Translate

Mesti Baca

Sabtu, 9 Ogos 2014

Dari Celaka Menjadi Sial Apabila Nafsu Diletakkan Dikepala Lutut.

Fitnah Dari Jemaah
 Beliau sanggup menjadi nelayan daripada PM
Badai Dalam PR
PAS sentiasa dilanda bagaidan pengkhianatan tetapi ia berjaya diharungi.

Gua hanya senyum bila pakar segala pakar strategi PKR mendedahkan bagaimana PAS memberi idea agar agar jawatan PM diberikan kepada Ku Li demi mendapat undi luar bandar yang dilihat pengaruh Ku Li cukup besar untuk akar umbi Umno. Oleh kerana Haji Hadi gila jawatan dalam kerajaan maka dua kali perjumpaan dilakukan dengan Nuar tetapi ianya ditolak oleh Nuar. 

Pengkhianat PAS yang berpaksikan PKR dari partinya sendiri bukan main terkejut dengan pendedahan ini sehingga mengeluarkan kenyataan yang beliau dan sekor lagi YB Kolid Somad pasti akan menentangnya. Nama pun strategi parti dan ianya ditutup buku rapat-rapat oleh pimpinan PAS. Gua sebenarnya amat berharap kenyataan ini keluar dari dua pengkhianat ini apa kan daya akhirnya pakar strategi PKR sendiri mendedahkannya. 

Kalu jahil sangat tentang strategi parti, gua rasa lu jadi lawyer dan jutera sepenuh ajer ler pasal bab nih pun tak reti-reti, macamnya ler nak jadi pemimpin. Bila cadangan strategi yang disyorkan oleh PAS ditolak maka dengan sendirinya ia menjadi sejarah atau tutup buku kerana nama pun strategi yang semua parti-parti politik memiliki pakar-pakar strategi mereka sendiri dan ia tidak akan dikongsi untuk pemimpin-pemimpin yang boleh dipercayai sahaja. 

Takkan strategi parti di peringkat tertinggi boleh diumum kepada pemimpin bawahan. Dan kenapa ia perlu dirahsiakan kepada ahli-ahli adalah ia dikira satu rahsia yang tidak boleh dihebohkan disebabkan akan ada pengkhianat-pengkhianat seperti Hanipa Maidin dan Kolid Somad. Adakah apa yang gua lontar ini tidak betul atau sengaja gua reka-reka, maka gua cadangkan agar yang mengaku bijak berpolitik tanya DAP, Umno, BN atau mana parti politik yang sudah lama berpolitik. Cuma gua takut sebelum tanya pun pasti lu akan dihalau seperti anjing.

Tukar Tiub basikal bukan main lagi hentaman kepada Haji Hadi kerana pengkhianat celaka yang sepatutnya mempertahankan presidennya turut sama menjadi penyembah Nuar dan inilah membuatkan T.T (pelarian ISA) mula besar kepala kerana mereka tiga ekor dah sekepala. Beliau dengan angkuh mengatakan kegagalan 16 September idea Nuar yang maha bijaksana sebenarnya telah digagalkan oleh Haji Haji. Kalu orang lain gua jamin akan melenting dengan mulut celuparnya tetapi gua cukup bangga dengan tuduhan kegagalan 16 September adalah kesalahan Haji Hadi.

PAS adalah sebuah parti yang paling senior selepas Umno lama diharamkan. PAS dari dulu tidak bersetuju dengan Adun atau MP yang melompat parti kerana mereka memegang amanah rakyat yang mengangkat mereka tanpa mengira ia dari kawan mahu pun kawan. Memang PAS dari awal menentang hasrat Nuar (PKR) membeli MP-MP BN agar bersama dengan PR untuk menumbangkan kerajaan BN sehingga MP-MP PKR sanggup mengikut buntut MP BN sehingga ke Taiwan demi merealisasikan cita-cita bos mereka Nuar sebagai PM Malaysia ke 7.

Di sinilah Nuar dan barua-baruanya telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia betapa bodoh dan celakanya cara mereka demi memuaskan nafsu sarakah ketua mereka yang sudah mula ratib PM...PM....PM. Jika lu ada akal yang waras, adakah MP-MP BN sanggup berpaling tadah setelah hidup cukup selesa dengan segala kekayaan yang mereka miliki dan cerdikkah MP-MP BN akan membiarkan diri berada dalam kesusahan disebabkan semua fail-fail salah laku mereka masih tersimpan rapi. Kerana itulah Pak Lah dan Najib hanya senyum ajer berkaitan hal ini sedangkan ia adalah jatuh bangun politik dan terlepas jawatan kepada sang gila jawatan PM. Sendiri fikir ler bro.....

Gua ingat bila duk lama kat luar negara kerana takut di ISA kan T.T semakin cerdik kerana beliau berada kat luar negara pun bukan berlenggang pinggan. Beliau keluar masuk universiti dengan semua tajaan kehidupan beliau dibawah tanggungan kerajaan Australia dan gua sendiri tak tahu berapa banyak ijazah dan Phd yang beliau miliki. 

Tetapi walau setinggi mana pun ilmu yang beliau miliki, ia akan jadi tidak berguna apabila bercakap pada seminar yang diatur khas untuk memuja-memuji Nuar telah dikawal oleh nafsu-nafsi sehingga Fekah pun dihentam dengan kata-kata yang amat meloyakan kurang seks pasai tak kahwin-kahwin tetapi apakah beliau sedar yang beliau dah ada berapa isteri, satu atau dua atau tiga atau empat atau pun milik kerajaan disimpan untuk Nuar. Mana kita tau.....  

Gua nak tanya Nuar adakah beliau berani menegur tindakan pakar segala pakar strategi beliau Rafizi kerana membocorkan rahsia strategi antara beliau dengan rombongan PAS yang diadakan sebanyak dua kali dengan ditolak oleh beliau dan beliau sepatutnya mengajar sikit pakar strateginya tentang apa itu strategi politik dan bukan itu sajer, ianya telah pun ditutup buku.

Saranan PAS Terengganu agar menyingkir para pengkhianat yang menyerang TGHH secara terang-terangan adalah tidak perlu kerana PAS bukannya parti yang suka menyingkir ahli-ahlinya apatah lagi memiliki sokongan ahli pada muktamar. Biarlah mereka berada didalam PAS kerana orang-orang seperti ini satu masa akan merasa malu apatah lagi dengan solat hajat mega yang dilakukan oleh ahli-ahli akar umbi PAS agar pengkhianatan mereka kepada jemaah dibalas. Mana kita tahu dalam ribu-ribu itu ada seorang hamba marhaen yang bermulut masin dan doanya diangkat. 

Gua sebenarnya belum habis lagi tetapi bila gua lihat artikel ini, gua tak sedar panjang juga dan gua akan sambung lagi selepas ini. Isu Kolid bandingkan dirinya sama dengan Sahabat Abdullah Jabair r.a. semasa perang Uhud pun tak sempat nak hurai atau mungkin FZT boleh bantu gua kut./GANR

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INI BUKAN PARTI UMNO APA UMNO NAK SIBUK.INI BIASALAH DALAM PROCESS KEMATANGAN PARTI PKR MAU PUN PR APA UMNO NAK SIBUK.SEKARANG CERTA HARI HARI SEOLAH OLAH PARTI PR YANG MEMERINTAH .UMNO SIBUK DENGAN CURI DUIT NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

Kuat pelawok mu nih..

Tanpa Nama berkata...

http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409

) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

Tanpa Nama berkata...

"Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seperti keluarga saya" - Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bakal Perdana Menteri Malaysia, isteri beliau bakal Menteri Besar Selangor)

XUMNO berkata...

PKR jadi hanyut macam tunggul kayu sebab Pakar Strateginya mabuk air ketum; dan Ketua Penerangannya sibuk beranggan nak jadi penerbit drama menghabiskan masa merekacipta skrip.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...