Translate

Mesti Baca

Selasa, 11 Mac 2014

MH370 : Terhempas Atau Dirampas...!!!!

 


Gua cukup simpati kepada keluarga mangsa penerbangan MAS yang distinasinya KL ke Beijing kerana mereka menunggu dengan penuh harapan dengan maklumat yang berubah-ubah darri pihak kerajaan. Jika jatuh ke laut pasti ada serpihannya dan jika jatuh ke hutan pasti nampak kesannya kerana MH370 bukan kapal terbang kecil, 777-200. Tambahan pula bantuan negara luar yang disalurkan kepada negara dengan menggunakan teknologi-teknologi yang termoden.

Gua memang mendapat perkhabaran dari seorang yang cukup arif dalam penerbangan bahawa beliau tidak bersetuju dengan maklumat yang diberikan oleh kerajaan. Beliau menyatakan bahawa pilot penerbangan itu seorang berpegalaman selama 30 tahun. Kenapa kerajaan banyak berahsia berkenaan isu ini dengan menyekat akses pemberita dengan ahli keluarga mereka. 

Dengan kehadiran anggota FBI menambahkan lagi kekeliruan walaupun mereka memberi alasan dari 227 penumpang dengan 12 orang anak kapal ada 3 warganegara Amerika. Kenapa AS cukup berminat dalam perkara ini sedangkan ia tidak berlaku pada rampasan yang lepas-lepas. Bagi gua ianya seperti satu teka-teki tentang 2 warga Eropah yang menggunakan pasport palsu boleh membolosi kawalan yang ketat di KLIA. Ada khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pesawat itu tidak terhempas tetapi telah dirampas dan sudah mendarat di wilayah Russia. Dengan perjalanan sehala KL-Beijing sudah dikira mencukupi untuk kapal terbang itu masuk ke wilayah Russia.

Dalam satu visi lagi menyatakan bahawa rampasan itu dibuat untuk tuntutan kerana ada 4 warga China yang cukup kaya walaupun sebelum ini Taiwan telah mengeluarkan kenyataan bahawa satu panggilan yang mengugut untuk merampas pesawat milik China dan meletupkan lapangan terbang Beijing beberapa hari sebelum kehilangan pesawat milik MAS yang membawa hampir 2/3 warga China.

Kenyataan kerajaan bahawa kebarangkalian MH370 dirampas amat rendah masih boleh dipertikaikan kerana China sendiri sedang bergolak dengan kumpulan pemisah di wilayah Xinjiang. Kumpulan pemisah yang dikenali Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) semakin aktif sejak kebelakangan ini tidak boleh diketepikan tentang tuntutan mereka ke atas wilayah Xinjing. Jika 2 warga Eropah yang berjaya melepasi sekatan dengan pasport palsu, tidak mustahil perkara yang tidak diingini berlaku.

Sikap kerajaan menangani isu ini amat mengecewakan dan ia seperti menyembunyi sesuatu dari ahli keluarga 239 yang berada didalam MH370. Maka kerajaan tidak perlu mengugut rakyat agar jangan membuat apa-apa andaian jika dalam sidang akhbar pun mereka mengeluar kenyataan cacamarba. Gua andaikan isu MH370 ini sudah menjadi isu dunia kerana penglibatan banyak negara dan pengunaan teknologi yang canggih-canggih. Gua turut bersimpati dengan nasib 237 penumpang dan keluarga mereka yang amat berharap satu keajaiban berlaku./GANR

3 ulasan:

vipmaster power berkata...

This Is What Women Really Want !!
KLIK HERE !!

Mohd Arifin Turiman berkata...

boleh di pertimbangkan

Tanpa Nama berkata...

pe y d ktakn itu mgkin ad sesuatu y krjaan sorkkn.itu emg da kyataannye.ini semua politik.je.sbnrnye pilot,pesawt.pnmpang dn ank kpl msh ad tp tmpt msih d rhsiakn...smua taktik sje..mas jd kmbg htm pasl sesuatu y d rebutkn olh amerika n china.skrg ni tgok knpe amerika sggup bntu mlysia ???of course have reason.....xkn amerika sggup jd bodh untk membntu.smua tu ada kaitannya.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...