Translate

Mesti Baca

Selasa, 21 Januari 2014

Selongkar : Menjejaki Hajjah Rosmah Mansor. ( Baik, Buruk Dan Berkuasa)

Rosmah Mansor

Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet. Ia disediakan di dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. 

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya (Lihat Sini) . Ia tidak disenangi oleh beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Kes 'bini puaka' 

Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. 

Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang sampaikan kepadanya (Baca Sini). Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. 

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan. Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya dari penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 Lagi mahasiswa ditahan 

Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani. Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini. 

Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 

Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Di dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa. 

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk 'mengawal isterinya' dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.(Youtube)

Sementara itu, ahli parlimen Barisan Nasional pula menuduh pembangkang 'tidak melihat dari gambaran yang lebih besar'. Nazri mendakwa bahawa ulasan Rosmah mengenai "teknologi hijau" adalah lebih meluas dari sedutan itu. Sungguhpun dicemari kontroversi tersebut, Rosmah telah pun menyatakan ucapan takziah secara rasmi kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Selain itu, beliau telah melancarkan satu tabung bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Maybank dan Pandu Puteri. Sejumlah RM1.8 juta sudah pun diagihkan kepada mangsa bencana tersebut. Linkkan

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...