu betul dengan fatwa songsang seorang mufti yang bergaji berpuluh ribu sebulan sebagai benteng untuk menghalalkan segala salah guna kuasa yang mereka miliki hasil dari tipu daya semasa pilihan raya. Apa yang gua lihat dan perhatikan kebanyakkan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini tidak pernah hidup dalam kemiskinan sejak lahir dan jika ada pun sudah menjadi si Tanggang. Semoga mereka ada hujah untuk menjawab soalan-soalan cepumas di Padang Mahsyar yang mana hakim Nya ialah Allah s.w.t., tuhan sekalian alam yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil.

Ibu terpaksa 'ikat perut', catu belanja harian

"Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lembah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana semuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negatif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah di Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.

Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.

Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa 'ikat perut' dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.

"Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja.

"Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi," jelasnya.

Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.

Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.

"Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.

"Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyeksa rakyat.

"Inikah balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini," jelas beliau dalam nada kesal. Sumber

Jumaat, 10 Januari 2014

Mahathir Sudah Sound Sama Najib/Rosmah, Takkan Tak Faham-Faham.

Mahathir : Saya tak perlu jet besar, mewah

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.

Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.

"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.

“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.

"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.

November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.

Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012. Sumber

Khamis, 9 Januari 2014

Bangga Sangat Kat Rosmah Pakar Boros, Tapi Lain Pula Kata Pakar Ekonomi.

 
Jumlah mereka yang muflis di Malaysia dianggarkan meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan. 

Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.

Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.

"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan  secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.

"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu.

Bagaimanapun, katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.

Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.

Pegawai Ketua Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian, berkata pengguna kad kredit juga harus 'menyalahkan diri sendiri'.

"Di Malaysia hanya separuh pengguna kad kredit membayar lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan iaitu 5% daripada hutang bank setiap bulan, di mana negara lain seperti Korea dan Jepun membayar 89% dan 87%," katanya.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa hutang isi rumah Malaysia iaitu 83.5% adalah antara tertinggi di rantau ini kerana rakyat Malaysia banyak bergantung kepada pinjaman wang bagi pembelian rumah dan kereta serta pembelajaan rumah yang lain.

Ia melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Malik mempunyai hutang sebanyak RM100,000 disebabkan hutang daripada tujuh kad kredit.

Malik, 50, yang berpendapatan RM3,000 sebulan sekarang bergantung kepada AKPK untuk bantuan pengurusan wang.

"Kita hanya membeli barangan harian, barang dapur, petrol, kos baiki kereta, tetapi kerana pendapatan saya tidak cukup untuk membayar hutang, kita menggunakan kad kredit lain untuk membayar hutang kad kredit.
"Sebelum kita sedar, kita hilang kawalan berbelanja,” katanya.

Akhbar itu berkata, seorang jurujual berusia 26 tahun kini bertungkus lumus membayar hutang sebanyak RM10,000 yang dipinjamnya untuk membayar bil hospital ketika beliau ditimpa kemalangan.

Beliau hanya berpendapatan RM2,300 dan tidak mempunyai sebarang kad kredit, tetapi beliau tetap menerima bantuan AKPK.

"Orang seperti kami tidak hidup dalam kemewahan. Sedangkan insurans pun adalah satu kemewahan,” katanya.

Sejak tahun lalu, Putrajaya mengumumkan langkah penjimatan selepas tekanan meningkat daripada defisit kewangan negara, yang membuatkan hutang negara tinggi.

Antaranya adalah memotong subsidi untuk minyak, gula dan menaikkan harga cukai untuk tembakau.

Tarif Elektrik dan cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur juga dinaikkan dan kini Putrajaya sedang berbincang kenaikan kadar tol dan tambang pengangkutan awam tahun ini.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga diumumkan dalam Bajet 2014 dan akan dikuatkuasakan April tahun depan.

Rabu, 8 Januari 2014

Gopoh Atau Sudah Naik Lemak


MP: Trio DAP jangan campur urusan Islam

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata tidak wajar tiga ADUN DAP Selangor "campur tangan" apabila mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri itu dipinda.

Menyifatkan pindaan enakmen itu sebagai "urusan orang Islam", Khalid - yang mencetuskan kontroversi hampir sama pada 2010 – berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, sekali gus memburukkan lagi suasana.

"Sepertimana mereka tidak mahu orang Islam campur tangan dalam urusan agama bukan Islam, begitu juga orang Islam tidak mahu lihat campur tangan bukan Islam dalam urusan agama Islam.

"Tindakan mereka akan bercanggah dengan prinsip yang mereka perjuangkan sendiri. Malahan ia akan digunakan untuk memburukkan keadaannya lagi," katanya melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas tindakan tiga ADUN DAP Selangor – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – yang mahu enakmen itu dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu diutarakan ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu.

Khalid mencadangkan ketiga-tiga ADUN itu bersabar dan memberi keyakinan kepada umat Islam untuk membebaskan diri dari “permainan politik golongan tertentu” yang ingin peralatkan Islam sebagai alat adu-domba dan perbalahan.

"Usaha pembebasan umat Islam dari keadaan Islam diperalatkan oleh golongan yang bertopengkan Islam perlu dilakukan dan dijayakan oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan dari umat lain.

"Ini saya yakin akan tercapai kerana Islam sememangnya mengajar umatnya untuk menghormati hak agama lain,” katanya yang juga pemimpin PAS Selangor.

Kenyataan tiga trio itu dikecam pelbagai NGO, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS kerana didakwa bertindak "gopoh". Sumber

Masih Belum Terlambat Buat Umno, Celaka dan Lahanat Buat Hishamudin Rais (TT).


Isu serbuan oleh JAIS terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) telah mengundang kecaman berbagai pihak yang mana isu ini ada pro dan kontranya. Sebenarnya masalah kalimah 'Allah' yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan di antara masyarakat Islam dan Kristian masih belum terlambat untuk mencari jalan penyelesaiannya sekira Umno benar-benar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Masalahnya ialah kerana keegoan dan keangkuhan yang masih menebal pada pemikiran para pemimpin Umno yang kononnya hebat seperti mana pengakuan Najib di atas pujian pemimpin asing tentang kerukunan negara. Hakikatnya para pemimpin dunia tidak mendapat maklumat yang tepat tentang keadaan negara ketika ini.

PAS sudah berkali-kali mengajak Umno untuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah ketika Umno Melayu yang mengaku Islam masih memiliki kuasa. Di situlah terletaknya jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya kerana ia sudah terbukti oleh sejarah malah Rasulullah s.a.w. sendiri menyeru agar kembali kepada dua perkara ini sekiranya kamu berpecah belah. Adakah dengan adanya Tok Pati dengan fatwa songsangnya, Umno merasakan yang mereka adalah di pihak benar dan barang siapa yang berdemo maka halal darahnya. 

Hukum Allah adalah sebagai pedoman buat semua walau pun ada Melayu Sosialis yang mempersendakan-sendakannya tetapi Peristiwa Baling, yang mengaku bijak inilah yang mula-mula melarikan diri keluar negara dengan tajaan kerajaan Australia. Gua cukup terasa akan kebiadapan beliau yang mempersendakan tentang janji 72 bidadari oleh Allah s.w.t. yang mati berjihad dijalannya Baca Sini

Masalah anak rajagopal nak buat maksiat lantak dia ler walau pun si bapa telah berjanji untuk melaksanakan Hukum Hudud di negaranya. Bila pemikiran sosialis yang berpaksikan Yahudi Karl Mark maka  benarlah akan ayat 'Bagi kamu agama kamu bagiku agamaku' dan lu sendiri boleh menilai bagaimana pegangan Hishamudin Rais atau TT Saksikan. Gua dulu memang mengagumi beliau walau pun gua tahu yang beliau seorang pengecut dan dengan kenyataan beliau ini maka gua terpaksa berbalah. Lahanat baginya yang hanya melihat kelemahan pemerintahan Islam tanpa mengambil kira kebaikan yang banyak di mana mungkin Salman Rushdie lebih jantan dari Tukar Tiub yang lebih berani menyerang secara berhadapan.

ADUN DAP pertahan cadangan pinda  enakmen Selangor

Seorang daripada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang dikecam pelbagai NGO, termasuk ketua pembangkang kerana mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 di Selangor dipinda, tetap mempertahankan pendiriannya.

ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin (kiri) berkata, perkara itu pandangan peribadi mereka, ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).

“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu.”

Pada Jumaat, Yeo bersama ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan enakmen itu dipinda supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahad, 5 Januari 2014

Jangan Terpedaya Provokasi Kalimah Allah.

Abdul Hadi Awang
Haji Hadi

Pas mengingatkan ahli, penyokong dan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah ALLAH.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya perkara ini digembar-gemburkan, dikhuatiri rakyat akan terlupa dengan isu kenaikan harga barang pada tahun ini yang kian membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH) diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.

“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor.

Isu itu berlaku selepas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam supaya memberi mengutamakan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini.

Menurutnya, dalam isu kalimah ALLAH itu, umat Islam perlu memberi kefahaman yang sewajarnya kepada masyarakat bukan beragama Islam berdasarkan pendekatan ilmu.

“Tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah pembawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH SWT.

“Pas akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah,” katanya lagi.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...