Translate

Mesti Baca

Khamis, 31 Julai 2014

Isu WhatsApp: Perbincangan Selama 2 Hari Tanpa Henti Dengan 115 Muka Surat Tapi Barua Nuar Dedahkan Beberapa Baris Jer.... Memang Jenis Celaka.

Ust Nasrudin Hassan

Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?

Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.

PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.

Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.

Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.

Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...

"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"

Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.

Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.

PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.

"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.

Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.

"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.

Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.

Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )

1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini. 

 2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. 
Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.

3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. 
Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.

4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. 
Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.

5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu “bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat”. 
Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. 
Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.

6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .

7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.

8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. 
Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. 
Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !”

9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. 
Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. 
Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .

10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. 
Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis./GANR

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tu ... PAS jadi pengkhianat cam ne !!!!!!

mi berkata...

Kelakar artikel ni.. yg dedahkn watsapp tu dh tentu kalangan ajk pas. Yg kene maki anwar ibrahim plak. Kemonla wei...

mayang zulaika berkata...

ingatkan yahudi je yg kuat assabiyah, keyahudiannya rupanya ada lagi bani melayu yg kuat lagi kebangsaannya. Setaraf tapi mestilah tak mengaku, tak byk beza dgn yahudi. Paling malang nama dan slogan islam diguna pakai. Islam harum kerana kebenarannya, tapi sayang dibusukkan oleh penganutnya. Salah siapa? patutlah perjuangan dakwah melalui politik selama ini tak seberapa hasilnya (mungkin saya tak tahu, dah berapa belas juta bukan islam yg berjaya diislamkan melalui dakwah politik?) islam itu indah serta harum dan penganutnya adalah duta kepada keharuman itu. KITA? (mungkin hanya sekadar pak lebai kopiah longgaq, menang sikit sereban ketat, longgaq habis) Wallahu a'lam...

tok janggut berkata...

Terserlah lah sikap pemimpin PAS yg sebenarnya ,sepatutnya bila menggunakan lambang Islam, dan kata2 Islam ikutan kami kena lah tunjukkn identiti dan akhlak islam nya. Ini rupa2nya mncabar sana sini dan secara belakang2 dan terang2 kerja mengutuk orang, ada kah dlm Islam d bolehkn..? Mana nilai2 islamnya, begini ke pemimpin islam..tunjukkn contoh akhlak islamic jangan harapkn pakaian je islam, akhlak Islm entah ke mana bila timbul isu...Muhasabah diri lah..kesian pulak aku pd saudara Anwar kita..S/U Agung dah nasihatkn jgn besarkn isu ni tunggu 10hb..tapi yg ni degil..Mana ulamak2 dan ustaz2 ni, ini lah masanya untuk memainkn peranan anda untuk menyatukan umat, apabila umat berbalah sesama sendiri..keluarkn ayat2 quran pentingnya umat bersatu x kira parti.. dan bagitau perbalahan akan menarik kemurkaan Allah...jgn pulak ulamak memainkn peranan memecahkn umat, baling batu sembunyi tangan..dah nyalakn api duk senyap2 je biar org bergaduh..betulkn semula keadaan..Ulamak2 dan ustaz2 tolong mainkn peranan dengan bijaksana sebagai khalifah d muka bumi ini..tunjukkn contoh islam sebenar supaya jd ikutan dan menarik manusia pd Islam sebagaimana zaman Rasulullah, dgn akhlak Rasulullah dan sahabat2 org trtarik pd Islam..

Tanpa Nama berkata...

Bahagian mencelakakan pembocor maklumat- sebijik perangai UMNO; Bahagian marahkan Anwar dan DAP- sebijik macam JATI, ISMA dan PERKASA.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua masih ingat nasihat al-Marhum TG Harun Taib agar dikaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan atas dasar siyasi syahsiah untuk melihat baik buruknya. Apa yang beliau dapat hanyalah kritikan, kutukan dan berbagai tuduhan. Mungkin PAS tidak akan berjaya jika berjuang bersendirian tetapi adakah kesedaran Islam yang lu nikmati sekarang satu kegagalan kerana PAS lebih mementingkan akidah lu all dari tersasar. Jasa PAS cukup besar membetulkan akidah umat Islam. Memang PAS ingin memerintah berdasarkan Islam tetapi tidaklah sampai sanggup menjual agama. Lu tengok bagaimana TG Nik Aziz mengambil masa lebih 22 tahun metarbiahkan kembali umat Melayu agar berpegang kepada Islam walau pun lu menidakkannya. Sedarkah lu bahawa membetulkan semula akidah umat Melayu yang mengaku bijak agama lebih susah dari mengajar yang baru masuk Islam. Apa yang gua tengok sejak PAS bersama PKR banyak keburukan dari kebaikkan kerana terikut-ikut perangai PKR. Mereka sanggup hentam pemimpin sendiri tetapi bila bab Nuar semuanya betul belaka. PAS bukan parti gila kuasa kerana itulah PAS mempunyai Majlis Syura. Yang dah terikut stail Nuar tuh kena ingat sikit sejarah 1982. Bukan gua nak memuji, siapakah yang bekerja keras untuk memastikan PR memberi saingan kepada BN. Adakah PKR boleh berjaya tanpa jentera PAS?. Bukan kajian sikit ler sejarah jatuh bangun PAS sebelum lu nak tunjuk lagak.
Gua masih ingat bila PAS bagi laluan kepada PKR bertanding Parlimen tetapi kalah. Bila PRU13 mereka berlagak menuntut semula kerusi itu sedangkan jentera pilihan pun tak ada. Bila PAS tanya berapa ramai ahli yang PKR ada untuk bertanding kerusi Parlimen tu, mereka kata ramai ada lebih kurang 1,000 ahli. Inilah perangai yang ada pada PKR yang duk gila jaja nak takluk Putrajaya untuk Nuar. PAS sanggup kalah asalkan Islam dapat dimertabatkan.
Lu jangan ingat PAS tak tahu perkhianatan pemimpin-pemimpin PKR dibelakang PAS kerana itulah Dewan Ulama menimbulkan isu pakatan politik siyasi syahsiah dengan PKR dikaji semula. Nanti jangan lupa bagi tau Nuar untuk projek 16 september ke2 kut-kut boleh beli MP-MP BN.... Wakawakawaka.

mi berkata...

Apa bezanya lu dgn pkr?? Sama je. Kitorg pn bleh ckp lu ingt pas boleh menang ke klu bkn anwar dulu. Kemonla.. klu org kritik tg hadi sikit ko dah melenting. Xde bezanya antara pas n pkr dlm.bab ni.. nasib le byk geng2 mcm husam n dr hatta dlm pas. Klu pas kuar pr, aku pn kuar pas. Sedar sikit bro, ustaz2 dlm ajk pas tu byk kelabu asap ckp xserupa bikin. Nk join umno?? Mn pimpinan akar umbi nk letak muka.. ostad2 tu mati2 kritik umno dlm ceramah, pastu nk join umno. Palotak diorg..

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

bro.... apa lu melalak ni,kalu nak balas komen baca dulu betul-betul pasai gua bukan sape-sape pun. Lu dah menyerlahkan diri lu sebagai barua Nuar dalam PAS, so lu masuk pkr ler boleh rase barang baik maa.

mayang zulaika berkata...

Banyak sangat terasa lebih islam daripada org lain, satu spesis sama seperti bani keris bugil, perasan islam tak ada orang lain yang nak pertahankan, perasan islam tanpa parti islam, habis semua murtad, semua terpesong.Sampai ke tahap seolah olah nak memaksa semua orang masuk syurga (macamlah kunci syurga depa yg pegang) Islam Allah pelihara, syurga neraka hak Allah, atas rahmatnya dapat kita ke sana. Kita hanya mampu menyeru dengan kebenaran dan psnuh kesabaran, apapun hidayah hanya Allah yg menentukan. Jgnlah terlalu syok sendiri perasan kitalah pejuang agama, dakwah 10 ungkitnya 100. Keikhlasan dan kejujuran perlu ada. Habil mempersembahkan hasil tani yg terbaik sebagai tanda syukur dan ikhlas terhadap Allah. Berdakwah amat perlukan kesabaran dan keikhlasan. Mengungkit adalah petanda ataupun ciri ciri tiada keikhlasan. YB bukan islam jual ap, bantu org asli. YB islam dapat ap beli kereta porche kat anak. Tak salah tapi orang menilai.Jangan dikatakan kencing deras sudahlah. Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

Yang comment hentam PAS ni adalah budak2 yg baru kenai dunia politik malaysia atau pun dah tua tapi baru nak kenai dunia politik malaysia takpun asal dari umno ikut anuar lepas kena tendang. PAS xpernah setakat ni x khianat dari perjuangan. Pemimpin PAS masuk keluaq penjara masa anuar dan kawan2 dia senang dalam kerajaan. Yg nak cabar keluar PAS ni keluar la... manusia jenis macam ni yg menyusahkan jemaah dan parti. Kaji dan kenali la sapa anuar ibrahim dan sapa ustaz hadi sapa pemimpin2 PKR dan sapa pemimpin2 PAS.

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemimpin PAS,Sedarlah sikit kita ni adalah bersahabat dengan semua bangsa dan agama untuk mendapatkan satu kuasa memerintah untk memmudahkan kita mentadbir secara islam dengan mudah.Dan sedarlh sikit wahai Adun-adun dan Ahli Parlimen PAS kemenangan yang anda dapat baru-baru ni adakah hasil undian dari kaum melayu sepenuhnya atau mendapat undian dari bangsa kapir.Fikirlah dan bertindaklah secara islam yang sederhana untuk mendakwah mereka secara mudah.Wahai Nasaruddin Tantawi,sekiranya kaum cina tak mengundi kamu,belum tentu kamu menjadi ahli Parlimen,

mohd shahran berkata...

Admin cuba tiup api perpecahan. Bull shit Admin..

Tanpa Nama berkata...

Iblis pernah menjadi pelajar kepada malaikat kemudiannya menjadi pengajar kepada malaikat seterusnya menjadi tuan guru keoada malaikat. Pernah juga memegang kunci syurga, boleh keluar masuk syurga, tetapi diakhirnya akan dihumban ke neraka. Perasaan riak dan takbur terlalu menguasai iblis sehingga terlupa sang penciptanya. Iblis merasakan dirinya lebih mulia, lebih alim dan terbaik teristimewa dalam segalanya. Mana mungkin beliau harus sujud kepada Adam yang baharu dicipta oleh Allah. Kalau kita terdetik merasakan sebegitu, banyakkan beristifar, jangan terlalu taksub merasakan jemaah kita sajalah yg benar, jemaah kita sajakah yg mempertahan akidah umat islam seantero dunia.Tuan Guru kitalah yang tersohor. Tiada jemaah kita habislah islam. Untuk berdakwah semangat berdasarkan kaum harus dibuang. Tiada istimewa mana mana bangsa pun (walaupun bangsa arab boleh mendabik dada, bangsa mereka yg mengembangkan islam, berdakwah seantero dunia, bangsa yg mencipta asas kemodenan, cipta jam, teropong, pelopor perubatan moden). Jangan hipokrit, teori pendokong agama, praktikal pendokong semangat bangsa. Andaikata rasa memadai sekadar mendapat sokongan bangsa melayu, terus terang dgn bukan melayu. Begitu juga sebaliknya, biar bangsa dan rakyat menilai. Hargai keharmonian yg sedia ada, ketatkan apa yg longgar, banyak ruang yg boleh diperbaiki. Apapun kita kena akui dan terima hakikat yang negara diwarnai oleh 3 bangsa utama dan bangsa lain lain bangsa. Tidak timbul soalan siapa tuan atau siapa hamba. Setiap warga perlu diajar dan ditekankan ada batas batas tertentu yg perlu dihormati dan jangan sesekali dilanggar. Malaysia perlu harmoni untuk generasi hadapan. Wallahu a'lam

- Mayang zulaika taktahui (arab celup)-

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...