Translate

Mesti Baca

Khamis, 14 Ogos 2014

Tak Sabar Atau Hilang Sabar Dan Kenali Siapa Saari Sungip ?.

Ini semua disebabkan lu

Lihatlah 30 adun menyokong gua untuk jawatan boneka suami ku

Kerana lu ler gua tidak main belakang pasai gua cukup cayang mama

Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan telah mendapat undi majoriti dengan sokongan dua Adun PAS. Yang menjadi kemusykilan gua, adakah sebelum ini Pakatan tidak memiliki undi majoriti dengan 15 PAS 15 DAP dan 13 PKR setelah TSKI dipecat dari parti. Adakah PAS sudah mengumumkan yang PAS telah keluar dari Pakatan sehinggakan seperti tak sabar untuk menjawat jawatan MB Selangor. Nampaknya dua Adun PAS telah mendahului parti yang akan bermusyarat dalam masa tiga hari sahaja lagi.

Tidak bolehkah menunggu beberapa sahaja atau mereka merasakan yang PAS akan bersama dengan Umno atau keluar dari PR sedangkan ianya telah pun diterjemahkan berulang kali yang PAS tetap bersama PR kerana tak perlu diulang-ulangkan yang kemenangan PAS di DUN Selangor 15 kerusi atas kesepakatan PAS dalam PR.

Kenapa Wan Azizah begitu teruja untuk menjadi MB Selangor yang sepatutnya milik suaminya dalam 'Langkah Kajang' sebelum terpaksa menarik diri kerana mahkamah rayuan menerima hujah pendakwa raya terhadap kes suaminya. Gua tak kesah siapa yang akan menjadi MB Selangor untuk mengantikan TSKI kerana kerusi itu pun memang milik PKR dan PAS tidak berhajat pun untuk merampasnya. Andainya permohonan Wan Azizah sebagai MB Selangor ditolak oleh Sultan Selangor, siapa yang akan malu. 

Itulah salah satu sebab mengapa TGNA dan TGHH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan walau pun Anwar telah pun bertemu dengan TGHH di Kuala Ibai. Baik di pihak Anwar mahu pun di pihak TGHH, mereka tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Walau pun Majlis Syura Ulama PAS menyatakan sokongan kepada TSKI sebagai MB Selangor sebelum beliau dipecat dan adakah PAS akan menyokong TSKI jika ia dipecat dahulu sebelum Majlis Syura Ulama bersidang?. 

Yang memalukan ialah bila dua Adun PAS pun terikut-ikut rentak PKR tanpa merujuk kepada PJ PAS Selangor, ini yang menjadi tanda tanya. Gua nih dah lama tahu siapa adun PAS yang bernama Saari Sungib sejak era 80'an lagi kerana beliau antara pemimpin IRC yang menyusup masuk ke dalam Umno tetapi disedari oleh Umno lalu mereka menyusup pula ke dalam PAS.


Siapa Saari Sungip

Tahukah lu yang Saari Sungip adalah Mursidul IRC  dan beliau orang yang dihentam oleh al-Marhum TG Harun Taib dalam satu debat anjuran mahasiswa di salah satu universiti yang mana beliau terpaksa meninggalkan PAS bila agendanya terbongkar. Beliau menubuhkan JIM dan tidak lama kemudian beliau menubuhkan IKRAM. IRC dan HIS bermaksud Jemaah Islamiah Syaamilah di mana beliau dengan penuh perasan yang perjuangan dia adalah betul dan Syaamilah sempurna dan PAS seolah-olah Parti Islam celup.



JIM ini dulunya adalah serpihan daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamik Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun  dan di Mesir mereka lebih dikenali dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu  mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..

IRC adalah satu organisasi yang tidak suka menunggu, jika boleh mereka ingin agenda mereka itu menjadi kenyataan yang masa yang singkat. Golongan IRC adalah dari kalangan profesional yang bukan di kalangan ulama. Walau pun Saari Sungip ada mengambil bidang Islam tetapi ia sekadar untuk menunjukkan yang beliau juga seorang yang boleh memberi ceramah keagamaan.

Saari Sungib pernah menjadi Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan ini  dan dilihat seperti menjadi syarat kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.

Gua nak tumpu pendedahan Saari Sughib punya perjumpaan-perjumpaan sulit. Sebab dialah punca kepada kekalutan yang berlaku sekarang. Dia punca, lately, dia rileks je peluk tubuh. Tahukah lu bahawa beliau terlibat dengan konspirasi menguasai PAS dan PKR? Bermula dengan perjumpaan sulit di dalam PAS dan penglibatannya di dalam percaturan pemilihan PKR. 

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihan raya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan berbagai-bagai imbuhan? 


Walhal gua tengok, penarik lancang dan sekutu ratibnya takut orang dedahkan Mat Sabu yang pi jumpa MCA, UMNO di Penang apasal tak bangkit tetapi bila ia melibatkan TGHH, pasti siang malam mereka dan sekutu mabuk barbican di tepi longkang akan buat ratib Ug-Ug-Ug dengan tarbiah dari One G dan nakibnya pula pemuja Karl Mark dan Stalin.

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihan raya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke? 

Akhirnya PAS terselamat apabila PAS Pusat membuat keputusan untuk terus bertanding dan janji Husam dengan Tengku Razaleigh akhirnya dibatalkan oleh PAS Pusat. Kenapa Penarik Lancang tak bising? atau parasit tak sampaikan berita tersebut dari Kelantan, dibawa oleh Bos Penarik beca, untuk di mesyuaratkan di restoran takwa, Gombak dan beberapa area di Pahang?

Pandai juga lu selamatkan bos lu Bila berlaku kekalutan, Timbalan Presiden ni peluk tubuh je... Tak ada fungsi langsung.Tak buat kerja. Walhal, dia kena bantu Presiden selesaikan masalah. Saya masih ingat lagi bila sahabat saya tanya Mat Sabu: "Mat, betul ke hang kata, Lim Guang Eng macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu jawab: "ya, betul". Pernahkah hang kata: Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu terdiam. Tak reti jawab. Kawan tu terus kata: "aku dah tak percaya dah dekat hang". Nak cerita lagi? 


Lu kena ingat banyak lagi rahsia-rahsiakan yang balaci Nuar (Saari Sungib) sembunyikan berkaitan pertemuan gelap Anwar dengan Najib/Umno demi mencapai cita-citanya untuk menjadi PM Malaysia. Tali barut Anwar nia akan pegang kemah Kemang agar tindakan jalan belakang tidak diketahui sebagaimana satu contoh yang didedahkan oleh Yusuf Kalla bagaimana dengan menebalkan muka sanggup mengkhianati Pakatan walau pun Najib sendiri menolaknya. Bak kata orang 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.


Jika ia melibatkan pimpinan PAS, maka keluarlah celaka ini dengan yang sewaktunya melemparkan berbagai tomohan, fitnah dan bermacam lagi ciptaan mereka demi menunjukkan betapa bagusnya Anwar walau semua orang tahu akan ketidak warasan Anwar sejak kebelakangan ini bila bila 16 September berkubur dan untuk menjadi MB Selangor pun turut sama berkubur.


Berhati-hatilah wahai ahli PAS terhadap tubuh badan yang bernama Saari Sungib kerana cita-cita besar beliau bukan untuk parti tetapi demi agenda yang beliau tanam sejak 30 tahun akan digunakan demi menghancurkan PAS walau pun beliau sendiri jahil tentang ahli PAS disebabkan beliau merasa ahli PAS sama seperti ahli Umno, MCA, MIC, DAP, PKR. 


Marilah kita bersama-sama para ulama untuk bemunajat agar musuh-musuh PAS baik yang berada diluar mahu didalam akan mereka merasa malu pada dii mereka sendiri. Kerana itulah gua sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan beliau lebih PKR dari PKR sendiri dan sanggup membelakangkan pemimpin mereka sendiri kerana beliau merasakan beliaulah adun PAS yang paling bijak dan gua harap Azizah akan diperkenanankan oleh Sultan Selangor sebagai MB wanita pertama dalam sejarah negara  walau pun gua lebih yakin yang Azizah akan ditolak dengan mudah oleh Sultan Selangor sebagai mudah beliau mendapat sokongan majoriti 30 dari keseluruhan adun Selangor./GANR

12 ulasan:

bunbinban berkata...

best kan jadi parti yg membawa imej islamik...melabel, memfitnah dan menafikan syurga bagi yg bukan ahli partinya. hahaha...islamik sgt ke korang?. Lepas fitnah org dgn pil kuda, stalin dan terbaru x pasal2 LGE kena korang perasan korang otomatik masuk syurga?. Bila di minta bukti, masing buat mcm lembu kenyang, buat bodoh mcm org xde agama. Tu yg korang bangga sgt?. Org lain buat seme haram tapi korang buat semenya halal sbb korang ostaz?. kompem korang masuk syurga ke?.

Tanpa Nama berkata...

Wala kpd PR, lebih utama drp Parti... bukan nk kondem 2 YB, tp sedih tgk presiden, mursyidul.am, msu dikondem seolah2 mereka jahil politik, tidak cekap, khianat PR dan sbgainya.. mungkin golongan2 yg kondem presiden, tgna & msu lebih wala kpd PR sbb didalamnya ada PKR n DAP yg solat mlm lebih hebat drp ulama PAS, lebih dekat pengharapan kpd Tuhan, lebih meneliti Quran & Hadis kot...

keadilan hebat berkata...

Hahaha ulasan lawak dari penulis...kesian betul gua dgn penulis ini..dengan penuh emosi bersalut dendam kesumat habis dibogelkan keburukan Saari...dari cara penulisan lu, gua percaya lu ni ahli PAS...cuma yang gua hairan kalau lu ahli PAS dan tahu latar belakang Saari sungib serta ada bukti wajah sebenar Saari Sungib ni dan betapa jahatnya Saari sungib..kenapa lu tak mintak supaya parti lu tu pecat dia dari jadi ahli jemaah dgn membawa segala bukti2 kecurangan Saari Sungib kepada pucuk pimpinan parti supaya boleh diambil tindakan dari dulu lagi?...yang lebih pelik lagi..kenapa lu tak tentang apabila Saari sungib dipilih menjadi calon pilihanraya???

Jadi sekarang lu fahamkan..setiap ahli parti perlu akur dgn arahan pucuk pimpinan parti...begitu juga dlm kes tski...bila parti keluar arahan utk dia undur dia sbg ahli parti perlu akur..tanpa sebarang alasan pun parti masih ada hak untuk minta tski berundur

kalau lu kata sekarang amat wajar untuk Saari sungib dipecat kerana melanggar arahan parti dan org luar jgn masuk campur dan sibuk2 utk pertahankan Saari kerana org luar tak tahu cerita sebenar..

jadi oleh kerana lu ahli PAS dan Saari sungib ahli PAS maka lu lebih kenal Saari Sungib berbanding dgn org luar..

Begitu juga bab tski..hanya ahli pkr yg faham dan tahu betapa perlunya khalid diganti...demi menyelamatkan selangor

Xperlulah diberi alasan,penentangan ini timbul disebabkan PKR tidak bawa berbincang dengan PAS utk menukar MB

Dulu masa parti lu letak calon kat kota Damansara parti lu pun tak bincang jgak dgn PR..tau2 watikah dikeluarkan...yang peliknya SUA stopa ali pun tak tahu siapa yg sain utk keluarkan watikah tu...kalu bkn SUA..presidenlah yg sign

Tanpa Nama berkata...

artikek mengarut... dari segi sejarahnya abim dan jim bukan satu

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

bodoh betoi ler komen keadilan hebat, gua pun nak tau hebat mana keadilan nih bila semua jawatan untuk anak beranak sampai lambang parti pun guna mata legam nuar. lu baru baca ker aper-aper tentang gua pasal semua orang dah tahu gua nih bukan mana-mana parti dan memang lu dah ketinggalan bas betoi ler bhai.

Tanpa Nama berkata...

Baru je nak hadam, tapi sebab non partisan punye rupanya so terpaksa la muntah balik..tiada kredibiliti kata orang..hohoho..

Tanpa Nama berkata...

lantik mb selain dr DSWA..
knp susah sgt???
semua akan sokong..settle masalah

batu pelangi berkata...

Jahanam Negaraku dengan sikap pemimpin politik Malaysia!

abuamir berkata...

Artikal yg memburukkan sesama jemaah apa faedahnya? Jika benar pun ia tidak bermakna penulis ni suci dari segala dosa. Apa yg penting jgn bersekutu dgn umno/bn. Siapa pun bersama dgn umno pengkhianat kpd rakyat. Banyak fakta utk burukan lawan tetapi geng UG terus suci & maksum.

PR mesti terus bersatu utk tumbangkan umno/bn.

Anna_Syeikh berkata...

dua ekor baghal ini memang orang JIM/IRC menyusop masok.Jemaah berlapang dada menerima 2 ekor ini tetapi doktrin taqiyyah mereka tetap pada cita cita...pas hanya platform...celik mata lah.... krisis ini setidaknya membongkar siapa mereka.. siapa yang menjadi alas kaki DAP dan mob PKR....nyonya kipas diyakini akan ditolak sultan...

Shonzu berkata...



Nah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.

Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.


Tanpa Nama berkata...

Artikel ini mencerminkan bahawa admin atau penulisnya ini adalah seorang yang yg berada dalam PAS tetapi tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Yang bertakbir Allahu akbar tapi jahil dengan ilmu dan amal Islam. Tidak menguatkan jamaah tapi menghancurkan. Watak begini sering kita lihat dalam ceramah PAS; berketayap putih tapi rokok tak putus di mulut. Silap-silap tiket nombor ekor penuh dalam poket. Inilah manusia yg merosakkan jemaah dan imej Islam

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...