Translate

Mesti Baca

Sabtu, 8 Mac 2014

Matlamat Menghalalkan Cara: Adakah Najib Akan Selamat Dengan Memenjarakan Anwar...!!!

Anwar Ibrahim

Ada yang menyatakan bahawa Najib terlibat dalam kes liwat yang mana Anwar didapati bersalah dengan memberi hukuman 5 tahun penjara. Ada yang menyokong hukuman itu dengan berbagai alasan seperti mana yang menentang akan hukuman itu. Maka timbullah pertembungan antara pro dan anti Anwar dengan hujah masing-masing yang mana akan timbul perkataan 'lihatlah jika pembangkang menang mereka memuji hakim tetapi jika kalah mereka mengatakan ada tangan-tangan ghaib di belakang hakim'.

Percayalah bro bahawa mahkamah adalah tempat menipu walaupun tertuduh mengangkat sumpah dan  tertuduh bercakap benar sekali pun, tertuduh pasti akan didapati bersalah tetapi jika tertuduh pandai menipu melalui peguam, gua pasti mereka akan terlepas. Seperti hukuman 5 tahun yang dijatuhi keatas Anwar  dalam kes liwat II, rakyat akan mengatakan bahawa Najib terlibat dalam komplot ini demi mematikan karier politik Anwar.

Mungkin bagi pandangan Najib, dengan hukuman 5 tahun penjara sudah cukup bagi memulihkan kepercayaan para pemimpin Umno/BN dan menyelamatkan beliau dari dijatuhkan oleh timbalannya. Dengan hukuman 5 tahun (mengikut perkiraan ia dikira 2/3 iaitu 3 tahun 4 bulan sahaja) dan tidak boleh berpolitik selama 5 tahun, ia sudah dikira cukup memandangkan usia Anwar kini melebihi 67 tahun. Untuk makluman semua gua bukannya pemuja Anwar selepas beliau bersama Umno pada 1982 tetapi gua tetap menyokongnya di atas permainan jahat Umno. Pihak pemerintah pula jangan terlalu bangga dengan apa yang mereka lakukan kerana mereka hanya menang dengan sokongan 47 peratus.

Perlu diingat wahai Yang Arif-Yang Arif bahawa dalam tiga orang, 2 orang pasti ke neraka apatah lagi bila undang-undang ciptaan manusia (sekular) dijadikan rujukan sedangkan mereka yang dipanggil Yang Arif cukup arif dan amat mengetahui bahawa mereka tidak berada di landasan yang betul. Gua tidak menyalahkan para hakim yang menghakimi mengikut undang-undang ciptaan manusia tetapi adakah mereka menyucikan tangan-tangan mereka selepas menjatuhkan hukuman yang termasuk dalam Hukum Syarak.

Bagi gua, bersalah atau tidak keatas OKT tanpa mengira akan agama, bangsa dan pegangan politik, ianya tetap tidak adil kerana mereka menghukum dengan hukuman ciptaan manusia yang boleh diubah mengikut selera pemerintah. Jika sekarang mereka mengadili seseorang di atas muka bumi ini dan yang pasti, mereka pula akan diadili oleh Yang Maha Adil tanpa terlepas sedikit pun walau sebesar zarah iaitu Allah S.W.T. 

Mereka boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan di atas dunia selagi mereka mampu tetapi ingatlah bahawa mereka hidup di alam musafir yang mana bagi orang-orang beriman ianya cukup singkat di sisi Allah S.W.T. Demi Allah S.W.T yang kekal abadi dan tiada sekutu bagiNya melainkan orang-orang beriman yang berada di jalan yang lurus yakni jalan yang di redha oleh Yang Memberi Rahmat ke atas hamba-hamba Nya. Ingatlah bahawa mati itu benar, di bangkitkan itu benar, Padang Mahsyar itu benar, di hisab amalan itu benar, Syurga/Neraka itu benar dan syafaat Rasulullah S.A.W itu benar. 

Segala pahala atau dosa yang kita lakukan di alam musafir bukannya satu jaminan untuk kita ke Syurga atau Neraka, kerana tanpa Rahmat Nya kita tidak akan kemana-mana. Siapalah kita jika tidak kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Siapalah kita untuk menghakimi seseorang kerana segala pahala yang kita kumpulkan masih belum boleh di bandingkan dengan si titik air yang kita minum. Itulah sebabnya kita disuruh berhukum dengan hukum Allah S.W.T yang selalu kita baca Al-Quran. 

Adakah kita merasa hebat sehingga sanggup menghina firman-firman Allah S.W.T sebagai mana seorang berfahaman sosialis menafsirkan Al-Quran dengan menolak Sunnah Rasul Nya. Sebagaimana mantan PM yang merasa hebat sehingga mempersenda-sendakan Allah S.W.T yakni hukum yang diwajibkan keatas umat Islam hanya kerana beliau telah membaca tafsir Al-Quran berbahasa english. Inilah kerosakan yang dilakukan oleh umat yang mengaku merekalah yang paling Islam daripada orang lain. Andainya kes liwat ini diadili berhukumkan hukum Allah S.W.T pasti yang tertuduh dan yang menuduh akan mendapat keadilan. 

Disebabkan terlalu sayangkan hukum yang diberikan oleh penjajah maka kesannya amat besar buat umat manusia. Ingat bro, hidup hanya sekali sahaja di alam musafir sehingga setiap saat yang kita lakukan tidak boleh di kembalikan. Hidup kali kedualah yang akan kekal abadi walau di mana kita dihumbankan, Neraka atau Syurga dan ketika itu 1 hari di Padang Mahsyar persamaan 1000 tahun dunia. Diriwayatkan oleh Sahabat r.a. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda setelah 1000 tahun terseksa di neraka, baru dibebaskan seorang hamba Nya. Yang menjadi penganut Anti Hadis bolehlah mendapat syafaat Kassim Ahmad di Padang Mahsyar nanti./GANR

3 ulasan:

tintamerah berkata...

Assalamualaikum. Tuan,
Andainya kes liwat ini diadili dengan hukum Allah (hudud), kita pun belum pasti apa keputusannya. Sedang peguamnya membela dengan menyatakan liwat berlaku antara kedua-duanya adalah suka sama suka dan majlis peguam juga berpegang pada kenyataan yg sama, bagaimana kita mengatakan liwat tak berlaku? Yg dituduh tidak pun menyangkal kenyataan pembelaan oleh peguam-peguam ini. Jadi? Dengan keengganan beliau mengangkat sumpah dan menidakkan disoalbalas, di mana keadilannya? Beliau juga enggan memberikan sampel dna utk perbandingan daripada sampel yg diambil dari org yg menuduh. Saya akui xde 4 org saksi yg melihat kejadian itu. Tapi saya nk tahu, jika ada 4 org yg menyaksikan kejadian itu, adakah tuan akan percaya? Atau tetap menafikan juga?

Tanpa Nama berkata...

Hanya org yg buta hatinya tak nampak kes ni dek kerana ketaksuban yang melampaui tahap gaban.

Tanpa Nama berkata...

You probably desire a refresher for the useful tips
every online business proprietor should learn about.
The facts are, people join MLM opportunities as a consequence of who introduced them.
I have seen my share of scams, and have in fact done a fantastic job avoiding being taken to get a sucker and
I'm here to inform you, Ameriplan just isn't a scam.


My webpage: glistnik

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...