Translate

Mesti Baca

Ahad, 10 Ogos 2014

Kerana Langkah Kajang, Tidak Mustahil DUN Selangor Akan Dibubarkan.


Bila bermulanya dengan 'Langkah Kajang' dengan perletakkan jawatan oleh Adunnya dengan alasan tidak lagi mampu memberi khidmat kepada kawasannya. Maka timbul isu pro dan kontra kerana PRU13 baru sahaja berlaku dan ia juga dituduh mengkhianat amanah begitu juga menyusahkan banyak pihak. Mereka-mereka mula menutup mulut bila Nuar mengumumkan akan mengisi kekosongan kerusi Kajang dengan jaminan tidak timbul untuk beliau mengambil alih jawatan MB dari TSKI. Sebagai jalan mengula-gulakan rakyat maka dilantik TSKI sebagai Pengarah Pilihan Raya Kajang.

Apakan daya ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan panas di tengahari. Nuar tidak layak bertanding kerana pendakwa raya berjaya dalam rayuan mereka menyabitkan Nuar memang meliwat Saipul dan panel mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dengan alasan bahawa mahkamah tinggi terkilaf bila membebaskannya. 

Hancur luluh Nuar untuk menjadi MB Selangor dan beliau terus tanpa memaling kebelakang mencalonkan Zizah sebagai calon PKR Kajang pasai tak ada yang layak dalam ramai-ramai pemimpin PKR yang ada. Bila isu mengundur kan TSKI dan mengantikan Zizah sebagai calon paling layak untuk jawatan MB Selangor maka baru lah timbul cerita yang calon Kajang sebelum itu bukan meletak jawatan kerana tidak layak tetapi beliau sebenarnya diarahkan dengan cara paksa rela untuk memberi laluan kepada Nuar yang bercita rasa tinggi itu.

Sekarang beliau telah pun dipecat sebagai ahli parti dan beliau mempunyai masa 2 minggu untuk membuat rayuan tetapi adakah TSKI akan melakukannya dengan begitu mudah. Gua tak nampak TSKI akan mengikut kehendak PKR dengan mudah selepas satu demi satu beliau diaibkan oleh pemimpin-pemimpin PKR demi jawatan MB. Percayalah bahawa Langkah Kajang akan beliau jadikan 'Kajang Pak Malau' kerana beliau adalah 'Kajang Bertempat' berbanding dengan bini Luar yang  'Kajang Musafir'.

Gua memang tahu hak jawatan MB adalah milik PKR yang sudah di persetujui tetapi PAS menyokong TSKI bukan sokongan pakai tembak tetapi sokongan PAS disebabkan alasan apa TSKI ingin digugurkan dan tidak cukup dengan itu beliau diaibkan dengan berbagai alasan yang tak masuk akal. Mungkin pada pandangan TSKI, alang-alang celup biar sampai ke pangkal lengan dan beliau pasti tidak akan menyerahkan bulat-bulat jawatan itu kepada bini Nuar tanpa mengadakan pilihan raya.

Peezi sendiri dah kata seperti satu cabaran kepada TSKI yang PR sanggup terlepas dari tangan daripada jawatan itu terus berada ditangan TSKI. Gua lihat di sinilah yang seronoknya jika DUN Selangor dibubarkan adakah jentera PAS di akar umbi akan bekerja sekeras PRU13 dan PRK Kajang atau mungkin PKR cukup berkeyakinan yang mereka memiliki jentera yang cukup kuat berbanding mana-mana parti politik baik dalam PR mahu pun BN. Lihatlah bagaimana TSKI membantu dua HQ PKR di cabang Kuala Selangor dan HQ peringkat negeri Selangor yang bernilai berjuta-juta dari dilelong.

Adakah mereka pernah mengucapkan terima kasih di atas jasa-jasa TSKI atau salah laku TSKI telah ditengelamkan oleh isu-isu yang mana sesetengah pemimpin PKR sendiri mengakui ia sengaja diadakan demi membenar salah laku TSKI. Sebab itulah surat salah laku TSKI yang diedarkan kepada PR hanya separuh sahaja yang beri dan setengah lagi dilupuskan kerana tak masuk akal bila dibaca oleh rakan-rakan PR.

Gua rasa jika benar DUN dibubarkan, kerjasama dalam PR tetap diteruskan tetapi ia sekadar kerjasama politik semata-mata bukannya kerjasama jentera sebagaimana kerjasama PAS dengan S46 dulu di mana jentera PAS hanya bekerja di kawasan calon PAS bertanding sahaja dan kawasan calon S46 pula akar umbi PAS sekadar menunjukkan muka sahaja dengan memegang sehelai dua poster untuk mengambil hati.

PKR tak perlu risau kerana mereka sendiri mengakui akan kehebatan jentera mereka lebih hebat berbanding dengan jentera PAS yang hari-hari makan nasi berlauk ikan sardin dan ikan kering berbanding dengan PKR yang hari-hari makan KFC./GANR

3 ulasan:

wak dol berkata...

Alhamdulillah......
Sampai jugak hajat noh Omar nak jadi mb Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Bukan hendak buka AIB tapi inilah hakikat.. Semoga Allah sentiasa merahmati YB Tan Sri Khalid Ibrahim..

6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.

1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.

DinSerati berkata...

Allahuakbar!
Kenapa parti kita pula bengkak, sedangkan org PKR yang bergaduh. Kenapa Khalid yang hendak dibuang oleh PKR, presiden parti kita pula dipertikai wibawanya. (ikhlas)
Kenapa kita becakap banyak hal orang lain.Sedangkan Nabi kita suruh kita meninggalkan sesuatu yang tidak menyentuh kait kita. Kalau org bawa mikrofon, kita panas petih nak bercakap. Kalau bercakap bijak tak apa, namun cakap serupa pelajar sekolah tadika (nasihat).
Kenapa kita pening cerita Khalid di Selangor, sedangkan kita telah alami 1978 di Kelantan. Bukankah PAS nak buang MB, UMNO pada masa itu rakan kita tak mahu buang. Dijaja kampong dan desa, PAS parti gila kuasa dan gila balak, Mat Nasir MB baik dan jujur. Kita bertegas jawatan MB hak PAS, org lain jangan ganggu. Akhirnya kita jadi batu nisan, terkena tipu UMNO. Lupa sejarah ke atau jahil murakab sejarah. (sindir)
Takbur jangan sombong pun ditegah. Kita hanya wajib dihormati, org lain tak perlu hormat. Inilah dipanggil sombong ayam. Kalau kita berkongsi, jangan takabur kita sahaja yg menyumbang, org lain menumpang. PKR dan Anwar bukan hanya menyusahkan PAS, beliau juga berjasa pada perjuangan PAS. Dimana PAS di Selangor sebelum ni, bukan sahaja tak dapat kerusi, kaki kerusi pun tak pernah jamah. Kalau kita jenis tak pandai berkawan, bukan sahaja pakatan sendiri benci, bahkan penyokong pun lari.(pedas)
Nasihat menasihati ok, tapi jangan dengar nasihat cap ayam atau dari ayam. Orang tua berkata ; Kalau masuk sangkar ayam, pasti terpijak taik ayam. Jika tidak perpijak terjamah juga mesti.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...