Translate

Mesti Baca

Sabtu, 7 Disember 2013

Mat Sabu Bukan Syiah.


Dulu gua ada buat sikit kajian tentang Syiah selepas Revolusi Iran yang menumbangkan rejim Shah Iran dan gua memang menolak aliran Syiah tetapi lu patut baca sikit tentang Syiah atau Ahlu I-Bait. Kat Bawah adalah fatwa oleh Syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
  1. "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."
  1. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
  2. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
  3. Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan Syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
  4. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.

Percanggahan Syiah daripada Sunni

Mengikut Pandangan Mazhab Sunni, perkara-perkara yang diamalkan oleh Mazhab Syiah yang bertentangan dengan mereka;
  • Khalifah diwasiatkan secara nas
  • Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
  • Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
  • Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin[perlu rujukan]
  • Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni
  • Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
  • Menolak Qias
  • Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir[perlu rujukan]
  • Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

Isu-isu Sunni dan Syiah

Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar. Mengikut pandangan Syiah, bahawa;
  • Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
  • Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan mutaah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
  • Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
  • Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
Penyatuan Sunni Dan Syiah

Penyatuan antara Syiah dan Sunni pernah cuba dilakukakan oleh beberapa ulama terdahulu seperti Sheikh Musa Jarullah, ulama sunnah di Rusia, dan Sheikh Mustafa As-Sibaie. Semuanya gagal apabila gesaan supaya pengikut Syiah menerima akidah Sunni tidak diterima oleh pengikut Syiah. Sheikh Yusuf al-Qaradawi  pula mengatakan bahawa penyatuan yang cuba dilakukan oleh golongan Syiah hanyalah bertujuan mengajak golongan Sunni menyertai pegangan Syiah, yang sama sekali bercanggah dengan pegangan Sunni sendiri.
 
Jadi tuduhan yang berlaku pada pemilihan Timbalan Presiden PAS oleh Utusan memang telah dirancang oleh pemimpin Umno dan bukannya dari pemimpin PAS. Baca KDN beri kuasa bertindak pada Mat Sabu

Jumaat, 6 Disember 2013

Nelson Mandela Meninggal

Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 tahun

 
Wira anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 di rumahnya di  Johannesburg semalam selepas sekian lama mengalami jangkitan paru-paru.

NONEWalaupun Mandela sakit selama hampir setahun, namun pengumuman Presiden Jacob Zuma lewat semalam mengenai kematian bekas presiden dan pemenang Nobel Peace Prize itu telah mengejutkan rakyat Afrika Selatan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata dunia telah kehilangan seorang yang paling berpengaruh dan berani.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menganggap Mandela sebagai seorang wira terulung dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dunia.

NONERakyat Afrika Selatan juga terkejut dengan berita tersebut. "Rasanya seperti bapa anda sendiri yang telah meninggal dunia.

"Beliau adalah seorang yang baik, mempunyai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan ikutan. Beliau menjadi 'role model', tidak seperti pemimpin-pemimpin kita hari ini," kata Annah Khokhozela, 37.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas 27 tahun hidup dalam penjara apartheid untuk membawa negara itu menuju kepada demokrasi.

Mandela akan diberikan pengkebumian negara, dengan bendera dikibar separuh tiang.Sumber

Rabu, 4 Disember 2013

Ustaz Kazim Tolak Jawatan MT (Menjaga Tong Taik)

Mohammad Kazim Elias

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.Sumber

Selasa, 3 Disember 2013

Adakah Mahathir Merajuk Kerana Anaknya Tidak Dilantik Sebagai Ahli MT.


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Najib hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO, menimbulkan sedikit tanda-tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya.

Dalam masa yang sama pengunduran Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara.

Sebelum Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut?

Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat.

Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan.

"Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Mahathir lagi.

Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting.

Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari dan jika hanya tidur di rumah saja pun, tiada siapa yang akan marah atau menegurnya.

Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan?

Dalam masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton.

Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton?

"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelasnya.

Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.

Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini.

Malahan, semalam juga, ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam UMNO dan juga kerajaan, Mahathir juga berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam UMNO dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut.

Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini.

Namun demikian, apa pun alasan mengenai pengunduran Mahathir ini, persepsi orangramai, terutama ahli UMNO terhadanya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan beliau terus sihat, cergas dan panjang umurnya. (Sumber)

Isnin, 2 Disember 2013

Mahathir Mula Di Pinggir Bila Mukhriz Tidak Dilantik MT.


Selain perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik.

Dalam pemilihan UMNO pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat sebagai antara calon popular untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, sebaliknya hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 93 undi, ketinggalan di belakang Zahid Hamidi yang mendapat 188 undi, Shafie Apdal 177 undi dan Hishammuddin Hussein 101 undi.

Antara sebab kekalahan Mukhriz ialah kerana beliau bukanlah calon pilihan Najib yang nyata lebih selesa mengekalkan status quo dan percaturan Najib dalam hal ini terbukti apabila Mukhriz tidak mendapat walau satu undi daripada 14 bahagian di Pahang, selain beberapa orang kanan Najib juga didapati berkempen agar ketiga-tiga penyandang dikekalkan. Semua bahagian di Pahang didapati sepakat memberi undi hanya kepada penyandang yang dikenali sebagai "orang-orang kepercayaan Najib" iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin dan ini tidak dapat ditolak daripada hakikat adanya "mainan halus" daripada Najib sendiri.

Mahathir sendiri meluahkan kekecewaannya atas kekalahan Mukhriz itu dan menegaskan punca utama kekalahannya ialah kerana tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri dengan mengambil contoh ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tiada seorang pun yang dilihat sebagai penentangnya mampu memenangi jawatan kanan dalam UMNO.

Namun demikian katanya, Mukhriz bertanding kerana ingin membawa perubahan kepada UMNO tetapi malangnya tidak semua menerima dengan baik hasratnya itu.

Mukhriz pula, sebaik kekalahannya, berharap agar Najib menimbang untuk melantiknya menduduki kerusi MT kerana beliau mempunyai beberapa idea dan perancangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan masa depan UMNO.

Malangnya, setelah beliau digagalkan oleh "permainan" Najib dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu, kali ini sekali lagi beliau dipinggirkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Dalam perlantikan MT minggu lalu, Najib mengumumkan Naib Ketua Wanita UMNO, Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan sebagai anggota MT yang mewakili sayap-sayap parti itu.

Dalam perlantikan dua hari lalu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mereka yang dilantik pula ialah Nazri Aziz, Sharkar Shamsuddin, Hamzah Zainudin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan Ustaz Kazim Elias.

Dengan tercicirnya nama Mukhriz dalam senarai perlantikan ini, bermakna kedudukannya dalam MT hanyalah sebagai ahli yang turut hadir saja, bersama beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak bertanding dalam pemilihan lalu. Walaupun turut dijemput dalam setiap mesyuarat MT, kedudukannya tidak sama dengan ahli MT yang dipilih atau dilantik kerana kedudukan sebagai ahli yang turut hadir tidak dikira sebagai korum, tidak boleh bersuara kecuali diminta dan tidak boleh mengundi.

Dalam erti kata lain, kedudukan Mukhriz dalam MT hanyalah sebagai ahli "kelas kedua" saja.

Tindakan Najib tidak melantik Mukhriz dipersoalkan oleh ramai ahli UMNO kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan, mempunyai watak yang dipercayai boleh menarik lebih sokongan rakyat kepada UMNO dan antara ramuan terbaik dalam melakukan transformasi serta peremajaan parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Lebih dari itu, dengan hanya kalah tipis kepada Hishammdin bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO walaupun pertama kali bertanding, Mukhriz juga telah membuktikan bahawa beliau mempunyai penyokong dan pengaruh yang agak besar dalam UMNO. Dan ini menunjukkan kedudukannya tidak wajar diketepikan begitu saja.

Tambahan lagi, Mukhriz juga secara berterus-terang meminta kepada Najib agar beliau dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.

Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi.

Dengan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.

Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat UMNO tidaklah sepenting agenda peribadinya. Shahbudin

Ahad, 1 Disember 2013

Azmin Ali : Dari Bapa Angkat Kepada Musuh Mahathir.


Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.

"Saya kenal Dr Mahathir lama ketika saya menjadi pemimpin pelajar Malaysia di AS.

"Saya banyak berinteraksi dengan beliau sama ada dalam pertemuan di Amerika ketika lawatan kerja beliau ataupun ketika saya balik ke Malaysia semasa cuti musim panas," kata Azmin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malah, Azmin juga mendedahkan Dr Mahathir turut pernah meminta bantuannya untuk meredakan tentangan para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika ketika itu terhadap pentadbirannya.

"Dan ada satu ketika saya menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dari Amerika yang balik semasa cuti musim panas untuk bertemu  dengan Dr Mahathir dalam satu dialog besar. Saya ingat hampir dua ribu pelajar.

"Ketika itu pelajar-pelajar Malaysia di Amerika memang menentang kerajaan, ada satu tempoh dalam tahun 80-an, dimana  pelajar Malaysia termasuk yang ditaja kerajaan menentang kuat kerajaan.

"Jadi Dr Mahathir meminta bantuan bagaimana saya boleh memainkan peranan untuk meredakan suasana ini dan supaya mereka memahami. Itu antara usaha yang saya buatlah," kata Azmin ketika mengimbau hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir ketika itu.

Hubungan beliau dengan Dr Mahathir sememangnya sangat rapat ketika itu sehinggakan tarikh perkahwinannya juga dipilih oleh bekas presiden Umno tersebut.

"Sehinggakan saya mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1988, beliau merupakan tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan itu.

"Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan  majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah," kata Azmin lagi.

Malahan Azmin juga mendedahkan penglibatan awal beliau dalam politik sekitar tahun 1987 juga bermula daripada peluang yang  diberikan sendiri oleh Dr Mahathir yang mahu beliau berada di sisi Anwar pada ketika itu.

"Apabila saya habis tamat buat Master dan pulang, dan dia (Dr Mahathir) kata kerjalah dengan Datuk Seri Anwar. Yalah ketika itu dia  baik. Jadi saya ikutlah arahan.

"Saya mula berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar pada 1 Oktober 1987 iaitu sebaik sahaja pulang dari Amerika," katanya.

Bagaimanapun, panas tidak berpanjangan apabila bibit hubungan suram dengan bapa angkatnya itu mula kelihatan pada tahun 1997 sebelum insiden pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Azmin kini antara pemimpin politik yang disegani. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.















"Sebelum berlaku pemecatan 1998, saya masih ingat pada tahun 1997 ketika surat layang telah mula diedarkan tentang kononnya 50 Dalil ini. Saya telah bertemu dengan Dr Mahathir, kalau tidak silap saya pada 30 Ogos 1997 secara empat mata.

"Saya berjumpa dengan beliau untuk meminta nasihat mengenai cadangan saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dua  pegawai kanannya, pertama Tan Sri Megat Junid dan Datuk Aziz Shamsuddin.

"Kerana kedua-duanya adalah setiausaha politik kepada Dr Mahathir dan mereka terlibat secara langsung dalam penulisan surat  layang tersebut bersama adik saya Umi Hafilda dan beberapa tokoh lain. Saya beritahu kepada beliau saya nak bawa perkara  tersebut ke mahkamah," kata Azmin lagi.

Menurut Azmin, bibit hubungan keruh dengan Dr Mahathir bermula ketika itu malah telah menghidu pemecatan bosnya lebih awal sebelum tahun 1998 lagi.

"Sebab itu kita tahu tentang pemecatan peristiwa pemecatan tahun 1998 agak awal kerana bila kita tengok sikap Dr Mahathir ketika itu boleh nampak perubahan yang berlaku," katanya.

Akhirnya, khabar angin tersebut menjadi kenyataan selepas Anwar dipecat pada 2 September 1998, Azmin menyifatkan insiden tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

"Jadi, bila berlaku pemecatan 2 September 1998, bukanlah mudah untuk saya buat keputusan sama ada nak bersama Dr Mahathir atau dengan Datuk Seri Anwar.

"Sebab you kena ingat, ini antara nombor satu dan nombor dua di dalam negara, bukan ketua cawangan ataupun menteri biasa. Dan untuk saya memilih, bukan satu perkara mudah," katanya.

Azmin juga mendedahkan orang-orang kanan Anwar ketika itu yang banyak melarikan diri, antaranya setiausaha politik Ezam Mohd Noor yang sudah pun kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008 lalu.

"Termasuk Ezam sendiri dan beberapa orang kanan Datuk Seri Anwar, sebelum September mereka telah lari meninggalkan negara.

"Ezam lari ke Indonesia, setahun. Dan beberapa nama lain, saya boleh namakanlah yang meninggalkan negara," katanya.

Berbeza dengan pemimpin lain yang sudah melarikan diri, Azmin tetap dengan kesetiaannya kepada Anwar dalam melawan kezaliman.

"Tapi saya mengambil keputusan untuk kekal dan beritahu Datuk Seri Anwar kalau saya tidak mempertahankan kebenaran dan menentang fitnah ini, siapa lagi.

"Sebab saya tahu lawatan beliau keluar dan dalam negara, saya bersama-sama dengan beliau. Jadi, saya rasa agak malang sekali kalau saya tidak menegakkan kebenaran," katanya lagi.

Malah, Azmin juga menjadi orang pertama dipukul oleh pihak polis dan bukannya Anwar yang mendapat tumpuan umum selepas insiden mata lebam.

"Malah saya menjadi orang pertama ditangkap dan dipukul. Bukan Datuk Seri Anwar, sebab beliau dipukul 20 September 1998, saya ditangkap 16 September 1998.

"Tujuannya adalah untuk mendapatkan satu keterangan bertulis daripada saya selaku orang paling lama dengan Datuk Seri Anwar untuk mengiyakan fitnah ini, tentang isu liwatnya, skandal seksnya, isu rasuahnya.

"Tapi Alhamdulillah walaupun itu kali pertama dalah hidup saya digari, tapi Allah berikan kekuatan kepada saya tidak menandatangani surat pengakuan palsu yang dibuat oleh pihak polis ketika itu," cerita Azmin ketika kali pertama ditahan selama 8 hari di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan semasa awal reformasi pada tahun 1998, Azmin berkata berbangga dengan apa yang dikecapi oleh PKR selepas 15 tahun bergelut dengan pahit dan manis menentang kezaliman pemerintah.

"Sekarang Keadilan tidak lagi seperti 1998. Saya masih ingat cabaran Dr Mahathir ketika itu bahawa Keadilan akan terkubur dalam tempoh 6 bulan.

"Itulah tajuk utama akhbar tapi sekarang bukan lagi enam bulan tapi sudah 15 tahun kita jadi parti yang cukup kuat dan berpengaruh," katanya.

Apabila ditanya tentang kesediaannya untuk berjumpa dengan Dr Mahathir, pemimpin PKR tersebut menyatakan kesudiannya tetapi dengan syarat fitnah selama ini yang dilontarkan kepada beliau dan Anwar mestilah dihentikan.

"Saya bersedia jumpa Dr Mahathir sebagai pemimpin dan sebagai seorang ayah dengan syarat fitnah ini mesti dihentikan," katanya.

Azmin juga berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana sepanjang menjadi setiausaha sulit Anwar, beliau tidak pernah terfikir untuk bergiat secara aktif dalam politik malahan tidak pernah memegang jawatan dalam Umno sehinggalah kezaliman menimpa bosnya tersebut.

"Sebab itu saya kena berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana beliau buat saya masuk politik kalau tidak saya tidak pernah jadi seorang ahli politik.

"Kerana kezaliman beliaulah (Dr Mahathir) menyebabkan saya terpanggil untuk membentuk Keadilan lawan Dr Mahathir dan Umno."

Azmin kini memegang jawatan sebagai timbalan presiden PKR, serta merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Azmin Ali lahir pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen Azwan Ali.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976.

Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981).

Beliau menyambung pelajaran di University of Minnesota, AS.  Sumber

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...