Translate

Mesti Baca

Sabtu, 4 Januari 2014

Najib Ada Jet Baru Dikenali 'NR2' Atau Najib/Rosmah 2. Hebat Dua Mangkuk Nih Berjimat.

 

Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Pejabat PM beri penjelasan

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan penjelasannya berhubung perkara dibangkitkan itu. Kenyataan penuhnya seperti di bawah:

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara. Sumber

Jumaat, 3 Januari 2014

Macai Bising Kereta KM P.Pinang Bernilai RM300,000 Tapi Semua Membisu Bila Kereta Proton Terbaru Najib Bernilai lebih Dari RM500,000.


 Percayakah lu ini kereta harganya hanya RM300,000 sahaja?

 Gua sebenarnya malas nak ulas tentang isu kereta mercedes KM Pulau Pinang yang baru dibeli dengan nilai RM300,000 yang mana harga sebenarnya ialah lebih RM 600,000. Tahukah para macai-macai tentang nilai sebenar Proton Perdana yang konon-kononnya dihadiahkan kepada PM untuk kegunaan rasmi Najib sebenarnya bernilai lebih dari setengah juta?.

Para macai akan bagi alasan bodoh yang kereta itu adalah hadiah daripada Proton tanpa memikirkan yang hadiah itu ada seribu muslihat. Proton dibina bukannya untuk melakukan kebajikan dan Proton adalah satu entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan semata. Jika tidak tak kan berlaku perebutan saham-saham syarikat DRM-Hicom menjadi rebutan para taiko-taiko, baik dengan cara berhadapan mahu pun dengan cara bawah meja. Siapa pemilik terbesar saham DRM-Hicom ketika ini jika bukan Raja Gula yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat dengan menaikkan hampir 10 kali. 

Ketika gelaran itu dimiliki oleh orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok, seingat gua hanya sekali sahaja beliau menaikkan harga dan itu pun tak sampai 10 sen sekilo. Gua bukan hendak memuji tetapi realitinya sumbangan jutawan Robert Kuok lebih besar berbanding dengan Syed Bukhori. Beliau sanggup menangung kerugian demi tidak mahu melihat rakyat Malaysia terbeban. Semasa era beliau, beliau terpaksa membeli dengan harga yang tinggi tetapi menjual kepada rakyat dibawah harga siling. 

Mercedes baru milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai kurang dari RM300,000

Bagi gua ini bukan isu agama atau bangsa tetapi lu fikirlah dengan hati lu yang dah dibutakan oleh Umno bahawa jasa Robert Kuok lebih besar dari Syed Bukhori walau pun beliau dikatakan banyak melakukan kebajikan. Apabila keuntungan perniagaan gula mula menunjukkan keuntungan maka orang yang menguntungkan itu ditendang lalu diberi kepada para kroni terbesar mereka. Ini baru tentang gula, belum gua cerita tentang syarikat-syarikat GLC yang hampir muflis dan apa bila ia berjaya dipulihkan oleh Robert Kuok maka berlakulah pengambil alihan semula untuk diberikan kepada para kroni terbesar mereka. Kerana itulah hampir semua perniagaan Robert Kuok berpengkalan di Hong Kong dan Singapura.

Berbalik tentang kereta Proton  Perdana Limo  yang dibuat khas untuk Najib pujaan macai-macai itu, memang harganya melebihi setengah juta kerana ia adalah tempahan khas yang memiliki beberapa kehebatan walau pun tidak setanding kenderaan milik Presiden Amerika. Ada yang mengatakan kosnya mencecah sejuta RM. Para macai akan kata kerajaan Pulau Pinang beli dengan menggunakan duit kerajaan sedang Najib pula dapat percuma tanpa memikirkan kenapa kenderaan untuk polis, penguat kuasa dan yang sewaktu dengannya diwajibkan membeli kereta keluaran negara walau pun kenderaan itu hanya boleh digunakan selama 5 tahun sahaja yang belum ditambah dengan selenggaraan pun lebih mahal dari harga kereta yang baru dibeli.

Fikirlah wahai macai-macai yang berfikiran macam celaka, adakah korporat atau keparat akan memberi saja-saja tapi ada sebab. Adakah mereka peduli dengan hadiah yang bernilai setengah atau sejuta itu dengan laba/kontrak yang bakal mereka perolehi, mereka bagi sejuta mereka pasti akan dapat beratus-ratus juta dan itulah namanya perniagaan wahai macai yang bodoh sombong lagi celaka. Bila gua kata lu sial atau lu celaka, lu pakat-pakat hentam gua tapi apa gelaran yang sesuai untuk lu all selain dari gelaran pencacai celaka tahap sial lagi banggang.

Khamis, 2 Januari 2014

Umno Mula Perli Bila MCA Dilihat Sebagai Liabiliti.


Syed Ali Alhabshi

(Malaysian Times) - Umno menyelar sikap perwakilan MCA yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan dasar berasaskan kaum.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, dalam blog rasminya berkata, tuduhan tersebut tidak berasas kerana UMNO mengamalkan dasar terbuka dengan mengutamakan kepentingan kaum seperitmana termeterai  dalam permuafakatan Barsian Nasional (BN).

“Memang, mana-mana parti pun termasuk UMNO dan MCA serta MIC berasaskan kaum, tetapi bukan bermakna kita (UMNO) selaku tunjang BN menafikan hak mereka,” tegas Syed Ali lagi.

Beliau menjelaskan, walaupun UMNO tegas memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi tidak bermakna menafikan hak kaum lain seperti China dan India.

“Mengapa perkara itu diungkit oleh MCA, apakah selama ini kaum China ditindas oleh UMNO?” soal beliau dalam blognya.

“Mengapa MCA menjadikan Najib sebagai sasaran serangan mereka, apakah selama ini Najib tidak berlaku adil kepada bukan Melayu sehingga membuat perbandingan dengan Nelson Mandela.

WAKIL MCA KEDAH ‘MELAMPAU BATAS’

Katanya, tindakan wakil MCA Kedah, Lee Yean Wang yang mahukan Najib mencontohi pejuang anti-apartheid,  Nelson Mandela dengan menghentikan dasar berasaskan kaum seolah-olah selama ini kaum China di negara ini dinafikan hak mereka.

Sambil menyifatkan Yean Wang sudah ‘melampau batas’, Syed Ali menegaskan UMNO sama sekali tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu segelintir pihak.

“Jangan cuba nak jadi jaguh, selama ini UMNO telah banyak bertolak ansur dengan mereka, malah kadangkala UMNO terpaksa mengetepikan suara Melayu demi menghormati dasar toleransi yang diamalkan selama ini,” tegasnya.

Tambah beliau, membuat perbandingan antara Najib dan Nelson Mandela adalah kurang tepat kerana budaya politiknya jauh berbeza.

“Ukuran yang dibuat oleh wakil MCA itu sangat melampau, memberikan satu penghinaan yang amat ketara terhadap UMNO dan Najib selaku presiden parti,” tegasnya.

Pada sesi perbahasan di Perhimpunan Agung MCA semalam, Yean Wang dipetik sebagai berkata beliau berharap  satu hari nanti Najib akan menghentikan dasar berasaskan kaum ini dan menjadi seperti Mandela.

Wakil MCA Kedah itu juga berkata dasar afirmatif bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh dijustifikasi apabila ia diperkenalkan pada 1970 kerana kadar kemiskinan di kalangan bumiputera pada masa itu melebihi 60 peratus, bukan seperti masa kini.

“Hari ini kadar kemiskinan di kalangan bumiputera bawah 5 peratus. Adakah kita perlu mempertahankan 95 peratus yang lain dengan dasar yang tidak adil ini disebabkan yang 5 peratus itu? Saya rasa tidak perlu.

“Kita baru saja memperingati Mandela. Perjuangan menentang diskriminasi kaum ini tidak harus berhenti dengan kematiannya, jadi saya seru pemimpin kita (MCA) untuk menyampaikan perkara ini kepada Perdana Menteri,” kata beliau.

MCA POLITIKKAN DEB

Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana MCA masih lagi mempolitikkan pelaksanaan DEB bagi membangkitkian rasa kurang senang masyarakat China terhadap kaum bumiputera.

“Mengapa isu DEB dibangkitkan semula, sedangkan orang China juga turut mendapat manfaat daripada dasar tersebut yang menjuruskan kepada usaha memperkasakan pembabitan orang Melayu dala sektor ekonomi,” tegasnya.

Beliau melihat saranan yang dikemukakan oleh wakil MCA itu sebagai ‘kuman’ yang boleh merosakklan nilai perpaduan antara kaum di negara ini.

“Saya hairan, setelah beberapa dekad DEB dilaksanakan, kuman seperti itu masih lagi membiak dalam MCA, ini perasit yang memberhaya kepada masa depan negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan MCA supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau saranan bagi mengelak tercetusnya rasa kurang senang kepada kaum yang lain.

Katanya, kenyataan terbuka wakil MCA itu juga seperti mencela kepimpinan Najib yang juga Pengerusi BN Pusat.

Beliau turut mempersoalkan apakah selama ini MCA dianak tirikan dalam arus pembangunan politik dan ekonomi negara.

“Pada hemat saya orang China lebih kedepan berbanding orang Melayu dalam penguasaan sektor ekonomi dan perniagaan, jadi apa lagi yang mereka mahu?” soal beliau. Sumber

Rabu, 1 Januari 2014

Bekas Pemaisuri Johor Mohon Batal 'Penceraian'.

 

Bekas permaisuri Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan perisytiharan penceraiannya dengan bekas sultan Johor, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Tunku Zanariah mendakwa beliau hanya dimaklumkan tentang perceraian itu pada bulan Ogos lalu – tiga tahun selepas ia didakwa disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Dalam afidavitnya yang difailkan di mahkamah dan diperolehi Malaysiakini, Tunku Zanariah berkata mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 22 Ogos lalu menyerahkan tiga dokumen yang disifatkannya "sungguh mengaibkan" dirinya.

Dokumen itu adalah surat dari menteri besar Johor bertarikh 9 Disember 2010 yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang pada 6 Ogos 2010 untuk mengesahkan lafaz tiga talak almarhum Sultan Iskandar.

Dokumen kedua pula adalah satu perintah dan penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 yang memutuskan bahawa beliau telah diceraikan dengan talak tiga dan lafaz rujuk sebelum itu tidak sah.

Dokumen ketiga pula adalah sijil penceraian bertarikh 8 Oktober 2010 yang menyebut bahawa beliau dan almarhum sultan telah bercerai pada 23 Januari 2009 "dengan dua talak yang berjumlah tiga talak".

"Saya amat terkejut menerima surat mufti tersebut beserta dengan lampirannya dan benar-benar merasa diri saya telah dianiaya oleh pihak tertentu," kata Tunku Zanariah dalam afidavitnya.

Pada masa sama, almarhum Sultan Iskandar yang meninggal dunia pada 22 Januari 2010 juga tidak pernah memfailkan sebarang prosiding cerai di mahkamah syariah Johor, dakwa Tunku Zanariah.

Menurutnya lagi, keputusan mahkamah tentang perceraiannya pada 30 September 2010 seperti dinyatakan dalam dokumen kedua dibuat secara sebelah pihak tanpa memanggil dirinya.

Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.
Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.

Tunku Zanariah juga mendakwa, hakim yang mendengar kes itu juga tidak diberi kuasa oleh mahkamah untuk berbuat demikian.

Mahkamah menetapkan tarikh 21 Januari untuk sebutan kes.

Tunku Zanariah merupakan pasangan kepada Sultan Johor ke-24, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang menduduki takhta dari 11 Mei 1981 sehingga 22 Januari 2010.

Beliau melahirkan lima putera dan seorang puteri bersama almarhum Sultan Iskandar.

Beliau juga merupakan bonda tiri kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail.Sumber

Terkini : Lebih 10,000 Peserta Turun, Dari Warning Kepada Pening.

Puluhan ribu mula melakukan protes Turun

Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LAPORAN LANGSUNG

Galeri gambar

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas.

11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.

"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.

"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

“Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama,” katanya berseloroh.

“Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama,” katanya.

10.30pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.


10.15pm, persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut. 

Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'.

10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sa
mbil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.
10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

9.40pm, Dataran Merdeka - 
Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota polis di kawasan itu.

9.30pm
SOGO - Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.

Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.

Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.


Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

9.15pm

Masjid Jamek - 
Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka.


SOGO - Sorakan dan nyanyian pembakar semangat bergema di hadapan kompleks be
li-belah Sogo yang kini dipenuhi hampir 1,000 peserta.

Pengerusi Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong mengajak semua peserta demonstrasi bersama dan menjaga disiplin ketika berarak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Beberapa pemimpin SAMM dan SMM turut memberi ucapan.


9.00pm

Dataran Merdeka - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh tiba.

Kira-kira 50 anggota polis berkawal di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, yang mesti dilalui peserta perhimpunan sebelum ke Dataran Merdeka.

Konsert ambang merdeka dihentikan sebentar bagi menghormati waktu Isyak.

Pasar Seni - ratusan orang ramai sudah berkumpul di hadapan pintu masuk kompleks itu yang ditampal dengan notis: Dilarang duduk dan berkumpul!

SOGO - pemimpin mahasiswa Fazli Zainul dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) menjadi orang pertama berucap di hadapan kira-kira 400 peserta yang berkumpul.

Beliau mengajak orang ramai yang berhimpun bersabar untuk langkah seterusnya.

"Sama-sama kita ikut berarak membantah kenaikan harga ini. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Selepas beliau beberapa wakil mahasiswa dari Utara, Kelantan turut berucap memberi mesej yang sama kepa
da hadirin.

Polis masih tidak kelihatan dan pentadbir kompleks SOGO tidak memberi bantahan kepada mereka yang telah pun berkumpul.

Hanya satu Lori DBKL kelihatan di hadapan kompleks ini.


Masjid Jamek - Kelibat orang ramai yang memenuhi pinggir Jalan Tun Perak menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas.

Kenderaan bergerak perlahan untuk mengelak dari merempuh peserta himpunan yang berdiri di bahu jalan.

8.45pm, Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sekumpulan peserta himpunan memegang sepanduk bertulisan "Tahniah kepada BN. BN = Barang Naik".

Sepanduk sama juga tertulis yang ia datang daripada PKR Johor Baharu.

Seorang lagi peserta himpunan pula kelihatan menjual akhbar Suara Keadilan milik PKR.


8:30pm, SOGO – Keadaan masih aman dengan pelbagai aktiviti berlaku tanpa sebarang gangguan di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

Seorang kerani pentadbiran Chang For Bun, 27 berkata beliau turun kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan yang telah bermula Semarang.

"Jika barang naik harga, semua makanan akan naik juga, kalau sayur naik, daging naik bagaimana? Takkan nak makan daving manusia?

Seorang pelajar Leong Yung Hong, 19 datang membantah kerana kehidupan beliau sebagai pelajar kolej semakin susah.
"Saya nak bagi mesej kepada kerajaan agar jangan lakukan ini (kenaikan). Kita semua sudah dalam situasi yang susah, jangan tambah lagi kesusahan itu," kata beliau.

Kelihatan juga peniaga menjual minuman, kemeja-t malah membuat persembahan di kaki lima hadapan kompleks beli belah itu.

Kira-kira 300 pengunjung dan peserta demonstrasi pelbagai agama dan bangsa sedang bersantai di sini.


8:20pm, Dataran Merdeka – Konsert ambang tahun baru sudah bermula. Peserta, kebanyakan golongan muda dan anggota keluarga kira-kira 500 orang berkumpul.

Kehadiran polis sebelum itu kelihatan bertambah ramai dengan sekurang-kurangnya dua trak dan sembilan bas. Justeru, ia bermaksud kira-kira 400 orang anggota sudah berada.

Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di kawasan itu.


8.05pm, Sogo – Sekumpulan pelajar yang datang daripada Kelantan memberitahu, mereka datang dari jauh untuk berhimpun kerana merasakan peningkatan kos sara hidup berlaku secara tidak adil.

“Kami di sini untuk mempertahankan hak rakyat,” kata seorang daripada mereka, Aziz Afiq Abdul.

Masih tidak ramai orang hadir di sekitar pusat membeli belah itu sementara peserta perhimpunan perlahan-lahan memenuhinya.

7.50pm, Dataran DBKL – Cuaca di Dataran DBKL berangin dan berawan. Sesekali guruh berdentum menandakan hujan hendak turun.

Hanya beberaapa pegawai DBKL dilihat di sekitar kawasan itu. Ini berbeza dengan di Sogo apabila kira-kira 200 orang sudah berkumpul di kawasan itu.

Mereka malah solat Maghrib secara berjemaah di situ.


7.45pm, Central Market – Tiada tanda-tanda kehadiran peserta perhimpunan. Tetapi beberapa pegawai polis bersama kereta peronda kelihatan sudah berada di kawasan itu.

Hanya kelihatan pelancong yang masih leka membeli belah tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

7.35pm, Dataran Merdeka – Orang ramai yang menantikan sambutan tahun baru mula berkumpul di jalan bertentangan bangunan Sultan Abdul Samad. Kkonsert dijangka bermula pada jam 8 malam.Sumber

Selasa, 31 Disember 2013

Yang Bodoh Adalah Yang Mengundi BN Kerana Itulah Negara Diambang Kemuflisan.

Yang digelar bodohlah yang telah menyedarkan rakyat akan kedurjanaan pemerintah merompak harta rakyat.

Anak siapa yang hidup mewah dari hasil korupsi sang bapa

Nazri: Demontrasi Tindakan Bodoh, Tak Matang

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi terhadap kerajaan sebagai satu tindakan yang "bodoh" dan "tidak matang".

Menurutnya, majoriti rakyat Malaysia sudah bosan dan jelak dengan tindakan sedemikian rupa.

"Pemimpin mereka, Anwar Ibrahim sudah hampir 70 tahun, tetapi mereka (Pakatan Rakyat) masih bertindak tidak matang," kata Nazri pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau merujuk kepada perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang dianjurkan Gerakan Turun Harga Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka malam esok.

Pakatan Rakyat sehingga kini menafikan sebarang penglibatan dalam menganjurkan acara itu, namun secara prinsipnya menyokong tindakan tersebut.

Kerajaan Persekutuan kini menuduh penganjur mahu menggunakan acara itu untuk "menggulingkan kerajaan".

Perhimpunan Hanya Buang Masa, Kata Shabery

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di Kemaman hari ini.

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

"Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen," katanya.

Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

"Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga," katanya.

Ahmad Shabery juga berkata sebanyak 12,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kemaman yang terjejas banjir akan menerima bantuan persekolahan.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih manakala bakinya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...