Translate

Mesti Baca

Ahad, 29 September 2013

Barua-Barua Mula Menyerang Ulama Walau Pun Mereka Tahu Yang Mereka Adalah Bangang.

 
Gua cukup pelik dengan kritikan yang dilakukan terhadap Resolusi Multaqa Ulama baru-baru nih, nak kata bodoh tak boleh pasal semuanya cerdik-cerdik belaka mengalah yang belajar sampai tahap Phd. Gua nak tanya lu all yang bijak dan semua apa yang lu tulis betul sebetul-betulnya. Adakah Resolusi itu sudah dijadikan undang-undang dan digezatkan oleh dengan undi dari seluruh perwakilan, Dewan Harian dan Majlis Dewan Ulama sampai isu nih dah diangkat ke langit pertama disebabkan kehebatan pengkritik-pengkritik yang mengaku merekalah yang paling bijak daripada Ulama-ulama yang hadir pada Multaqa Ulama Semalaysia. Inilah sikap bodoh sombong yang ada pada para mengkritik demi mengaku apa yang mereka bagi pendapat telah di jadi perkara yang perlu di ratib setiap kali lepas solat.

Nama jer kononnya ialah penyokong PAS yang maha hebat dan segala tulisan/kritikan mereka adalah wajib dibaca dengan bertahanun. Tapi tahukah apa yang lu kata teguran/kritikan dan yang lebih besar adalah hinaan terdapat pemimpin yang lu tak berkenan dan inilah masanya lu boleh lancar peluru yang telah lama lu simpan tetapi tidak boleh digunakan tiada bukti.

Gua nih bukan belajar tinggi memandangkan gua hanya memiliki sijil berhenti sekolah untuk tahun 6 kerana itu pelajaran tertinggi gua. Walau pun begitu gua bukan seorang yang tak boleh berfikir antara Resolusi dengan cadangan yang telah disahkan melalui badan tertinggi dengan sokongan yang tidak boleh dipertikaikan.

Apakah lu all yang mengaku pandai dan belajar sampai ke langit tidak boleh membezakan di antara cadangan dengan undian yang memerlukan tapisan-tapisan demi tapisan sehingga ke peringkat tertinggi yang tiada siapa boleh menolaknya kerana ia bersumberkan dasar Tertinggi PAS iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah lu all terlepas pandang yang Dewan Ulama, Dewan Pemuda/Muslimah, DHPP adalah benteng kepada kekuatan PAS yang boleh mengeluarkan resolusi untuk dipertimbangan walau pun usul-usul itu menyakitkan hati untuk didengar oleh pemimpin PAS sudah mula terikut-ikut corak kehidupan yang dibawa oleh pemimpin Umno yang telah murtad daripada Umno Baru yang diasaskan oleh Che Det.

Gua ada perhati satu blog mungkin pro-pakatan dari Perak yang mana beliau akan terus bersemangat walau pun mempunyai beberapa penyakit yang gua tak pasti serius mahu tidak penyakit. Kalau ada jer komen-komen dari TGHH atau TGHT atau pemimpin dari Terengganu, bukan main lagi beliau akan mencari kesalahan walau pun perkara itu ada sedikit kesalahan teknikal pasti akan menjadi tajuk besar diblognya. Apa yang gua baca/renung dari apa yang beliau tulis, di Perak segala kata-kata dari pemimpin DAP adalah muktamad dan tidak boleh disanggah., Jika disanggah, beliau pas akan ke depan membela pemimpin DAP itu walau pun beliau adalah Ketua Cawangan PAS.

Jika mengikut sumber yang boleh dipercayai, beliau adalah penyokong kuat kepada pergerakan Al-Alqam yang diasaskan oleh Abuya (semoga Allah mengampun dosa-dosanya). Adakah dendam beliau terhadap TGHH, TGHT dan pemimpin PAS Terengganu disebabkan para pemimpin PAS Terengganu yang diketuai oleh TGHH tidak memberi sokongan kepada pertubuhan itu sehinggakan dendam beliau tidak dapat dipadamkan. 
 
Anda memang mengenalinya kerana beliau adalah seteru kepada bekas Exco BN, Hamidah Osman, seorang guru pencen dan bekas ketua kampung di Sungai Rapat sebelum kerajaan haram Kudeta berjaya merampas kembali Perak dengan cara yang memalukan. Sedar tak sedar, beliau mempunyai saham dengan kejatuhan kerajaan yang dipilih rakyat kerana kehilangan 3 ekor katak beberapa tari tidak diambil tindakan sedangkan beliau seorang tua yang rapat dengan DS Nizar masih boleh menyelamatkan kerajaan PR dari digulingkan tetapi disebabkan terlalu selesa dengan jawatan Ketua Kampung telah mengelabukan matanya. 
 
Dari maklumat yang sahih gua tahu, satu nasihat telah diberikan kepada pimpinan Pakatan semasa kehilangan 3 ekor katak itu agar kerajaan Perak mesti dibubarkan secepat mungkin tetapi kerana sikap ingin tunggu dan lihatlah Kudeta berjaya merampas kuasa di mana ia melibatkan beratus juta duit rakyat digunakan, baik melalui projek-projek yang ada hitam putih dan juga kemasukan sampul-sampul surat ke dalam poket para pengkhianat.

Tentang Resolusi Multaqa Ulama pula, gua tidak sebijak lu all kerana gua mungkin berada ditempat paling bawah sekali tetapi sedarlah wahai blogger-blogger, Prof-Prof, alim-alim yang kecerdikannya sudah tidak dihormati adakah dewan-dewan harian tidak lagi boleh mengeluarkan resolusi untuk dibawa keperhimpunan. Atau setiap resolusi daripada Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama, DHPP mesti disemak oleh segelintir bangang-bangang yang hampas yang berpakaian PKR baru usul itu boleh diluluskan.

Gua pun nak tahu juga siapa sebenarnya mastermind yang marah sangat dengan kajian semula Talaaluf Siyaasi dengan PKR yang dibawa oleh Multaqa Ulama dengan mengatakan yang PAS akan mundur kebelakang sekiranya ia dikaji semula. Jahat sungguhlah puak-puak yang berpaksi kepada DS Anwar kerana mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap gaya hidup yang dibaca oleh 'Boss' mereka itu. 
 
Multaqa Ulama PAS tidak bermaksud membawa keluar PAS dari PR tetapi mereka menyarankan agar PAS lebih diperkasakan lagi setelah mereka mula melihat bagaimana pemimpin PAS yang berpegang kepada Al-Quran As-Sunnah mula hilang jati diri mereka sendiri di mana Islam menekan agar pemimpin Islam menunjukkan contoh yang baik, bukannya menunjuk-nunjuk dengan berkereta besar. rumah besar, tidur di hotel mewah dan ke sana kemari dengan menaiki Jet persendirian walau pun mereka dijemput, tidak bolehkah mereka menolaknya.

Jika perkara ini tidak diambil serius oleh para pemimpin PAS yang mendapat laba dari hasil susah payah para pemimpin terdahulu, gua cukup pasti yang PAS tidak sesekali akan menjadi Tuan tetapi PAS akan menjadi  Balaci yang boleh diarah seperti LEMBU KONDO.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...