Translate

Mesti Baca

Khamis, 18 Julai 2013

Analisis PRK Kuala Besut: BN Masih Mendahului Dengan 48.5 Peratus.


Perang siber kurang berkesan untuk pengundi Kuala Besut kerana hanya 10 peratus pengundi menggunakan internet. Dengan sokongan yang masih berpihak kepada calon BN yang memperolehi 48.5 peratus diikuti rapat oleh calon pilihan Pakatan sebanyak 46.7 peratus dan selebihnya adalah pengundi muda/atas pagar seramai 4.8 peratus. 

Jika PAS/PR berjaya menjinakkan golongan ini, tidak mustahil PR boleh menang walau pun dengan majoriti yang kecil. Pendekatan menggunakan medium siber untuk pengundi Kuala Besut yang masih lagi menggunakan media massa dan elektronik bukan jalan terbaik buat PR. Apa pun kita akui jentera kerajaan yang digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh BN dan berbagai janji peruntukan yang oleh pemimpin BN boleh menjadi senjata buat BN.

Mengikut apa yang dilaporkan, hampir setengah bilion telah dijanjikan kepada pengundi Kuala Besut tanpa ada apa-apa tindakan daripada SPRM berkaitan rasuah politik. Apa pun peranan blogger tidak boleh dipandang remeh jika para perayu undi PAS/PR mendapat dulu pengesahan tentang salah laku pemimpin Umno/BN sebelum ianya disalurkan kepada pengundi Kuala Besut yang rata-ratanya adalah perkampungan nelayan.

PAS/PR perlu lebih mengembeling tenaga dengan mendekati terus para pengundi Kuala Besut dengan cara yang cukup berhikmah di bulan yang mulia ini. Apa yang gua laporkan berpandukan kepada pilihan raya-pilihan raya yang lepas berkaitan pengundi luar bandar yang cukup senang dipermainkan oleh para pemimpin Umno dengan janji-janji manis mereka. 

Pengalaman gua berkaitan dengan PRU dan PRK dari tahun 1990 sehingga PRU ke 13 yang lalu, di mana kawasan pendalaman adalah deposit Umno yang kita tidak boleh nafikan memandangkan mereka tidak mendapat cerita sebenar tentang salah laku dan kezaliman para pemimpin Umno. Sebagai contoh pada PRk Bukit Gantang yang mana PAS tewas di semua saluran yang masih lagi kolot berbanding dengan PRK Kuala Terengganu yang dimenangi calon PAS. 

Perbezaannya ialah di kawasan bandar, para pengundi mendapat berita-berita sebenar walau semua jentera kerajaan telah digunakan ke tahap 100 peratus berbanding dengan Bukit Gantang di mana kawasan Temelok, BN berjaya meningkatkan undi mereka walau pun mereka tetap kalah. Inilah cara pemikiran yang dimainkan oleh Umno yang akan memiskinkan penduduk diperdalaman supaya mudah mereka mempermainkan para pengundi yang hanya mendapat liputan daripada Utusan Meloya., Berita Hairan, TV3 Suku, RTM dan bagi Umno, inilah pengundi yang paling mudah untuk dicaturkan oleh mereka.

Jika PAS/PR ingin menang, mereka lebihkan tumpuan mereka terus kepada penduduk Kuala Besut kerana perang siber bukan medium yang sesuai dengan 90 peratus penduduk Kuala Besut. Penerangan dari rumah ke rumah adalah satu strategi yang paling berkesan untuk penduduk kuala Besut yang masih lagi mundur walau pun Deris N telah berjanji untuk mengota rayakan Bandar Besut sedangkan apa yang kita ketahui, bangunan Umno adalah bangunan tertinggi yang dimiliki Kota Raya Besut. Isu tanah cukup sinonim dengan penduduk Kuala Besut yang di anak tirikan. 

Para pemimpin Umno mendapat habuan satu hektar (2  setengah ekar) dan penduduk Kuala besut yang diberi suku ekar setiap seorang oleh Kerajaan PAS telah dirampas dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keringat para penduduk yang mengusahakan tanah tersebut tetapi telah dirampas oleh para Kudeta Umno dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Ingatlah saudara, mungkin mangsa yang dimangsakan oleh para pemimpin Umno yang diketuai Deris N, mungkin adalah keluarga anda sendiri kerana tidak dinafikan yang penduduk Kuala Besut adalah satu keluarga besar melalui perkahwinan. Jika anda seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, bantulah saudara anda yang telah dianaiya oleh barua-barua Deris N dengan memberi undi anda kepada calon PAS/PR, Che Long.

Dalam masa yang sama anda patut berbangga kerana anda akan meletakkan nama Kuala Besut dalam sejarah memandangkan tidak pernah berlaku kerusi yang dimenangi sama banyak antara dua parti terbesar dalam Malaysia. Andalah yang mencorakkan sejarah dan ia akan dijadikan bahan rujukan untuk mana-mana pilihan raya..... Tidakkah anda merasa bangga sebagai pengundi Kuala Besut dan sejarah tidak akan berlaku jika BN menang. Peluang yang ada ditangan anda tidak akan berulang kembali walau pun seratus tahun dari sekarang.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...