Translate

Mesti Baca

Isnin, 27 Januari 2014

Murabbi TG Harun Taib Yang Ku Kenal.


 Jenazah Murabbi Harun Tayyib sedang diiringi dan demi menghormati permintaan anaknya maka gua tidak meletakkan gambar Al-Marhum.

Beliau adalah seorang yang cukup tegas dalam perjuangan demi melihat Islam dimartabatkan sebagai pegangan umat Islam. Tiada berkompromi apabila ia melibatkan hukum Islam biar sebanyak mana tentangan terhadap pemikirannya. Jika melihat raut mukanya pasti orang yang tidak mengenalinya akan mengatakan yang beliau seorang yang bengis tetapi realitinya beliau seorang yang mulia hatinya dan bengisnya bertempat.

Semasa muda gua memang seorang yang sedikit ganas di daerah gua dan ganas gua bukannya bererti gua kaki pau. Gua nih jenis tak suka kacau orang melainkan kalau orang itu kacau gua atau keluarga atau kawan-kawan gua pasti akan ada pergaduhan. Sehinggakan jika berlaku pergaduhan pasti pihak polis akan cari gua walau pun gua tidak terlibat langsung. Gua mempunyai rekod buruk pada pihak polis kerana gua paling benci pada polis-polis yang tandatangan pun belum kering tapi dah nak tunjuk lagak. Pernah sekumpulan polis yang tidak bertugas mengajak gua bertumbuk di hadapan balai polis daerah.

Walau pun gua diketegorikan sebagai samseng ditempat gua tetapi gua cukup menghormati orang-orang tua. Bila ada kenduri-kendara pasti gua akan membantu dan jika ada kematian, gua and the gang akan tolong gali kubur dan memikul keranda. Gua nih boleh dikatakan ringan tulang, kerana itulah jika ada pergaduhan orang-orang tua akan datang membantu gua atau menyorokkan gua di rumah mereka kerana dulu report polis tentang pergaduhan hanya bertahan 24 jam sahaja. Jika dalam waktu itu yang dituduh tidak ditahan makan polis akan tutup buku. 

Gua meminati politik sejak gua bersekolah rendah lagi dan minat gua lebih mendalam selepas PAS ditendang keluar oleh Umno yang menjadi gunting dalam lipatan dalam krisis PAS Kelantan. Pada awal 80 an selepas bermulalah era 'Kepimpinan Ulama' dalam PAS sehingga al-Marhum Datuk Asri dan kumpulan 12nya meletak jawatan. Waktu itu gua sudah mengenali TG Haji Hadi dan TG Harun Taib yang membarisi kepimpinan ulama muda.

Satu masa gua telah dikerahkan untuk ke Tanah Rancangan untuk bersama dengan Ustaz Harun Taib berceramah kerana tempat yang hendak pergi adalah kubu kuat Umno. Pada ketika itu tiada apa yang berlaku, tiba masanya Ustaz Harun Taib tentang dasar perjuangan PAS dan kewajipan orang Melayu perkauman. Bila sudah hampir tamat ceramah dari beliau, beberapa telur busuk telah dilontarkan ke arah beliau tetapi tidak kena dan gua tercari-cari pelakunya kerana gua berada di belakang orang ramai. 

Nasib baik betul orang yang lontar telur busuk itu dapat melarikan diri, jika tidak gua jamin ada yang masuk hospital dan ada yang masuk lokap. Yang masuk lokap tu pastinya gua dan  serta merta Ustaz Harun Taib menyambung lagi ceramahnya, gua ingat lagi lagi sampai rumah dah masuk pagi. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta begitu juga dengan perwatakan Murabbi Harun Tayyib. 

Semasa hayatnya beliau dikecam oleh orang yang mengaku ahli PAS dengan berbagai tuduhan kononnya beliau di antara individu yang ingin PAS bersama dengan Umno tanpa menyelidik betapa beliau seorang yang tidak boleh berkompromi bila ia melibatkan hukum Allah. 

Semasa Muktamar PAS yang lepas pun ada bisik-bisik yang kononnya duduk di atas kerusi roda pun masih nak pegang jawatan tak nak lepas, jahat sungguh mulut yang berani mengata di belakang sedangkan yang mengatakan itu bukannya ahli biasa. Gua percaya pemimpin PAS yang mengata itu tidak mendapat tarbiah yang betul dan mungkin ini antara virus yang masih ada dalam gerakan Islam PAS.

Gua cukup terasa dengan kehilangan tokoh yang gua kagumi ini yang sanggup berdegil walau pun sakit dan terpaksa berkerusi roda kerana itulah gua kurang menulis sehari dua ini. Pergilah dengan tenang wahai Murabbi Harun Tayyib. Sesungguhnya jasamu amat besar terhadap mengIslamkan semula umat Melayu yang telah lalai dengan duniawi. Insyaallah, benih-benih yang telah kamu semai akan meneruskan perjuanganmu walau pun kehebatanmu tiada tolok bandingnya.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...