Translate

Mesti Baca

Ahad, 19 Januari 2014

Gua Tabik Spring Kepada Kedua Ibubapa Ini Yang Tidak Memandang Ringan Tentang Solat.

Mereka adalah ibubapa yang baik kerana ketegasan mereka mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh. Gua cukup terkilan dengan sikap kerajaan Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam lambat bertindak untuk mempertahankan warganegara sendiri. Sepatutnya dalam soal ini kerajaan patut memberi penerangan kepada negara barat itu yang sememangnya tidak memahami dalam soal beragama dalam Islam dan bagaimana tanggung jawab ibubapa berkaitan solat. Mungkin jika kerajaan negara lain tidak akan berdiam diri bila rakyat mereka ditahan tetapi bagi negara Islam Malaysia pula, ia amat memalukan bukan bagi rakyat Malaysia tetapi umat Islam di seluruh dunia.

Inilah contoh ibubapa yang kerajaan Malaysia tidak inginkan kerana lebih mementingkan Islam dari diri mereka sendiri. Mereka patut diberi penghargaan di atas pengorbanan mereka demi anak-anak mereka menjadi seorang Islam/Muslim dan bukannya Melayu/Muslim yang pandai bercakap tetapi tidak mengamalkannya. Kerana itulah pergaulan bebas tanpa mengira jantan betina dengan minuman keras dan hubungan luar nikah yang kebanyakan adalah usaha berterusan Salam 1Malaysia. 

Lu sendiri tengok macam mana kehidupan anak-anak pemimpin negara yang ramai tergelincir disebabkan didikan yang terbawa-bawa bila si anak melihat perbuatan ibubapa mereka sendiri. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, maka celakalah para pemimpin-pemimpin yang merasakan mereka cukup berkuasa tanpa siapa pun berani mengambil tindakan terhadap salah laku mereka.

Kes pukul anak: Anak pasangan Malaysia tak gembira

Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti
Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani

Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.

Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata, beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.

"Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.

"Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal...walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.

Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.

Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.

"Kami rindukan mummy dan daddy...kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya.

Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...