Translate

Mesti Baca

Jumaat, 27 Disember 2013

Adakah Anda Seorang Islam Atau Seorang Mukmin?

 Rakyat dikasari

Islam adalah agama yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah S.A.W untuk umatnya. Seorang Islam belum tentu beliau seorang mukmin tetapi seorang mukmin sudah pasti ia seorang Islam. Dalam masyarakat sekarang ini Islam terbahagi kepada beberapa perkara iaitu Islam Baka, Islam Keturunan, Islam pada nama dan Islam mukmin.
  1. Ramai yang mengaku mereka itu Islam tetapi tidak pernah mengamal apa yang disuruh. 
  2. Ada yang mengaku Islam tetapi kehidupan mereka tidak layak untuk memanggil mereka Islam. 
  3. Ada yang mengaku Islam tetapi dalam bab menutup aurat adalah satu perkara yang amat susah untuk di laksanakan. 
  4. Ada yang mengaku Islam tetapi solat mereka tidak pernah dijaga. 
  5. Ada yang mengaku Islam tetapi merekalah penghalang besar kepada syariat Islam. Ada yang mengaku Islam tetapi apabila Islam dihina kerana kelakuan mereka sendiri.
  6. Ada yang mengaku Islam dan penganut agama lain menegur mereka maka mereka-mereka inilah yang paling lantang mempertahankannya walau pun semua itu disebabkan tindakan mereka sendiri.
Maka di mana kedudukan anda tentang perkara ini sebelum anda mengaku yang anda benar-benar seorang Islam lagi Mukmin. Bila melibatkan aurat, mereka pasti dengan alasan bodoh, yang memakai tudung belum tentu baik dan yang tidak memakai tudung tidak semesti jahat kerana iman terletak dihati masing-masing. Ramai yang bertudung melakukan maksiat tapi memikirkan menutup aurat adalah perintah Allah SWT yang tidak boleh berkompromi. Masalah baik jahat itu perkara kedua kerana kepada yang menutup aurat akan mendapat satu ganjaran pahala dan jika mereka mengikut amalan maka mereka akan mendapat dua pahala.
Islam dipersendakan melalui fasyen

Berbanding pula yang memberi alasan bodoh tentang aurat kerana mereka akan berdosa sepanjang masa dengan tambahan dosa-dosa yang bukan muhrim melihatnya walau pun mereka melakukan perkara yang baik, mereka tetap menerima satu pahala sahaja yang mana mungkin tidak akan dapat mencover dengan dosa tidak menutup auratnya.

Yang lebih parah ialah orang yang mengaku Islam tetapi merekalah pakar yang membawa kemungkaran dengan melawan Hukum-Hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasul Nya S.A.W. Bukannya mereka tidak tahu kerana mereka adalah para pemimpin dan mereka bukan sahaja menolak dalam keadaan mereka berkuasa untuk melaksanakan malah mereka mempersenda-sendakan dengan cemuhan-cemuhan dengan tuduhan Hukum Allah SWT adalah zalim bagi peradaban manusia dan ia tidak sesuai untuk di laksanakan atau bahasa mudahnya ialah 'Hukum Allah sudah lapuk'.
Demi menyedarkan, rakyat ditangkap secara zalim

Bagi mereka hukum ciptaan manusia adalah yang paling sesuai kerana ia mengikut peredaran zaman dan diterima oleh dunia barat dan para pemimpin negara umat Islam. Di sinilah mereka meletakkan kedudukan Allah pada sisi mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih bijak dalam urusan duniawi. Apakah sikap anda yang mengaku sebagai Islam/Muslim dalam menjawab hujah-hujah yang amat dangkal atau sememangnya anda sendiri akan berdiri teguh bersama dengan pemimpin anda itu.

Jika ia sudah menjadi isu akidah kerana ia melibatkan Rukum Iman, maka adakah anda melepaskan diri anda di Padang Mahsyar dengan menyalah para pemimpin ini sedangkan anda lah yang memberi mereka undi/kemenangan untuk memerintah. Mungkin anda akan selamat jika tiada peringatan atau nasihat atau amaran dari para ulama pada ketika itu kerana hanya ulama-ulama pencacai sahaja yang wujud ketika zaman anda. Tetapi betulkah tiada amaran telah diberikan oleh para ulama tentang perkara ini sehinggakan ulama-ulama yang menjaga Islam telah dibunuh, di seksa dipenjarakan.
Arak adalah melambangkan status seorang pemimpin

Anda perlu ingat setiap undi yang anda berikan kepada para pemimpin yang zalim, anda tetap tidak akan terlepas daripada keadilan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar walau sebesar zarah pun. Ketika itu mulut anda tidak lagi dapat membela anda kerana semua anggota badan anda akan menjadi saksi walau pun anggota itu adalah milik anda sendiri. Anda tidak boleh mengatakan itu hanya undi sahaja yang diwujubkan oleh manusia-manusia yang durjana. 

Sekiranya orang yang anda undi itu memang menunjukkan kewarakan, kebaikan, kezuhudan dan ia memang diketahui oleh masyarakat tetapi sampai masanya bila kuasa sudah berada di tangannya tiba-tiba beliau berubah atau berpaling dari Allah SWT dan Rasul Nya S.A.W, maka anda telah berlepas tangan. Sebagaimana sekarang ini dengan kemenangan Umno/BN yang menang dengan undi anda berikan, maka anda akan bertanggung jawab di hadapan Allah SWT. 

Pasti akan ada manusia-manusia yang akan bersikap angkuh dengan mencabar Allah SWT dan sesungguhnya celakalah mereka-mereka ini walau pun mereka mengelar diri mereka ulama. Sejarah telah ditulis sebelum anda bagaimana para pemerintah yang sanggup berpaling demi duniawi yang sikit pun tiada makna bagi Allah SWT.

Di antara saham-saham anda yang dikira ketika ini ialah...
  • Anda membantu kerajaan yang zalim
  • Anda membuatkan rakyat hidup menderita
  • Anda membantu pemimpin anda bermegah
  • Anda membantu isteri-isteri pemimpin bertelanjang
  • Anda membantu kerajaan menyesat umat Islam
  • Anda membantu para pemimpin mencuri khazanah negara
  • Anda membantu keluarga pemimpin bermewah menggunakan hasil rasuah
  • Anda membantu pemimpin menghina Allah dan Rasul Nya
  • Anda membantu pemimpin menzalimi rakyat
  • Anda membantu rakyat hidup dalam kemiskinan
Apa yang anda dapat daripada jasa-jasa anda itu ialah BR1M sebanyak RM 600 setahun dan itulah nilai sebenar harga diri anda untuk anda ceritakan kepada cucu-cicit anda nanti. Dan aku bersumpah bahawa aku bukan di kalangan kamu dan kamu bukan di kalangan kamu. Semoga anda diberi hidayah sebelum Izrail a.s. datang menjemput anda, maka bertaubatlah kamu kerana pintu taubat sentiasa terbuka dan buanglah keegoan kamu kerana bagi Allah SWT, kamu bukan apa-apa pun.

Selasa, 24 Disember 2013

Semoga Makcik Yam Damai Disana...... Al-Fatihah


Saya tak mengenali Mak Cik Yam, seorang wanita kurang upaya, peniaga sayur kecil-kecilan yang menjadi mangsa samun di Felda Tenang, Besut.

Dibelasah dengan kejam oleh penyamun pada 14 Disember lalu, bertarung nyawa di Hospital Kota Bharu, akhirnya lebih kurang jam 3 pagi tadi, Mak Cik Yam telah pergi kembali kepada Penciptanya.

Berita tragedi yang menimpanya saya baca dengan penuh simpati sambil mengirim sedikit sumbangan melalui sahabat PAS Besut yang menziarahinya di hospital.

Pagi ini apabila melihat gambar beliau ketika masih sihat sedang menjual sayur di pasar sehari yang dipaparkan  di laman sosial seorang rakan dari Besut, tanpa dipinta air mata saya mengalir laju. Serta merta dada terasa sebak dan terharu.

Gambar seorang ibu yang sedang duduk menjual sayur sangat mendalam ertinya bagi saya kerana ibuku juga seorang peniaga sayur di pasar sehari seperti juga Mak Cik Yam.

Wanita tua yang tak berdaya sepertinya diperlakukan sebegitu. Benarlah kata-kata bahawa, di dalam kelompok haiwan tiada manusia, tetapi dalam spesis manusia ada binatang!

Dari segi logik akal seorang penyamun (kalaulah penyamun itu berakal), adalah munasabah beliau diperlakukan sebegini kalau Mak Cik Yam seorang kontraktor besar. Ada ratusan ribu pitih disimpan di dalam peti besi rumahnya.

Tetapi seorang peniaga sayu kecil-kecilan, kurang upaya pula, harta apa yang Mak Cik Yam ada? Saya tahulah memang tak kaya sebab saya pun anak penanam dan penjual sayur!

Jadi apa yang penyamun ini cari sebenarnya sehingga tergamak membunuh?

Apakah kita sebagai ahli masyarakat memerlukan manusia yang tak bertamaddun dan mempunyai naluri jahat sebegini terus bersama kita dalam masyarakat?

Zalimkah suatu undang-undang itu kalau perbuatan jahat sebegini diancam dengan suatu bentuk hukuman yang sangat keras sebagai pencegahan?

Atau penjenayah sebegini perlu dikasihani, diberikan kerja supaya mereka mempunyai sumber pendapatan sebab sebenarnya mereka melakukan jenayah kerana desakan hidup?

Perompak dan penyamun lebih mengancam manusia dari pencuri. Sebab itu dalam Islam, kalau pencuri yang cukup syarat pelaksanaan hukumannya dipotong tangan, seorang perompak dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Kalau dia merompak dan membunuh, maka dia juga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Kalau Mak Cik Yam yang diperlakukan sebegitu adalah mak kita, ada tak kita sebagai anak yang akan berkata, hukuman sebegitu terhadap perompak tersebut adalah tidak berperikemanusian dan tidak bertamaddun?

Kalau undang-undang Islam ini dikatakan tidak berperikemanusian, apakah perlakuan perompak kepada Mak Cik Yam itu berperikemanusian?

Dalam Islam, ada perkara yang dikira kemestian, tiada tolak ansur dan ianya wajib dipertahankan. Agama, akal, nyawa, harta, keturunan dan maruah. Islam datang untuk melindungi kepentingan dan keperluan ini.

Kalau ada manusia yang hidupnya dalam masyarakat mengancam agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan maruah orang lain maka Islam hadir sebagai penyelamat.

Manusia yang merbahaya sebegini perlu disedarkan dengan hukuman keras. Hukuman keras ini bukan nak hukum orang baik seperti Mak Cik Yam!

Semoga Mak Cim Yam damai di sana dan ditempatkan di syurga.HD

Adakah Rakyat Semakin Bodoh...!!!!


Apabila anaknya datang untuk berbincang maka ditanya anaknya, "apakah urusan kamu datang, adakah kerana urusan tentang negara atau pun tentang urusan keluarga", lalu anaknya menjawab ia tentang keluarga. Mata ditiup pelita minyak dan dinyalakan pelita milik beliau sendiri. Beliau menjelaskan pelita yang dipadamkan itu adalah milik negara dan pelita yang dinyalakan ini pula adalah dari sumbernya sendiri. Itulah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah agung umat Islam.

Baginda tidak menyalah gunakan harta milik negara dengan sewenang-wenangnya walau pun baginda boleh menggunakannya. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah seorang yang warak lagi zuhud dan adil walau pun pemerintahannya hanya bertahan selama dua tahun setengah, baginda telah meninggalkan nama yang cukup harum dalam dalam sejarah Islam.

Pada zaman pemerintahannya, Islam benar-benar berada di puncak kegemilangan dimana ketika itu betapa sukar untuk mencari fakir miskin. Diriwayatkan bahawa didalam perbendaharaan negara yang baginda tinggalkan berjumlah 1 bilion dinar atau lebih kurang RM 800 bilion. Kemegahan bukan sifat baginda dan baginda berbelanja cukup hanya untuk keluarganya tanpa berlebih-lebih.

Baginda tidak bermegah walau pun baginda berkedudukan tinggi dalam pemerintahan. Baginda tidak memperkayakan keluarganya dan apa yang baginda ada, itulah yang ditinggalkannya. Baginda adalah sebaik-baik teladan selepas para Sahabat r.a. Jika dizamannya rakyat dicari untuk mengagihkan bantuan dari baitumal tetapi sekarang rakyat memang dicari-cari bukan untuk mengagihkan bantuan, rakyat dicari untuk menyamun harta demi mengisi tabung negara yang sudah kering kontang.

Rakyat ditekan dengan berbagai cara baik dari segi kenaikkan barang keperluan bahkan bermacam-macam cukai diperkenalkan demi menutup segala ketirisan para pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka lakukan. Rakyat sudah menjadi peminta sedekah di negara sendiri dengan berbagai helah yang mereka lakukan.

Rakyat disuruh berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros sakan tanpa memikirkan akan kesan yang terpaksa negara hadapi. Yang lebih malang ialah mereka hanya memekakkan telinga mereka apabila rakyat merintis dan lebih malang lagi ialah masih ada lagi yang menyokong mereka walau pun mereka tahu apa yang pemimpin mereka lakukan. Kenapalah bodoh dan jahil sangat untuk menilai akan segala bukti didepan mata.

Memang kita akui susah untuk mencari pemimpin seperti itu tetapi takkan kita tidak boleh mengambil serba sedikit contoh yang ditunjukkan dalam pengurusan negara.  Mungkin kehidupan elit sejak kecil tidak pernah merasai akan kesusahan maka ia terbawa-bawa sehingga sekarang. 

Jangan kata nak mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bila KM Pulau Pinang menyuarakan keazaman beliau untuk mencontohi Khalifah Umar pun mereka memperlekehkan. Inilah kesombongan dan keangkuhan yang mereka miliki kerana bagi mereka hanya mereka sahaja yang betul biar pun negara sedang menuju kemusnahan. Ada mereka kesah...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...