Translate

Mesti Baca

Ahad, 3 Ogos 2014

Dajal-Dajal Melarang Demonstrasi Untuk Gaza.


pengikut dajal

pengikut dajal
Pengikut dajal yang nyata.

Mufti Saudi; "Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"

Penerangan Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, berkaitan demonstrasi dilancarkan di banyak negara Arab dan Islam untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam apa yang dikenali sebagai 'hari kemarahan', adalah sebagai 'tindakan bunyi bising dan tidak yang bermanfaat.." 

Adakah ini di antara pengikut Dajal yang berada di dua Tanah Haram yang mana ianya ada disebut dalam satu Hadist. Dan adakah mereka juga di kalangan seorang pemuda yang akan merobohkan Kaabah dengan membongkar satu demi satu batu yang menjadi struktur kepada Kaabah.

Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ka’bah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berkebangsaan Habasyah.”

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Ka’bah dengan beliungnya.”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok (seperti letter O), dia meruntuhkan batu dinding Ka’bah satu per satu.”

Diriwayatkan dari Sa’id bin Sam’an radhiallahu ‘anhu, bahwa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bercerita kepada Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu, bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Seorang laki-laki (Imam Mahdi) akan dibai’at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim, dan Ka’bah tidak akan dirusak kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merusak kehormatan Ka’bah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Ka’bah yang setelah itu tak pernah dibangun kembali selama-lamanya, dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya.”

Hadis di atas tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sebuah pasukan hendak menyerang Ka’bah, hingga ketika mereka berada di sebuah padang pasir, semua pasukan ditenggelamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke dalam bumi.”

Ibnu Hajar dalam bukunya “Fath al-Bari” dalam bab: runtuhnya Ka’bah, berkata: “Hadis-hadis di atas menjelaskan akan terjadinya penyerangan terhadap Ka’bah. Penyerang pertama dimusnahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebelum mereka sampai ke Ka’bah, dan penyerangan kedua dibiarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, sepertinya penyerang yang dimusnahkan terjadi lebih awal.”

Dan jangan sampai timbul pertanyaan: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menggagalkan penyerangan tentera bergajah terhadap Ka’bah padahal saat itu Ka’bah belum menjadi kiblatnya umat Islam, maka mana mungkin Allah Subhanahu wa Ta’ala membiarkan bangsa Habasyah menghancurkannya setelah Ka’bah menjadi kiblatnya umat Islam?

Pertanyaan ini tak akan muncul, andai dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Ka’bah akan terjadi nanti di akhir zaman menjelang kiamat terjadi. Di waktu itu tidak ada seorang pun di permukaan bumi yang mengucapkan, “Allah! Allah”, seperti yang disebutkan dalam Sahih Muslim:

Kiamat tidak akan terjadi hingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan, “Allah! Allah.”

Mekah


Tiada bezanya antara manara London dengan menara Mekah

Tanda-tandanya sudah pun bermula apabila pengikut-pengikut dajal yang mengelarkan diri mereka sebagai 'Penjaga Dua Tanah Suci' telah mula menganggu solat dan tawaf umat Islam dengan membina menara jam yang tinggi dan besar. Adakah yang tipis imannya akan mengatakan yang mereka tidak terganggu dengan menara jam itu ketika solat?. Lihatlah bagaimana tiap kali azan dilaungkan kita dipaparkan gambar-gambar oleh media elektronik.

Sudahlah sebagai orang awam kita cukup sukar mendapat khusyuk apabila menunaikankan solat. Gua pernah bertemu seorang pemuda yang warak dan beliau menyatakan yang beliau pernah mendapat khusyuk selama satu saat dan ia amat indah sekali. Itu seorang yang dikenali waraknya, gua lagilah payah nak menikmatinya kerana siapa ler gua berbanding dengan para pengulas blog gua yang kebanyakkannya bertaraf tinggi ilmu-ilmu yang mereka miliki sampai boleh tahu kat mana gua dilahirkan. 

Tok Kenali, seorang yang warak lagi tinggi ilmunya pernah ditanya tentang khusyuk dalam solat. Beliau menjawab khusyuk dalam solat nikmatnya umpama dua kali ganda apabila kamu sampai kemuncak ketika bersetubuh dengan isterimu. Disebabkan itulah umat Islam disuruh solat berjemaah dengan ganjaran 27 kali pahala dari solat beseorangan dan salah satu sebabnya jika dalam jemaah itu ada seorang yang mendapat kekhusyukkan maka semua akan memperolehi pahalanya.

Maka inilah serangan pengikut dajal terhadap umat Islam kerana lu all semua yang alim-alim tahu bagaimana sikap Arab Saudi terhadap Gaza dan rakyat Palestin. Jika lu nak kenal siapa yang dikatakan pengikut dajal yang mendiami dua Tanah Haram, lihatlah wajah-wajah diatas. Nanti pasti orang kata dah kutuk barua-barua nak cakap bab agama dan hadist pulak. 

Orang nak kata gua apa pun, ada gua kesah kerana bagi gua apa ler sangat dengan maki hamun lu berbanding dengan ugutan bunuh dan akan dibakar hidup oleh pencacai Umno. Kalu takat maki hamun lu boleh buat gua dan FZT kecut perut, gua rasa baik lu blah jer./GANR

3 ulasan:

al alan berkata...

Kamu kalau sakit hati istighfar banyak2 bukan tuduh macam2 siap memfitnah lagi, dia punya sebab tersendiri kenapa dia buat fatwa begitu, kalau tak setuju diam itu lebih baik utk kamu, cuba google tentang hadis manusia2 yg bengkrap semoga kamu boleh ambil pengajaran dari hadis tersebut, dlm kamu sibuk menulis dlm blog kamu ni banyakkan artikel tentang tauhid, manusia jadi jahat sebab tauhidnya rosak.

Tanpa Nama berkata...

Masih nak berbaik sangka ke?

zul affanddi berkata...

duhai al alan...nak suruh blajar tauhid okle sbb kami blajar tauhid cara abu hassan n maturidi.Kalau kamu nk suruh kami blajar dgn mufti Arab saudi cara mnjisimkn Allah,sori kami takkan sanggup jd murtad!! pjg kalu nk hurai kat sini.Realitinya ALLah wujud Tak Bertempat...dulu kini n slamanya.Bukan sptmana ajaran AlWahabiyyun.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...