Translate

Mesti Baca

Selasa, 23 September 2014

Apa Lagi Fitnah Untuk TGHH Selepas Ini....!!!!


Isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru telah selesai dengan Azmin telah di perkenankan oleh Sultan Selangor. Cita-cita Ketum tidak kesampaian untuk melihat bininya menjadi MB Selangor berkecai dan terpaksa ler buat U-Turn walau pun berlaku sedikit kekecohan semasa mesyuarat PKR tentang isu ini.

Cadangan yang dikemukan oleh TGHH dengan meletakkan nama Azmin di antara calon pilihan telah diterima oleh Sultan Selangor walau pun budak Feezi masih mengeluarkan fitnah terhadap PAS. Mungkin beliau mendapat sumber dari SB Kemaman yang dibuang kerja kerana melakukan kerja-kerja bodoh. 

Gua  rasa sebagai seorang bijak mengira yang dilantik sebagai pakar strategi PKR nih kena cari barua baru kerana sumber-sumbernya sudah tidak boleh pakai. Mungkin sumbernya tidak dibayar dengan betul atau bulan lepas terlupa bayar kut.

Para pengkhianat yang masih bersarang didalam PAS sedang menyusun strategi baru untuk 'Projek Langgar Hadi' selepas mereka dihentam hebat pada Muktamar PAS yang baru melabuh tirai. Gua tengok barua-barua ketum terpaksa menebalkan muka mereka untuk menghadirkan diri dan itu pun masih ingin menunjukkan yang mereka masih lagi hebat. Pasma daun ganja semakin hebat menyerang pimpinan tertinggi PAS dengan jelajah yang sedang mereka usahakan.

Hanipa dan yang sewaktu dengannya telah mula diberi klu oleh para perwakilan bahawa mereka mungkin akan dihumban ke dalam tong taik pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan. Dalam pada itu pun masih ingin menunjukkan yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) adalah pihak yang tidak layak mentafsir perlembagaan PAS. Bagi beliau hanya Luham sahaja yang layak menafsirkannya kerana mereka peguam-peguam sekular yang hebat.

Sebelum Luham dibentuk sebagai Lujnah untuk membantu PAS, siapakah yang mentafsir perlembagaan PAS sejak PAS ditubuhkan 60 tahun yang lepas. Bila pengamal undang-undang berpaksikan perlembagaan sekular Lord Reid cuba menunjuk-menunjuk yang mereka mampu mentafsir dasar parti PAS yang berpegang kepada A-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias sebagai perlembagaan tertinggi PAS. 

Jika baca Basmallah pun belum tentu betul, bagaimana mereka begitu angkuh meminggirkan pimpinan yang berada didalam Majlis Syura Ulama. Mungkin loyar-loyar buruk ini rasa sekeping kertas dari sebuah universiti yang hebat-hebat dengan tertera nama mereka sudah cukup untuk mereka menyanggah MSU PAS. 

Sedarkah mereka pimpinan yang berada didalam MSU PAS dipilih berdasarkan keilmuan mereka untuk menafsirkan al-Quran dan Hadis berpandukan kepada kemahiran mereka tentang bahasa Arab, Nahu, Fiqah, Usuluddin dan berbagai-bagai cabang walau pun mereka tidak memiliki diploma, ijazah seperti yang tergantung didalam bilik para loyar buruk menyanjung perlembagaan Lord Reid. Dan setiap kenyataan MSU PAS telah dirujuk dengan berbagai kitab-kitab karangan para ulama-ulama muktabar sebelum dikeluarkan..

Selepas serangan demi serangan yang mereka lakukan terhadap badan tubuh TGNA, TGHH dan MSU PAS dengan pertolongan macai-macai hebat yang dihantar oleh  ketum hanya panas sementara sahaja selepas akar umbi dijelaskan akan situasi yang PAS alami. Langkah Kajang ciptaan ketum dengan strategi hebat budak Feezi akhirnya memakan diri mereka. Sekarang akar umbi PAS sudah siap siaga pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan siapa yang akan mereka humban dalam tong taik.

Pengkhianat yang berada didalam PAS sudah mula panas punggung apabila pengkhianatan yang mereka lakukan sehinggakan PAS berjaya dikucar kacirkan oleh mereka dengan bantuan barua-barua hebat ketum. Adakah mereka masih melakukan ratib UG UG UG UG yang selama ini menjadi senjata mereka untuk menjatuhkan TGHH. 

Akar umbi sudah tahu siapa sebenarnya yang berUG dengan Umno dalam gelap tetapi bagi mereka isu ini berpunca dari TGHH tetapi sudah hampir 8 tahun  gua tunggu punya tunggu, masih lagi belum terjadi. Bagi puak-puak celaka nih, mereka langsung tidak boleh mendengar nama TGHH kerana buat mereka tiada yang baik buat TGHH berbanding dengan ketum. Macam syaitan yang tidak boleh mendengar 'dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam.

Platform mereka sekarang ini ialah Pasma dan gua pasti Pasma akan mendapat peruntukkan dan tajaan-tajaan dari tokoh-tokoh keparat PAS yang sudah kepanasan. Jangan lu terkejut jika timbul fitnah-fitnah yang lebih hebat terutama melalui Pasma nih. Apabila Azmin dilantik sebagai MB Selangor yang baru benar-benar menyakitkan kerana mereka memang mahu MB dari adun PAS supaya agenda mereka 'Langgar Hadi' akan lebih berjaya.

Nama Azmin memang disebut bersama bini ketum yang disokong sebulat suara oleh AJK PAS Pusat apabila TGHH mengumumkannya tanpa ada satu bantahan pun. Untuk 'Langkah Kajang' memang satu percaturan jahat politik ketum sehinggakan PAS yang tidak kena mengena di jadi puncanya. Untuk jawatan MB Selangor pun memang dari strategi jahat ketum dengan dirangka oleh budak Feezi, pakar strategi hebat PKR. 

Bini ketum terasa dengan kenyataan TGHH adalah sebagai satu lakonan untuk meraih simpati sedangkan apa yang gua dengar sendiri, TGHH tidak langsung menghina bini ketum kerana TGHH bercakap di atas dasar umum berkaitan wanita sebagai pemimpin. Jika kuah tidak tumpah dalam nasi mungkin kuah tu dah masuk dalam tong taik. Bagi gua, cukup ler dengan lakonan Ketum & Famili sebagai mana Nurul kata nak tengok muka orang PAS pun jijik rasanya....... Orang PAS kena ingat bagaimana N.Izah a/p Ketum hina lu all..... Stop untuk hari ini./GANR

Kat bawah nih ceramah dari Pasma hentam pemimpin PAS

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa lagi pengkhinat kalau bukan bapak barua yg mahu "bersetubuh" dgn umno secara senyap2 dr pengetahuan pengundi

Tanpa Nama berkata...

Hang dok merepek apa wooi? Tok guru hang mulia tera mana sangat. Taik busuk serupa tu jugak Ada broker guna agama untuk meniaga dan ada agamawan guna broker untuk meniaga. 2x5, sama-sama nak idup. Pasai fitnahlah dapat kedah & terengganu sepenggal lingkup

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa saudara mungkin salah seorang agamawan yang boleh dikategorikan tinggi ilmu agama dari semua erdogan di dalam PAS.
Adakah ini contoh yang elok, menggunakan bahasa2 sebegini kepada pihak yang tidak disukai?

Adakah dalam islam dibenarkan memutuskan silaturahim?

Jangan merendahkan orang lain, walaupun mereka bukan ulamak.... muhasabah lah diri asal usul kita...

ramai anak2 muda menyokong PAS kerana mereka melihat ramai dari kalangan erdogan di dalam saf pimpinan PAS .... mereka mencontohi golongan2 tersebut.... sepertimana di kawasan saya, terdapat seorang pimpinan pemuda dari kalangan erdogan...lebih baik ilmunya daripada Imam dan Bilal, walaupun mereka berkelulusan dalam bidang agama

InsyaAllah kita tunggu PRU14 ... apa anak muda akan lakukan?

Tanpa Nama berkata...

Berapa umur penulis ni skrg?
Sy telah terlibat dlm perkembangan PAS sejak tahun 70an (arwah ayah saya bekas ADUN di Kedah 1969-74). Hadi Awang pun belum dengar namanya dlm PAS ketika itu. Jgn pinggirkan mana2 pihak; ulama disanjungi, profesional dihargai; mesti saling bantu-membantu. jangan hentam menghentam. PAS for ALL; fikir dengan lebih matang

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah
PAS sudah membuktikan kematangannya menghadapai karenah PKR dan DAP.
PAS sudah membuktikan pendiriannya adalah berlandaskan Al Quran.
PAS sudah menjalankan dakwah kepada rakyat bahawa berpolitik biar kerana Allah bukan kerana jawatan.
PAS sudah membuktikan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Tanpa Nama berkata...

jangan tanya apa lagi fitnah UNTUK TGHH tanyalah apa lagi yang TGHH akan fitnah rakan2 dalam PR.penulis jangan cari sebab nanti pukulan smash kena pada diri.Tengok bagaiman Tuan Man Tuan Ibrahim yang cuba konon menjelaskan erti barua demi memperthanakan HJ Hadi tetapi dia tersilap langkah ,sekarnag kutukan dan hamburan terkena mukanya.lain kali adalah lebih baik diam daripada berkata2 yang remeh.

Tanpa Nama berkata...

wau makin ramai pengomen dlm blog ko, GANR!! yang paling best tu, orang ingat ko agamawan ler.

Manusia ni bila dah benci dengan seseorang, ada je yg silap dan tak kena. tak cakap dikatakan lemah, cakap pula dikatakan fitnah. aiyo.

Mereka yg mengaku profesional ini terlupa bahawa ada ramai lagi golongan profesional yg bersama2 menyokong kepimpinan ulama'.

Golongan yg membenci Hadi Awang ni kalau membenci ada hujah al-quran dan sunnah, aku bolehlah bagi can sikit, tp mereka benci Hadi Awang pasal menghalang cita2 mereka berPMkan anwar tp beratasnamakan setiakawan. aku lepas ni kalau jumpa ular dgn anwar, aku mohon perlindungan dari ALLAh dari mulut anwar dulu kot.
Utk pengetahuan pencinta2 anwar, dulu2 apabila seorang kawan bapa aku tanya kat anwar "kita nak berjuang utk islam ke?". Nak tahu apa jawab nuar?
"kalau nak berjuang utk islam masuk PAS la".
tp yang bodohnya kawan bapa aku tu tetap join PKN (kini PKR).

budak2 pencinta anwar ni ingat insider diorng je power. yg lucunya insider diorang ialah org2 spt tulang besi dan al-husseyn. kamon la, aku punya insider lagi dkt dgn anwar.

Arwah atuk aku pernah bukak kompeni dgn bapa anwar, Datuk Ibrahim. Tak perlulah aku nak cerita pasal bapa anwar ni.

insyaa AlLAh PRU14 ni, anak muda cam aku ni nak tolak anwar ibrahim, PKR, DAP, MIC dan MCA. utk PAS aku kena tgk calon dulu.

kekura berkata...

Dulu, utk langkah 16 september, puak PKR nak beli geng BN dgn pangkat, tiba2 BN counter beli budak PKR dan DAP. kesudahannya, budak pkr n dap hantam BN pasal beli adun. diorang salahkan BN.

Kini, utk langkah kajang, puak2 ni suruh adun kajang berhenti (takkan suruh berhenti pakai air liur je kot! pekerja MAS pun dapat pampasan), dan pelbagai drama2 yg diarahkan, akhirnya gagal (atau hampir gagal) diorang salahkan PAS pula.

verdictnya, semua salah orang lain walaupun diri sendiri yg buat benda bodoh. bila nak maju...

Tanpa Nama berkata...

Saya harap majoriti ahli PAS akan sedar dan celek mata; jangang nak wala buta-buta.

Tganu dah pi; Kedah dah pi; Kelate pon boleh pi kalo tghh kat atas tu.

Nak wala tu wala yg betul lah! Kita musti taat ketua, tapi ketua kena taat Allah dan Rasul dulu. Kalo dah buat fitnah, cakap tak seropa biking, tu nama dia tak contoh nabi kita.

Kita tetap ABU dan akan ABUug.

Tanpa Nama berkata...

Macam dan perasan baguih, puiii. Takdak fakta ilmiah langsung. Islam milik semua, ulama pastinya islam tapi tak seharusnya pas. Tak tahulah pulak kalau lain pada pas takde ulamak, hanya barua aje. Aku pun kenai bapa, tok, tokwan anwar, tapi tak payahlah aku cerita.

IbnAbdHalim berkata...

Dok pertahan apa, kalau berani singkirlah semua yg tentang geng serban hang. Nanti akan dapat lihat siapa yg benar. Kita tengok sejauh mana geng serban akan bertahan. Rasanya di Selangor lupus. Kelantanpun mungkin ghuyub.

IbnAbdHalim berkata...

Dok pertahan apa, kalau berani singkirlah semua yg tentang geng serban hang. Nanti akan dapat lihat siapa yg benar. Kita tengok sejauh mana geng serban akan bertahan. Rasanya di Selangor lupus. Kelantanpun mungkin ghuyub.

kekura berkata...

wah GANR. pengikut tegar alhusseyn ie ibnabdhalim dah mai ke blog lu ar bro.
boleh jadi kelantan mungkin hilang bukan sebab ug yg entah bila nak berlaku tu(dah dkt 6 tahun dah woi) tp akibat kerjasama pas dgn pkr dan dap yg dilihat anti melayu. fikiran org melayu ni simple je. tak perlulah kita nak mengeneralkan fikiran org melayu seluruhnya ni sama pemikiran dgn org melayu yg pro pr.
jangan dok bawah tempurung ye. buat kajian la sikit ibnabdhalim. cuba selidik tanpa prasangka

kekura berkata...

dan hakikatnya agama islam perlu ulamak atau dlm bahasa melayunya org berpengetahuan. mereka dibebankan oleh Allah utk mengajar kita samada kita suka atau tidak

mcm nak buat rumahla. tukang rumah mmg boleh ckp macam2, tp hakikatnya engineer yg buat decision. pasal dia yg belajar mendalam tentang kekuatan struktur. dan kalau jadi apa2 dia tanggung, tukang tak de liabiliti ke atas mereka

Tanpa Nama berkata...

Bagusnya bahasa....kata pejuang Islam! Apakah ini bahasa seorang pejuang Islam? Islam ajar begitu ke??? Ar Rasul s.a.w. diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak...jadi jangan berjuang sahaja untuk Islam sedangkan akhlak diri lebih teruk daripada puak-puak parti sekular yang anda dan ahli-ahli anda gelarkan!..boo sesama sendiri, tuduh pengkhianat, barua, kena beli dan sebagainya tuduhan dan bahasa yang saudara rasa manis begitu?? Apakah itu bahasa seorang ulamak atau bahasa ahli parti yang memperjuangkan Islam?? Di mana letaknya hadis dan al Quran yang menyuruh kita jangan marah, jangan putuskan silaturrahim, jangan tuduh menuduh, jangan prasangka buruk, jangan memanggil sesama mukmin dengan panggilan yang buruk dan keji.... dimana hadis-hadis dan ayat-ayat al Quran ini kamu letak??? Jangan dok sibuk suruh orang balik kepada al Quran dan al Hadis.. sedangkan diri sendiri di mana kamu letakkan al Quran dan al Hadis tersebut???? marilah kita sama-sama CERMIN DIRI....jangan asyik dok salahkan orang lain sahaja..........

Tanpa Nama berkata...

lps ni azmin kena pecat kahkahkah!!

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Biasa ler bro kekura... dulu penganut Umno hentam gua sekarang penganut pkr dan macai pengkhianat dalam PAS pulak serang gua. Macai-macai yang dok ratib ug ug ug cukup benggang pasal usaha mereka nak lihat PAS bersama Umno gagal supaya mereka ada point nak serang pimpinan PAS. Dulu kalau belajar silat pulut ker beras ker, tok guru silat pesan awal-awal kalu nak lawan mesti bagi lawan kita marah dulu pasai bila marah semua ilmu silat yang mereka belajar terus lupa pasal kemarahan dah mengawal diri.
Orang Islam bila marah disuruh ambil wudud dan yang kritik gua nih sedar ker gua bukan ahli mana-mana parti tapi sekadar ingatan buat ahli PAS agar sentiasa berwaspada terhadap musuh dalam kain dan luar kain.
Gua tengok sejak PAS bersama PKR semakin teruk kerana terlebih memuja ketum. Kalu rasa pimpinan PAS dah lari dari dasar buat apa simpan. Lawak betul macai-macai nih. Mungkin mereka patut masuk PKR dari duduk dalam PAS memendang rase.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Semoga blog tuan terus maju jaya.

Tanpa Nama berkata...

Apa...ingat perjuangan PAS pelahap kpd jawatan MB atau exco ke?...kalu dpn selangor tp ahli kat bawah bahlol2 xde tarbiayah...baik PAS xmenang...tp dakwah tetap berterusan..

Tanpa Nama berkata...

Kedah pi sbb ada macai anuar dalam PAS dan YB PKR yg duk buat perangai xabeh2...terengganu kes pengundi hantu dan spr, dan gangguan daraa dlm kerajaan...kelantan akan jatuh kalu ramai org kelantan mcm hang....

Tanpa Nama berkata...

Apa beza perlembagaan UMNO dgn PKR...dua2 tak mau islam syumul.

Tanpa Nama berkata...

Kalu UMNO berjaya banteras rasuah,maka Kedudukannya sudah seri dgn PKR (tu pon kalu PKR tak amal rasuah @ kronisma) maka PAS boleh je nak pilih bertahaluf dgn salah satu parti tersebut...kenapa? Ingat benda ni mustahil ke yang duk meroyan tuduh TGHH berUG dgn UMNO? Ingat PKR baik sampai bila2? Dalam umno lbh ramai islam berbnding pkr....INGAT TU...jgn duk puja sangat pkr

Tanpa Nama berkata...

Matang dan rasionl....

kekura berkata...

Bro, aku bila dengar atau baca geng ratib UG ni "mengingatkan" yg pas kalah di terengganu dan kedah pasal hadi awang dikatakan mahu berUG, jawab aku senang je. kenapa kerusi pkr di kawasan melayu banyak yang kalah?
kalau betul "pengundi" rasa dikhianati akibat UG (yg merupakan momokan semata2 atau mencipta hantu) mesti kerusi melayu pkr bertambah banyak yg menang berbanding pru sebelumnya kerana utk menggagalkan "UG".
Hakikatnya gini, orang melayu berharap kepada pas (walaupun mulut kutuk pas je memanjang) tp mereka sangat kecewa atas isu kalimah ALLAh dan bible yg pas dilihat bersekongkol dengan puak2 sana tuh. nak2 khalid samad, dr dzul muncul menjadi penyokong mereka.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt. Saya tiada masalah dengan penulisan penulis, namun saya agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan-perkataan yang ditulis oleh penulis, contohnya "tong taik", etc.

Imam Abdullah ibnul Mubarak (w 181H) rahimahullah berkata, “Aku mempelajari adab selama 30 tahun kemudian aku menuntut ilmu selama 20 tahun. Mereka mempelajari adab sebelum belajar ilmu”.

Beliau juga mengatakan, “Adab itu 2/3 ilmu”.

Pamerkan akhlak yang baik. Wallahuaa'lam

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...