Translate

Mesti Baca

Sabtu, 14 Jun 2014

Lu Bodoh Atau Cerdik?.


Gua sudah lama betul tidak update gua punya blog selepas terlibat dalam kemalangan yang gua sendiri pun tak tahu kemalangan keberapa dalam hidup gua. Kemalangan kali ini benar-benar membuatkan gua terpaksa berehat panjang kerana dah lima bulan masih belum sembuh-sembuh. Gua bukan sahaja tidak update gua punya blog malah gua jarang-jarang atau kadang-kadang membuka komputer. Banyak isu-isu yang gua ketinggalan kerana gua benar-benar ingin berehat minda dan fizikal.

Lu all pun tahu yang setiap artikel gua lebih kepada isu-isu politik dan gua tulis pun kerana atas permintaan member gua (Musafirlalu) yang ingin mendapat pendapat gua tentang satu produk di panggil Shaklee yang gua ada mengambilnya untuk kesihatan gua. Lu jangan anggap gua jual ubat pulak, apa yang gua tulis ini adalah dari pandangan gua sendiri. Yang betul tetap betul yang salah tetap salah macam KJ minta MC kat Big Boss dia pasal tak sihat kerana mengalami deman piala dunia.

Gua ada mengambil beberapa produk Shaklee seperti B Complex, Ostematrix, Vitalea, Alfalfa Complex dan Vitamin C Plus dengan harga RM269.50 yang mana bagi gua harga yang cukup murah. Kenapa gua kata murah pasal dalam 5 produk tu ada ditelan untuk sebulan, ada untuk 2 bulan, ada untuk 3 bulan hingga 4 bulan. So, bagi gua harganya cukup murah jika dibandingkan dengan produk-produk yang gua biasa beli yang ada harga sampai RM200 satu botol untuk sebulan telan.

Memang gua tahu yang produt Shaklee ini bukan untuk merawat atau mengubati atau mencegah penyakit tetapi ia dapat membantu tubuh gua agar terus boleh bertahan dan jika badan gua sakit ia akan mengurangkan kesakitan gua. Keberkesanannya memang cukup terasa selepas seminggu gua mengambilnya secara berterusan dan ia tidak menganggu ubat-ubat berasaskan kimia/drug disebabkan produk Shaklee adalah dari sumber alam/tumbuhan, apatah lagi ianya dijamin halal mengikut semakan gua dalam internet.

Bukan itu sahaja yang gua nak khabarkan kat lu all, ubat-ubatan yang gua terpaksa telan atas arahan doktor pakar dapat gua kurangkan pengambilannya sebanyak 60 peratus. Kat situ sahaja gua sudah dapat penjimatan sebanyak 40 peratus sebelum GST dilaksanakan oleh Big Boss pada tahun depan. 

Ada orang tanya gua, kalu dah bukan ubat buat apa lu beli dan telan. Ada lagi orang bodoh kat negara nih pasal gua ingat semua cerdik-cerdik belaka jika melihat kepada semangat mereka untuk menunggu GST dilaksanakan. Disebabkan cerdiknya mereka sampai ada yang nak suruh Big Boss laksana GST segera, tak payah tunggu tahun depan. Mereka kata lambat sangat pasal tak sabar nak bayar GST, nak kata bodoh tengok macam baru balik belajar luar negara. 

Tak apalah kita tinggal yang bodoh-bodoh ni dulu kalu layan satu hari tak habis. Bila ada kata kalu bukan ubat buat apa beli, gua tanya dia 'lu kan ada penyakit lelah, lu ada makan atau pam ubat lelah tak'. Dia  kata memang hari-hari dia pam, gua tanya balik dia 'bila lu pam, lelah lu terus baik ker'. Dia kata masa pam hilang ler tapi kalu lelah mari kena pam lagi. Gua tanya dia lu nih bodoh ker cerdik....!!!!! Kalu nama dia ubat bermakna bila lu pam ker, lu telan ker atau lu buat lauk ker ubat lelah lu, pasti lelah lu dah lama lama baik. 

Maknanya ubat lelah lu itu sekadar penahan sakit jer pasal ubat untuk lelah para saintis tengah belek buku lagi. Macam produk yang gua makan sekarang ni jugak, sekurang-kurangnya dari telan hari-hari sekarang dah boleh selang dua sekali. Siapa bodoh.... lu bodoh ker atau gua bodoh..????. So, gua sarankan pada lu all jika ada masalah kesihatan lu boleh layari laman TinaTinotOnline dan hubungi pemiliknya (Ruzanah) kerana mereka ada satu kumpulan yang akan bagi pendapat untuk setiap masalah yang hadapi. Tak kena bayar pun kalu lu gi jengah.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...