Translate

Mesti Baca

Khamis, 22 Mei 2014

Islam vs Sekular : Hukum Menentang Umno.

Mana perginya ulamak/ulamak muda Umno tentang perbuatan Najib ini 

Mengikut kitab Umno barang siapa yang meninggalkan Umno di atas sebab-sebab kesihatan, atas sebab peribadi, bersara, tidak lagi mampu memimpin tetapi masih memberi sokongan kepada Umno maka ianya   dianggap makruh dan sesiapa yang meninggal kan Umno kerana ingin menjatuhkan atau memberi sokongan kepada mana-mana calon dari PR maka hukumnya adalah haram. Bukan setakat haram malah mereka dianggap menderhaka kepada Umno dan BN umumnya.

Anda dianggap berdosa besar kerana menderhaka Umno dan mestilah kembali kepada Umno dengan penuh keinsafan 101 peratus dan melakukan ritual mencium tangan Mahathir atau pun mencium cincin berlian Rosmah. Dengan melakukan perkara yang disebut di atas, maka dosa-dosa anda sudah dianggap terampun sepenuhnya. Ini adalah merujuk kepada kitab Umno kerana menderhaka kepada Umno lebih besar dosanya daripada menderhaka terhadap Allah S.W.T dan Rasul Nya.

Bagi penganut Umno yang berguru kepada UlatMamak seperti Maulana Kyai Mahathir al-Kutti Wal Madrasi, Al-Quran, Sunnah, Sahabat r.a. dan alim ulama adalah sampah bagi mereka disebabkan mereka semualah umat Melayu/Umno Celaka mundur dan ketinggalan dalam ekonomi berbanding dengan bangsa/negara lain.
Kerana gambar inilah yang menyelamatkan Mahathir/BN untuk terus memerintah

Hanya gambar tengkolok bersalib Ku Li sahaja yang ada dan gambar tengkolok bersalib milik Mahathir lenyap tanpa dapat dikesan

Bagi pemikiran sekular Mahathir yang usia sudah melangkau senja, jika ini haram itu haram bagaimana Melayu/Umno Sial nak maju sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh anaknya yang berjaya menjadi kaya-raya dalam perniagaan araknya yang berpengkalan di Filipina. Jika kita asyik melaungkan pelaksanaan Hukum Syariah, pelabur-pelabur asing tidak akan lagi melabur kat Malaysia.

Anda boleh menderhaka kepada Allah S.W.T. tetapi tidak kepada Umno kerana Umnolah yang memberi rezeki kepada rakyat Malaysia. Undang-undang sekular dan perlembagaan Lord Reid lebih tinggi darjatnya daripada undang-undang Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnatullah kerana undang-undang Syariah adalah ciptaan ulama-ulama Fekah.

Adakah para alim ulama ini lebih hebat atau mulia berbanding dengan Mahathir yang mana beliau pun ada membaca tafsiran Al-Quran berbahasa English. Jika anda mahu lihat bagaimana penganut Umno Celaka yang berpegang teguh kepada kitab Umno, lihatlah kejayaan anak-anak, suku-sakat dan para pengampu yang berjaya meletakkan diri mereka menjadi antara orang terkaya di negara.

Lihatlah bagaimana Tun Hanif Omar yang menjadi naib pengerusi Genting Berhad yang tersohor sebagai pusat perjudian terkemuka di peta dunia. Bagaimana bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan tiada satu ayat pun didalam Al-Quran yang menyebut 'JUDI' itu haram. Berbeza dengan kitab Umno yang menyatakan judi itu menjadi haram kerana syarikat memiliki permit dari kerajaan.

Judi dan arak akan menjadi halal jika mereka memiliki permit yang sah. Kerana perjudian dan araklah yang memberi kerajaan keuntungan melalui cukai yang dikenakan. Sepatutnya orang Umno Celaka patut bersyukur kerana selain TS LGT, datuk kepada Najib dan Hishamudin adalah pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat perjudian itu. Anda boleh menderhaka kepada Allah S.W.T dan Rasul Nya S.A.W tetapi jangan sesekali anda menderhaka Umno....... Wallahualam.


Arak itu halal jika anaknya memiliki saham yang besar

Produk keluaran Mahathir dan adakah anak angkatnya ini akan terjerumus dengan noda sekiranya masih berada dikalangan umat Islam Pakistan?

Pembunuh umat Islam di Memali

Nujum Mahathir Rasa Perkara Buruk Akan Menimpa Umno

Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan tentang kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK sebegini, apatah lagi apabila calonnya merupakan calon muda.

"Dan tentulah tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian," tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, menurutnya ramai rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ sedemikian dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seolah-olah ‘salah asuh’ anak-anak mereka sehinggakan sanggup ‘menderhaka’ kepada parti Umno seperti yang dilakukan oleh Dyana.

"Seolah-olah Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan. Seolah-olah Tun Mahathir sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno (BN) tidak lama lagi," tulisnya lagi.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. HD

5 ulasan:

usin berkata...

Kuatnya merepek. Dlm bnyk2 bab yg kamu tulis, terlalu bnyk cerita rekaan & fitnah serta tidak berfakta. Dosa fitnah sgt dahsyat balasannya. Dgn fakta separuh benar separuh fitnah begini, akan rosak pemikiran sebahagian pembaca. Biarlah rasa benci kamu pada umno, najib, rosmah, mahathir & lain² pemimpin kerajaan tinggal dlm hati kamu shj. Jangan zahirkan sakit hati kamu dlm bentuk fitnah. Nanti kamu.juga yg merana. Tak sekarang, tunggu hujung hayat kamu & bila kamu dh jd arwah. Sorang diri disoal malaikat. Ingatan ini hanya jika kamu Islam, jika kafir bnyk lg bab kena belajar.

Tanpa Nama berkata...

Insaflah saudara jgn suka buat fitnah. Buruk padahnya .

Tanpa Nama berkata...

Awas orang melayu ni kerja RBA DAP yg hendak memecahbelahkan org melayu dn Islam . Nanti mereka akan mengaut keuntungan hadil dr perpecahan org melyu dn umat Islam

Tanpa Nama berkata...

Pakai OTAK MCA GERAKAN BUKAN CHINA
HANYA DAP CHINA KE
OTAK BERKARAT DI BODOH KAN DEK UMNO
YANG CHINA INDIA KAYA RAYA DI NEGARA INI SIAPA YANG JUAL TANAH BAGI LESEN BAGI CONTRACT BAGI PERMIT
JAWAP NYA AFGANISTAN YANG BAGI

Tanpa Nama berkata...

Malunya aku punyai bangsa seperti penulis ni

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...