Translate

Mesti Baca

Isnin, 23 September 2013

Adakah Umno Itu Najis Dan Haram Untuk Bertemu?.

Nampaknya ramai yang mula meroyan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang memualkan apabila TG Haji Hadi kata PAS sedia bekerjasama dengan Umno (BACA SINI). Mungkin inilah peluang untuk mereka yang mereka-reka kumpulan UG-Erdogan, Ulama-Profesional menghentam kumpulan yang mereka rekakan iaitu kumpulan UG atau Puak Terengganu. Dendam mereka tidak berkesudahan sehinggakan bab cari makan pun mereka perbesarkan seperti di Selangor di mana mereka menuduh ustaz-ustaz dari Terengganu telah menutup periuk nasi mereka dengan membolot kuliah-kuliah agama tanpa mereka cerminkan diri mereka sendiri.

Adakah pada pandangan mereka yang Umno adalah NAJIS dan HARAM untuk didekati PAS melainkan jika saranan itu datang daripada DS Anwar maka ia menjadi Halal dan Suci Sesucinya. Bagi mereka DS Anwar adalah pemimpin agung mereka tanpa rasa malu yang mereka masih dipimpin oleh Presiden PAS, TG Haji Hadi. Jika benar mereka berwala'kan DS Anwar, kenapa mereka masih berada didalam Jemaah PAS. Kenapa masih menjadi gunting dalam lipatan dengan melemparkan bermacam-macam tuduhan terhadap pemimpin yang mereka tidak senangi.

Kerana inilah Ustaz Haron Taib menyarankan agar dikaji semula kerjasama PAS dalam PKR yang mana banyak mengkritik kononnya beliau ingin menarik keluar PAS dari PKR tanpa mengkaji maksud sebenar. Kita boleh melihat bagaimana perubahan gaya hidup mewah sesetengah pemimpin pelapis PAS berbanding dengan pemimpin lama yang masih hidup di kalangan rakyat seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi sebagai contoh. Kita boleh melihat perubahan mendadak sesetengah pemimpin PAS sejak PAS bersama-sama dengan PKR dan adakah ini salah satu yang dimaksudkan oleh Ustaz Haron Taib.

Pengalaman penulis dengan Ustaz Haron Taib semasa kami memasuki tanah-tanah rancangan untuk menerangkan Islam yang syumul pada era 80'an penuh dengan halangan yang mana kami tidak pernah membeli dengan harga yang murah dan bagi penulis, Ustaz Haron Taib bukan seorang yang mesra Umno sebagaimana diuar-uarkan oleh pendendam beliau. Kajian semula PAS dalam PR bukan bermaksud membawa keluar PAS dari PR dan bersama dengan Umno kerana dari segi politik, PAS tidak akan berjaya tanpa PR tetapi jika Tahaaluf Siyaasi ini lebih memudaratkan daripada kebaikan maka PAS patut keluar dari PR.

Para era 70'an, DS Anwar amat penulis kagumi kerana beliau diibaratkan sebagai Putera Islam yang akan membawa kegemilangan Islam dan bakal menjadi pemimpin PAS yang terulung tetapi harapan itu berkubur dengan kemasukan beliau ke dalam Umno. Bagi Gerakan Islam Sedunia, beliau telah mengkhianati perjuangan yang beliau sendiri laung-laungkan kerana beliau cukup dikenali di peringkat dunia sebagai pemimpin muda paling berkarisma. Sejak itulah penulis tidak lagi mengagumi walau pun beliau berkata kemasukan beliau ke dalam Umno kerana masih ada ruang untuk Islam, tapi bagi pandangan penulis yang beliau lebih kepada masuk ke dalam tong taik dan walau seteliti beliau menyelak kain, sedikit sebanyak pasti akan terpalit taik. 

Bagi penulis, itulah perkhianatan beliau terhadap Islam dan jika kita renungi, apa yang berlaku terhadap beliau adalah hukum Allah walau pun ianya dibaca sebagai pergolakan politik Umno sehingga beliau tersingkir. Bagi pandangan penulis, mereka-mereka yang merasakan Presiden mereka sudah luput tarikh sila calonkan pemimpin yang mereka rasa layak dan jadilah Jemaah PAS yang bermaruah bukan sebagai kuda tunggangan mana-mana parti.

Penulis bukan ahli mana parti kerana penulis pernah membantu parti sosialis (PSRM) semasa PAS bersama dengan Umno pada era 70'an hanya kerana kekecewaan penulis terhadap tidur sebantal PAS dengan Umno. Oleh itu penulis menyokong penuh idea Presiden PAS untuk menerima jemputan Umno untuk berdialog demi umat Islam selagi ia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. PAS juga perlu mengkaji semula kerjasama dalam PR agar PAS tidak dilihat menjadi kuda tunggangan kerana ia bersalahan dengan Tahaaluf Siyaasi itu sendiri.

Muhammad Zaid
Shah Alam, Selangor

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...