Translate

Mesti Baca

Khamis, 2 Oktober 2014

Terima Kasih BN, Gua Sudah Kena Kencing.


Terima kasih kerajaan yang disayangi kerana keperihatian yang bersungguh demi membantu rakyat yang semakin hari semakin miskin. Orang kampung yang buta huruf pun boleh kata yang kerajaan memang bijak bila nak naikkan harga barang/perkhidmatan, mereka hanya naik satu barang sahaja iaitu minyak. Dengan kenaikan minyak maka harga semua barang dan perkhidmatan akan menyusul walau pun berpuluh kali kerajaan memberi jaminan yang masalah itu akan terkawal.

Mana barua-barua Umno/BN untuk mempertahankan yang tindakan kerajaan nih adalah paling bijaksana. Tok Jib hanya pandai pujuk dengan BR1M, BR1M, BR1M dan BR1M yang akan memamaikan sementara pemikiran cerdik pendokong Umno/BN. Kononnya dengan pemotongan subsidi minyak, kerajaan masih perlu RM 21 bilion untuk subsidi minyak.

Mungkin kerana kereta keluaran terbaru Perodua, Axia yang dikatakan kereta paling jimat minyak dengan kadar 21km/liter yang membuatkan kerajaan menaikkan harga minyak. Nampak gayanya kena pakai kereta Axia dengan harga RM26,XXX. Mungkin kalau tanya barua-barua jawapannya ialah mudah, beli Perodua. Inilah standard pemikiran bodoh yang masih buta hati dengan segala momokan bertuhankan 1 Malaysia.

Cukuplah memperbodohkan rakyat janji-janji palsu di mana kerajaan BN dapat mengawal keadaan yang mana realitinya adakah kerajaan BN akan membiarkan kroni-kroni mereka kurang keuntungan. Inilah padahnya bila kerajaan berbelanja besar di PRK Pengkalan Kubor dan rakyat menjadi mangsanya. Adakah berbaloi dengan seunit mikroware dengan kenaikan Ron95 (sebenarnya hanya standard Ron91) dan diesel sebanyak 20 sen. 

Cukup dengan alasan-alasan bodoh setiap kali menaikkan harga barang kerana alasan itu untuk yang berkarat biru sahaja. Rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan dan kemenangan di Pengkalan Kubor bukan ukuran untuk mengatakan kerajaan Umno/BN semakin popular. Bagi yang cerdik bila kerajaan bagi ambil kerana ia memang milik rakyat dan bagi yang bodoh pula mereka meletak sendiri nilai harga diri dengan seunit mikroware atau BR1M RM600, itulah harga diri mereka. Kebodohan yang tidak boleh dipulihkan lagi kerana karat biru dah terlalu tebal untuk dikikis./GANR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown dick says: melayu mudah lupa kesan keputusan PRU13 tahun lepas. Mampos Melayu. Kesian aku kat golongan2 petani, penoreh, pekebun, nelayan, jaga dan laen2 TERMASOK AKU (yang boleh diberi notis berenti keje bila2 masa sebab keje dgn swasta)

Ahmad Basri berkata...

Minyak naik ni disrbabkn Anwar Ibrahim tak tau nk jadi pemimpin kaPutrajaya.
Anwar yang biarkn isteri Big Mama jadi PM.
Jika tk percaya tanya Dr.M.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...