Translate

Mesti Baca

Khamis, 18 Disember 2014

Haji Hadi Gila Kuasa Dan Pasma Itu Spesis Apa..!!!!!!.

PAS

"berjanji akan berpegang kuat kepada ideogi satu negara Malaysia yang bebas, demokrasi yang bebas dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen"
(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967) Sosialis itu komunis, komunis itu sosialis.... betoi tak sipencen.
DAP

Tanya anak Melayu yang memakai nama Tukar Tiub, apa menantang yang dikatakan sosialis tu. Mungkin bila sebut komunis pasti DAP akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia maka ditulislah dengan nama sosialis walau pun ia dari spesis yang sama dengan komunis. Pasti barua-barua akan melenting dengan gua. Ada gua kesah kerana gua tidak mewakili mana-mana parti dan lantak lu ler nak maki hamun gua.

Kenapa gua tulis tentang DAP tidak lain kerana celuparnya Cina DAP nih yang mengatakan Haji Hadi gila kuasa. Gua bukan nak bela beliau tetapi jika mengikut kamus politik, bila seseorang itu dituduh gila kuasa maka pasti ia memerintah secara kuku besi dan seterusnya menjadi diktator.

Benarkah Haji Hadi gila kuasa seperti mana yang dikatakan oleh LGE itu. Sudah beribu ahli PAS yang telah dipecat oleh beliau kerana apa yang gua lihat kebanyakan yang menyokong beliau ramai yang dipecat. Berbanding dengan cengkaman politik dari keluarga LKS/LGE yang mana tiada siapa berani menegur mereka. Ramai pemimpin dan ahli DAP dipecat kerana menentang keluarga beliau. Beliau menyebut hukum Hudud pasal nampak hukum itu zalim, kenapa beliau tidak menyebut hukum syariah sebagaimana beliau menyebut sosialis tetapi kenapa beliau tak sebut bapak kepada sosialis iaitu komunis. Sendiri fikir bro.... jangan terlebih jadi balaci takut susah nak jawab nanti.

Tanya TS Lim Lam Thye yang mengundur diri dari politik. Gua nak tanya ahli DAP. beranikan mereka menyanggah segala kata-kata dari keluarga LKS/LGE. Tanya juga budak hitam yang menulis blog yang hanya cukup-cukup makan tiba-tiba bukan main gi melancong kat luar negara. Mungkin beliau pun tak menyangka dapat peluang itu jika tidak kerana ideologi sosialisnya yang menyokong kuat DAP. Kurang-kurang ada juga imbuhannya.

Semakin hari semakin lancang tuduhan-tuduhan biadab LGE/DAP terhadap badan tubuh Haji Haji dengan sokongan barua-barua yang berada dalam PAS. Inilah para celaka yang sanggup membiarkan pemimpin sendiri diserang dan mereka tanpa segan silu mengia, malah menambah lagi perasa demi dendam yang sudah lama disimpan. Krisis MB Selangor yang dimulakan oleh Nuar dengan Langkah Kajang yang tak berjaya itu telah menyalahkan Haji Hadi penyebabnya. Azizah ditolak dari MB, Haji Haji juga penyebabnya. Gua nak tanya umat Islam baik dari PKR atau PAS, adakah betul tindakan Haji Hadi menolak Azizah sebagai MB Selangor.

Adakah lu ingin menjawab di Padang Mahsyar nanti bila disoal kerana kamu melantik di kalangan wanita kamu menjadi Iman/Pemimpin sedangkan masih ramai kaum lelaki yang terlebih layak dari Azizah. Gua sebagai seorang yang jahil pun menolak wanita menjadi pemimpin, apatah lagi orang yang cerdik agama. Mereka sanggup dihina, dihentam, dikeji demi nafsu serakah Nuar dari menjawab di Padang Mahsyar yang pasti lagi benar. Hebat sangat ker siKetum yang lu puja-puja itu dan adakah lu benar-benar kenal siapa yang bernama Nuar nih sampai segala cakapnya adalah undang-undang. Kalu tak kenal, lu kena usai kat bekas-bekas membernya yang bukan ahli politik.

Alang-alang tulis biarlah gua teruskan tentang barua yang cukup fobia bila nama Haji Hadi disebut dan beliau adalah penyambung lidah kepada sesiapa sahaja yang menentang Haji Haji. Adakah kerana Haji Hadi tidak menyokong jemaah beliau ketika itu (Abuya, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman) yang menjadi ini sebagai batu loncatan buat beliau menghina pemimpinnya sendiri. Ini disebabkan ketika itu si pencen adalah penganut setia Alqram sebelum diharamkan. Cita-cita untuk melihat pemimpinnya menjadi PM dikuburkan oleh Che Det tanpa nisan. Kerana itulah beliau cukup fobia dengan nama Haji Hadi dan tiada yang baik pada pandangannya melainkan semuanya buruk-buruk belaka.

Cukup ler wahai si pencen kerana jika lu ada kekuatan sebagai blogger paling tersohor, tampilkan seorang calon untuk bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar pemilihan tahun depan. Tahun ni buat kat Kuala Kangsar tak jauh dari kawasan lu, mungkin lu dah dapat calon yang sesuai. Kesian pundek sekor nih pasal 3 ekor katak dari parti yang menjadi sanjungannya, beliau hanya merasa sekejap jer jawatan ketua kampung. Baik isi borang DAP, mana tahu kut-kut boleh jadi calon sehingga kejawatan MB Perak kerana DAP tiada calon Melayu untuk calon tersebut.

PasMa

Adakah pendokong PAS kenal siapa Majlis Perwakilan Islam atau IRC ?. Gua tanya pasal gua bukan ahli PAS atau mana-mana parti politik yang berada di Malaysia. Tetapi gua banyak mempertahankan PKR, DAP dan PAS bila parti mereka diserang oleh Umno/BN. Nuar adalah idola gua sebelum beliau masuk ke dalam tong taik (Umno), dan gua membela beliau ketika beliau di hina oleh rejim Mahathir. Gua juga menentang puak-puak IRC yang menyusup masuk ke dalam PAS sewaktu kepulangan para-para profesional dari pendidikan barat.

Cita-cita puak-puak IRC ialah menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sedangkan kebanyakkan dari pimpinan mereka tidak mempunyai kepakaran berkaitan dengan Islam. Gua memang sokong akan cita-cita mereka tetapi sikap mereka terlalu terburu-buru mengejar matlamat mereka. Sebelum itu mereka telah cuba menyusup kedalam Umno tetapi ia disedari oleh pemimpin sekular Umno. Maka jalan terakhir mereka ialah parti PAS dengan meletakkan para pemimpin mereka kedalam organisasi parti PAS. Ketika itu IRC diketuai oleh Saari Sungib.

Strategi IRC dalam PAS ialah mereka akan menaikkan nama dan imej individu yang mereka lihat boleh menjadi pemimpin tertinggi dan perkara ini sudah dikesan oleh pemimpin PAS. Antara pemimpin yang paling lantang menentang IRC ialah al-Marhum TG Harun Taib, lalu para mahasiswa telah menganjurkan satu debat antara al-Marhum dengan Saari Sungib sehingga puak-puak ini keluar dari PAS dan menubuh Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Apa yang dilakukan oleh IRC sama dengan Pasma dalam isu tarbiah tetapi Pasma boleh dikatakan lebih celaka dari IRC. Mereka cuba membina rumah dalam rumah yang dari pemikiran bodoh kita, bila membina rumah kita akan membina bilik-bilik, ruang tamu, dapur atau dalam parti ditakrifkan sebagai Lujnah. Apa yang gua lihat yang memberi sokongan jitu kepada Pasma ialah dari kalangan bekas-bekas pemimpin IRC.

Jika tanya gua tentang perbandingan antara IRC dengan Pasma ialah Pasma lebih jahat dan jahanam demi agenda politik mereka. Siapa yang menjatuhkan kerajaan PR Kedah jika bukan dari pengasasnya sendiri di mana beliau menyerang kerajaan negeri dari dalam. Kebanyakan pemimpin Pasma sudah mula menunjukkan tanda-tanda orang yang gila kuasa. Ketika ini mereka akan menunjukkan betapa mereka mengambil berak rintihan-rintihan yang dikatakan ahli PAS akar umbi, betoi ...ker.  Apa yang gua lihat kehadiran penonton yang tak seberapa ramai itu adalah dari ahli-ahli PKR.

Sekarang ini PKR buat jelajah ke seluruh negara dengan ketuai oleh Nuar tanpa menjemput PAS dan yang datang mendengar terlalu ramai sehinggakan selak kerusi baru nampak orang. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran MP yang bermasalah, Nurul Izzah yang sinonim dengan kata-kata, 'Geli melihat orang PAS' dan gua lagi geli melihat mukanya macam sial. Gua akan sambung lagi jika ada kesempatan./GANR

Khamis, 2 Oktober 2014

Gua Tertarik Dengan Artikel Nih.

Ingatan Untuk PasMa dan Lensa

"Sebagai khalifah di atas muka bumi sememangnya kita mempunyai tanggungjawab yang paling utama melebihi daripada perkara lain hatta nyawa kita sendiri, tanggungjawab itu ialah tanggungjawab kita kepada Allah swt..tanpa mengira apa jua rintangan dan halangan tanggungjawab itu adalah yang paling utama.

Melihat kepada keadaan politik semasa pada hari ini maka perkara itu mestilah di berikan keutamaan. PAS seakan cuba dipotretkan sebagai satu parti atau seorang kawan yang amat jahat, kurang ajar, tak reti bahasa, bodoh sombong, gila kuasa, gambaran ini cuba di potretkan sejak dulu lagi samada oleh kawan mahupun lawan, dengan tidak pandai untuk berselindung dan bermadah, cubaan untuk mempotretkan PAS dengan potret yang buruk ini mula di perhatikan apabila krisis di Perak berlaku, apabila seluruh penyokong PR melihat ketidak upayaan DSAI mengawal adun-adun daripada PKR daripada melompat bahkan yang lebih teruk lagi perbuatan adun-adun PKR itu telah menyebabkan sebuah negeri yang di perintah oleh PR telah jatuh ke tangan BN.

Di dalam keadaan merasakan bahawa dirinya sebagai ketua PR (walaupun tidak pernah dilantik) dan kegagalan beliau mengawal ADUN-ADUN dan ADR menyebabkan keupayaan dan kewibawaan beliau mula di pertikaikan, lebih tragis apabila Tim Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR sendiri melompat. Dalam masa yang sama PAS di berikan pujian tentang kekentalan ADUN-ADUn dan ADR yang setia dengan parti sedikit sebanyak telah melonjakkan PAS dan Presidennya untuk memimpin PAKATAN RAKYAT dan samping itu juga dapat dilihat mereka yang ternama telah memilih PAS sebagai wadah, Tan Sri Muhammad Taib menyertai PAS, Dato’ Kadir Syeikh Fadhil, Tamrin Ghafar cenderung kepada PAS, di Kalangan Selebriti seperti Bob Lokman, Aisyah, Abby Abadi, dan ramai lagi sering kali di lihat muncul di pentas-pentas PAS…Untuk PKR kita melihat hanya Dayangku Intan, di kalangan bekas pimpinan negara pula, tiada…sekali lagi wibawa PAS dijulang.

Apa harus di lakukan oleh DSAI…Merasakan sebagai pemimpin PR, tapi PKR tidak menjadi pilihan, maka juak-juak yang berada DSAI yang berada di dalam PAS mula memulakan langkah, dengan berbekalkan wala yang keterlaluan kepada beliau walaupun memegang jawatankuasa PAS Pusat, pada masa itu Tanggungjawab kepada Allah telah di kesampingkan, yang penting putrajaya.. Islamnya kemana…Imannya kemana…syiarnya kemana…yang penting putrajaya, seolah sekaran ini hanya bermatlamatkan putrajaya, yang menjadi penghalang kearah itu ialah Para Ulama, kerana para ulama bukan barua DSAI, kerana Ulama ada matlamat yang leibih tinggi dari putrajaya iaitu keredhaan Allah, maka Ulama mesti ni musnahkan.

1. TG Presiden dan TG Mursyidul Am tidak boleh di lihat sependapat, di atur agenda untuk melaga-lagakan kedua pemimpin, dengan memberi gambaran yang salah kepada TGNA sehingga semua penyokong merasa bimbang tentang keadaan tersebut.

2. UG. Kerajaan Perpaduan, mempersoalkan serta mempertikaikannya tanpa sesiapa pun mengetahui hakikat sebenarnya apakah dia UG, Tuan Guru Presiden tidak pernah membentangkan kepada Ahli melalui mana-mana forum tentang apakah dia UG, apakah dia sama dengan kerajaan campuran seperti mana dahulu, atau pun adakah ianya sama seperti kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tiada siapa pun yang tahu, yang ada hanyalah agakan-aagakan yang lahir daripada mulut-mulut mereka yang Pro Anwar, bimbang takut idea tersebut boleh menyebabkan cita-cita Anwar sebagi PM terbantut.

3. Mendiamkan diri dan tidak memberi apa-apa komen jika sekiranya kesalahan dan kesilapan yang di lakukan oleh Anwar, bahkan kesalahan dan kesilapan itu di tuduh kepada PAS terutama TG Presiden, contoh:-

i. 16 September : Tanpa ada sebarang perbincangan didalam Majlis Presiden untuk di adakan strategi 16 september ini, hanya anwar dan PKR sahaja yang merancang perkara ini, tanpa melihat dan meneliti bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana pada 16 september itu parlimen tidak bersidang, maka bagaimana undi tidak percaya itu boleh di bentang.

Akhirnya 16 september menjadi strategi yang paling bodoh yang pernah di rancang dan di canang oleh mana-mana ahli politik zaman moden ini. TETAPI siapa yang salah…Juak-juak Anwar dalam AJK PAS Pusat menyatakan bahawa 16 september gagal kerana PAS tak beri sokongan, terutama apabila SU agong PAS mengeluarkan kenyataan tentang mustahilnya strategi ini.

ii. KONSESUS NASIONAL: Startegi Anwar dan PKR yang di buat untuk bergabung dengan UMNO!! Berunding dengan Najib Razak dengan perantaraan Yusof Kalla (di akui oleh Yusof Kalla) tanpa merujuk kepada majlis presiden terlebih dahulu, Apa kata golongan Anwarisme dalam ajk PAS Pusat??...Bisu!!!...lantang menentang UG kerana kononnya akan beri nyawa kepada UMNO yang dah nak mati…Konsesus macamana pulak?!! Bahkan lebih teruk. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun Batu Buruk, AJK PAS Pusat sanggup menjadi perantaraan (orang Terengganu panggil Wok Yek) kepada Zahid Hamidi yang di iringi oleh Saifuddin Nasution untuk ‘memintas’ TG Presiden di London..TG tidak hadir perjumpaan tersebut.

Apa tujuan konsesus nasional? Anwar hanya menyatakan bahawa Konsesus ini tamat apabila beliau di jatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat II? Apa kena mengena liwat II dengan konsesus? Apakah kes liwat II adalah barang dagangan dalam perundingan Konsesus? Di mana kepentingan rakyat? Kepentingan bangsa dan negara?

iii. Langkah Kajang: Tiada ribut, tiada taufan, tiba-tiba adun PR kajang meletakkan jawatan..PRU 13 2008 adalah pilihanraya umum pertama di atas nama Pakatan Rakyat, menggunakan slogan PAKATAN HARAPAN RAKYAT, maknanya PRU 12 bukan atas nama PR, tetapi atas nama persefaham pembahagian kerus sahaja agar tidak berlaku 3 penjuru, tetapi PRU 13 Majlis Presiden telah Wujud, Maka ADUN Kajang adalah adun PR, ADAKAH PERLETAKAN JAWATAN ADUN KAJANG DI BINCANG DALAM PR?? Tidak!!, adakah strategi langkah kajang di bincang dalam Majlis presiden ?? Tidak…Akhirnya Adun Kajang meletak jawatan? Siapa Anwar nak memandai-mandai mengatur strategi dan nak mengheret hampir Satu Juta Ahli PAS menyokong perbuatan memandai-mandai dia tanpa berbincang dengan TG Presiden!!

Apakah Pimpinan tidak ingat akan amaran pimpinan PAS apabila mereka memaklumkan langkah kajang ini, amaran pimpinan PAS bahawa perkara ini akan melibatkan Sultan Selangor dan bukannya sesuatu yang mudah.

Akhirnya terbukti memang langkah kajang bermasalah…Cuma kenapa di salahkan PAS dan TG Presiden…
  • Siapakah yang memulakan langkah kajang? Anwar? Siapa yang membuat negeri Selangor celaru selama sebulan? TGHH ke?

  • apakah kerana mempunyai pandangan yang berbeza dengan Anwar maka TG di anggap salah?

  • Apakah tidak mahu berkonfrantasi dengan Istana dianggap salah?

  • Apakah memberi padangan setelah didesak dengan bertubi-tubi tentang mengapa tidak menyokong Wan Azizah di anggap salah? (kalau tahu rumah kita dibuat dari cermin jangan lontar batu ke rumah orang)
Akhir sekali….

Lahir 2 hantu baru sejak akhir-akhir ini.. PasMa dan Lensa…ini kali pertama dan terakhir nak ulas tentang 2 cepisan ini… Kedua-dua hantu ini nak pertahankan PAS dalam PR…suka saya nyatakan..

•   PAS bukan di tubuh untuk pertahankan individu atau organisasi laim

•   PAS di tubuhkan untuk Menegakkan Islam dan PR itu hanyalah wasilah yang sentiasa berubah..jadi terlalu bodoh untuk kita mempertahankan wasilah dakwah dengan menggadaikan prinsip asal perjuangan.

•   Kamu PasMa tidak perlu buat RoadShaw seluruh Negara untuk pertahankan PAS dalm PR, Kamu Lensa tidak perlu memekik melolong di depan pejabat PAS untuk kekalkan PAS dalam PR.

•   ...Apa yang perlu kamu lakukan ialah kamu kena PASTIKAN PR ini sentiasa menguntungkan Islam dan perjuangan Islam….kamu kena bagitahu kepada ANWAR, Guang Eng, Kit Siang dan semua sekali kalau nak kekalkan PAS dalam PR, PASTIKAN PR memberi untung PADA ISLAM.

•   Kalau sekiranya PR tidak menguntungkan Islam …kamu tak terpekik melolong nak tukar presiden la..kerana sapa jua presiden yang nak gadaikan prinsip perjuangan PAS tidak akan lama..adapun Presiden yang Pertahankan Prinsip Islam hanya akan kekal…Nak tahu try la..

Timbalan Ketua Cawangan"

Sumber

Terima Kasih BN, Gua Sudah Kena Kencing.


Terima kasih kerajaan yang disayangi kerana keperihatian yang bersungguh demi membantu rakyat yang semakin hari semakin miskin. Orang kampung yang buta huruf pun boleh kata yang kerajaan memang bijak bila nak naikkan harga barang/perkhidmatan, mereka hanya naik satu barang sahaja iaitu minyak. Dengan kenaikan minyak maka harga semua barang dan perkhidmatan akan menyusul walau pun berpuluh kali kerajaan memberi jaminan yang masalah itu akan terkawal.

Mana barua-barua Umno/BN untuk mempertahankan yang tindakan kerajaan nih adalah paling bijaksana. Tok Jib hanya pandai pujuk dengan BR1M, BR1M, BR1M dan BR1M yang akan memamaikan sementara pemikiran cerdik pendokong Umno/BN. Kononnya dengan pemotongan subsidi minyak, kerajaan masih perlu RM 21 bilion untuk subsidi minyak.

Mungkin kerana kereta keluaran terbaru Perodua, Axia yang dikatakan kereta paling jimat minyak dengan kadar 21km/liter yang membuatkan kerajaan menaikkan harga minyak. Nampak gayanya kena pakai kereta Axia dengan harga RM26,XXX. Mungkin kalau tanya barua-barua jawapannya ialah mudah, beli Perodua. Inilah standard pemikiran bodoh yang masih buta hati dengan segala momokan bertuhankan 1 Malaysia.

Cukuplah memperbodohkan rakyat janji-janji palsu di mana kerajaan BN dapat mengawal keadaan yang mana realitinya adakah kerajaan BN akan membiarkan kroni-kroni mereka kurang keuntungan. Inilah padahnya bila kerajaan berbelanja besar di PRK Pengkalan Kubor dan rakyat menjadi mangsanya. Adakah berbaloi dengan seunit mikroware dengan kenaikan Ron95 (sebenarnya hanya standard Ron91) dan diesel sebanyak 20 sen. 

Cukup dengan alasan-alasan bodoh setiap kali menaikkan harga barang kerana alasan itu untuk yang berkarat biru sahaja. Rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan dan kemenangan di Pengkalan Kubor bukan ukuran untuk mengatakan kerajaan Umno/BN semakin popular. Bagi yang cerdik bila kerajaan bagi ambil kerana ia memang milik rakyat dan bagi yang bodoh pula mereka meletak sendiri nilai harga diri dengan seunit mikroware atau BR1M RM600, itulah harga diri mereka. Kebodohan yang tidak boleh dipulihkan lagi kerana karat biru dah terlalu tebal untuk dikikis./GANR

Ahad, 28 September 2014

PAS Dan Kisah Dibuli.




PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.


Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

Khamis, 25 September 2014

Pengkhianat Atau Wira...!!!!


Kenyataan dari LGE yang menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat adalah satu kenyataan yang berniat jahat. Gua ingat sebagai orang lama dalam politik beliau sepatutnya berfikir sebelum membuat tuduhan melulu terhadap 4 Exco PAS. Sedarkah beliau bahawa Umno memang ingin Dun Selangor dibubarkan agar satu pilihan raya dapat diadakan.

Jika Dun Selangor dibubarkan, adakah PR akan terus menawan Selangor dengan mood rakyat Selangor yang meluat dengan permainan politik kebodohan dari seorang yang gilakan kuasa. Adakah mereka lupa bahawa TSKI adalah MB Selangor yang paling popular di kalangan rakyat marhaen selepas Datuk Harun Idris.

Memang tidak dinafikan bahawa kelemahan tetap ada pada beliau tetapi beliau tidak mencuri duit kerajaan negeri sehinggakan Selangor mempunyai rizab tunai hampir 4 bilion. Beliau bukan seorang politikus yang licik macam macai-macai ketum yang laparkan projek. Beliau adalah seorang businessman yang lurus bendul yang cukup kedekut untuk orang-orang politik yang meleleh-leleh air liur melihat kekayaan kerajaan Selangor.

Macam kata Exco PAS, TSKI memang kedekut untuk mendapat peruntukkan kerana beliau memegang amanah rakyat Selangor. Khazanah Selangor adalah milik rakyat Selangor, bukan milik taiko-taiko politik yang cukup berdendam disebabkan skim cepat kaya yang dijaja oleh orang politik tidak dilayan oleh beliau.

Adakah 4 Exco PAS yang berada dalam kerajaan sementara TSKI dianggap pengkhianat kerana mereka tidak ikut serta meletak jawatan selepas Exco-Exco dari PKR dan DAP dipecat. Apa pun gelaran para celaka-celaka nak berikan kepada mereka tetapi bagi gua mereka adalah wira yang menjadi benteng terakhir PR.

Mungkin LGE lupa yang kemenangan besar PR di Selangor adalah kerana rakyat Selangor cukup selesa dengan apa yang dilakukan oleh TSKI. Inilah cara politik Umno yang akan menjaja keburukan pemimpin yang mereka tidak suka walau pun baru semalam mereka memuji-muji pemimpin itu. LGE usah berkias-kias dengan gelaran pengkhianat terhadap 4 Exco PAS itu kerana semua orang sudah tahu bahawa DAP Penang dah termakan nasik kangkang PKR.

Gua ingat LGE nih memang seorang pengampu demi menjaga jawatannya sebagai KM P.Pinang kerana itu ler beliau dok ikut buntut PKR. Jika nak tuduh pun agak-agak ler bro LGE kerana mereka mengikut arahan parti. Macam gua kata ler, usah nak berkias-kias jika nak tuduh pun tuduh terus kat PAS. Nanti ader macai-macai dok kutuk gua kerana gua bukan ahli parti politik dan apa yang gua tulis adalah mengikut pandangan gua. 

Gua nih tukang tulis jer dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik kerana gua hanya ingin melihat BN tumbang dengan cara demokrasi walau pun perkara itu macam mustahil jer jika mengikut cara berpolitik di Malaysia tetapi tiada mustahil benda yang mustahil bagi Allah S.W.T.

Bacaan politik gua kat Selangor ialah kerana 4 Exco PAS inilah PR masih kekal memerintah tetapi kenapa LGE menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat. Mungkin beliau mempunyai agendanya sendiri untuk melihat satu pilihan raya negeri diadakan yang mana kemungkinan untuk PR kekal memerintah adalah amat tipis. Antara sebabnya ialah rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik seorang yang bercita-cita tinggi.

Langkah Kajang yang dirancangkan oleh seorang konon-kononnya pakar segala pakar strategi selangkah jer lagi ke Putrajaya. Bila projek usahasama 'Langkah Kajang Selangkah ke Putrajaya' gagal, mereka mula menunjuk kegilaan mereka dengan menuduh PAS penghalang sebagaimana mereka menuduh TGHH sebagai penghalang besar projek 16 September yang gagal. Kalau projek itu berjaya ia akan menjadi macam LGE ler, terpaksa menjadi balaci. Kena setuju semua kehendak ketum walau pun akal sendiri menolak sebagaimana posmen bercita-cita menjadi MB Perak, bila kehendak tak tercapai sanggup jadi katak.

Gua dah kata jika bau Umno masih lagi terlekat kat baju sampai bila-bila pun akan berbau. Jika mereka tuduh TGHH sebagai penghalang projek membeli MP-MP BN, memang perkara ini patut dipuji. Adakah cerdik bila kita tahu dia penyamun dan kita dengan hati terbuka mengajak mereka bermalam di rumah kita. Sebagaimana mereka menjaja dengan menuduh TGHH pujuk Ku Li semasa PRU13, kesudahannya tuduhan itu kembali kepada mereka. 

Loyar buruk pulak pakai terima terus tuduhan itu tanpa bertanya tuan punya badan, gua pun tak tahu bagaimana boleh jadi lawyer, jangan-jangan soalan peperiksaan bocor kut. Apa pun gua ucapkan tahniah buat Azmin kerana dilantik secara rasmi menjadi MB Selangor yang baru. Gelaran WIRA buat 4 Exco PAS yang berjaya mempertahankan kerajaan Selangor dan terima kasih buat TSKI di atas urus tadbir yang cekap walau pun ada sedikit kelemahan yang mana tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W./GANR

Selasa, 23 September 2014

Apa Lagi Fitnah Untuk TGHH Selepas Ini....!!!!


Isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru telah selesai dengan Azmin telah di perkenankan oleh Sultan Selangor. Cita-cita Ketum tidak kesampaian untuk melihat bininya menjadi MB Selangor berkecai dan terpaksa ler buat U-Turn walau pun berlaku sedikit kekecohan semasa mesyuarat PKR tentang isu ini.

Cadangan yang dikemukan oleh TGHH dengan meletakkan nama Azmin di antara calon pilihan telah diterima oleh Sultan Selangor walau pun budak Feezi masih mengeluarkan fitnah terhadap PAS. Mungkin beliau mendapat sumber dari SB Kemaman yang dibuang kerja kerana melakukan kerja-kerja bodoh. 

Gua  rasa sebagai seorang bijak mengira yang dilantik sebagai pakar strategi PKR nih kena cari barua baru kerana sumber-sumbernya sudah tidak boleh pakai. Mungkin sumbernya tidak dibayar dengan betul atau bulan lepas terlupa bayar kut.

Para pengkhianat yang masih bersarang didalam PAS sedang menyusun strategi baru untuk 'Projek Langgar Hadi' selepas mereka dihentam hebat pada Muktamar PAS yang baru melabuh tirai. Gua tengok barua-barua ketum terpaksa menebalkan muka mereka untuk menghadirkan diri dan itu pun masih ingin menunjukkan yang mereka masih lagi hebat. Pasma daun ganja semakin hebat menyerang pimpinan tertinggi PAS dengan jelajah yang sedang mereka usahakan.

Hanipa dan yang sewaktu dengannya telah mula diberi klu oleh para perwakilan bahawa mereka mungkin akan dihumban ke dalam tong taik pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan. Dalam pada itu pun masih ingin menunjukkan yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) adalah pihak yang tidak layak mentafsir perlembagaan PAS. Bagi beliau hanya Luham sahaja yang layak menafsirkannya kerana mereka peguam-peguam sekular yang hebat.

Sebelum Luham dibentuk sebagai Lujnah untuk membantu PAS, siapakah yang mentafsir perlembagaan PAS sejak PAS ditubuhkan 60 tahun yang lepas. Bila pengamal undang-undang berpaksikan perlembagaan sekular Lord Reid cuba menunjuk-menunjuk yang mereka mampu mentafsir dasar parti PAS yang berpegang kepada A-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias sebagai perlembagaan tertinggi PAS. 

Jika baca Basmallah pun belum tentu betul, bagaimana mereka begitu angkuh meminggirkan pimpinan yang berada didalam Majlis Syura Ulama. Mungkin loyar-loyar buruk ini rasa sekeping kertas dari sebuah universiti yang hebat-hebat dengan tertera nama mereka sudah cukup untuk mereka menyanggah MSU PAS. 

Sedarkah mereka pimpinan yang berada didalam MSU PAS dipilih berdasarkan keilmuan mereka untuk menafsirkan al-Quran dan Hadis berpandukan kepada kemahiran mereka tentang bahasa Arab, Nahu, Fiqah, Usuluddin dan berbagai-bagai cabang walau pun mereka tidak memiliki diploma, ijazah seperti yang tergantung didalam bilik para loyar buruk menyanjung perlembagaan Lord Reid. Dan setiap kenyataan MSU PAS telah dirujuk dengan berbagai kitab-kitab karangan para ulama-ulama muktabar sebelum dikeluarkan..

Selepas serangan demi serangan yang mereka lakukan terhadap badan tubuh TGNA, TGHH dan MSU PAS dengan pertolongan macai-macai hebat yang dihantar oleh  ketum hanya panas sementara sahaja selepas akar umbi dijelaskan akan situasi yang PAS alami. Langkah Kajang ciptaan ketum dengan strategi hebat budak Feezi akhirnya memakan diri mereka. Sekarang akar umbi PAS sudah siap siaga pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan siapa yang akan mereka humban dalam tong taik.

Pengkhianat yang berada didalam PAS sudah mula panas punggung apabila pengkhianatan yang mereka lakukan sehinggakan PAS berjaya dikucar kacirkan oleh mereka dengan bantuan barua-barua hebat ketum. Adakah mereka masih melakukan ratib UG UG UG UG yang selama ini menjadi senjata mereka untuk menjatuhkan TGHH. 

Akar umbi sudah tahu siapa sebenarnya yang berUG dengan Umno dalam gelap tetapi bagi mereka isu ini berpunca dari TGHH tetapi sudah hampir 8 tahun  gua tunggu punya tunggu, masih lagi belum terjadi. Bagi puak-puak celaka nih, mereka langsung tidak boleh mendengar nama TGHH kerana buat mereka tiada yang baik buat TGHH berbanding dengan ketum. Macam syaitan yang tidak boleh mendengar 'dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam.

Platform mereka sekarang ini ialah Pasma dan gua pasti Pasma akan mendapat peruntukkan dan tajaan-tajaan dari tokoh-tokoh keparat PAS yang sudah kepanasan. Jangan lu terkejut jika timbul fitnah-fitnah yang lebih hebat terutama melalui Pasma nih. Apabila Azmin dilantik sebagai MB Selangor yang baru benar-benar menyakitkan kerana mereka memang mahu MB dari adun PAS supaya agenda mereka 'Langgar Hadi' akan lebih berjaya.

Nama Azmin memang disebut bersama bini ketum yang disokong sebulat suara oleh AJK PAS Pusat apabila TGHH mengumumkannya tanpa ada satu bantahan pun. Untuk 'Langkah Kajang' memang satu percaturan jahat politik ketum sehinggakan PAS yang tidak kena mengena di jadi puncanya. Untuk jawatan MB Selangor pun memang dari strategi jahat ketum dengan dirangka oleh budak Feezi, pakar strategi hebat PKR. 

Bini ketum terasa dengan kenyataan TGHH adalah sebagai satu lakonan untuk meraih simpati sedangkan apa yang gua dengar sendiri, TGHH tidak langsung menghina bini ketum kerana TGHH bercakap di atas dasar umum berkaitan wanita sebagai pemimpin. Jika kuah tidak tumpah dalam nasi mungkin kuah tu dah masuk dalam tong taik. Bagi gua, cukup ler dengan lakonan Ketum & Famili sebagai mana Nurul kata nak tengok muka orang PAS pun jijik rasanya....... Orang PAS kena ingat bagaimana N.Izah a/p Ketum hina lu all..... Stop untuk hari ini./GANR

Kat bawah nih ceramah dari Pasma hentam pemimpin PAS

Sabtu, 20 September 2014

Siapa Hebat : Luham Pemuja Lord Reid Vs Al-Quran As-Sunnah.

Muktamar PAS
Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.

Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan.

Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

"Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).

"Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.

"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.

'Apa salahnya rujuk Luham?'

Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dierujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.

"Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).

"Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.

Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut.

Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan.

Khamis, 11 September 2014

Hebat Bro.... Bila Zulhasmi AlMakanan Dijemput RTM

Bukan senang untuk mendapat jemputan dalam forum di RTM apatah lagi bila Menteri pun hadir sama. Lu all boleh agak bila calon Pemuda PAS Pusat yang mendapat beberapa undi dijemput sebagai ahli panel. Dulu duk ratib UG UG UG UG sampai sekarang PAS tetap tidak ingin bersama Umno. 

Macam juga 4 EXCO PAS yang berada pentadbiran TSKI masih mempertahankan Pakatan dari dikacau oleh Umno. Berbagai tohmohan dan cacian mereka terima kerana masih tidak letak jawatan sebagai EXCO kerajaan Selangor. 

Macai Ketum dan daun ganja mula kepanasan bila usaha mereka untuk melihat PAS Selangor berUG dengan Umno gagal.

Apa kata dua adun PAS yang kononnya sign SD untuk mempertahankan PR dari Selangor jatuh bukan untuk menyokong WA sebagai MB tetapi Selangor masih lagi ditangan Pakatan walau pun MBnya telah dipecat dari PKR. Kesudahannya wal hasil balik asal dan jangan lu ambil sebanyak mungkin daun-daun yang disediakan oleh Pasma.

Disini lu boleh buat andai tentang dua adun PAS itu hero atau pengkhianat. Gua tabik spring kepada 4 EXCO yang masih bertahan dalam kerajaan negeri. Yang menuduh PAS cuba berUG rupa-rupanya mereka dah lama berUG dengan Umno dalam gelap dengan sokongan blogger-blogger Ketum termasuk Pundek Alkusyen. 

Selasa, 9 September 2014

Pasma a.k.a. Stimganja Akan Ganti PAS. Mai-Mai Daum Banyak Lagi Nih.

Bukan main lagi isu Pasma dicanangkan untuk menunjukkan kehebatan Pasma yang akan ganti PAS dengan barisan pemimpin-pemimpin yang semuanya hebat belaka. Pasma yang baru ditubuhkan telah berjaya mengumpul ahli seramai 100,000 (3 kosong tuh gua yang tambah bagi hebat sikit). Dengan logo berlambangkan daun 'GANJA' pasti akan menarik lebih lagi anak-anak muda untuk menyertainya. Dengan meletakkan daun ganja pasti ramai yang akan bertukar tabiat dari Ketum kepada Ganja. Gua tak pasti betul atau tidak dengan logo Pasma nih dan jika betul, pasti ROS terlepas pandang.

www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
Mai ramai-ramai perkena Pasma dulu
www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
Jika logo asal diharamkan maka boleh guna logo kat atas

Presiden Pasma pertama
Pengasas Pasma Phahrolrazi Zawawi 

Al-Marhum Ustaz Azizan Razak
Al-Marhum Ustaz Azizan mantan MB Kedah
 
Tahukah lu pengasas Pasma, Phahrolrazi inilah yang tikam al-Marhum Ustaz Azizan dan kucar-kacirkan pentadbiran kerajaan Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan sehinggakan beliau sanggup mengabaikan penyakitnya sehingga kedua-dua kakinya dipotong dan akhirnya beliau menghembus nafas terakhir demi mempertahankan kerajaan Pakatan Kedah.

Beliaulah yang membuat onar dalam pentadbiran Kedah dengan menuduh Ustaz Azizan lebih mementingkan PKR dari PAS sendiri. Jika cerita tidak didedahkan pasti sampai hari ini al-Marhum Ustaz Azizan akan dipersalahkan termasuk TGHH. Kesudahannya segala tembelang beliau dan sekutunya terdedah satu demi satu. Jika mengikut onar yang di lakukannya pasti beliau dianggap kurang mesra dengan PKR tetapi dengan penubuhan Pasma barulah rakyat Kedah sedar siapa Phahrolrazi sebenarnya.

Pasma yang beliau tubuhkan adalah demi mempertahankan PAS dari keluar dari Pakatan dan siapa pula yang berada dalam Pakatan jika tidak PKR. Inilah permainan jahat beliau sehinggakan membawa kematian ketua beliau sendiri. Adakah beliau berasa bersalah dengan perbuatan jahatnya itu, tidak bagi beliau malah beliau dengan bangga meletakkan dirinya sebaris dengan presiden dan Mursyidul Am PAS. Penubuhan Pasma adalah semata-mata beliau ingin menunjukkan betapa hebatnya beliau untuk mencorak PAS bersama macai-macai yang tengah stim ganja.


Beliau dengan angkuh menolak seruan al-Marhum TG Fadzil Nor yang menyeru sesiapa yang menyertai PAS hendaklah meninggalkan jemaah ikutan mereka. Ini bukan sekadar menolak, malah beliau mencabar Amanat TG Fadzil Nor dengan menubuhkan jemaah didalam PAS. Inilah keangkuhan yang ada pada macai-macai Ketum yang semakin melampau sejak kebelakangan ini. Gua ada petik sedikit kenyataan pengkhianat PAS ini dibawah...

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS itu, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti.

"Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.

"Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.

"Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?' di ibu negara malam tadi.

ADUN Pengkalan Kundor yang masih ahli PAS itu menjawab soalan hadirin berhubung sejauh mana kebenaran kehadiran NGO itu sebagai kelangsungan untuk mahu menjatuhkan Abdul Hadi sebagai presiden PAS dalam pemilihan parti.

Sebaliknya, Phahrolrazi menjelaskan NGO itu mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat sekalipun ada kepimpinan PAS yang merasakan kehadiran mereka sebagai 'ancaman' kepada parti itu.

"Kita kena selesai pemikiran ini. Ada pemimpin yang tidak benar ahli PAS sertai PasMa, kemudian, tarik balik. Ini kekangan yang perlu diselesaikan," katanya.
'Politik mirip Fadzil Noor'

Menurut beliau, pihaknya juga akan membuat siri kempen jelajah di setiap negeri bagi memupuk kesedaran penyokong Pakatan Rakyat supaya memperkukuh lagi gabungan pembangkang itu.

"Kita mahu mengukuhkan (Pakatan) yang sedia ada. Lebih baik kita menyelesaikan kemelut yang sedia ada sekarang. Itu harapannya.

"Kita tidak mahu adanya perbezaan pendapat. Tapi apa yang berlaku sekarang kita beri peluang kepada musuh. Umno tak payah buat kerja.

"Sepatutnya kita memberi tumpuan untuk menghadapi BN/Umno. Kita turun padang, tetapi tindakan kita, nampaknya menjejaskan sokongan rakyat," katanya sambil mengulangi pendirian bahawa NGO itu tidak berniat untuk menjadi parti politik.

"Takkan saya nak keluar PAS dan bentuk parti politik lain," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Sebelum itu, Timbalan Presidennya, Mohamad Hussain melancarkan penubuhan NGO itu secara rasmi dan mengumumkan kepimpinan tertinggi NGO itu termasuk melantik ketua perhubungan di setiap negeri.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh berkata pendekatan NGO itu ada mirip kepada gaya politik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor tanpa menghurai lanjut mengenainya.

"Selepas pelancaran ini, kita akan melancarkan satu lagi di negeri Pahang. Di Bandar Temerloh," katanya sambil diiringi kira-kira 500 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau nih tak belajar sejarah ker atau memang beliau jahil akan sejarah PAS. Ketaatan ahli PAS terhadap pemimpin selagi pemimpin itu tidak lari dari dasar parti. Walau pun sehebat mana pemimpin itu, jika mereka keluar dari PAS jemaah tidak sesekali meninggalkan PAS. PAS bukan baru berpolitik dan jika mengikut pola politik negara, PAS parti paling lama kerana Umno yang ada sekarang bukannya Umno yang asal selepas parti itu diharamkan.

Banyak parti-parti baru yang didaftar oleh para pemimpin PAS yang hebat-hebat, akhirnya hilang tidak bertanda dan PAS tetap bertahan. Sejarah hebat pergolakan dalam PAS ketika era Datuk Asri dan kumpulannya yang kemudiannya menubuhkan Hamim, PAS tetap kukuh kerana akar umbi PAS sememangnya hebat walau pun mereka bukan di kalangan ulama atau profesional. Mereka ini hanyalah orang kampung, petani, nelayan tetapi ketaatan mereka kepada PAS yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak siapa boleh nafikan.

Bagi akar umbi, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi PAS tiada tolak banding dengan pemimpin walau pun mereka buta huruf, tidak belajar tinggi tetapi apabila melibatkan pengorbanan mereka-mereka inilah tunjang kekuatan yang PAS miliki. Mereka bekerja menampal poster tanpa mengharapkan apa-apa balasan dunia kerana mereka ingin menuntutnya di akhirat nanti. Nampaknya lubang biawak sudah digali awal-awal oleh penaja Pasma a.k.a. Plasma a.k.a. Pastimganja a.k.a. Ketum. Nanti naik pulak gula dalam dalam si Pundek Alkusyen yang duk kutuk gelaran Attakiri sedangkan dia sendiri tak sedar guna gelaran apa 'ALkusyen'.

Isnin, 8 September 2014

Rupanya Blogger Alhusseyn Sudah Awal-Awal UG Dengan Umno.

 SMS yang dihantar kepada ahli Umno untuk hadir yang mana PAS Cawangan Sungai Rokam.

Gua tidak akan dedahkan sumber yang gua dapat tetapi gua jamin inilah SMS yang dihantar kepada ahli Umno dan gua tidak tahu berapa ramai ahli Umno yang mendapat SMS ini. Adakah lu faham makna SMS di atas?. Ia adalah jemputan untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PAS Cawangan Sungai Rokam yang mana pengerusinya ialah Cikgu Ali atau nama bloggernya Alhusseyn.

Sebenarnya gua sudah lama menyimpan SMS ini jika mengikut tarikhnya ialah 15/9/2013 iaitu sudah hampir satu tahun gua simpan. Gua terpaksa sebarkan setelah tuduhan-tuduhan yang beliau lakukan terhadap TGHH, presiden parti beliau yang sah yang telah beliau jadikannya sebagai musuh beliau nombor wahid. Kenapa gua kata begitu ialah bila Ustaz Ahmad Awang yang gua sendiri hormati dikaitkan dengan penubuhan Pasma yang beliau anggap satu fitnah. Gua rasa beliau memang layak bersama dengan Pasma jika dah rasa diri hebat sangat.

Beliau bukan main melenting dengan melemparkan yang fitnah itu datangnya dari kelompok UG atau bahasa mudahnya dari kalangan penyokong TGHH tanpa usul periksa. Berbagai mana perkara beliau ungkitkan tetapi beliau sendiri berUG dalam gelap dengan Umno dan buktinya tertera di atas. Dia ingin rahsia orang sajer dia tahu, rahsia dia orang tak tahu ker.

Gua tak kata dia salah untuk mempertahankan Ustaz Ahmad Awang kerana mungkin beliau kenal akan badan tubuh pujaannya tetapi beliau pun perlu ingat orang yang mempertahankan TGHH kerana mereka pun tahu siapa TGHH dan badan tubuhnya. Apa yang gua paparkan setelah dua komen gua kepada artikel beliau dia tanam dalam-dalam. Kalu dah anti sangat dengan TGHH, keluar parti jadi ajk Pasma atau letak calon hebat lu tanding jawatan Presiden. Lu macam ayam telur sebiji riuh sekampung, berani bersuara selepas pemilihan sudah berlaku mula menunjuk ketidak puas hati atau lu sudah jadi macai Ketum.

Gua nak tanya lu, adakah lu sudah meninggalkan jemaah asal lu Alqam atau lu masuk PAS demi menyelamatkan diri lu dari diangkut dalam operasi bebas-besaran penangkapan pengikut Alqam sehingga pengharamannya. Bukan main rancak serangan lu terhadap pucuk pimpinan tinggi PAS sehinggakan perlembagaan PAS pun lu belum khatan-khatan lagi. Masih tak faham kuasa presiden sendiri, memang beliau dilantik tetapi perlembagaan PAS sudah menetapkan yang Presiden mempunyai kuasa bukan macam kata Mat Sabu, hanya kenyataan peribadi sahaja.

Jika nak tahu bagaimana nak cari blogger pengecut, inilah orangnya kerana apa gua kate gitu pasai kalu lu baca artikelnya tentang isu-isu yang berat, beliau akan mengambil sumbernya sahaja dan beliau hanya ubah tajuk jer. Supaya jika ada tindakan terhadap artikel itu, senang beliau berlepas tangan dengan alasan ia adalah dari sumber sekian-sekian, itulah perangai blogger Alhusseyn. Gua tak nak nafikan akan sedikit dari jasanya dengan kekalahan Midah.

Beliau hanya berani bersilat pulut dengan Midah jer dan kekalahan Midah pun bukan kerana kerja keras beliau. Apabila berlaku krisis kerajaan Perak, apa yang beliau sumbangkan untuk PR dan jika beliau benar-benar hebat kenapa beliau tidak bersama dengan Albanjari didalam bilik media yang bertungkus lumus menyalurkan berita. Jika beliau rasa hebat kenapa Perak sampai sekarang tak menang jika mengikut perkiraan bijaknya, PR akan menang besar kerana rakyat Perak sudah hilang kepercayaan terhadap BN. Itu pun masih nak menyibuk kat negeri orang, negeri sendiri pun tak terurus.

Tanyalah Albanjari jika lu tidak percaya, walau pun gua duk di Selangor gua pun tahu serba sedikit siapa sebenar Alhusseyn yang dikatakan seorang blogger  a.k.a. Cikgu Pencen a.k.a. pengikut Abuya .yang hebat dalam penulisannya. Bagi gua yang hanya dianggap blogger nyamuk ni menyarankan agar parasit Sungai Rokam patut disingkirkan. Bukan semua jemaah PAS Cawangan Sungai Rokam bersependapat dengannya yang sudah lama gua dengar.

Inilah di antara yang ratib UG UG UG UG setiap hari tapi menuduh penyokong TGHH yang dok gila nak berUG dengan Umno. PAS tak ingin dan tidak akan sesekali bersama dengan Umno dan peristiwa PAS bersama Perikatan dan BN pun sampai sekarang orang tak tahu siapa dalang yang membawa PAS bersama Umno. Untuk memperbetulkan tentang ratib UG UG UG itu bukan dari PAS Terengganu atau TGHH tetapi dari blogger yang hebat, Alhusseyn.

Jika gua sudah menunjukkan salah seorang anggotanya maka lu all sendiri boleh menjangka siapa lagi di kalangan mereka. SMS di atas adalah benar dan gua tidak ada menambah walau satu ayat pun kerana gua ada membuat pembandingan dengan ahli PAS Sungai Rokam. Bila berak tu pandai-pandai sapu, jangan tinggal kat orang lain untuk membersihkannya./GANR

Ahad, 7 September 2014

TGHH Semakin Muda Bersama Dengan Fitnah Yang Semakin Hebat.


Kalu perangai macam celaka, adakah lu all masih mempertahankan mereka tanpa mengira dari mana datangnya mereka baik parti mahu pun ideologi. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh media massa yang PKR belum menghantar senarai nama untuk jawatan MB Selangor kerana Ketum berada diluar negara. Inikah sikap seorang yang mengaku sebagai pemimpin Agung dalam politik. 

Sultan Selangor sudah memberi banyak masa kepada 3 pemimpin tertinggi Pakatan untuk menyerahkan nama-nama itu. Tiba-tiba kedengaran yang Ketum berada di luar negara maka nama dari PKR di tangguhkan hampir tujuh hari menunggu pemimpin Agung Pakatan pulang. Tidakkah tindakan Ketum amat biadab kerana Sultan pula terpaksa menunggu Ketum yang akan menyakitkan hati rakyat Selangor di atas kesombongan Ketum yang masih belum berkuasa.

Mungkin macai-macai Ketum akan bersorak sakan dengan tindakan berani tidak bertempat Ketum. Macai-macai Ketum dalam PAS mula kepanasan bila Majlis Syura Ulama PAS (MSU PAS) menyembunyikan 3 nama yang dihantar kepada Sultan Selangor. Mat Sabu menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak dimaklumkan 3 nama tersebut sehingga beliau mengeluarkan kenyataan serkup jarang kononnya 3 nama itu adalah dari adun-adun PAS.

Di sinilah akar umbi boleh membuat andaian siapakah pengkhianat yang bersarang dalam PAS dan hanya ahli Majlis Syura Ulama sahaja yang boleh memegang amanah. Walau pun Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS tetapi ia tidak melayakannya menjadi ahli MSU PAS. Jerat yang dipasang oleh MSU PAS telah berjaya menjerat macai-macai Ketum yang bersarang dalam PAS.

Sekarang ramai blogger PKR dan PAS yang condong kepada Ketum mula melakukan serangan demi serangan terhadap TGHH yang selama ini banyak membisu. Antara serangan terbaru mereka ialah bila ucapan TGHH disiarkan oleh media pencacai Umno, Utusan Meloya dan TV 3 suku sehinggakan Kambing berjanggut pun dah laung 'Allahuakbar' dan 'Hidup PAS'. Bila isu ini dimainkan oleh para blogger macai Ketum maka lu boleh agak maksud mereka iaitu PAS masih tergila nak berUG dengan Umno.

Selama ini PAS menyimpan rahsia yang dibuat oleh PKR dan DAP demi menjaga maruah kawan dalam dalam Pakatan. Apabila Rafizi mendedahkan pertemuan PAS dengan Ku Li semasa PRU13 dalam satu sidang akhbar bersama Hanipa Maidin yang membuatkan AJK PAS Pusat itu mengeluarkan kenyataan yang beliau orang pertama yang akan menentangnya jika beliau mengetahuinya. Inilah adalah wajah di antara parasit yang bersarang dalam PAS bercakap tanpa usul periksa, nama jer loyar tapi hampessss.

Akhirnya TGHH terpaksa mengeluarkan cerita sebenar di sebalik perjumpaan dengan Ku Li setelah berbagai fitnah dilontarkan untuk memburuk-burukkan kawan. Rupanya PAS telah di nasihatkan kawan untuk berjumpa dengan Ku Li setelah PKR dan DAP yang mendahului PAS gagal memujuk Ku Li. Ini yang membuatkan tukang fitnah kepanasan bila rahsia sebenar terbongkar.

Lagu lama dengan irama baru mula dimainkan semula berkaitan dengan pemerintahan PAS Terengganu, Kedah yang hanya bertahan sepenggalkan sahaja untuk menunjukkan yang PAS tidak layak memerintah. Kalu dah celaka maka cerita pun jadi lebih celaka walau pun iramanya diubah. Sedarkah yang mengaku pakar strategi atau blogger politik hebat, pada masa itu Umno menamakan Pak Lah 'Mister Clean' mengantikan Mahathir sehinggakan BN berjaya menawan semula Terengganu dan hampir merampas Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi ajer.

Gua nak tanya macai dan blogger Ketum berapa kerusi yang PKR dapat pertahankan. Jika tidak kerana kubu kuat Ketum di Permatang Pauh, PKR pasti berkubur kerana pada masa itu Ketum tidak relevan dihati pengundi. Jika di Kelantan ada adun dari PKR gua pasti Kelantan akan tumbang tetapi Allah S.W.T telah menentukan yang kita hanya boleh berusaha tetapi Allah S.W.T yang menentukan. 

Lihat bagaimana kerajaan Pakatan Perak yang hanya bertahan 10 bulan sahaja kerana 2 ekor pelacur yang melacurkan diri demi imbuhan wang ringgit. Kemarahan yang membuak-buak pengundi Perak sehinggakan pengalisis politik sanggup mengatakan yang PR akan menang besar pada PRU13 nanti tetapi adakah ianya berlaku?. 

Tidak dinafikan kemenangan PAS di Terengganu disebabkan aura wangi yang dibawa oleh Ketum sedangkan Terengganu adalah kubu kuat Umno selepas PAS menang pada tahun 1959. Jika Terengganu sebagai alasan untuk membenarkan hujah-hujah bodoh blogger-blogger macai Ketum, gua sarankan lu kaji semula hujah bodoh lu tuh. Dan di Kedah pula bukan kerana kelemahan pentadbiran Al-Marhum Ustaz Azizan yang bekerja keras sehingga tidak menghiraukan kesakitan yang beliau alami yang kesudahannya Al-Marhum dipanggil Ilahi adalah disebabkan beliau ditikam oleh orang yang beliau percayainya. 

Sekarang kawan yang menjadi gunting dalam lipatan memang mempunyai cita-cita yang amat besar dan Allah S.W.T telah memaparkan siapa sebenarnya orang yang bernama Phahrurazi dengan Pasmanya (gua mula-mula ingatkan TV Plasma). Inilah bahtera yang bakal dinaiki oleh manusia yang mengatakan siapa yang tak sokong PR tolong keluar dari PAS.

Bagi gua bila PAS menghantar 3 nama untuk jawatan MB Selangor tidak melanggar mana-mana persetujuan pada 17 Ogos lalu. Presiden memang berhak menamakan sesiapa sahaja kerana surat dari Istana merujuk kepada Pemimpin tertinggi dari PKR, DAP dan PAS. Memang semua setuju dengan 2 nama yang TGHH berikan iaitu Azizah dan Azmin tetapi nama Azizah sudah awal-awal ditolak oleh Sultan yang tidak mahu MBnya adalah MB kawalan jauh dan Azmin pula menolak pencalonan dari PAS. 

Tidakkah logik bila PAS menghantar tambahan 1 nama lagi kerana satu ditolak satu menolak, so siapa lagi pilihan Sultan. Apa yang menjadi masalah besar dalam krisis Selangor adalah Ketum pemimpin Agung yang dipuja oleh sekular, sosiolis, komunis, kapitalis dan yang sewaktu dengannya. Mereka berhujah yang PAS yang kalah besar jika keluar dari PR. Siapa sebenarnya yang takut kerana PAS sudah biasa dengan kekalahan tetapi adakah PR akan kuat tanpa PAS. 

Mungkin jika PAS ditendang keluar yang selalu PAS alami, Pasma boleh mengganti PAS kerana mengikut khabar berita bakal parti baru nih lebih hebat dari PAS kerana dari Mursidul Am hingga ke AJK semuanya di kalangan jeneral-jeneral pencen PAS. Mereka memiliki blogger-blogger yang terlalu hebat dari SB, 1G, alkuysen, cipan, adukataraguna, TT (pelarian politik) termasuk loyar-loyar buruk yang sehebat mendiang Karpal dan ramai lagi untuk gua namakan.

Percayalah bahawa lu akan membaca berbagai fitnah terhadap PAS dan yang paling hebat akan diserang ialah badan tubuh TGHH. Walau pun blogger seperti gua tidak ramai tetapi gua percaya masih ada lagi bersama gua untuk mempertahankan fitnah-fitnah mereka seperti beberapa nama yang gua jamin akan mempertahankan TGHH iaitu FZT, Anak SengatMusafirlalu sekadar beberapa nama.

Oleh itu gua mengharapkan bersama akar umbi PAS, agar pada Muktamar Pemilihan tahun depan PAS perlu melakukan pembersihan secara total tanpa mengira jawatan dan kehebatan mereka. Akar umbi yang bekerja keras dengan kudrat dan wang ringgit tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan dunia ingin melihat PAS diperkasakan semula. Bila akar umbi bersuara bermakna mereka tidak gerun dengan kekalahan kerana mereka telah diajar bahawa Islam menang bukan dengan jalan mudah./GANR

Khamis, 4 September 2014

Ketum Mahu Unity Government -Wong Chen

Ini sebahagian daripada ucapan YB Kelana Jaya berkaitan UG Ketum dengan Barisan Nasional yang kononnya mewakilan pimpinan Pakatan Rakyat. Ketum berak di belakang lorong tetapi macai-macai, barua-barua dan para celaka Ketum menuduh PAS yang berak. 

Inilah perangai Ketum yang ketika susah PAS menghulur tangan membantu dan mempertahankan fitnah-fitnah dari Tong Taik. Sekarang beliau mencuit taik yang masih berada pada dirinya pada pakaian PAS.

Lanyakkah Ketum untuk menjadi PM yang selalu dijajanya dengan sokongan PAS dan DAP tetapi semua perkara boleh berubah. Asal dari Ketum semua taiknya berbau wangi biar 4 hari tahan untuk berak.

Gua masih ingin kata-kata seorang pemimpin Umno tentang Ketum menasihat beliau agar memakai baju berlenggang panjang pada pemulaan beliau menunjukkan wajah Islamik beliau tetapi kesudahannya beliau sendiri melanggar nasihat yang beliau berikan. Semasa berjawatan no.2 beliau telah menunjukkan taringnya tetapi belum sempat panjang, Mahathir patahkan. 

Sekarang taringnya sudah mula tumbuh kembali, maka jaga-jagalah wahai rakyat Malaysia. Jatuhkan beliau sebelum beliau sempat cita-citanya tercapai. Ingatlah segala perancangan dan apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya merancang tetapi segala perancangan kita, Allah S.W.T yang menentukannya. 

Ucapan YB Wong Chen Tentang Permintaan Ketum Untuk UG Dengan BN.

Ada beberapa isu saya hendak bangkitkan walau pun kita orang politik kita tidak bangkitkan tentang politik di masjid ini yang pertama ingin saya bangkitkan tentang isu air bagi YB Hannah Yeoh, beliau ingin saya bagi tahu sedikitlah kepada penduduk di kawasan Subang Jaya masalah ini kita akan uruskan secepat mungkin. 

Kita sudah bercakap dengan Syabas 3-4 bulan lalu di mana YB Hannah dan saya berjumpa dengan orang-orang Syabas dan kita berbincang selama 3-4 jam terdapat 3 perkara yang kita minta Syabas buat. Tetapi yang tidak baik itu kita, dia cuma buat satu benda sahaja jadi kita akan puss lagi untuk buat erly warning yang itu yang paling penting ini untuk memastikan kejadian krisis air tidak berlaku lagi. 

Erly warning sistem kalau tahap turun ke bawah 1.5 meter kita minta Syabas beri tahu rakyat supaya jangan guna air berlebihan dengan cara komunikasi dengan cara water crisis.

Dan isu yang kedua oleh kerana ini berdekatan dengan hari merdeka kita parti saya iaitu DSAI, ketua parti saya telah meminta BN dan juga kerajaan BN untuk mempertimbangkan satu Unity Government (UG) maknanya kita tidak naklah politik berpanjangan lagi, kita tak nak isu-isu berbangkit-bangkit tak habis-habis.

Pilihan raya sudah habis kerja saya sebagai Parlimen Member Kelana Jaya saya kena turun padang buat bekerja jadi kita tak nak bincang panjang lawan-lawan tentang politik kalau boleh kita akan cuba minta BN bekerjasama dengan PR buat satu UG untuk kebaikan rakyat.

Selasa, 2 September 2014

Ketum : Apa Lagi Lu Mau..???


Ada orang kata gua kurang menulis artikel, gua kata jika lu nak baca blog lu baca blog FZT pasai apa yang gua tulis lebih kurang same jer. Cuma gua kat Selangar FZT kat Terengganu, itu jer bezanya. Nanti ada pulak macai Ketum tak puas hati dengan apa yang gua tulis nih dan ada gua kesah, lantak lu ler nak baca dan jika tak puas hati dipersilakan tunjuk kehebatan lu berpolitik dalam ruangan komen yang tidak ditapis. Gua bukan jenis kena tunggu kelulusan admin setiap komen yang diberikan walau pun pakai nama tidak dikenali. Gua bukan juga jenis syok sendiri bak kata sendiri tulis sendiri komen. Apa yang yang gua tulis tidak mewakili mana-mana parti politik kerana gua sendiri bukan ahli mana-mana politik. 

Cuma gua akan menulis bila ada pengkhianat yang mengkhianati presiden mereka sendiri dan duk dalam jemaah tetapi berketuakan Ketum. Untuk pengetahuan lu all gua mempertahankan TGHH dan TGNA bersebab biar pun gua bukan berada didalam jemaah PAS. Apa yang gua tulis adalah mewakili gua sendiri tanpa mengharap apa-apa imbuhan. Mungkin setelah ketiadaan 2 murabbi ini baru gua dedahkan kenapa gua beria-ria mempertahankan mereka.

Jika berlaku PRU, gua akan membantu memanjat dan menampal poster-poster. Bahasa kurang ajar dari gua tidak ada kena mengena dengan PAS. Dari IRC kepada JIM dan kemasukan pimpinan tertinggi mereka ke dalam jemaah PAS sudah lama menjadi penentangan gua secara total. Pencalonan Saari Sungib mewakili PAS benar-benar mengejutkan gua kerana gua tidak sangka bagaimana manusia yang bernama Saari Sungib boleh terlepas dari penilaian Majlis Syura PAS yang amat berhati-hati apabila berkaitan dengan lantikan calon.

Apabila PAS bersama dengan S46, gua amat tidak setuju malah bendera parti tersebut gua tidak sentuh kerana S46 adalah dari sisa Umno yang diharamkan oleh Mahathir melalui mahkamah dan penubuhan Umno baru adalah satu pembersihan besar-besaran Mahathir terhadap musuhnya dalam Umno. Di mana Ketum ketika itu?. Beliau berada didalam Team A bersama-sama Mahathir melawan Team B, regu Ku Li dan Musa Hitam. Bagaimana sikap Nuar terhadap PAS ketika beliau dikatakan orang paling berkuasa dalam Umno/BN melebihi bosnya sendiri.

Orang boleh kata, lupakan perkara yang lepas kerana ia sudah menjadi sejarah tetapi hati gua tidak boleh menerimanya. Pelanduk boleh lupa jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Ketum dulu dan Ketum sekarang yang tiada apa-apa banyak perbezaannya tetapi bagi gua Ketum dulu dengan Ketum sekarang semakin ketara perubahannya walau pun ramai terpedaya dengan sikapnya. 

Gua akui yang gua amat simpati apabila beliau dijatuhkan dan dibuang terus dari Umno dengan penuh keaiban tetapi renung sedetik apa yang beliau lakukan terhadap TSKI sama dengan apa yang beliau lalui. Langkah Kajang Selangkah Ke Putrajaya telah memperlihatkan kepada lu all siapa Ketum sebenarnya. Beliau selalu menjaja namanya sendiri dalam setiap ceramah jelajahannya dengan mengatakan yang beliau adalah calon tunggal untuk jawatan PM dengan sokongan 100 peratus dari PAS. 

Gua tak nafikan apa yang beliau katakan kerana ia sudah dimaklumkan dalam PR tetapi ia boleh berubah jika melihat krisis MB Selangor. Kita tidak di boleh menidakkan Qadha dan Qadar kerana segala yang berlaku ada hikmahnya. Lihatlah Langkah Kajang yang mana calon asal adalah Ketum sendiri tetapi terhalang dengan rayuan pendakwa raya di mahkamah rayuan di mana beliau dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan Azizah terpaksa mengantikan suaminya, Ketum.

Langkah Kajang bukan untuk menukar TSKI sebagai MB ianya hanya untuk memudahkan ke Putrajaya yang mana gua sendiri tidak faham apa kena mengena dengan Selangor yang sudah berada dalam genggaman PR. Peletakan jawatan Adun PKR atas alasan tidak mampu memberi khidmat kepada penduduk Kajang sedangkan adun itu pun belum diuji sebagaimana adun-adun lain. Akhirnya pecah tembelang yang beliau diminta meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Ketum dan Langkah Kajang adalah untuk menyingkir TSKI dari jawatan MB yang bakal diisi oleh Ketum agar senang Ketum nak beli MP-MP BN pasai tunai kerajaan Selangor yang TSKI simpan hampir RM4 bilion. 

Kenapa Ketum terhalang cita-citanya yang mana pakar-pakar strateginya sudah menyusun agenda-agenda yang disembunyikan daripada rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP. Sebagai umat Islam yang yang berpegang teguh dengan keimanan yang dimiliki patut memikirkan dengan akal yang waras kenapa agenda Ketum terhalang. Apabila berlaku kecelaruan yang diciptakan 'Ketum and The Macai' terbongkar satu demi satu maka kambing hitam perlu dicari untuk menutup bangkai yang ditinggalkannya. 

Disinilah PAS menjadi mangsanya kerana memang dari awal lagi PAS kurang senang dengan perletakkan jawatan oleh adun PKR tanpa sebab yang munasabah. Bagi PAS ia banyak keburukan dari kebaikan disebabkan amanah rakyat marhaen berikan kemenangan kepada PR Selangor dengan penuh bergaya telah dipermain-mainkan. Sebagai rakan dalam PR, walau pun tidak bersetuju PAS terpaksa mengerahkan jentera, tenaga dan wang ringgit demi memenangkan calon PR.

Apabila TSKI diminta melepaskan jawatan MB untuk Azizah, TGHH, TGNA dan Majlis Syura Ulama PAS telah menyatakan sokongan mereka kepada TSKI. Sokongan yang bersebab telah membuatkan Ketum naik angin dan bermulalah tuduhan demi tuduhan terhadap PAS. Sokongan PAS kepada TSKI adalah bersandarkan Tahaluf Siasi kerana jawatan MB Selangor tetap diberi amanah kepada TSKI dari PKR dengan persetujuan bersama dengan PKR, PAS dan DAP. Adakah Azizah seorang yang layak memerintah sedangkan parti PKR sendiri tak terurus. PAS menolak bukan masalah beliau seorang wanita tetapi beliau akan menjadi MB boneka..... mengikut telahan gua ajer.

Ketum mula memberi signal kepada talibarutnya yang bersarang dalam PAS agar keluar dari sarang di mana keluar 2 ekor pengkhianat dalam sidang akhbar bersama Azizah. PAS dituduh mengkhianati perjanjian dalam PR sedangkan sokongan terhadap TSKI kerana beliau masih ahli PKR dan apa kesalahan beliau sehingga beliau diminta meletak jawatan sebagai MB Selangor yang disahkan oleh pimpinan PR. Dan PAS menyokong TSKI kerana kapasiti beliau ahli PKR. PAS dituduh memungkiri janji kerana tetap memberi sokongan kepada TSKI sebagai MB sehingga beliau dipecat.

PAS telah menyatakan tetap akan bersama dengan PR tetapi sikap gelojoh Ketum yang mengerahkan talibarutnya dalam PAS agar keluar memberi sokongan kepada bininya telah menyedarkan akar umbi PAS siapa pengkhianat yang bersarang dalam jemaah PAS. Tindak Dewan Ulama PAS Selangor membawa usul mengecam dan mengutuk tindakan dua adun PAS itu adalah tepat tetapi 2 ekor pengkhianat itu menyelar kononnya mereka tidak dipanggil untuk membela diri. 

Kalu dah bodoh buat cara bodoh jangan berlagak pandai, PAS Selangor mengusulkan kepada Badan Disiplin PAS Pusat jadi apa relevannya untuk memanggil mereka. Tunggu ajer ler bila pengkhianatan mereka kepada jemaah diadili nanti dan sementara masih ada masa, boleh ler suruh loyar Hanipa karang kertas kerja. Gua rasa sudah tiba masanya PAS mengkaji semula Tahaluf Siasi dengan PKR kerana banyak Ketum sudah mula keluar masuk ke dalam rumah PAS. 

Macai-macai Ketum akan kata PAS akan kehilangan banyak kerusi jika berseorangan, apa guna banyak kerusi jika jemaah yang diberi amanah mempermain-mainkan amanah. Adakah PAS sanggup menepikan dasar parti yang bersumberkan Al-Quran dan Hadist sebagai perlembagaan tertinggi demi imbuhan beberapa kerusi. Akar umbi sudah bersuara yang mereka sanggup menunggu kemenangan mutlak walau pun mereka tidak dapat merasainya tetapi sekurang-kurangnya legasi mereka dirasai oleh anak cucu mereka. 

Ketum a.k.a Nuar a.k.a. Anwar a.k.a. DSAI tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita telah dipertontonkan bagaimana sikap rakus, kuku besi dan diktator ketika beliau belum diberi kuasa dan bagaimana semasa beliau memangku jawatan PM selama 3 bulan sebelum beliau dijatuhkan. Arahannya mesti dipatuhi telah mula menunjukkan yang beliau masih tidak berubah sejak beliau menjadi ahli tong taik. Sebelum beliau masuk ke dalam tong taik semua rakan-rakan dalam gerakan Islam tidak menyetujuinya tetapi itulah si Ketum yang hanya beliau sahaja yang betul.

Bolehkah lu bayangkan jika ditakdirkan si Ketum benar-benar menjadi PM jika kawan yang menghulurkan tangan semasa beliau diaibkan pun beliau sanggup beliau tikam. Macai-macai Ketum siang malam dok ratib UG UG UG UG kat PAS, rupa-rupanya beliau dalam diam-diam berUG dengan Najib. Adakah lu masih ingin Ketum menjadi PM sedangkan ramai lagi yang layak dari beliau. Adakah PAS gila kuasa sepertimana di laungkan oleh macai-macai dan barua Ketum. 

Gua tak rasa TGHH ingin jawatan itu kerana gua kenal beliau sepertimana gua kenal ibubapa gua. Apa pun orang kata, lantaklah kerana itulah TGHH sanggup menjadi nelayan dari menjadi PM. Tidakkah amanah itu berat bagi yang tahu tetapi bagi barua Ketum bermacam-macam fitnah direka cipta demi nafsu serakah seorang yang bergelar Ketum. Gua tidak boleh lupa tindakan Ketum terhadap PAS semasa beliau berkuasa dulu./GANR

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kemaskini : Nuar Sudah Naik Angau.


Ketum sudah naik angau dan seperti satu ugutan kepada PAS agar berpegang kepada 17 Ogos yang lepas. Adakah beliau sedar atau semakin sombong dengan kata-kata 2 beliau terhadap PAS dan PAS pula tidak lari dari apa yang di bincangkan pada ketika itu tetapi sekarang mungkin akan ada sedikit perubahan dengan bagi 3 nama yang pasti angau Ketum sudah naik ke kepala. Sebabnya pada 17 Ogos lepas PAS calon dua nama sebab Azizah telah awal-awal ditolak Sultan dan Azmin pula sudah menolak maka jika 1 ditolak, 1 menolak maka perlulah nama ke 3 diperlukan. DAP pula tetap dengan Azizah sebab gua pasti ada agenda tersembunyi mereka dengan Ketum.

Apabila Al-Marhum TG Harun Taib mencadangkan agar Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) di antara PAS dalam Pakatan dikaji semula, maka melalak-lalak ler barua-barua Ketum dan para pengkhianat menghentam beliau. Al-Marhum hanya meminta dikaji semula dan bukannya ingin PAS keluar dari Pakatan. Para barua-barua nih mula ler melakukan ratib wajib mereka iaitu UG... UG... UG dan para blogger pro mabuk Ketum mula menyerang PAS Terengganu.

Lagu yang selalu dinyanyikan ialah PAS tak akan kemana jika keluar dari Pakatan, PAS masih ingin bersama Umno, PAS akan jatuh tergolek, lihatlah bagaimana PAS hanya bertahan sepenggal ajer kat Terengganu dan Kedah, PAS mengkhianati kawan dan bermacam-macam maki hamun dilontar hanya satu usul sahaja iaitu Tahalluf Sayasi.

Pandangan Al-Marhum memang ada kebenarannya kerana sikap sesetengah pimpinan sudah mula berubah dan lu boleh lihat di hadapan mata lu bagaimana kurang ajar dan biadabnya mereka sejak kerjasama politik ini berlaku. Mereka sanggup membiarkan pemimpin mereka dihina tanpa mempertahankan, malah mereka jugalah tumpang sekaki tetapi bila melibatkan parti Ketum, mereka lebih Ketum dari Ketum sendiri. Mereka sanggup membocorkan maklumat-maklumat rahsia parti yang di amanahkan kepada mereka demi untuk seorang yang bernama  si KETUM.

Gua cukup sokong PAS patut mengkaji semula Tahaluf Sayasi dikaji semula kerana PAS sudah mula hilang arah apabila ada pimpinan sudah nyata terikut-ikut dengan sikap parti Ketum dalam parti. Bukannya Tahalluf Siyasi tidak bagus tetapi apabila ia memudaratkan parti dan parti Ketum menyusup masuk ideologi ke dalam PAS kerana kawan tidak akan melakukan perkara seperti itu terhadap kawannya sendiri. Ada banghai kata PAS akan kembali lemah jika keluar dari Pakatan, gua kata lu sanggup gadai dasar parti yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis demi kawan yang jelas menentang lu.

Ikhwanul Muslimim yang diasaskan oleh As-Syahid Hassan al-Banna 40 tahun lebih tua dari PAS pun sanggup menerimanya, apalah sangat dengan kita yang mempunyai musuh dalam selimut. Adakah lu mengaku beriman tanpa lu diuji dan lihatlah bagaimana pemimpin yang membantu akidah lu dikeji, dihina, difitnah dan bermacam-macam lagi dugaan masih lagi tabah. Gua yang bukan di kalangan lu pun sanggup membela mereka walau pun gua di maki hamun. Soalan yang paling bodoh pemimpin ulama PAS maksum ker, lu jawab jangan banding dengan Rasulullah S.A.W malah dengan Sahabat r.a. pun pantat bumi dengan langit. 

Lu kena ingat, Pakatan tanpa PAS tak akan kemana kerana kalu kat Pantai Timur jangan kata jentera parti nak masuk bertanding pun PAS yang bagi duit. Lu buat bodoh jer bila mereka kata PAS tak bijak sebab itu ler Terengganu dan Kedah sepenggal jer. Lu tanya dia masa PAS terlepas Terengganu, PKR ada berapa ratus kerusi?. 1 kerusi jer bro itu pun Permantang Pauh dengan majoriti yang kurang banyak, Kelantan pula dengan kelebihan 1 kerusi jer. Nasib baik masa tu barua Ketum tak ada lagi kalu tak dah jatuh Kelantan, ini hebatnya PAS. 

Lu tanya orang yang duk kutuk tu adun mana yang sanggup jadi pelacur sampai Perak terlepas kat BN. Orang nak cari kesalahan PAS macam-macam mereka buat perumpamaan macam mereka kata PAS lebih hebat pada zaman Al-Marhum TG Fadhil Nor dan sejak TGHH jadi presiden macam-macam masalah timbul. Lu jawab kena ikut zaman ler bro macam orang tanya Saidina Ali r.a. tentang zamannya tidak sama dengan masa Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. Jawab Saidina Ali r.a. pasal pada zaman  Abu Bakar dan Umar r.a. umatnya orang seperti aku tetapi zaman ini umatnya seperti kamu. 

Lu baca macam mana seorang barua yang jadi perwakilan membisikkan kata-kata dituju kat Al-Marhum TG Harun Taib,'dah duduk atas kerusi roda pun masih nak pegang jawatan'. Inilah contoh nak samakan zaman Al- Marhum TG Fadhil Nor dengan TGHH sedangkan dulu PAS tak ada perangai perwakilan yang jadi macai Ketum. Dia ingat ulama dengan ahli politik sama walau pun ulama politik kerana mereka tiada masa bersara dan hanya mati yang akan membersarakannya. Lihatlah bagaimana As-Syahid Syeikh Yassin yang tetap memimpin Hamas walau pun nak bergerak pun tak boleh.

Bila gua bangkitkan Khalid Samad dan Saari Sungib dengan IRC, bukan main marah macai-macai belaan puaka yang bergantung dalam PAS. Kerana itulah apabila tersebar maklumat tentang satu strategi telah dirancangkan untuk menjatuhkan TGHH, gua sudah lama tahu rancangan mereka kerana gua suka melihat para pelakon memainkan peranan masing-masing. Moto 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang dibawa masuk dari Umno sudah lama memainkan peranannya.

Krisis MB Selangor adalah satu hikmah buat PAS kerana yang rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi di mana para pengkhianat dalam PAS mula menonjolkan diri mereka tanpa ada paksaan. Sebagaimana TGNA menempelak mereka sebagai lidah panjang dan akar umbi PAS yang selama ini bekerja keras dengan keringat, wang ringgit tanpa mengharapkan balasan demi memperjuangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah telah di khianati oleh pimpinan mereka sendiri.

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi tidak akan termakan lagi dakyah-dakyah para pengkhianat ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap mereka. Apabila Khalid Samad kata siapa yang tidak bersetuju dengan Pakatan sila keluar dari PAS benar-benar membuatkan kesabaran akar umbi PAS mula terhakis. Mereka tidak boleh menerima penghinaan para pengkhianat ini terhadap TGNA, TGHH dan para ulama. Kata dua kepada Khalid Samad, Saari Sungib dan yang sewaktu dengannya, 'kamulah yang patut berambus dari PAS sebelum kami menghumban kamu'. 

Kata Saari Sungib tentang kehadirannya pada sidang akhbar Azizah hanya untuk menjatuhkan TSKI dan bukannya untuk menyokong Azizah sebagai MB tetapi bacalah kenyataan terbaru beliau yang membuat U-Turn dengan menyokong Azizah sebagai MB. Gua dari dulu dah kata, jaga-jaga dengan pimpinan IRC, JIM kerana mereka memang mempunyai agenda yang amat besar. Sekurang-kurangnya sekarang ini ahli PAS sudah tahu siapa kawan siapa lawan, siapa pemimpin dan siapa pengkhianat.

Adakah para pengkhianat macai Ketum ini tahu di mana kekuatan yang dimiliki PAS, tidak kepada parti-parti politik yang ada sekarang ini. Mereka tidak belajar sejarah atau lupa sejarah PAS kerana terlalu sibuk menyalur maklumat parti kepada Ketum. Gua boleh kata yang para celaka nih jarang bersama akar umbi PAS pasai duk sibuk mengibas Ketum. Mungkin mereka duk ingat akar umbi PAS nih sama celaka macam mereka atau sama dengan ahli parti Ketum. 

Bai'ah ahli PAS terhadap pemimpin mereka selagi ia tidak lari dari dasarnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan sehebat mana pemimpin jika mereka keluar ia tidak sesekali akan diikuti akar umbi PAS. Itulah kelebihan pendokong gerakan Islam yang tidak dimiliki oleh parti lain kerana mereka ikhlas bekerja tanpa mengharapkan habuan.

Percaya ler yang mencelakakan diri mereka demi bertuankan Ketum akan dihukum oleh akar umbi PAS jika mereka tidak berambus keluar dari PAS. Sedar ler yang ketuanan Ketum untuk jawatan PM akan berkubur sebagaimana rakyat Selangor akan menguburkan parti Ketum. Sedar ler segala perbuatan jahat lu terhadap TSKI akan dibayar tunai oleh rakyat Selangor kerana rakyat Selangor tahu TSKI bukannya sempurna tetapi beliau tidak rembat duit milik rakyat. Sedar ler kenapa Sultan Selangor menolak Azizah dari menjadi MB kerana baginda tahu apa akan jadi pada khazanah rakyat Selangor yang kaya 'TUNAI' apabila boneka Ketum menjadi MB.

Kalu jenis barua sampai bila-bila pun akan jadi barua. Nak ada ler yang mabuk ketum tak puas hati dengan gua, lu suka lu baca lu nak komen lantak lu pasai gua bukan jenis tapis komen-komen lu macam puak-puak celaka yang akan simpan komen lu untuk kelulusan blogger celaka mabuk pil kuda. Gua nak tanya rakyat marhaen Selangir...

  • Apa lu rasa krisis yang tak ada kesudahannya.
  • Adakah penolakan PAS 'Langkah Kajang Langkah ke Putrajaya.
  • Siapa Abdullah Ubai zaman sekarang ini.
  • Siapa tipu siapa dalam krisis ni
  • Kenapa Ketum dengan sombong menempelak mana-mana parti yang menolak WA Ketum.
  • Benarkah bini Ketum hebat dalam pengurusan Selangor sedang ia belum diuji pun dah mengaku hebat.
  • Benarkah adun PKR yang meletak jawatan dengan alasan tidak mampu untuk berbakti.
  • Benarkah adun itu sebenarnya telah diarahkan letak jawatan dari Ketum
  • Apa beza Putrajaya dengan Selangor sehingga mereka jaja Langkah Kajang adakah jalan terbaik untuk Ketum menjadi PM.
  • Tahukah lu yang PAS tidak akan mengambil  adun yang menjadi katak.
  • Tahukah lu agenda 16 September sudah menjadi jika tidak kerana tiada halangan dari TGHH dan jika ia benar-benar terjadi PAS akan keluar menjadi pembangkang. Maka lu sendiri nilai siapa yang hebat sehingga peristiwa hebat akan menjadi sejarah baru berkubur ditangan TGHH
  • Bukan gua yang kata tetapi Ketum sendiri mengakuinya.
  • Dalam perbicaraan yang sedang bersidang kes saman Ketum telah Anifah Aman, Ketum menafikan yang beliau ada menawarkan jawatan TPM 16 Sep berjaya tetapi sekarang Ketum menafikan.
  • Siapa kata PAS mengidam jawatan MB kerana semua nama yang dihantar adalah dari PKR
  • Jika sekarang pun beliau semakin angkuh bagaimana pula jika beliau jadi PM
  • Selamatkan Selangor dari nafsu serakah seorang yang bernama Ketum
  • Adakah PAS kehilangan kerusi jika keluar PR mungkin betul dan mungkin salah
  • Tanpa jentera PAS dengan kerja keras akar umbi PAS, PKR usah berlagak sombong
  • Apa jentera yang PKR miliki pada PRU13 lalu melainkan mereka dengan datang menjenguk lalu meninggal pergi.
  • Akar umbi PAS yang ikhlas berjuang telah memberi lampu hijau agar PAS keluar dari Tahalluf Siyasi PKR kerana ia tidak menjatuhkan mana-mana hukum dalam hukum Iman.
  • Akar umbi PAS telah diberi penerangan agar tidak terkejut jika pimpinan ulama PAS dihina dan dituduh munafik sebagaimana mereka lakukan terhadap TSKI./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...