Translate

Mesti Baca

Jumaat, 29 November 2013

Apabila Engcik Ibrahim Menghina OKU.

Sekretariat Prihatin OKU menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan yang menyentuh orang kelainan upaya (OKU) sebagaimana disiarkan Malaysiakini.

“Selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan beliau yang menyentuh OKU sebagaimana disiarkan,” ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam yang bertajuk “PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB”.

“Kami amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa sebagaimana dilaporkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kenyataan sebagaimana dipetik di bawah memberi konotasi negatif kepada individu-individu OKU yang sememangnya mempunyai potensi dan keperluan tersendiri.

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Sebagaimana dilaporkan, katanya adalah dipercayai reaksi di atas dibuat berkaitan dengan Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, negeri Selangor Darul Ihsan.

“Kami menyeru kepada semua pihak agar tidak lagi menjadikan kecacatan atau keadaan fizikal seseorang OKU sebagai kenyataan bagi menyindir mana-mana pihak untuk melepas geram atau rasa tidak puas hati,” tegasnya.

Pertamanya, kata beliau kenyataan sebagai menyindir sedemikian begitu sekali mengguris hati OKU dan kedua ibu bapa mereka yang begitu susah payah membesarkan anak-anak OKU dengan pelbagai ujian dan mehnah.

Keduanya, ujar Mohammad Faizal kenyataan sedemikian yang kadang kala melampau mendatangkan tanggapan negatif kepada masyarakat bahawa OKU dengan kecacatannya teramat daif dan naïf untuk hidup seperti insan biasa bahkan seolah-olah tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara .

Ketiga, tambahnya kenyataan sedemikian menjadikan usaha-usaha mengupayakan OKU dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada potensi dan keperluan OKU menjadi terencat dengan tanggapan awam natijah dari kenyataan yang dibuat.

“Harus diinsafi, kami menggerakkan usaha mengupayakan OKU atas prinsip potensi dan keperluan yang didasari dari sumber sahih iaitu Al-Quran dan Sunnah,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan tersiarnya kenyataan sinis tersebut dari tokoh-tokoh yang dihormati masyarakat, ia akan mendatangkan tanggapan yang berlawanan masyarakat berbanding apa yang ditekankan oleh Islam yang diterima nilainya secara sejagat. Sumber

Isnin, 25 November 2013

Kelantan Dan Hudud


Sudah 20 tahun hukum Hudud diluluskan oleh DUN Kelantan tetapi sampai sekarang belum terlaksana. Ada yang memomokkan isu ini untuk dijadikan modal politik dan ada yang kata aku dah serabut mendengarnya. Kita ingat semakin intelek seseorang itu maka semakin beliau memahami akan keadaaannya tetapi mereka tetap menyalahkan PAS yang kononnya hanya pandai bercakap ajer. Tanpa merasa malu mereka mengambil contoh Negara Brunei Darussalam (semoga diberkati) yang berjaya melaksanakan Hukum Hudud dengan jayanya tanpa memikirkan dialam yang nyata.

Bolehkah yang mengaku bijak pandai menyamakan Negeri Kelantan dengan Negara Brunei tanpa memikir skop yang luas tentang isu ini. Sedangkan jika kita hendak buka restoran pun banyak perkara kena ikut prosedur apatah lagi untuk melaksanakan Hukum Syariah. Yang malangnya orang PAS pun terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh Umno yang memang diketahui akan pegangan mereka tentang agama yang mereka anuti.

Siapa yang memegang Putrajaya dulu dan sekarang ini kerana perkara ini adalah perkara yang cukup besar kerana tanpa sokongan kerajaan pusat sampai mampus Hukum Hudud tidak akan terlaksana. Adakah kerajaan Negeri Kelantan memiliki polis, penjara sendiri sedangkan permohonan Selangor untuk memiliki polis bantuan sendiri pun ditolak oleh kerajaan pusat. Jika kerajaan Negeri Kelantan memiliki polis dan penjara pun sudah cukup untuk melaksanakan Hukum Hudud walau pun tiada sokongan pusat janji tiada sekatan daripada kerajaan pusat.

Ada menteri pencacai kata kerajaan pusat tidak pernah menghalang perlaksanaannya walau pun Kerajaan Kelantan mengemukakan bukti surat ugutan daripada Mahathir. Kononnya kerajaan pusat kata itu adalah Hudud PAS maka kerajaan pusat terpaksa menolaknya tetapi bila PAS mohon Hudud Umno, sampai sekarang belum dikemukakan walau sehelai pun. Hakikatnya Umno sendiri yang tidak mahu sehingga sanggup memutarbelitkan cerita sebenar tentang perkara ini.

Bukan setakat menolak Hukum Hudud tetapi Mahathir dan pencacai-pencacainya sanggup menghina akan perintah Allah. Bagi mereka hukum ciptaan penjajah lebih baik dan adil daripada Hukum Allah sehinggakan beliau menyatakan bahawa hukum Hudud adalah ciptaan ahli feqah semata-mata kerana Hukum Hudud tiada didalam al-Quran (semoga sijahil ini diberi hidayah sebelum mampus).

Ingatlah yang mengaku bijak pandai, andainya kerajaan pusat membantu dari segi prasarana sehingga hukum yang telah 20 tahun diluluskan terlaksana, PAS akan tetap melakukannya kerana ia adalah dasar PAS walau pun ditentang oleh sekutu dalam PR. Jangan disamakan dengan Negara Brunei kerana Sultan sebagai pemerintah sendiri yang menitahkannya. Semoga Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya diberkati kerana menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...