Translate

Mesti Baca

Ahad, 28 September 2014

PAS Dan Kisah Dibuli.




PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.


Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP sudah mula menghulur salam persahabatan terhadap PAS semenjak tahun 70'an lagi tetapi PAS selalu jual mahal

Tanpa Nama berkata...

Dap dan pkr ni sbnrnya nak pas dlm pr cuma dia xnak ulamak dlm pas. So bila nak bercerai tp xnak lafaz talak...apa lg kerja mereka...hina hasut fitnah maki puji sumpah2...anything utk malukan ulamak2...semata2 utk menjerat ulamak2 supaya melenting nk bwk pas keluar dr pr...then ajk pusat@lajnah puaka pkr plak ambik alih peranan. Akan dituduh oleh puaka2 bahwa ulamak nk bwk pas utk tubuh ug. Siap kangaroo court tk hapuskan ulamak2 dari pas. Maka dptlah mereka pas walaupun sarung tanpa isi. Depa tahu skrg ulamak2 xleh nk buat apa2 terhdp dgn masalah dalaman pas yg krtikal.

So sabarlah...kene buat pekak badak dan mengeluh nasib pd Allah mlm2.

Dan jaga2lah pemilihan perwakilan nanti....dap dan pkr byk duit...berapa harga tiada halangan bg mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul DAP hulur salam sejak tahun 70an, hanya membuktikan satu perkara iaiatu ketika susah bukan main DAP nak kepada PAS.

Bila ada kedudukan sikit DAP angkuh seolah-olah kejayaan DAP hanya atas usaha DAP semata, seolah-olah PAS tak pernah membantu.

PAS semoga istiqomah dengan perjuangan di jalan Allah.
PAS terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Ayat untuk Pengkalan Kubor

DinSerati berkata...

PAS dibuli?
bila kena buli?
siapa yang buli?
siapa yg cakap PAS kena buli?

bila keluar muka depan mingguan Malaysia, PAS mangsa buli. Aku tersentak, betul ! memang org PAS sentiasa menjadi mangsa buli UMNO.
bila tahu siapa yg cerita, j*b*r aku terasa nak terketut. Kenyataan dari menantu Fatah, ahli parlimen P.Mas.
Skrg yang membuli PAS adalah DAP dan PKR, PAS telah dibuli sehingga hampir jadi guli. Anwar buli PAS, W. Azizah telah jadikan PAS bagaikan guli, Azmin Ali gotel PAS jadi bulat seperti guli. Kesian PAS, hampir 15 tahun berkawan dgn PKR baru skrg PAS tahu dia dibuli dan dijadikan guli. Apa punya bangang pimpinan PAS , baru skrg sedar jadi mangsa buli.
Bukan sahaja PKR, DAP juga membuli PAS. Lim Kit Siam dan LGE selalu buli PAS. Org PAS jadi mangsa buli. PAS dah sedar pembulian DAP sejak PRU12 lagi, sebab itu PAS mahu bertahaluf dgn UMNO utk bentuk kerajàan di Perak. Sebab pembulian DAP juga Ust Nasa (abe kpd al-Tantawi dan Abduh) dihalau keluar dari PAS.
Kalau aku tiada yg paling tepat, PIMPINAN PAS skrg mesti diTUKAR utk menyelamatkan parti.

HADIRINAS berkata...

DAP kuasa di Penang

PKR kuasa di Selangor

PAS berkuasa di Ktan Tganu Kedah dan Perak. tapi kini tinggal Ktan saja.

PAS kurang 1 exco selangor pun dirunguti.

Kerja PAS sekarang utk tawan 3 negeri yg terlepas tu.

4 negeri diperintah PAS dulu. masih kata kena buli ke?

atau PAS merasa mereka perlu mengetuai PR, bukan anwar dpd PKR. atas alasan PAS dipimpin ulamak sedangkan anwar bukan ulamak dan PKR adalah sekular juga.

selagi PKR dan DAP tidak canang islam islam islam dlm gerak kerja mereka, maka mereka tidak dianggap berbuat kerja mulia.

jika menyokong dasar anwar, dikatakan golongan Anwarinas.

jika PR lain sokong idea PAS, takde pulak gelaran HADIRINAS dalam PKR atau DAP.

islam memang sentiasa betul, perjuangan Islam memang betul.. tapi 'pejuang Islam' belum tentu sentiasa betul.

DinSerati berkata...

isu buli telah direka cipta dan diuli-uli supaya simpati ahli parti pada pimpinan. Dengan harapan ahli parti merasakan bahawa PAS telah dizalimi.
Namun yg membicara isu buli yg terdiri dari DinAyam@gengnya tidak mengemukakan bukti yg jelas buli ini berlaku. Semua ini adalah usaha mengalih perhatian ahli PAS kpd masalah dalam parti.
90% ahli parti PAS bersetuju bahawa pimpinan PAS semasa dalam keadaan yg paling lemah. Bukan sahaja semangat ukhuwah yg lemah, bahkan organisasi diurus dgn keadaan yg tidak profesional.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...