Translate

Mesti Baca

Isnin, 8 September 2014

Rupanya Blogger Alhusseyn Sudah Awal-Awal UG Dengan Umno.

 SMS yang dihantar kepada ahli Umno untuk hadir yang mana PAS Cawangan Sungai Rokam.

Gua tidak akan dedahkan sumber yang gua dapat tetapi gua jamin inilah SMS yang dihantar kepada ahli Umno dan gua tidak tahu berapa ramai ahli Umno yang mendapat SMS ini. Adakah lu faham makna SMS di atas?. Ia adalah jemputan untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PAS Cawangan Sungai Rokam yang mana pengerusinya ialah Cikgu Ali atau nama bloggernya Alhusseyn.

Sebenarnya gua sudah lama menyimpan SMS ini jika mengikut tarikhnya ialah 15/9/2013 iaitu sudah hampir satu tahun gua simpan. Gua terpaksa sebarkan setelah tuduhan-tuduhan yang beliau lakukan terhadap TGHH, presiden parti beliau yang sah yang telah beliau jadikannya sebagai musuh beliau nombor wahid. Kenapa gua kata begitu ialah bila Ustaz Ahmad Awang yang gua sendiri hormati dikaitkan dengan penubuhan Pasma yang beliau anggap satu fitnah. Gua rasa beliau memang layak bersama dengan Pasma jika dah rasa diri hebat sangat.

Beliau bukan main melenting dengan melemparkan yang fitnah itu datangnya dari kelompok UG atau bahasa mudahnya dari kalangan penyokong TGHH tanpa usul periksa. Berbagai mana perkara beliau ungkitkan tetapi beliau sendiri berUG dalam gelap dengan Umno dan buktinya tertera di atas. Dia ingin rahsia orang sajer dia tahu, rahsia dia orang tak tahu ker.

Gua tak kata dia salah untuk mempertahankan Ustaz Ahmad Awang kerana mungkin beliau kenal akan badan tubuh pujaannya tetapi beliau pun perlu ingat orang yang mempertahankan TGHH kerana mereka pun tahu siapa TGHH dan badan tubuhnya. Apa yang gua paparkan setelah dua komen gua kepada artikel beliau dia tanam dalam-dalam. Kalu dah anti sangat dengan TGHH, keluar parti jadi ajk Pasma atau letak calon hebat lu tanding jawatan Presiden. Lu macam ayam telur sebiji riuh sekampung, berani bersuara selepas pemilihan sudah berlaku mula menunjuk ketidak puas hati atau lu sudah jadi macai Ketum.

Gua nak tanya lu, adakah lu sudah meninggalkan jemaah asal lu Alqam atau lu masuk PAS demi menyelamatkan diri lu dari diangkut dalam operasi bebas-besaran penangkapan pengikut Alqam sehingga pengharamannya. Bukan main rancak serangan lu terhadap pucuk pimpinan tinggi PAS sehinggakan perlembagaan PAS pun lu belum khatan-khatan lagi. Masih tak faham kuasa presiden sendiri, memang beliau dilantik tetapi perlembagaan PAS sudah menetapkan yang Presiden mempunyai kuasa bukan macam kata Mat Sabu, hanya kenyataan peribadi sahaja.

Jika nak tahu bagaimana nak cari blogger pengecut, inilah orangnya kerana apa gua kate gitu pasai kalu lu baca artikelnya tentang isu-isu yang berat, beliau akan mengambil sumbernya sahaja dan beliau hanya ubah tajuk jer. Supaya jika ada tindakan terhadap artikel itu, senang beliau berlepas tangan dengan alasan ia adalah dari sumber sekian-sekian, itulah perangai blogger Alhusseyn. Gua tak nak nafikan akan sedikit dari jasanya dengan kekalahan Midah.

Beliau hanya berani bersilat pulut dengan Midah jer dan kekalahan Midah pun bukan kerana kerja keras beliau. Apabila berlaku krisis kerajaan Perak, apa yang beliau sumbangkan untuk PR dan jika beliau benar-benar hebat kenapa beliau tidak bersama dengan Albanjari didalam bilik media yang bertungkus lumus menyalurkan berita. Jika beliau rasa hebat kenapa Perak sampai sekarang tak menang jika mengikut perkiraan bijaknya, PR akan menang besar kerana rakyat Perak sudah hilang kepercayaan terhadap BN. Itu pun masih nak menyibuk kat negeri orang, negeri sendiri pun tak terurus.

Tanyalah Albanjari jika lu tidak percaya, walau pun gua duk di Selangor gua pun tahu serba sedikit siapa sebenar Alhusseyn yang dikatakan seorang blogger  a.k.a. Cikgu Pencen a.k.a. pengikut Abuya .yang hebat dalam penulisannya. Bagi gua yang hanya dianggap blogger nyamuk ni menyarankan agar parasit Sungai Rokam patut disingkirkan. Bukan semua jemaah PAS Cawangan Sungai Rokam bersependapat dengannya yang sudah lama gua dengar.

Inilah di antara yang ratib UG UG UG UG setiap hari tapi menuduh penyokong TGHH yang dok gila nak berUG dengan Umno. PAS tak ingin dan tidak akan sesekali bersama dengan Umno dan peristiwa PAS bersama Perikatan dan BN pun sampai sekarang orang tak tahu siapa dalang yang membawa PAS bersama Umno. Untuk memperbetulkan tentang ratib UG UG UG itu bukan dari PAS Terengganu atau TGHH tetapi dari blogger yang hebat, Alhusseyn.

Jika gua sudah menunjukkan salah seorang anggotanya maka lu all sendiri boleh menjangka siapa lagi di kalangan mereka. SMS di atas adalah benar dan gua tidak ada menambah walau satu ayat pun kerana gua ada membuat pembandingan dengan ahli PAS Sungai Rokam. Bila berak tu pandai-pandai sapu, jangan tinggal kat orang lain untuk membersihkannya./GANR

25 ulasan:

Monkey Shooter berkata...

Selepas jenuh kamu tak mampu nak basuh berak Hadi Awang yang berterabur itu maka kamu nak serang peribadi Blogger Al-Hussyen pulak? Sedangkan blogger tersebut banyak copy and paste sahaja dari blog lain untuk tatapan umum. Ini membuktikan kamu dah kering idea untuk menyerang UMNO, lalu kamu serang rakan sendiri....Buat malu sahaja kamu ini kerana Ai-Hussyen itu jauh lebih berkredibiliti dari kamu dan berani meletakkan sesuatu kebenaran. Lebih baik bekas Al-Arqam daripada bekas pengikut Ayah Pin (seperti kamu).

Tanpa Nama berkata...

Ulamak takut allah...ularmak takut anuwar...tgk rumah ularmak dgn rumah ketum pun dh tau beza. Nak yg kejar dunia atau yg kejar dunia.

kapt_shiqaqi berkata...

telo tembelang cikgu ali pencen dah membusuk hahaha..ni kalu baling kat anjing belaan setahun tak menyalak ni hahaha

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Bodoh betoi ler si monkey, bila pula alkyusen tu kawan gua dan gua pun bukan ahli PAS cuma gua sokong PAS jer. Nama pun monkey tapi bodoh, alkusyen copy paste pasai dia tu pengecut nak tulis sendiri tapi kenapa tajuk diubah. Bila kena saman senang nak lepas diri... kalu dah namanya monkey bagi pisang diam ler atau letak belacan kat hidung baru tahu.. UG UG UG UG alkusyen sedang ratib.

Tanpa Nama berkata...

Yang nak buang MB Selangor PKR.
Yang dihentam PAS.
Satu Malaysia dah tau.

Monkey Shooter berkata...

Trm kasih kerana siarkan juga komen aku yang jahil ini (Blog penuh dengan mukadimah Ayat Al-Quran, tapi penulisnya bersifat Munafik) . Permulaanya nak tanya, ada aku tulis kamu itu ahli PAS? Maksud Monkey Shooter itu apa? Yang aku tembak itu adalah Monkey (beruk) seperti kamulah.....Terloncat-loncat nak serang peribadi (sebab dah kering idea atau Nakhoda kapal yang kamu naik dah mabuk dek Santau UMNO). Nak fitnah pun biarlah ada fakta yang nyata dan sistematik. Ini apa? Kamu sedialah terima komen Al-Hussyen pula selepas ini?

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Hailo bhai... blog gua gua nih tiada tapisan dari gua dan lu ingat gua takut nak terima komen dari alkusyen yang lu tak tahu sebelum gua keluarkan sms nih dua komen gua dah hantar kat blog alkusyen tapi satu pun tak berani nak siar.
Lu ingat gua fitnah dia ker dengan sms nih.... gua sajer malas nak siar dulu-dulu lagi tapi bila dua komen gua tentang sms tak tersiar maka gua terpaksa ler siar. Gua agak lu yang terloncat-loncat bila blogger pujaan lu dah di shooter oleh gua dan gua memang menunggu komen dari alkusyen.

Tanpa Nama berkata...

hussain ni pelek duduk dlm pas tapi hentam presiden..join je keadilan tp hussain sendiri tak yakin dgn keadilan...hussain otak duk di lutut

Tanpa Nama berkata...

wau, bro! alhusseyn yang "mulia" telah panggil ko "pundek" tuh.

Bro, aku nak emel sesuatu kat ko. aku hantar kat bebaskanmalaysia@yahoo.com. emel ni aktif tak.

lagi satu bro, setiap kali ko keluar artikel ko letak le kenyataan wong chen tentang anwar nak ug dgn bn tu, dlm bentuk video ke gif ke. agak2 beruk2 ni terlupa, kita kasi ingatkan sama mereka.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Biar ler dia nak panggil aper pun asal gula dalam darah tak naik, nanti susah anak bini nak jaga.Email... bebaskanmalaysia@yahoo.com itu memang aktif tetapi kurang buka. Kalau nak hantar maklumat tolong bagi tahu awal-awal supaya senang sikit. Malas buka pasal banyak sangat benda mengarut yang masuk. So bagitau kat komen. Thanks bro.

Tanpa Nama berkata...

jemputan kot...

Tanpa Nama berkata...

Kalau cikgu pencen yg jd presiden, sy jangka mmg PAS akn hancur la.. Nk kritik TGHH pun agak2 la..kalau diri sendiri xleh jd presiden, jgn lekehkan org yg lebih layak drp kamu... org bg jwtn kt Sg Rokam tu pun amanah yg cukup berat...jagalah amanah ahli Sg Rokam dulu dgn sbaiknya sebelum nk kondem Presiden.

nyo komeng berkata...

YESSS!

aku ingat tak ramai yg perasan anjing pemburu dari PKR yg mcm blogger Alhusseyn tu.

pada mula dia memblog nampak cantik jer..
semenjak isu UG yg tah hapa-hapa tuh, anjing ini lah yg kuat menyalak...

b.t.w...abaikan monkey shooter tuh.. dia baru kenal politik.

kesian dia...

nyo komeng berkata...

YESSS!

aku ingat tak ramai yg perasan anjing pemburu dari PKR yg mcm blogger Alhusseyn tu.

pada mula dia memblog nampak cantik jer..
semenjak isu UG yg tah hapa-hapa tuh, anjing ini lah yg kuat menyalak...

b.t.w...abaikan monkey shooter tuh.. dia baru kenal politik.

kesian dia...

nyo komeng berkata...

bagi puak-puak nih,

sumber berita yang paling soheh adalah the m'sian insider.

mesti percaya 120%. mesti beriman dgnnya.

tiada yang benar melainkan benar belaka.

dinSerati berkata...

Berpisah dgn PR terlalu kecil berbanding dgn perpecahan dlm parti. Penyertaan PAS dlm PR hanya satu tahaluf politik yang sama-sama ingin menegakan keadilan. PAS mempunyai hadaf dan cita-cita politik yg berbeza dari PKR dan DAP.
Namun ikatan diantara ahli PAS dalam parti bukan sahaja ikatan politik, bahkan ikatan perjuangan dan persaudaraan. Ikatan ini mesti dipelihara dengan baik atas nama perjuangan dan Islam. Persaudaraan ini mesti diutamakan, ijtihad siasi bukan sebab untuk merobohkannya.
mencabar supaya keluar dari parti jika tidak sebulu dengan individu dalam parti adalah sesuatu yg silap. Usaha untuk mengekalkan umat dalam perjuangan Islam merupakan keutamaan dalam parti PAS. Kegelojohan presiden PAS mencabar ahli parti merupakan sesuatu yg dikesalkan. Ada baiknya presiden parti meminta ahli parti bersabar dalam parti dan membuat kritikan kepada pimpinan melalui saluran yang betul. Atau sekurang-kurang mereka membuat pertukaran pimpinan dalam muktamar dan perhimpunan akan datang.

Tanpa Nama berkata...

bro aku dah emel apa yg aku nak emel. berkaitan cikgu pencen ni

Tanpa Nama berkata...

Engkau dgn fzt batu api syaitan

kapt_shiqaqi berkata...

telo citgu pencen dah kena jentik mana bole jwb lg, tu la selama ni suruh amnO yg gosok telo mmg kusukkk sgtla duk ratib ugugug hahaha

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Bro.... gua sudah terima email dari lu tetapi kena peralusi disebabkan ia sudah menjadi pengetahuan umum tetapi kesilapan tetap ada dalam beberapa bahagian... thanks bro.

Tanpa Nama berkata...

no prob.
si cikgu pencen ni menghentam haji hadi atas nama kebebasan bersuara dlm pas. kata dia. tp bila baca kenyataan dia yg aku kotakkan boleh dijadikan hujah dia walak kpd siapa; kenapa dia hentam haji hadi bukanlah kerana sygkan pas. mudah2an org2 sg rokam boleh reject dia lepas ni.
aku rasalah. apapun terus pertahankan ulamak. kalo biar golongan anwaris ni berleluasa ditakuti pas akan jadi mcm pks di indonesia

Tanpa Nama berkata...

Sejak empat orang ADUN PAS mewakili rakyat Selangor (sebab PKR mengganas buang Khalid) ada ke PAS bawak umno ? Tak ada pun.

Tanpa Nama berkata...

Dulu, orang-orang PAS yang mengkafirkan UMNO, akhirnya mereka masuk UMNO. Kini, tidak mustahil orang-orang yang mengUGkan TGHH, merekalah sebenarnya kelompok-kelompok UG.

pemuda parit kings berkata...

PAS da basi la...kita tgk PRN Sarawak nnti...hahaha...yg dok sokong sgt dgn PAS ni...semua ahli ka???klu bukan ahli jgn sembangla...tunggu PRU akan datang...dimana letaknya PAS nnti...hihihi...semoga istiqomah...

Tanpa Nama berkata...

Poodah...mung pun mcm monyet jugak

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...