Translate

Mesti Baca

Sabtu, 11 Januari 2014

Celakalah Kepada Pemerintah Yang Menyusahkan Rakyat.

Bagi gua celakalah kepada pemerintah tanpa mengira parti kerana apabila mereka diberi kuasa maka mereka menyalahgunakannya. Semakin hari semakin berat beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat di mana mereka tanpa rasa bersalah mempermain-mainkan rakyat yang memberi mereka kuasa. Rakyat disuruh hidup berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros menggunakan duit rakyat. Adakah rakyat perlu merasa malu di atas kemiskinan mereka yang mana segala usaha mereka setiap hari di kaut oleh kerajaan yang zalim. Kerajaan inilah yang di pertahankan oleh seorang mufti yang mengeluarkan fatwa halal darah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan ini.

Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah bahawa akan ada orang-orang yang bijak agama yang akan menjual agamanya dengan harga yang murah demi kepentingan dirinya. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang merasa cukup malu apabila mendengar ada rakyat mereka yang terpaksa mengikat perut. Kita bukannya mahu kerajaan sehebat dua Umar yang sanggup berjalan malam mencari rakyatnya yang hidup dalam kesusahan sehingga sanggup memikul gandum dan memasaknya untuk diberi makan kepada rakyatnya yang kelaparan atau yang sanggup memadamkan pelita minyak apabila anaknya datang untuk berbincang hal kekeluargaan.

Dalam keadaan rakyat terdesak dengan berbagai alasan diberikan agar rakyat berjimat, mereka sendiri menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mengadakan parti-parti di hotel 5 bintang, melancong keluar negara menggunakan jet-jet mewah milik rakyat. Adakah mereka merasakan tindakan mereka itu betul dengan fatwa songsang seorang mufti yang bergaji berpuluh ribu sebulan sebagai benteng untuk menghalalkan segala salah guna kuasa yang mereka miliki hasil dari tipu daya semasa pilihan raya. Apa yang gua lihat dan perhatikan kebanyakkan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini tidak pernah hidup dalam kemiskinan sejak lahir dan jika ada pun sudah menjadi si Tanggang. Semoga mereka ada hujah untuk menjawab soalan-soalan cepumas di Padang Mahsyar yang mana hakim Nya ialah Allah s.w.t., tuhan sekalian alam yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil.

Ibu terpaksa 'ikat perut', catu belanja harian

"Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lembah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana semuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negatif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah di Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.

Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.

Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa 'ikat perut' dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.

"Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja.

"Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi," jelasnya.

Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.

Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.

"Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.

"Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyeksa rakyat.

"Inikah balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini," jelas beliau dalam nada kesal. Sumber

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...