Translate

Mesti Baca

Selasa, 2 September 2014

Ketum : Apa Lagi Lu Mau..???


Ada orang kata gua kurang menulis artikel, gua kata jika lu nak baca blog lu baca blog FZT pasai apa yang gua tulis lebih kurang same jer. Cuma gua kat Selangar FZT kat Terengganu, itu jer bezanya. Nanti ada pulak macai Ketum tak puas hati dengan apa yang gua tulis nih dan ada gua kesah, lantak lu ler nak baca dan jika tak puas hati dipersilakan tunjuk kehebatan lu berpolitik dalam ruangan komen yang tidak ditapis. Gua bukan jenis kena tunggu kelulusan admin setiap komen yang diberikan walau pun pakai nama tidak dikenali. Gua bukan juga jenis syok sendiri bak kata sendiri tulis sendiri komen. Apa yang yang gua tulis tidak mewakili mana-mana parti politik kerana gua sendiri bukan ahli mana-mana politik. 

Cuma gua akan menulis bila ada pengkhianat yang mengkhianati presiden mereka sendiri dan duk dalam jemaah tetapi berketuakan Ketum. Untuk pengetahuan lu all gua mempertahankan TGHH dan TGNA bersebab biar pun gua bukan berada didalam jemaah PAS. Apa yang gua tulis adalah mewakili gua sendiri tanpa mengharap apa-apa imbuhan. Mungkin setelah ketiadaan 2 murabbi ini baru gua dedahkan kenapa gua beria-ria mempertahankan mereka.

Jika berlaku PRU, gua akan membantu memanjat dan menampal poster-poster. Bahasa kurang ajar dari gua tidak ada kena mengena dengan PAS. Dari IRC kepada JIM dan kemasukan pimpinan tertinggi mereka ke dalam jemaah PAS sudah lama menjadi penentangan gua secara total. Pencalonan Saari Sungib mewakili PAS benar-benar mengejutkan gua kerana gua tidak sangka bagaimana manusia yang bernama Saari Sungib boleh terlepas dari penilaian Majlis Syura PAS yang amat berhati-hati apabila berkaitan dengan lantikan calon.

Apabila PAS bersama dengan S46, gua amat tidak setuju malah bendera parti tersebut gua tidak sentuh kerana S46 adalah dari sisa Umno yang diharamkan oleh Mahathir melalui mahkamah dan penubuhan Umno baru adalah satu pembersihan besar-besaran Mahathir terhadap musuhnya dalam Umno. Di mana Ketum ketika itu?. Beliau berada didalam Team A bersama-sama Mahathir melawan Team B, regu Ku Li dan Musa Hitam. Bagaimana sikap Nuar terhadap PAS ketika beliau dikatakan orang paling berkuasa dalam Umno/BN melebihi bosnya sendiri.

Orang boleh kata, lupakan perkara yang lepas kerana ia sudah menjadi sejarah tetapi hati gua tidak boleh menerimanya. Pelanduk boleh lupa jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Ketum dulu dan Ketum sekarang yang tiada apa-apa banyak perbezaannya tetapi bagi gua Ketum dulu dengan Ketum sekarang semakin ketara perubahannya walau pun ramai terpedaya dengan sikapnya. 

Gua akui yang gua amat simpati apabila beliau dijatuhkan dan dibuang terus dari Umno dengan penuh keaiban tetapi renung sedetik apa yang beliau lakukan terhadap TSKI sama dengan apa yang beliau lalui. Langkah Kajang Selangkah Ke Putrajaya telah memperlihatkan kepada lu all siapa Ketum sebenarnya. Beliau selalu menjaja namanya sendiri dalam setiap ceramah jelajahannya dengan mengatakan yang beliau adalah calon tunggal untuk jawatan PM dengan sokongan 100 peratus dari PAS. 

Gua tak nafikan apa yang beliau katakan kerana ia sudah dimaklumkan dalam PR tetapi ia boleh berubah jika melihat krisis MB Selangor. Kita tidak di boleh menidakkan Qadha dan Qadar kerana segala yang berlaku ada hikmahnya. Lihatlah Langkah Kajang yang mana calon asal adalah Ketum sendiri tetapi terhalang dengan rayuan pendakwa raya di mahkamah rayuan di mana beliau dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan Azizah terpaksa mengantikan suaminya, Ketum.

Langkah Kajang bukan untuk menukar TSKI sebagai MB ianya hanya untuk memudahkan ke Putrajaya yang mana gua sendiri tidak faham apa kena mengena dengan Selangor yang sudah berada dalam genggaman PR. Peletakan jawatan Adun PKR atas alasan tidak mampu memberi khidmat kepada penduduk Kajang sedangkan adun itu pun belum diuji sebagaimana adun-adun lain. Akhirnya pecah tembelang yang beliau diminta meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Ketum dan Langkah Kajang adalah untuk menyingkir TSKI dari jawatan MB yang bakal diisi oleh Ketum agar senang Ketum nak beli MP-MP BN pasai tunai kerajaan Selangor yang TSKI simpan hampir RM4 bilion. 

Kenapa Ketum terhalang cita-citanya yang mana pakar-pakar strateginya sudah menyusun agenda-agenda yang disembunyikan daripada rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP. Sebagai umat Islam yang yang berpegang teguh dengan keimanan yang dimiliki patut memikirkan dengan akal yang waras kenapa agenda Ketum terhalang. Apabila berlaku kecelaruan yang diciptakan 'Ketum and The Macai' terbongkar satu demi satu maka kambing hitam perlu dicari untuk menutup bangkai yang ditinggalkannya. 

Disinilah PAS menjadi mangsanya kerana memang dari awal lagi PAS kurang senang dengan perletakkan jawatan oleh adun PKR tanpa sebab yang munasabah. Bagi PAS ia banyak keburukan dari kebaikan disebabkan amanah rakyat marhaen berikan kemenangan kepada PR Selangor dengan penuh bergaya telah dipermain-mainkan. Sebagai rakan dalam PR, walau pun tidak bersetuju PAS terpaksa mengerahkan jentera, tenaga dan wang ringgit demi memenangkan calon PR.

Apabila TSKI diminta melepaskan jawatan MB untuk Azizah, TGHH, TGNA dan Majlis Syura Ulama PAS telah menyatakan sokongan mereka kepada TSKI. Sokongan yang bersebab telah membuatkan Ketum naik angin dan bermulalah tuduhan demi tuduhan terhadap PAS. Sokongan PAS kepada TSKI adalah bersandarkan Tahaluf Siasi kerana jawatan MB Selangor tetap diberi amanah kepada TSKI dari PKR dengan persetujuan bersama dengan PKR, PAS dan DAP. Adakah Azizah seorang yang layak memerintah sedangkan parti PKR sendiri tak terurus. PAS menolak bukan masalah beliau seorang wanita tetapi beliau akan menjadi MB boneka..... mengikut telahan gua ajer.

Ketum mula memberi signal kepada talibarutnya yang bersarang dalam PAS agar keluar dari sarang di mana keluar 2 ekor pengkhianat dalam sidang akhbar bersama Azizah. PAS dituduh mengkhianati perjanjian dalam PR sedangkan sokongan terhadap TSKI kerana beliau masih ahli PKR dan apa kesalahan beliau sehingga beliau diminta meletak jawatan sebagai MB Selangor yang disahkan oleh pimpinan PR. Dan PAS menyokong TSKI kerana kapasiti beliau ahli PKR. PAS dituduh memungkiri janji kerana tetap memberi sokongan kepada TSKI sebagai MB sehingga beliau dipecat.

PAS telah menyatakan tetap akan bersama dengan PR tetapi sikap gelojoh Ketum yang mengerahkan talibarutnya dalam PAS agar keluar memberi sokongan kepada bininya telah menyedarkan akar umbi PAS siapa pengkhianat yang bersarang dalam jemaah PAS. Tindak Dewan Ulama PAS Selangor membawa usul mengecam dan mengutuk tindakan dua adun PAS itu adalah tepat tetapi 2 ekor pengkhianat itu menyelar kononnya mereka tidak dipanggil untuk membela diri. 

Kalu dah bodoh buat cara bodoh jangan berlagak pandai, PAS Selangor mengusulkan kepada Badan Disiplin PAS Pusat jadi apa relevannya untuk memanggil mereka. Tunggu ajer ler bila pengkhianatan mereka kepada jemaah diadili nanti dan sementara masih ada masa, boleh ler suruh loyar Hanipa karang kertas kerja. Gua rasa sudah tiba masanya PAS mengkaji semula Tahaluf Siasi dengan PKR kerana banyak Ketum sudah mula keluar masuk ke dalam rumah PAS. 

Macai-macai Ketum akan kata PAS akan kehilangan banyak kerusi jika berseorangan, apa guna banyak kerusi jika jemaah yang diberi amanah mempermain-mainkan amanah. Adakah PAS sanggup menepikan dasar parti yang bersumberkan Al-Quran dan Hadist sebagai perlembagaan tertinggi demi imbuhan beberapa kerusi. Akar umbi sudah bersuara yang mereka sanggup menunggu kemenangan mutlak walau pun mereka tidak dapat merasainya tetapi sekurang-kurangnya legasi mereka dirasai oleh anak cucu mereka. 

Ketum a.k.a Nuar a.k.a. Anwar a.k.a. DSAI tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita telah dipertontonkan bagaimana sikap rakus, kuku besi dan diktator ketika beliau belum diberi kuasa dan bagaimana semasa beliau memangku jawatan PM selama 3 bulan sebelum beliau dijatuhkan. Arahannya mesti dipatuhi telah mula menunjukkan yang beliau masih tidak berubah sejak beliau menjadi ahli tong taik. Sebelum beliau masuk ke dalam tong taik semua rakan-rakan dalam gerakan Islam tidak menyetujuinya tetapi itulah si Ketum yang hanya beliau sahaja yang betul.

Bolehkah lu bayangkan jika ditakdirkan si Ketum benar-benar menjadi PM jika kawan yang menghulurkan tangan semasa beliau diaibkan pun beliau sanggup beliau tikam. Macai-macai Ketum siang malam dok ratib UG UG UG UG kat PAS, rupa-rupanya beliau dalam diam-diam berUG dengan Najib. Adakah lu masih ingin Ketum menjadi PM sedangkan ramai lagi yang layak dari beliau. Adakah PAS gila kuasa sepertimana di laungkan oleh macai-macai dan barua Ketum. 

Gua tak rasa TGHH ingin jawatan itu kerana gua kenal beliau sepertimana gua kenal ibubapa gua. Apa pun orang kata, lantaklah kerana itulah TGHH sanggup menjadi nelayan dari menjadi PM. Tidakkah amanah itu berat bagi yang tahu tetapi bagi barua Ketum bermacam-macam fitnah direka cipta demi nafsu serakah seorang yang bergelar Ketum. Gua tidak boleh lupa tindakan Ketum terhadap PAS semasa beliau berkuasa dulu./GANR

9 ulasan:

Ruzanah Abd.Rahman berkata...

Tak tahu nak tulis apa, so kena rehat dulu bagi reda sikit. Tak tahu nak ulas apa bila teman-teman bertanyakan tentang krisis MB Selangor. Apa yang PAS buat semua tak kena sedangkan isunya Langkah Kajang tiada kena mengena dengan PAS. Tetiba PAS pula menjadi mangsanya dengan tuduhan yang menyakitkan hati kononnya PAS nak berUG dengan Umno. Jahat sungguhlah sedangkan PAS memang tidak akan bersama dengan Umno melainkan jika Umno mengubah dasar partinya dengan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi mereka dan tanam- dalam-dalam dasar sekular yang mereka anuti sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Sygnya, di selangor ini terlalu ramai pemimpin2 yg selalu berbeza pendapat dengan presidennya sendiri dan dilakukannya secara terbuka, tetapi bila dengan anwar, dia wala' sewala'-wala'nya. dan kalau ada perbezaan pendapat pun, dia tak buat terang2, membuatkan orang tertanya2 mereka ni parti mana?

di tambah pula dengan blogger2 yg mengaku ahli pas tp tak takut akhirat seperti tulang besi dan alhusseyn. aku tahu diorg tak suka haji hadi, tp tak perlulah fitnah. tp yg lawaknya bila aku letak URL ucapan wong chen yg kata anwar nak UG, diorg tak publish lagi comment aku.

Tanpa Nama berkata...

Selangor tu tempat ramai orang cerdik. Sebab itulah amano tumbang bila dilihat TERLALU BANYAK PENIPUAN.

Nak menguruskan orang cerdik bukan mudah.

Tuhan menangkan PR di Selangor. Manusia yang menggerakkannya ialah DSA.

DSA merupakan penggerak utama PKR dan itu tidak menghairankan. Sebab itulah DSA perlu bertindak apabila dia melihat sesuatu tidak kena...

"Sesuatu tidak kena" kerana WUJUDNYA SABOTAJ, TIDAK IKUT ARAHAN dll yg membawa masalah dikemudian hari. Masalah boleh dipandang sebagai "PENIPUAN" bagi orang cerdik.

DSA dan Pakatan dah sepakat membuat keputusan nak tukar mb. Cuma masalah calon ja yg jadi masalah... Dah nama pun Pakatan.. Dorang berpakat jugalah nanti.

*Kalau DSA gila jawatan... Dia awal2 lantik diri dia sendiri Pru dulu.







Tanpa Nama berkata...

Diharap tuan blogger linkkan semua blogger2 celaka pkr dan blogger2 celaka lajnah pkr pas dlm satu laman atau tepian laman tuan...biar kita kenal sape mereka dan biar kite tgk dan nampak...balik2 hujah mereka sama jer...ratib mereka sama je...tski x betul..jijah the one n only..demi perpaduan pr...road to pjaya..blh klh pas...ug...dan terbaru by mat sabun...hubbuddunia...nk kekal jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Tuhan beri PR menang sebagai ujian kepada pas.

Bila pas dah menang dan org2 tertentu mendapat jawatan2, hati mereka senang dan bangga (bukan seperti org2 terdahulu bila mendapat jawatan dirasakan beban yang teramat sangat).

kemudian bila jelas perangai pkr dan dap ni lebih kurang barisan nasional je, terserlahlah true color mereka, cintakan dunia dan akhirat

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Maaf bro... gua tak boleh nak asingkan blog macai kerana walau pun gua tak hormati pandang mereka tetapi lu sendiri boleh agak daripada cara penulisan dan tajuk artikel mereka. Tentang klip ucapan Wong Chen telah gua sebarkan melalui Youtube gua dan gua akan paparkan dalam artikel akan datang. Thank buat semua komen pro atau kontra kerana matlamat kita ialah untuk membebaskan Malaysia yang mempunyai maksud yang cukup besar.

dinSerati berkata...

kah kah kah!
aku tak tahu dimana silapnya, tiba-tiba terdapat ahli PAS melentingml dan menjadikan Anwar sebagai belasahan. Namun setelah
diteliti, kecederungan ini berpusat dikalangan lebai pitis dan PAS Terengganu
Memang terdapat 1000 hujah untuk menafikan tomahan ini. Namun realitinya adalah jelas. Hakikatnya perasaan ahli PAS masih dapat dikawal. Namun jika dibiak kemelut ini akan merebak dan PAS akan mengharungi perit. Jika pihak yg tidak menyukai tindak tanduk presiden parti bertindak balas, PAS tidak dapat dikawal.
Mungkin ada banyak sebab kenapa sebahagian dari pimpinan PAS yg mempersoal kesetian ahli parti dan kewibawaan Anwar. Namun ibu kpd masalah ini adalah dua asas :
1- Kelemahan pimpinan semasa.
2- Cemburu kpd Anwar.
Kepimpinan parti yg lemah dan bercelaru menjadi setiap ijtihad siasi tidak dapat diterima ahli PAS. Sikap sorong papan dan tarik papan menjadikan dasar parti tidak ketentuan. Mungkin ahli PAS boleh menerima keadaan ini, namun penyokong PAS yg menjadi 85% pengundi PAS tidak dapat menerima secara total. Pada masa ini penyokong PAS (bukan ahli PAS), melihat dan menghidu bau bahawa PAS lebih cenderung utk dgn UMNO. Mungkin PAS dapat bertahan di Kelantan dan Terengganu disebabkan saingan hanya dgn UMNO. Namun negeri2 lain PAS akan mengalami nasib yg suram.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Kalu tak belasah ketum nak belasah saper lagi bro. Jangan lupa bro tentang 'Langkah Kajang' yang dimulai oleh ketum kononnya Selangkah Ke Putrajaya yang gua tak nampak apa faedahnya dan bukan untuk menukar MB. Siapa yang berjanji bro... dan PAS dari awal tidak menyokong tetapi terpaksa menerima.
Kelemahan pimpinan semasa macam lu ler, serap masuk macai ketum buat porak peranda rumah tangga orang tetapi mula lepas tangan.
Cemburu pada ketum...!!! lu biar betoi, tulah orang dah larang jangan telan pil kuda dengan minum air ketum.
Adakah PAS begitu gila kuasa sampai MB Selangor berebut dengan PKR. Gua rasa sudah tiba masa untuk melakukan pembersihan dalam PAS tanpa mengira apa pangkat dan kalu rasa dah ada calon tajaan ketum macam pasma boleh ler tanding semua jawatan dalam PAS. Masalahnya ada ker calon dari pasma ketum yang layak. PAS bukan macam UMNO, PKR kerana semua boleh bersuara dalam muktamar di Johor nanti dan bertanding jawatan pada muktamar pemilihan. Gua rasa lu boleh ler lawan menantu Haji Hadi, mesti hebat bila din serati lawan din ayam..... lawak bodoh dari macai ketum

Tanpa Nama berkata...

manusia ni kalau dah tangkap cintan, taik org yg dicintai tu pun sanggup dimakan.
tujuan buat langkah kjg ialah supaya anwar boleh jd mb. kemudian bn hijack, bini dia pulak dah.
kalo itu bukan gila kuasa, nak gelar apa? berjiwa rakyat? nak muntah pulak rasanya

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...