Translate

Mesti Baca

Sabtu, 2 Ogos 2014

Gua Sudah Tahu Siapa Barua Nuar Dalam PAS.


Sejak isu WhatsApp nih ada banyak kebaikannya kerana gua sudah dapat tangkap pengkhianat atau pun tali barut Nuar yang menyebarkannya tetapi gua tidak  akan sebutnya nama kerana ia ibarat satu aset bagi gua.. Buat main barua-barua Nuar baik dalam PKR mahu pun dalam PAS sendiri dok hentam gua dan member gua FZT.

Apa komen-komen mereka lu all boleh baca sendiri ler kerana bagi gua, ada gua kesah malah ia membuatkan gua semakin bersemangat nak tulis. Inilah sikap yang sudah bergelar pemimpin dalam PAS bila kenyataan sokongan kepada TSKI yang dikeluarkan TG Haji Hadi sebagaimana pemimpin mereka, apa yang mereka lakukan. Biarpun ianya disambut dengan nada yang sama oleh TG Nik Aziz dan Pemangku Ketua Dewan Ulama, mereka tetap menjadi barua kepada Nuar. Kalu ketaatan dan kata putus mesti dari mulut Nuar lebih dari pemimpin sendiri, apakah mereka tak rasa malu pada diri mereka sendiri.

Gua tidak pernah mengatakan yang PAS cukup kuat jika berjuang sendirian tetapi gua menyebut yang jentera PASlah yang bertungkus lumus bekerja tanpa mengharap imbuhan. Cuba PKR yang hebat-hebat tuh sebut kat mana jentera mereka bila ada PRU atau PRK. Jangan dok ungkit tentang Terengganu dan Kedah yang boleh perintah sepenggal sahaja.

Memang kemenangan di Terengganu kerana ahli Umno mengundi PAS kerana tertipu dengan kes Nuar dan Terengganu kalu barua PKR nak tahu adalah kubu kuat Umno dari dulu lagi. Tetapi kekalahan di Kedah memang nyata disebabkan PKR yang dok berebut pangkat, harta dan pingat sehinggakan belakunya krisis kepimpinan kepada Al-Marhum Ustaz Azizan yang dituduh melebihkan PKR dari PAS sendiri. Boleh Rafizi dan Saifuddin berani bersumpah dengan tuduhan bekas S/U Ustaz Azizan, Mohd Nor jika mereka mengaku anak jantan.

Bagi gua celakalah barua-barua Nuar dalam PAS yang sanggup menentang Presiden mereka sendiri demi menjaga hati Nuar yang semakin hari semakin celaka gua tengok. Tidak gua nafikan yang gua memang bersimpati dengan beliau dan anak isterinya selepas dipecat dan difitnah tetapi  semakin lama simpati gua menjadi semakin meluat dengan lakonan-lakonannya. Adakah gua tak tahu akan nafsu songsang orang yang lu dok junjung dan sanjung tuh. 

Gua nak tanya macai-macai Nuar yang duk hentam PAS, tolong sebutkan pengkhianatan PAS terhadap kawan politiknya sejak dalam perikatan dan ditukar kepada BN. Adakah PAS yang keluar atau PAS ditendang keluar?. Tentang UG itu pula ianya tidak pernah belaku walau pun ada perbincangan dengan Umno. Apakah PAS tidak boleh berjumpa lawan politiknya tetapi bila bab Nuar jumpa ada ker lu orang bising?.

Nak bagitau kat yang masih sayang bagai nak mampus Nuar, didalam PAS tiada siapa yang boleh mengatasi dasar PAS walau apa pangkat mereka iaitu Al-Quran dan Hadist. PAS bukannya bodoh untuk bersama dengan Umno walau pun PAS kalah dan kalah dan kalah pada setiap PRU kerana bila berjuang atas dasar Islam maka jalannya pasti berliku. Cukup buat Nuar kelentong rakyat Malaysia kerana inilah jenis manusia lidah bercabang. Bila jumpa pemimpin Islam lain ceritanya, bila jumpa pemimpin barat lain juga citernya dan bila jumpa puak Yahudi lidahnya jadi bercabang tiga. Lu nak kelentong rakyat marhaen boleh ler tetapi dengan gua sorry ler.... boleh blah dan pi mampus ler./GANR

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun telah tahu siapa barua2 tersebut. Yang jelas saya nampak ialah penulis di atas itu sendiri. Komen dia adalah sangat keterlaluan. Seolah2 dia bukan manusia yang pernah mengucap syahadah.

Tanpa Nama berkata...

FZT dan GANR ni suka mencarut dan mulut cabul. Agaknya blogger upahan umno menyamar. Langsung takde akhlak.

FZT berkata...

gua takutlah kena ugut, kalau nak baca yang berakhlak baca laman web porno ke laman web mso ke tu semua berakhlak mulia hahahhaaa... buat apa baca blogger GANR tulis wakkakaa ... nanti kome hang lu orang tak ada akhlak pulak ... akhlak yang baik adalah menulis gelaran seperti din ayam, ulama kepala lutut tu semua akhlak mulia, hahahaha yang pasti hang semua ni maloan je bagi aku hahhahahaaa

Tanpa Nama berkata...

Klu benda yg boss buat tu tak betul,kena taat jg ke?BN jd kjaan,taat la sbb diaborg boss.kenapa lawan?kita tak dokong ada sebab.

mayang zulaika berkata...

Membaca tulisan penulis mengingatkan saya kepada kisah Abu Lahab. Abu Lahab seorang yang senantiasa marah-marah, hinggakan wajahnya kemerah-merahan. Ada saja yang dimarahnya dan sumpah seranah menjadi zikir hariannya. Itu Abu Lahab, seorang kafir quraish.(betulkan jika saya salah atau tersilap) Saudara penulis adalah pendokong parti islam, duta islam, umat islam tetapi menganut fahaman? Sumpah seranah dan caci maki menjadi zikir harian. Ini amat tidak baik terutamanya saudara adalah pendokong jemaah islam antara yang tersohor di dunia. Penjaga akidah umat islam,cerminan kesucian islam, jangan kotorkan dan busukkan islam. Lainlah kalau saudara ini anak longkang ataupun dilahirkan dalam jamban yang penuh dengan najis kemudiannya dibuang di tong sampah berhampiran pasar babi. Kotor, busuk dan jijik, mengalir dalam genatik saudara. Ikhlas saya rasakan, saudara taklah sampai ke tahap itu. Marah boleh tetapi senantiasa marah, mencerminkan mental yang agak terganggu.Telefon atau berjumpalah dengan anwar, moga moga kemarahan saudara boleh cool down.Tanya dia apa yang tersimpan dan luahkan apa yang terpendam. Minta penjelasan apa yang kabur. Jelaskan kepada beliau, saudara antara blogger tersohor dan bercampur dengan kepimpinan tertinggi parti islam semalaysia. Ringkasannya saudara seorang yang amat penting dalam mencorakkan politik negara dan jemaah islam seantero dunia. Untung-untung buah fikiran saudara akan diterima pakai oleh beliau dalam seminar, forum antarabangsa ataupun persidangan yang membabitkan islam dan barat. Lagi beruntung jika saudara diundang bersama beliau di persidangan dunia. Ketika itulah saudara boleh berdakwah terus di pentas-pentas antarabangsa. Dakwah satu jihad, ramai lagi orang bukan islam yang berhak untuk diberi kefahaman/dakwah islam.(Ketika itu, mulut kena jaga, sebab orang bukan islam akan menilai duta islam) Tetapi andaikata saudara masih tak puas hati dengan penjelasan anwar, terpulang pada saudara, nak caci maki, meracau macam orang gila dalam blog, nak pukul orang yang saudara rasa barua anwar ke, terpulanglah pada saudara. Saudara dah cukup matang untuk menilai. Sewaktu nak sumpah seranah, caci maki, nak melanjutkan fitnah, janganlah dimulakan dengan lafaz bissimillah. Takut ianya menjadi penghinaan untuk agama islam. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong GANR ,& FZT. Bila baca blog yg kutuk kaw2 pimpinan PAS, sy rasa perlunya ada blog spt ini utk berbalas..biar mereka reboh guling bating.. byk juga blog pembela TGHH n TGNA yg berbahasa elok, tp macai tetap kondem jugak blogger tersebut. Bila tulis ayat gini,baru la macai kecut perut skit.

FZT berkata...

untuk mayang zulaika

tak payah nak menyamar nyamarlah dalam menulis, jangan berlagak sealim abu jahal, kalau tak kenal nuar berahim jangan sembang, aku malas sangat nak jawab dalam blog komen ni, cuma aku nak pesan pada mayang zulaika kalau tak reti ilmu politik baik pergi belajar dulu, kalau nak hebat masuk sekolah tadika baca doa makan dulu sebelum makan sebelum minum.
cuba telefon tok guru haji hadi dan beritahu tok guru apa benda yang dia tak puashati ada mayang zulaika buat tak ada pun kan , apakah kalau blog yang mencaci maki tok guru presiden ada mayang zulaika menulis komen haram, ini menunjukkan apa, kalau lembu pasti susah nak ditarik cucuk aje hidung, itulah nama politik kalau bangang baik tak payah komen dan tulis abu lahab ke kafir quraish, abu lahab bagus apa dia tunjukk dia kafir bukan berlagak sebagai abdullah ubai solat belakang nabi. apakah kita suka jadi abdullah ubai dari jadi abu lahab apakah kedua dua itu dari jenis yang masuk syurga? tepuk dada tanya iman kemana kita, kalau bangang kita orang nak ajar, kalau tak habis bangang nak buat macamana.

Tanpa Nama berkata...

bro, Lu balun je puok2 melaun tu depa bkn reti base pun klu ckp elok2

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua baru baca komen-komen haramjadah yang kononnya tulis macam alim sangat sampai lahir kat mana pun boleh tahu. Gua ingat mayang nih lahir dari talam emas bertatah belian kut. Gua lahir dari lubang kencing jer dan kalu nak baca bahasa berbunga tentang politik pi blog pencacai Nuar yang lu duk sanjung macam nak mampus. Gua punya bahasa dengan FZT sama jer kerana barua-barua macam lu all bukan boleh pakai bahasa berbunga-bunga.... Ada gua kesah.

azman66 berkata...

Bro, Majoriti dlm PAS adalah barua nuar , apa lu boleh buat, bila pemilihan PAS dorang tetap menang, lu pun dah jadi cam dorang jugak , tulis x de adab yg mencerminkan bro dah di serapi roh perjuangan nuar jugak@PKR@fitnah , politik kebencian dah menguasai PAS,politik hujjah dan peribadi islam dalam PAS telah pupus, PAS dah jadi YANKEE JIHAD bkn Isklamic JIhad, tak ada apa yg Bro boleh buat.sudah terlewat......

Tanpa Nama berkata...

Jgn jadi munafik. ..bunyi mcm bagi nasihat tp between the lines ada fitnah dan kejian.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...