Translate

Mesti Baca

Khamis, 25 September 2014

Pengkhianat Atau Wira...!!!!


Kenyataan dari LGE yang menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat adalah satu kenyataan yang berniat jahat. Gua ingat sebagai orang lama dalam politik beliau sepatutnya berfikir sebelum membuat tuduhan melulu terhadap 4 Exco PAS. Sedarkah beliau bahawa Umno memang ingin Dun Selangor dibubarkan agar satu pilihan raya dapat diadakan.

Jika Dun Selangor dibubarkan, adakah PR akan terus menawan Selangor dengan mood rakyat Selangor yang meluat dengan permainan politik kebodohan dari seorang yang gilakan kuasa. Adakah mereka lupa bahawa TSKI adalah MB Selangor yang paling popular di kalangan rakyat marhaen selepas Datuk Harun Idris.

Memang tidak dinafikan bahawa kelemahan tetap ada pada beliau tetapi beliau tidak mencuri duit kerajaan negeri sehinggakan Selangor mempunyai rizab tunai hampir 4 bilion. Beliau bukan seorang politikus yang licik macam macai-macai ketum yang laparkan projek. Beliau adalah seorang businessman yang lurus bendul yang cukup kedekut untuk orang-orang politik yang meleleh-leleh air liur melihat kekayaan kerajaan Selangor.

Macam kata Exco PAS, TSKI memang kedekut untuk mendapat peruntukkan kerana beliau memegang amanah rakyat Selangor. Khazanah Selangor adalah milik rakyat Selangor, bukan milik taiko-taiko politik yang cukup berdendam disebabkan skim cepat kaya yang dijaja oleh orang politik tidak dilayan oleh beliau.

Adakah 4 Exco PAS yang berada dalam kerajaan sementara TSKI dianggap pengkhianat kerana mereka tidak ikut serta meletak jawatan selepas Exco-Exco dari PKR dan DAP dipecat. Apa pun gelaran para celaka-celaka nak berikan kepada mereka tetapi bagi gua mereka adalah wira yang menjadi benteng terakhir PR.

Mungkin LGE lupa yang kemenangan besar PR di Selangor adalah kerana rakyat Selangor cukup selesa dengan apa yang dilakukan oleh TSKI. Inilah cara politik Umno yang akan menjaja keburukan pemimpin yang mereka tidak suka walau pun baru semalam mereka memuji-muji pemimpin itu. LGE usah berkias-kias dengan gelaran pengkhianat terhadap 4 Exco PAS itu kerana semua orang sudah tahu bahawa DAP Penang dah termakan nasik kangkang PKR.

Gua ingat LGE nih memang seorang pengampu demi menjaga jawatannya sebagai KM P.Pinang kerana itu ler beliau dok ikut buntut PKR. Jika nak tuduh pun agak-agak ler bro LGE kerana mereka mengikut arahan parti. Macam gua kata ler, usah nak berkias-kias jika nak tuduh pun tuduh terus kat PAS. Nanti ader macai-macai dok kutuk gua kerana gua bukan ahli parti politik dan apa yang gua tulis adalah mengikut pandangan gua. 

Gua nih tukang tulis jer dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik kerana gua hanya ingin melihat BN tumbang dengan cara demokrasi walau pun perkara itu macam mustahil jer jika mengikut cara berpolitik di Malaysia tetapi tiada mustahil benda yang mustahil bagi Allah S.W.T.

Bacaan politik gua kat Selangor ialah kerana 4 Exco PAS inilah PR masih kekal memerintah tetapi kenapa LGE menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat. Mungkin beliau mempunyai agendanya sendiri untuk melihat satu pilihan raya negeri diadakan yang mana kemungkinan untuk PR kekal memerintah adalah amat tipis. Antara sebabnya ialah rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik seorang yang bercita-cita tinggi.

Langkah Kajang yang dirancangkan oleh seorang konon-kononnya pakar segala pakar strategi selangkah jer lagi ke Putrajaya. Bila projek usahasama 'Langkah Kajang Selangkah ke Putrajaya' gagal, mereka mula menunjuk kegilaan mereka dengan menuduh PAS penghalang sebagaimana mereka menuduh TGHH sebagai penghalang besar projek 16 September yang gagal. Kalau projek itu berjaya ia akan menjadi macam LGE ler, terpaksa menjadi balaci. Kena setuju semua kehendak ketum walau pun akal sendiri menolak sebagaimana posmen bercita-cita menjadi MB Perak, bila kehendak tak tercapai sanggup jadi katak.

Gua dah kata jika bau Umno masih lagi terlekat kat baju sampai bila-bila pun akan berbau. Jika mereka tuduh TGHH sebagai penghalang projek membeli MP-MP BN, memang perkara ini patut dipuji. Adakah cerdik bila kita tahu dia penyamun dan kita dengan hati terbuka mengajak mereka bermalam di rumah kita. Sebagaimana mereka menjaja dengan menuduh TGHH pujuk Ku Li semasa PRU13, kesudahannya tuduhan itu kembali kepada mereka. 

Loyar buruk pulak pakai terima terus tuduhan itu tanpa bertanya tuan punya badan, gua pun tak tahu bagaimana boleh jadi lawyer, jangan-jangan soalan peperiksaan bocor kut. Apa pun gua ucapkan tahniah buat Azmin kerana dilantik secara rasmi menjadi MB Selangor yang baru. Gelaran WIRA buat 4 Exco PAS yang berjaya mempertahankan kerajaan Selangor dan terima kasih buat TSKI di atas urus tadbir yang cekap walau pun ada sedikit kelemahan yang mana tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W./GANR

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dap mcm bn pun berharap dun bubar dan dpt prn. Sementara pkr dan pas bergaduh2..dpt mereka letakkan calon2 melayu mereka. Itu je. Lain2 wayang jer.

Tanpa Nama berkata...

Betuiii ... hang kata tak curi duit ... kerajaan Selangor ..... he he he . Jangan lah nak perbodohkan kami .... Rakyat Selangor bukan buta IT ... hoooiii !!!!

Tanpa Nama berkata...

Itu bacaan politik demo..4 org exco tu wira....pandangan aku pulak 2 org tu wira sebenarnya...sebab kalau tidak kerana 2 orang tu sokong kak wan besar kemungkinan Tuanku Sultan membubarkan DUN... sebab sama banyak 28 sama 28. Kerana dua orang yang menyokong kak wan lah DUN tak boleh dibubarkan sepertimana berlaku di Perak....

Ada pulak 4 orang exco tu wira....dahlah sokong MB bebas, bersekongkol pulak dengan UMNO sokong TSKI...sedangkan mereka ini duduk dalam pakatan....budak darjah satupun boleh beri jawapan..tak payah tunggu soalan bocor!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam

Banyak soalan dah bocor.
Dah soalan peperiksaan bocor pun masih tak tau jawab !!! dan masih bagi jawapan salah !!!

PAS dah kata dengarlah permintaan Sultan bagi lebih 1 nama calon.
PKR asyik jawab nama calon hanya 1.
Jawapan betul: Nama calon lebih dari 1.

PAS dah kata calon MB untuk orang yang layak.
PKR asyik jawab nak bagi calon yang tak layak.
JAwapan betul: MB untuk calon yang layak.

PAS dah kata jawatan MB diberi kepada PKR,
Orang PKR asyik menjawab PAS nak jawatan MB.
Jawapan betul: Jawatan MB untuk PKR

PAS dah kata calon MB adalah AZMIN
PKR asyik jawab calon MB adalah WAWI.
Jawapan betul: Calon pilihan Sultan adalah AZMIN

Tanpa Nama berkata...

Selepas pilihanraya lalu, Pas yang memenangi 15 kerusi diberikan empat kerusi Exco, DAP yang juga menang 15 kerusi diberikan tiga kerusi Exco dengan tambahan kerusi Speaker manakala PKR yang mempunyai 14 kerusi juga mempunyai tiga kerusi Exco.
Sebaik Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan mematuhi arahan partinya yang mahunya berundur, beliau kemudian telah memecat enam Exco daripada PKR dan DAP kerana enggan bekerjasama dengannya. Empat Exco daripada Pas terus dikekalkan berikutan arahan parti itu yang mahu mereke terus bersama Khalid.
Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pula memperuntukkan pentadbiran kerajaan negeri dan kewujudan seorang Menteri Besar boleh terus dikekalkan jika mempunyai sekurang-kurangnya empat orang Exco.
Walaupun tindakan empat Exco Pas itu dianggap pengkhianat terhadap solidariti dan semangat bekerjasama dalam PR, Pas tetap mempertahankan tindakan terus kekal itu ialah untuk menyelamatkan kerajaan negeri daripada runtuh. Kononnya kerana adanya merekalah kerajaan PR terus wujud.

Tanpa Nama berkata...

Semalam Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sekali lagi melahirkan rasa kesal dengan sikap empat Exco Pas itu, namun seperti biasa, Pas tetap mempertahankannya. Bagi Pas, empat Exco itu adalah penyelamat dan bukannya pengkhianat.
Sekali imbas, memanglah ada logiknya mereka itu penyelamat tetapi jika sejak awal lagi empat Exco itu bersama-sama dan sehati sejiwa dengan semangat solidariti dan berpasukan dengan Exco daripada PKR dan DAP, tentunya Khalid sendiri tidak berani memecat enam Exco itu.
Apabila Khalid tidak berani memecat sesiapa daripada kalangan Exconya, bukan saja kerajaan negeri tidak runtuh, bahkan kemungkinan pilihanraya negeri juga tidak berbangkit sama-sekali.
Hanya kerana mengetahui empat Exco Pas ada bersama-samanyalah, maka enam Exco dipecat. Kiranya semua empat Exco Pas bersatu hati dengan enam Exco yang lain sejak awal lagi, pastilah juga tiada insiden pecat-memecat, bahkah mungkin sudah lama Khalid "belayar malam."
Oleh itu, empat Exco Pas berkenaan bukanlah penyelamat dalam ertikata sebenarnya. Apatah lagi, ketika kemelut sedang berlangsung, wujud pula pelbagai usaha mengenai pembentukan kerajaan campuran dengan UMNO + Pas + Khalid Ibrahim. Ketika itu bukan saja Azmin dikatakan ditawarkan oleh Haji Hadi untuk menyertai kerajaan campuran ini dengan ditawarkan jawatan Menteri Besar, malah dalam mesyuarat AJK Pas sendiri berlaku pertikaman lidah yang hangat antara beberapa pemimpin profesional Pas dengan Haji Had mengenainya.
Yang benar-benar menyelamatkan kerajaan PR ialah dua Adun Pas yang bertindak berani serta mempunyai semangat kerjasama yang tinggi atas nama setiakawan dan janji iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hanya setelah tindakan mereka berdua inilah dan terbukti Khalid sudah kehilangan majoriti, barulah beliau mulai kendur dan akhirnya setuju meletakkan jawatan.
Sekali lagi, Shaari dan Hasnul bukan saja membuktikan sokongan majoriti Adun masih berpihak kepada PR tetapi juga memberi laluan kepada cepatnya Khalid sedar siapa dirinya yang sebenar.
Tetapi apakah sumbangan empat Exco Pas yang dikata penyelamat itu? Apakah dalam mendakwa sebagai penyelamat tetapi dalam masa yang sama cuba pula "menyelam" untuk berbaik-baik dengan UMNO, masih boleh dianggap penyelamat?
Dalam keadaan sekarang ini, apakah wajar pula Pas terus diberikan empat kerusi Exco?
Atas semangat kerjasama dan berpasukan dalam PR, PKR dan DAP memang masih ada hak untuk masing-masing terus diberikan tiga kerusi Exco sebagaimana sebelum ini. Semangat bersatu hati dan teguh pendirian mereka dalam berpolitik wajar dipuji. Sama ada calon lama dikekalkan atau diganti baru, terserahlah kepada PKR dan DAP memutuskannya tetapi ia langsung tiada pertikaian daripada sesiapa.
Namun, berdasarkan apa yang telah berlaku, mengikut logiknya Pas tidak layak lagi mendapat empat kerusi Exco. Selain jumlah Adun yang bersama dengan parti itu juga sudah berkurangan daripada 15 kepada 13, semangat berpasukannya juga ternyata rendah. Pas mungkin hanya perlu diberikan dua saja kerusi Exco dengan dua tempat lagi sewajarnya diberikan kepada Shaari dan Hasnul atas keberanian dan pengorban yang telah dilakukannya.
Orang yang berani berkorban memang berhak diberikan ganjaran.
Tetapi atas apa yang telah berlaku, termasuk empat Exco Pas ini turut meluluskan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, terus memberikan kouta yang lama adalah tidak wajar dan keterlaluan sama-sekali.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua ingat isu PAS nak bersama Umno sudah 10 tahun kedengaran dan ramai yang menunggu untuk meraikan peristiwa penting itu berlaku tetapi sampai sekarang tak berlaku. Ulasan nih lu jumpa dalam tong sampah ker dengan mengangkat 2 macai itu sebagai penyelamat. Jika apa yang lu kata itu betui ler tidak akan terbubar jika 4 Exco PAS bersama dengan PKR dan DAP bagaimana jika TSKI sebagai MB tidak boleh menasihat Sultan untuk membubarkan Dun Selangor dengan alasan tiada lagi sokongan. Lu ingat Sultan Selangor hanya melihat sahaja MB kepercayaan baginda yang berjaya mengurus Selangor dengan cekap dan TSKI menjadi MB kepercayaan baginda sehinggakan Sultan sendiri menangguhkan surat perletakan jawatannya. Mungkin jika MB itu bukan TSKI tidak mustahil baginda akan menerimanya.
Kenapa baginda tidak pulang seawal mungkin dari percutiannya? Adakah Sultan tidak berkenan dengan undi tidak percaya yang memerlukan baginda hadir di Dun Selangor?. Kenapa Sultan tidak berkenan dengan Zizah sebagai MB dengan menolak awal-awal namanya?.
Adakah Sultan Selangor terlalu naif terhadap negeri dibawah lindunginya?.
Betui ker maklumat berkaitan pertikaman lidah dalam meeting JK PAS Pusat atau ianya satu penyedap cerita buat Anwaris untuk menunjukkan yang mereka betoi-betoi buat kerja seperti arahan ketum. Kenapa PAS perlu diberi jawatan sebagai saguhati sahaja atau mungkin betoi kata lu bagi 2 jawatan jer dan bagi kat 2 macai yang sokong Zizah pasai gua pasti PAS bukan kemaruk tetapi mereka minta apa yang sudah dipersetujui.
Inilah sikap tong taik yang dibawa masuk kedalam PR oleh PKR yang duk gila nak jadi PM ke 7. Lu patut undur semula bermula dengan Langkah Kajang sebelum nak menyalahkan PAS. Bagi gua sekurang-kurangnya PAS tidak mengkhianati kawan dan sejarah telah membuktikannya. Mana ler lu kutip cerita bangang nih sampai tuduh 4 Exco bermain mata dengan Umno tetapi ratib UG UG UG yang lu dok buat siang malam masih tak menjadi-jadi. Buat apa nak ada penasihat ekonomi yang bergaji RM1 sebulan tetapi hakikatnya semua elaun si ketum tibai. Gua rasa kalau berapa ketum dapat dengan gaji RM1 sebulan diumumkan pasti terkejut beruk rakyat marhaen. Sebenarnya lakonan ketum cukup hebat dan jika ada percalonan pasti beliau akan mendapat 'pelakon terbaik sepanjang zaman'. Gua nih kalu nak dedah apa yang berlaku, pasti terkejut beruk ahli-ahli PKR tetapi musuh gua bukan PR tetapi Umno/BN.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 12:21

Soalan bocor dah lama berjawab.
Takkan tak reti-reti lagi.

PAS kata takkan ada kerjasama dengan Umno.
PKR kata PAS nak bersama Umno dan Khalid Ibrahim.
Jawapan yang betul: PAS tidak bersama Umno.


Sebenarnya kerajaan UG (Pas + Umno + Khalid Ibrahim)yang diratib oleh puak PKR adalah kerana puak PKR suka mencarut. Seluruh Malaysia dah tahu kata-kata mencarut PKR tu.

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown flesh vibrator says: KESIMPUHULANNYA? cakap org pulitik ni tabley chaiya lansung; kene sokong yang IKHLAS saje mcm TSKI melalui tindakan dasar dan perlaksanaan; walaupun byk kelemahan ketara dlm aspek keselamatan, penempatan & hubungan social masyarakat, namun dlm konteks politik Malaysia semasa, TSKI adalah yang TERBAEK yg ada pada hari ini dlm kebajikan dan kebobrokan sifar. Yang laen? sume jenis jubor pondan tua tak kira parti apa

kekura berkata...

hakikatnya exco pkr dan dap itu D-I-P-E-C-A-T kerana tak nak report urusan negeri kepada menteri besar. orang bodoh je yg biar org2 mcm ni kekal dlm company kita. kalo khalid tak pecat mereka mesti mereka tidak akan letak jawatan berdasarkan kpd kenyataan mereka sendiri yg hanya akan lapor kpd majlis PR. tiba2 dia nak gelar exco pas pengkhianat?
diorg kena pecat psl mahu pecah amanah, lps tu pas juga yg salah?
haish, semua benda pkr dap buat salah, semua tolak kat pas ye. ini minda "kelas tinggi" ni.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kecoh2 PAS dah jadi parti nelayan kite. Semua akan ke laut diketuai presideng kite. Mari ramai2 tangkap ikan. Moh! kite jadi nelayan...........

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...