Translate

Mesti Baca

Ahad, 7 September 2014

TGHH Semakin Muda Bersama Dengan Fitnah Yang Semakin Hebat.


Kalu perangai macam celaka, adakah lu all masih mempertahankan mereka tanpa mengira dari mana datangnya mereka baik parti mahu pun ideologi. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh media massa yang PKR belum menghantar senarai nama untuk jawatan MB Selangor kerana Ketum berada diluar negara. Inikah sikap seorang yang mengaku sebagai pemimpin Agung dalam politik. 

Sultan Selangor sudah memberi banyak masa kepada 3 pemimpin tertinggi Pakatan untuk menyerahkan nama-nama itu. Tiba-tiba kedengaran yang Ketum berada di luar negara maka nama dari PKR di tangguhkan hampir tujuh hari menunggu pemimpin Agung Pakatan pulang. Tidakkah tindakan Ketum amat biadab kerana Sultan pula terpaksa menunggu Ketum yang akan menyakitkan hati rakyat Selangor di atas kesombongan Ketum yang masih belum berkuasa.

Mungkin macai-macai Ketum akan bersorak sakan dengan tindakan berani tidak bertempat Ketum. Macai-macai Ketum dalam PAS mula kepanasan bila Majlis Syura Ulama PAS (MSU PAS) menyembunyikan 3 nama yang dihantar kepada Sultan Selangor. Mat Sabu menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak dimaklumkan 3 nama tersebut sehingga beliau mengeluarkan kenyataan serkup jarang kononnya 3 nama itu adalah dari adun-adun PAS.

Di sinilah akar umbi boleh membuat andaian siapakah pengkhianat yang bersarang dalam PAS dan hanya ahli Majlis Syura Ulama sahaja yang boleh memegang amanah. Walau pun Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS tetapi ia tidak melayakannya menjadi ahli MSU PAS. Jerat yang dipasang oleh MSU PAS telah berjaya menjerat macai-macai Ketum yang bersarang dalam PAS.

Sekarang ramai blogger PKR dan PAS yang condong kepada Ketum mula melakukan serangan demi serangan terhadap TGHH yang selama ini banyak membisu. Antara serangan terbaru mereka ialah bila ucapan TGHH disiarkan oleh media pencacai Umno, Utusan Meloya dan TV 3 suku sehinggakan Kambing berjanggut pun dah laung 'Allahuakbar' dan 'Hidup PAS'. Bila isu ini dimainkan oleh para blogger macai Ketum maka lu boleh agak maksud mereka iaitu PAS masih tergila nak berUG dengan Umno.

Selama ini PAS menyimpan rahsia yang dibuat oleh PKR dan DAP demi menjaga maruah kawan dalam dalam Pakatan. Apabila Rafizi mendedahkan pertemuan PAS dengan Ku Li semasa PRU13 dalam satu sidang akhbar bersama Hanipa Maidin yang membuatkan AJK PAS Pusat itu mengeluarkan kenyataan yang beliau orang pertama yang akan menentangnya jika beliau mengetahuinya. Inilah adalah wajah di antara parasit yang bersarang dalam PAS bercakap tanpa usul periksa, nama jer loyar tapi hampessss.

Akhirnya TGHH terpaksa mengeluarkan cerita sebenar di sebalik perjumpaan dengan Ku Li setelah berbagai fitnah dilontarkan untuk memburuk-burukkan kawan. Rupanya PAS telah di nasihatkan kawan untuk berjumpa dengan Ku Li setelah PKR dan DAP yang mendahului PAS gagal memujuk Ku Li. Ini yang membuatkan tukang fitnah kepanasan bila rahsia sebenar terbongkar.

Lagu lama dengan irama baru mula dimainkan semula berkaitan dengan pemerintahan PAS Terengganu, Kedah yang hanya bertahan sepenggalkan sahaja untuk menunjukkan yang PAS tidak layak memerintah. Kalu dah celaka maka cerita pun jadi lebih celaka walau pun iramanya diubah. Sedarkah yang mengaku pakar strategi atau blogger politik hebat, pada masa itu Umno menamakan Pak Lah 'Mister Clean' mengantikan Mahathir sehinggakan BN berjaya menawan semula Terengganu dan hampir merampas Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi ajer.

Gua nak tanya macai dan blogger Ketum berapa kerusi yang PKR dapat pertahankan. Jika tidak kerana kubu kuat Ketum di Permatang Pauh, PKR pasti berkubur kerana pada masa itu Ketum tidak relevan dihati pengundi. Jika di Kelantan ada adun dari PKR gua pasti Kelantan akan tumbang tetapi Allah S.W.T telah menentukan yang kita hanya boleh berusaha tetapi Allah S.W.T yang menentukan. 

Lihat bagaimana kerajaan Pakatan Perak yang hanya bertahan 10 bulan sahaja kerana 2 ekor pelacur yang melacurkan diri demi imbuhan wang ringgit. Kemarahan yang membuak-buak pengundi Perak sehinggakan pengalisis politik sanggup mengatakan yang PR akan menang besar pada PRU13 nanti tetapi adakah ianya berlaku?. 

Tidak dinafikan kemenangan PAS di Terengganu disebabkan aura wangi yang dibawa oleh Ketum sedangkan Terengganu adalah kubu kuat Umno selepas PAS menang pada tahun 1959. Jika Terengganu sebagai alasan untuk membenarkan hujah-hujah bodoh blogger-blogger macai Ketum, gua sarankan lu kaji semula hujah bodoh lu tuh. Dan di Kedah pula bukan kerana kelemahan pentadbiran Al-Marhum Ustaz Azizan yang bekerja keras sehingga tidak menghiraukan kesakitan yang beliau alami yang kesudahannya Al-Marhum dipanggil Ilahi adalah disebabkan beliau ditikam oleh orang yang beliau percayainya. 

Sekarang kawan yang menjadi gunting dalam lipatan memang mempunyai cita-cita yang amat besar dan Allah S.W.T telah memaparkan siapa sebenarnya orang yang bernama Phahrurazi dengan Pasmanya (gua mula-mula ingatkan TV Plasma). Inilah bahtera yang bakal dinaiki oleh manusia yang mengatakan siapa yang tak sokong PR tolong keluar dari PAS.

Bagi gua bila PAS menghantar 3 nama untuk jawatan MB Selangor tidak melanggar mana-mana persetujuan pada 17 Ogos lalu. Presiden memang berhak menamakan sesiapa sahaja kerana surat dari Istana merujuk kepada Pemimpin tertinggi dari PKR, DAP dan PAS. Memang semua setuju dengan 2 nama yang TGHH berikan iaitu Azizah dan Azmin tetapi nama Azizah sudah awal-awal ditolak oleh Sultan yang tidak mahu MBnya adalah MB kawalan jauh dan Azmin pula menolak pencalonan dari PAS. 

Tidakkah logik bila PAS menghantar tambahan 1 nama lagi kerana satu ditolak satu menolak, so siapa lagi pilihan Sultan. Apa yang menjadi masalah besar dalam krisis Selangor adalah Ketum pemimpin Agung yang dipuja oleh sekular, sosiolis, komunis, kapitalis dan yang sewaktu dengannya. Mereka berhujah yang PAS yang kalah besar jika keluar dari PR. Siapa sebenarnya yang takut kerana PAS sudah biasa dengan kekalahan tetapi adakah PR akan kuat tanpa PAS. 

Mungkin jika PAS ditendang keluar yang selalu PAS alami, Pasma boleh mengganti PAS kerana mengikut khabar berita bakal parti baru nih lebih hebat dari PAS kerana dari Mursidul Am hingga ke AJK semuanya di kalangan jeneral-jeneral pencen PAS. Mereka memiliki blogger-blogger yang terlalu hebat dari SB, 1G, alkuysen, cipan, adukataraguna, TT (pelarian politik) termasuk loyar-loyar buruk yang sehebat mendiang Karpal dan ramai lagi untuk gua namakan.

Percayalah bahawa lu akan membaca berbagai fitnah terhadap PAS dan yang paling hebat akan diserang ialah badan tubuh TGHH. Walau pun blogger seperti gua tidak ramai tetapi gua percaya masih ada lagi bersama gua untuk mempertahankan fitnah-fitnah mereka seperti beberapa nama yang gua jamin akan mempertahankan TGHH iaitu FZT, Anak SengatMusafirlalu sekadar beberapa nama.

Oleh itu gua mengharapkan bersama akar umbi PAS, agar pada Muktamar Pemilihan tahun depan PAS perlu melakukan pembersihan secara total tanpa mengira jawatan dan kehebatan mereka. Akar umbi yang bekerja keras dengan kudrat dan wang ringgit tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan dunia ingin melihat PAS diperkasakan semula. Bila akar umbi bersuara bermakna mereka tidak gerun dengan kekalahan kerana mereka telah diajar bahawa Islam menang bukan dengan jalan mudah./GANR

4 ulasan:

Monkey Shooter berkata...

Kamu mahu mempertahankan TGHH tapi kamu juga mahu menjatuhkan maruah Anwar dengan pangilan begitu? Adakah mengatakan individu lain mengedar pil kuda atau berfahaman lenin itu bukan satu fitnah? Barangkali kewujudan Muhammad SAW pun kamu katakan ianya satu penipuan(fitnah)? Kalau kamu faham mengapa blog "pariah" macam kamu dan 2 ke tiga ekor lagi kurang pengunjungnya? Sebabnya kamu menulis tak pakai otak yang di kepala, tapi pakai otak yang di kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...otak kapla lutut selayaknya...

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong saudara blogger dan mmg sependapat dgn sy mengenai 3 calon mb.. satu ditolak dan satu lg menolak.. Setakat ini sy x nmpk di mana sil5spnya TGHH.. 4 exco dikekalkn adalah keputusan yg brilliant.. pd pendapat sy, seorg pun adun pkr sgor sediada x layak utk jawatan mb hatta azmin ali sekalipun... sbb tu kena letak calun baru utk kajang.

Tanpa Nama berkata...

Saya akan tetap menyokong kepimpinanan TGHH sehinggalah beliau didapati bersalah kerana melanggar hukum-hukum syarak.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...