Translate

Mesti Baca

Selasa, 4 Februari 2014

PRK Kajang : Baik Dan Buruknya.


Sebelum gua nak ulas tentang PRK Kajang nih, gua nak tanya adakah ia untuk kebaikan rakyat atau untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin?. Kita juga akui akan krisis antara dua puak dalam PKR dan ada segelintirnya yang bersikap tunggu dan lihat. Gua tidak mahu apa yang berlaku di Kedah berulang sehinggakan tumbangnya PR ditangan BN akibat dari krisis dalaman sehinggakan kita kehilangan seorang pemimpin yang sampai kesihatannya ditolak tepi demi menyelamatkan kerajaan Kedah dari jatuh. 

Antara sebab kekalahan PR yang dipimpin oleh PAS adalah sikap menikam kawan dari lawan mereka sendiri sehinggakan mantan MB Al-Marhum Azizan Razak langsung tidak menghiraukan kesihatannya. Ramai yang menuduh dan meletakkan kekalahan di Kedah pada PRU 13 yang lalu adalah kerana kelemahan beliau tanpa mengetahui cerita sebenar. Begitu juga dengan kekalahan PAS Terengganu pada PRU10 yang mana para blogger celaka senang-senang meletakkan kekalahan itu kerana Geng UG. 

Adakah mereka tahu bagaimana Haji Hadi memberi ingatan kepada ahli PAS yang PAS sekarang adalah pemerintah dan bukan lagi pembangkang. Mungkin kerana terlampau lama berada di kedudukan pembangkang maka fikiran mereka masih lagi dengan menganggap PAS Terengganu masih pembangkang dan Umno adalah masih memerintah. 

Gua sendiri melihat keadaan ini di mana YDP bahagian dan YDP cawangan gagal menerangkan perkara sebenar. Tidak dinafikan apabila PAS berjaya memerintah Terengganu, ada di pihak bahagian dan cawangan berubah wajah dan sikap mereka memang meloyakan gua. Gua lihat ada pemimpin di peringkat bahagian yang dulunya benar-benar ikhlas berjuang dengan hanya memiliki Hondo Cawan telah secara drastik bertukar kepada kenderaan Pacuan 4WD. 

Gua ada bersembang dengan beberapa kawan dan gua telah andaikan yang PAS pasti tidak akan dapat mempertahankan kerajaan PAS Terengganu kerana sikap mereka di peringkat bawahan yang baru dapat sedikit kuasa sudah mula membalas dendam terhadap penyokong Umno. Mereka yang berlambangkan keris telanjang dinafikan hak-hak mereka dan pimpinan peringkat bawahan lebih kejam dari Umno. Sedangkan pimpinan tertinggi telah mengingatkan agar bantuan mesti diberi tanpa mengira fahaman politik mereka kerana mereka adalah rakyat Terengganu tetapi penegasan itu tidak diendahkan oleh segelintir pemimpin peringkat cawangan.

Kenapa perlu diadakan PRK Kajang walaupun penyandangnya tidak meninggal atau lompat parti atau tidak muflis. Adakah ia baik buat rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Gua cukup faham tentang perangai orang PAS setiap kali PRU atau PRK, mereka datang berkampung tanpa ada peruntukan dan semuanya adalah dari duit poket sendiri, malah mereka mengeluarkan derma untuk membeli itu ini. 

Ada lu dengar yang pendokong PAS di peruntukkan sebanyak sekian-sekian setiap kali pilihan raya. PAS adalah diketogirikan sebagai parti yang paling miskin tetapi apabila gendang dipalu, maka berduyung-duyung yang dapat menghulurkan bantuan baik melalui wang mahu pun keringat. Ingatlah wahai pemimpin yang bernafsu besar, pendokong PAS bukan seperti Umno/BN yang akan mendapat segala-galanya dari bas percuma, makan free lauk ayam, tempat tinggal selesa dan ditambah dengan duit poket.

Cukuplah PAS dipergunakan setiap kali pilihan raya kerana tanpa jentera PAS, adakah PKR boleh menang dan tidak dinafikan akan kebaikan yang PAS terima dengan kerusi yang bertambah hasil dari sepakatan mereka dengan DAP dan PKR. Bolehkah sesiapa kira berapa ranting yang cabang PKR ada bagi setiap kawasan. Adakah ranting-ranting mereka lebih banyak dari PAS dan kerahan tenaga juga lebih dari tenaga yang PAS hulurkan. Adakah PAS dibawa berbincang tentang perkara ini walau pun ia adalah kes rumah tangga PKR yang mana PAS dan DAP tidak boleh campur, begitu juga sebaliknya.

Tetapi adakah mereka lupa yang mereka mempunyai rakan-rakan dalam Pakatan yang pasti terpaksa membantu mereka untuk PRK Kajang. Janganlah sampai bila lu dah ada kuasa, lu sudah tunjuk lagak sehinggakan lu sendiri hantar kader-kader lu menyusup masuk ke dalam PAS. Adakah PAS tidak mengetahui akan hal ini. 

Bro, PAS sudah lama wujud walau pun ia diceritakan yang PAS adalah serpihan Umno tanpa merujuk kepada Hizbul Muslimin yang diharamkan sehinggakan pejuang-pejuang Islam masuk Umno demi mewajarkan agar PAS dapat ditubuhkan dengan cara sah. Janganlah naif sangat tentang politik bro kerana PAS sentiasa belajar sampai kini walau apa pun kata-kata jahat dilemparkan terhadap PAS. Kononnya jika benar PAS adalah parti yang benar-benar Islamik kenapa sampai sekarang tak memang-menang.

Nabi Nuh a.s. berdakwah hampir 1000 tahun tetapi pengikut baginda tak sampai 70 orang pun. Adakah orang yang mengaku Islam faham bahawa lebih mudah mengIslamkan bukan Islam dari mengIslamkan semula orang Melayu yang mengaku Islam tetapi merekalah perosak agama. Tidak cukup dengan sikap perkauman mereka, sekarang mereka menyasarkan penganut-penganut agama lain pulas. Cuma gua boleh kata inilah produk keluaran Umno selepas merdeka lebih-lebih lagi di zaman pemerintahan Diktator Mahathir.
 

SPR kata setiap kali PRK diadakan sebanyak RM 2 juga terpaksa digunakan, jika begitu berapa puluh juta pula gula-gula yang akan di taburkan oleh Umno untuk PRK Kajang nanti. Adakah semua duit itu milik Umno, jawapan yang cukup mudah ialah dia bagi lu RM200 selepas PRK mereka akan ambil ambil dari rakyat RM2,000. Macai Umno kata mana ada pasal itu sumbangan politik dari kulumgmerat, syarikat-syarikat dan ahli-ahli perniagaan. Gua pula kata jika lu bisnes adakah lu nak rugi dan yang dikata kroni-kroni pemimpin Umno, inilah mereka semua.

Tauke-tauke besar tanya ini hali boss mahu pakai berapa wang, lu cakap ajer maa berapa juta cash gua hantar naik helikopter. Kalah atau menang tauke-tauke nih tetap akan dapat habuan projek dengan beberapa persen akan masuk poket pemimpin politik kerana mereka masih memerintah pusat. Jika mereka tiada kuasa di pusat jangan beranganlah nak dapat bantuan dari tauke-tauke besar nih. 

Setiap projek yang mereka dapat itu dari poket pemimpin Umno ker, lu jangan harap ler kerana itu semua adalah duit dari bermacam-macam cukai yang mereka wujudkan. Adakah Raja Gula begitu bodoh untuk menjual gula, tepung atau beras dengan harga RM1. Fikir ler secara logik akal jika kamu adalah orang-orang yang bijak lagi pandai.

Permainan orang politik yang licik dan tamak pasti akan menyusahkan rakyat kerana mereka lebih pentingkan diri mereka sendiri tanpa mempedulikan rintihan-rintihan rakyat yang ibarat kais makan kais petang makan petang dan mereka menjadi pengemis di negara sendiri. Demi nafsu besar seorang dua yang tergila-gilakan jawatan sedangkan amanah yang rakyat berikan tak menang tangan untuk menangani tetapi masih kebulur dengan bermacam-macam jawatan. Adakah rakyat yang memberi sokongan kepada mereka, mereka ibaratkan sebagai lembu yang dicucuk hidung, boleh diheret kesana kemari.

Adakah kebaikan lebih banyak dari keburukan untuk PRK Kajang ini dengan turun harga sate kajang. Berapa banyak pula janji-janji manis untuk mengula-gulakan rakyat. Jika ada jualan gula dengan harga RM1 jangan sesekali melepaskan peluang ini dan lupakan seketika penyakit kencing manis, beli sebanyak mungkin, banyak semua ahli keluarga daru cicit sampai ke moyang. Inilah masanya pemimpin akan makan sayur kangkung dengan rakyat marhaen duduk bersila di pondok buluh untuk menunjukkan yang mereka berjiwa rakyat. 

Pastikan Rosmah dibawa ke rumah yang paling daif dan hidangkan sayur kangkung yang diambil di tepi longkang untuk hidangannya Jika boleh biar Rosmah lihat dari A sampai Z dan bagi minum air parit, andainya beliau tidak muntah hijau pasti darah marhaen masih ada pada dirinya kalau belum apa-apa dah masuk kereta lu boleh fikir sendiri ler.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...