Translate

Mesti Baca

Khamis, 12 Jun 2014

Sekadar Membantu Rakan Gua.

 Seorang Yang Gagal..????


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dulu saya seorang Civil Contractor. Yang berjaya dengan memiliki pekerja tetap seramai 8 orang dan pekerja kontrak lebih kurang seramai hampir 20 orang. Walau pun syarikat saya tidak besar tetapi saya mempunyai pelanggan yang cukup ramai. Ada kala saya terpaksa menolak permintaan pelanggan untuk melakukan kerja-kerja ubah suai kediaman mereka disebabkan tidak menang tangan tetapi ada yang cakap "Encik Said....saya sanggup tunggu". Kenapa mereka sanggup tunggu saya lakukan walau pun ia memakan masa yang lama?.

Apa rahsia saya sehingga pelanggan saya begitu percayakan kerja-kerja yang saya lakukan?. Jawabnya cukup mudah iaitu "AMANAH". Apabila anda amanah terhadap kerja-kerja yang lakukan, maka anda tidak akan menipu pelanggan dengan melakukan kerja sambil lewa atau pun menipu menggunakan bahan-bahan mentah yang kurang kualiti untuk mengaut keuntungan besar.

Apa kemahiran yang saya miliki ialah saya boleh membina sebuah rumah dari A sampai Z tanpa mencari eletrician, pipingman, decoration atau membina kabinet kerana semuanya saya boleh lakukan. 18 tahun lalu ketika saya berhijrah ke Ipoh dari Dungun dengan notis 24 jam kepada syarikat Korea, Hyundai yang memenangi kontrak Petronas untuk membina loji penapisan gas di Kerteh. Saya tidak mengenali sesiapa pun melainkan isteri saya.

Betapa perit rasanya apabila tiada seorang pun yang saya kenali dan kepayahan mencari pekerjaan sehinggakan akaun bank kosong. Masih segar dalam ingatan bagaimana saya mencari kayu-kayu terbuang di tempat pembuangan sampah untuk di jadi cenderahati dengan harga RM 2 satu. Itulah sumber saya untuk hidup kerana dari sudut pandangan saya, di Ipoh saya tidak pernah berjumpa dengan Civil Contractor berbangsa Melayu kerana yang ada semuanya Cina. Bak kata pepatah 'Benih yang elok jika dibuang ke laut menjadi pulau'.

Dengan pertolongan isteri saya yang mempunyai kenalan di kalangan guru-guru, mula ada yang bertanya adakah saya boleh melakukan wiring atau baiki atap atau baiki paip atau apa saja kerana moto saya tiada istilah 'Tidak Boleh', melainkan semuanya boleh walau pun saya tidak tahu melakukannya. Sebagai contoh bila saya diminta melakukan kerja plastersiling yang baru bagi saya, maka tempat lepak saya ialah di kedai buku MPH. Di situlah tempat saya belajar cara-cara untuk melakukan kerja-kerja yang diberikan. Untuk membaca seterusnya sila KLIK SINI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

To hire a knowledge able and ethical car accident injury lawyer, it
is best to check on his legal experience, and also have
a close look at the track records of the accident cases
he has won for his clients. s car insurance company will, most likely, deny that their client is at fault and offer settlements that aren. Not at all,
in many occasions, car accident lawyers perform a vital role in increasing the claimant.



Also visit my site ... the best personal lawyer in milwaukee

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...