Translate

Mesti Baca

Sabtu, 29 Jun 2013

Warga Kuala Besut Bakal Mencipta Sejarah Negara.


Meletakkan namanya dalam sejarah dan bakal menjadi rujukan dalam perlembagaan negara terletak ditangan pengundi/penduduk Kuala Besut. Mereka akan menentukan semuanya pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung dalam tempoh dua bulan. Mencipta sejarah dan meletakkan nama Kuala Besut dalam sejarah negara adalah satu kebanggaan kerana ianya hanya satu peluang sahaja.

Pilihan sudah berada ditangan para pengundi Dun Kuala Besut jika mereka mahu nama tempat tumpah darah mereka meniti di bibir para sejarahwan dan ahli politik, maka mereka perlu melawan arus dengan memberi undi kepada PAS. Walau pun BN menang selesa dengan majoriti 2434 undi tetapi tidak mustahil angka itu akan berubah.

Sekarang kerajaan Mat Said hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi sahaja selepas kematian Adun mereka, Dr A Rahman (takziah kepada seluruh keluarga beliau) yang mana selepas PRU13 mereka memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dun yang ada di Negeri Terengganu. Pada PRU13 yang lepas PR dan BN masing-masing memenangi 4 kerusi daripada 8 kerusi parlimen yang ada. Jika calon PAS memenangi pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, maka PR dan BN memiliki kerusi yang sama banyak iaitu 16 kerusi dengan pertambahan 1 kerusi dari 15 kerusi yang dimenangi mereka.

Tidakkah penduduk Besut amat tidak menyenangi perlantikkan Mat Said selepas Deris Natang ditolak oleh pihak Istana dan sudah tiba masanya penyokong Umno Besut memulang kembali paku buah keras kepada Mat Said. Apatah lagi dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mat Said yang tidak akan sesekali menyalurkan bantuan kepada kawasan yang dimenangi oleh PAS/PR yang mana kawasan yang diketepikan itu mungkin di di diami oleh sanak saudara warga Kuala Besut. Secara tak langsung apa yang dilakukan oleh Mat Said itu sedikit sebanyak akan tempias juga buat warga Kuala Besut.

Lihatlah bagaimana Mustafa Mohamad yang cepat-cepat menggantung pelaksanaan GST demi menjaga undi mereka semata-mata. Bolehkah warga marhaen akan percaya dengan kata-kata manis Mustafa Mohamad yang GST tidak akan dikenakan kepada warga miskin. Sepatutnya kita peka akan perkara ini kerana ianya sudah pun di laksanakan dan sebagai contoh jika kita topup RM5 handphone kita, penjual akan meminta tambahan 20 sen. Bila kita tanya penjual mereka akan kata ia arahan dari kerajaan, kalau topup RM10 dicajkan sebanyak 40 sen dan suka tak suka terpaksa juga membayarnya kerana ia adalah satu keperluan.

Kerajaan pimpinan Najib terpaksa menahan buat sementara waktu kenaikan harga barang dan GST demi menyelamatkan kerajaan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS/PR. Ramai yang bertanya gua bagaimana jika PAS/PR menang pada PRK Kuala Besut kerana jumlah kerusi akan menjadi sama banyak iaitu PR mendapat 16 kerusi dan BN juga mempunyai jumlah yang sama iaitu 16 kerusi juga. Ada dari kalangan Umno/BN kata Dun Terengganu akan tergantung, itu dari pandangan mereka tetapi gua jawab inilah masanya Sultan Mirzan akan memainkan peranannya sebagai Sultan.

Walau pun kuasa Raja-Raja Melayu sudah diragut oleh rejim Mahathir pada awal 90'an, Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pemimpin yang diutarakan oleh parti masing-masing. Sultan akan menggunakan budibicara baginda untuk membuat pilihan. Walau pun kekebalan Raja-Raja Melayu telah dinyahkan oleh rejim Mahathir, baginda masih mempunyai kuasa yang mana rejim Mahathir dan penasihat undang-undang terlepas pandang.

Perlu di ingat tentang beberapa perkara berkaitan pelantikan Menteri Besar di beberapa negeri seperti Perlis, Perak, Selangor dan juga Terengganu. Sultan dan Raja Melayu telah dan boleh menolak mana-mana Menteri Besar walau pun watikah perlantikkan itu adalah atas usul PM sendiri. Raja-Raja Melayu juga adalah Panglima Besar Angkatan Tentera Malaysia, satu pasukan yang masih lagi berada dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Selain dari itu semuanya dikawal oleh Menteri Dalam Negeri dan mereka memang cuba merampas pasukan tentera dari genggaman Raja-Raja Melayu tetapi tidak berjaya.

Andainya tentera berjaya diambil dari Raja-Raja Melayu, pasti Mahathir akan menjadi Maharaja Malaysia dan Raja-Raja Melayu akan dihumbankan ke longkang. Kita boleh lihat semua laporan daripada jeneral-jeneral dari darat, laut dan udara akan berada ditangan Raja-Raja Melayu kerana tentera bernaung dibawah Raja-Raja Melayu. Selain dari itu semua pasukan beruniform hanyalah menggunakan nama 'Di Raja Malaysia' di belakangnya.

Adakah Umno berbangga dengan majoriti 2434 yang dimenangi dengan penipuan?. Walau sekuat mana penipuan kamu dengan pertolongan SPR, ia tidak akan kekal kerana rakyat sudah muak dan loya tentang apa yang pemimpin Umno lakukan. Tapi ingatlah bahawa janji Allah itu benar walau pun ia mengambil hayat umur kamu, Islam pasti akan menang dan PAS tidak pernah kecewa dengan kekalahan tetapi PAS kecewa dan kasihan dengan apa yang kamu akan jawab nanti. Bagi warga Kuala Besut, ambillah apa sahaja yang mereka berikan kerana semua itu adalah milik kamu sebenarnya tetapi hasil daripada putar alam mereka hak rakyat ada hak mereka. Najib dan pasukan war roomnya akan memberi apa sahaja yang kamu pinta dan kamu akan lihat bagaimana wang ringgit akan bertukar tangan tanpa dapat disentuh oleh SPRM.

Khamis, 27 Jun 2013

Edisi Tibai Dari FZT

CONTOH ULAM MAMAK KEH KEH KEH, TERTIPU DENGAN JUANDAJAYA
setiap kali muktamar pas akan bersidang dan ada pemilihan, setiap kali itulah ada maloan maloan dalam pas akan menulis kononnya akan memperkasakan majlis syura ulama pas, 2 tahun dulu timbalan presiden pas sekarang haji mohd sabu berkempen akan memperkasakan majlis syura ulama pas, baru dua hari dilantik menjadi timbalan presiden pas, mat sabu kembali membuat ucapan yang berapi rapi untuk meningkatkan daya saing majlis syura pas. akhirnya setelah 2 tahun upacara janji janji mat sabu akhirnya tinggal kenangan.

kali ini selepas pru ke 13, ada lagi maloan maloan pemimpin pas yang menulis lagi untuk memperkasakan majlis syura pas, kali ini lebih hebat, lebih cerdik lebih sosialis lebih komunis lebih kapitalis akan dibawa masuk ke dalam majlis syura ulama pas, ulama tidak diperlukan dalam majlis syura pas sepatutnya. ada 2 orang je yang layak mengganggotai majlis syura ulama pas iaitu dr maslee dan juga asri zainal abidin bekas mufti perlis. kedua duanya bukan ahli pas bagaimana pas nak melantik mereka menggangotai majlis syura ulama pas. bangang punya penulis. jika dalam pas semua tak layak, jika diluar pas layak. asri kata: apakah itu keadilan jika satu dihukum potong tangan satu lagi dipenjara kerana berlainan agama" inikah kenyataan yang sangat sangat hebat diantara ulama yang terhebat. bangangggggggg.

mujahid sedang berusaha keras untuk memastikan kali ini dia akan berkempen dan apakah ura ura dia akan mencabar jawatan presiden pas sebab sudah terbukti kehebatan dia dalam urusan menuju PAS BARU. apakah mujahid hanya berani melemparkan kenyataan lepas tu masuk dalam selimut dan berpura pura tidak tahu apa apa seperti masa lalu, apakah golongan sosialis akan memberikan sokongan terbuka kepada mujahid yang lebih rapat dan tidur bersama sosialis. fahaman sosialis semakin hebat dan semakin mengambil alih fahaman islam sebab itu dijadikan satu fahaman baru yang lebih hebat dari islam.

ulama mesti proaktif hebat dan perlu segera buat kenyataan walaupun kemudiannya akan menyusahkan umat islam, disini perbezaan antara maloan maloan yang bangang yang sengaja meniup api untuk rakyat memusuhi islam dengan segera. ulama tak boleh menjawab kritikan sebab ulama hanya perlu menerima kritikan, itulah perkataan bodoh yang cuba dijadikan persepsi hebat untuk menekan ulama. lambat buat keputusan, lembap, membodohkan diri, selekeh berhujah, kena hebat pakai kot walaupun memperlekehkan islam, tak adil hukuman hudud, itu cara lama kolot, islam kena ubah semua sama dengan pendirian mahathir tak ada bezanya asri dengan mahathir dalam hukum hdud tapi diiktiraf ulama proakatif, cerca yang lain sebab lambat buat keputusan. FreeZoneTerengganu

Ahad, 23 Jun 2013

Kenapa PAS Perlukan Sosialis????


Gua masih ingat lagi bagaimana gua tolong kawan gua membuat banner berlambangkan kepala lembu di era 70 an. Bapak kawan gua adalah orang kuat parti kepala lembu dan ketika itu PAS masih tidur sebantal dengan Umno dan apa yang gua lakukan bukan kerana gua penyokong parti kepala lembu tetapi kerana itu sahaja parti pembangkang yang ada. Jika di daerah gua ada parti roket pasti gua pun akan tolong tampal poster-poster mereka. Sehinggakan ada pemimpin PAS yang bertanding menumpang parti lain kerana tidak bersetuju dengan kemasukan PAS dalam Barisan Nasional yang sebelum itu di panggil Perikatan.

Ini menunjukkan betapa tidak setujunya gua terhadap pergabungan PAS dengan Umno dan betapa bencinya gua terhadap parti cauvis Melayu iaitu Umno. Sehinggalah PAS ditendang keluar oleh Umno selepas mereka sudah kuat dan Kelantan berjaya ditawan semula oleh Umno dengan menggunakan jalan kotor iaitu mengisytiharkan Mageran di Kelantan. Sampai sekarang gua tidak tahu siapa sebenarnya yang membawa masuk PAS ke dalam Perikatan/Barisan Nasional kerana ramai pemimpin tertinggi PAS menafikan yang mereka adalah orangnya.

Sekarang ini ada pemimpin PAS yang terliur untuk membawa masuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke dalam PR. Gua nak tanya pemimpin-pemimpin PAS itu kenapa PSM begitu penting buat mereka, adakah PSM mempunyai ahli melebihi 5 juta atau pengaruh PSM semakin merebak ke seluruh Malaysia Barat dan Timur atau kerana PSM yang ada sekarang nih dekat sangat dengan Islam. Mungkin mereka berfikiran musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Sedangkan parti sosialis yang lahir terdahulu pun sudah bergabung dengan PKR kerana mereka umpama hidup segan mati tak mahu.

Dekat atau jauh dengan Islam, ideologi sosialis tetap bertuhankan Karl, Lenin, Stalin atau pun Mao kerana mereka berasal daripada idea Karl Mark. Gua tak kesah jika penyokong sosialis itu penganut Kristian atau Buddha atau Hindu atau Ateis atau apa sahaja tetapi adalah amat mengecewakan ialah ramai ahli PSM di negara ini adalah beragama Islam. Tidakkah ajaran sosialis ada menyebut yang agama itu candu atau mungkin mereka mengatakan itu aliran lama dan sekarang sosialis sudah berubah mengikut peredaran masa. Cerdik atau bodoh bagi yang mengaku Islam tetapi tetap dengan hujah-hujah dangkal seperti menegakkan benang yang basah.

Allah S.W.T telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W melalui Malaikat yang dikenali (Jibrail a.s.) iaitu Al-Quran. Kitab yang berada ditempat tertinggi yang tidak berhuruf dan bersuara, sampai kepada Rasulullah S.A.W dengan bersuara dan apabila sampai kepada para Sahabat r.a. ianya bersuara dan berhuruf. Betapa hebatnya kitab yang diturunkan kepada Muhammad Bin Abdullah sehinggakan baginda deman setiap kali ayat-ayat itu dibawa oleh Jibrail a.s. sedangkan kekuatan yang ada pada baginda melebihi kekuatan manusia berpuluh-puluh kali ganda. Itu pun setelah hati baginda telah dicuci oleh Jibrail a.s. dengan air Zam-Zam (bukan Zam Maidin) ketika baginda masih kanak-kanak pun boleh sakit, deman sehingga berpeluh. Andai kata kitab Al-Quran diturunkan kepada orang biasa, gua percaya pasti hancur tubuh orang itu disebabkan kehebatan Al-Quran.

Tiba-tiba kita yang mengaku Islam merasakan yang kita lebih bijak dengan mengambil kitab-kitab karangan Karl, Oretalis Barat dan tangan-tangan musuh Islam lebih hebat. Allah S.W.T memberi kepada umat Muhammad S.A.W sebuah kitab yang mana ianya tidak diberi kepada umat-umat para Rasul a.s. sebelum Rasulullah S.A.W. dengan tiada cacat celanya kerana ia merangkumi semua aspek ilmu dan sekiranya di himpun semua pengarang dari Adam a.s. sampai kiamat pun tidak akan dapat menandingi kehebatan Al-Quran. Cuba tanya diri sendiri adalah mereka-mereka ini bodoh atau cerdik. Dah ada daging lembu berlambak-lambak kat pasar, sanggup pergi kejar kerbau hanya kerana nak kan daging sekilo.

Gua tidak tolak seratus peratus kajian-kajian ilmuan barat kerana gua tahu banyak hasil kajian mereka bersumber Al-Quran dan As-Sunnah dan selagi ia tidak bercanggah dengan apa yang di perintahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya melalui Rasulullah S.A.W, gua tiada masalah untuk menerimanya kerana kita diajar agar mencari ilmu walau sehingga ke negara China apatah lagi dengan era internet yang penuh dengan maklumat. Kenapa perlu kepada ideologi sosialis sedangkan ideologi Islam lebih hebat daripada ideologi-ideologi yang ada di dunia sekarang ini.

Yang menjadi kemusyikalan gua ialah kenapa ada pemimpin PAS yang sanggup menepikan pemimpin mereka sendiri demi mempertahankan orang lain walau apa pun alasan mereka melainkan pemimpin sendiri sudah tidak layak memimpin, itu pun masih ada Majlis Syura Ulama. TG Nik Aziz pernah menghalang Syed Husin dari bertanding di parlimen Kelantan kerana beliau bekas seorang pemimpin sosialis walau pun beliau bertanding atas tiket PKR.

Ini bermakna TG Nik Aziz meletakkan Islam di atas segala-galanya tanpa ada kompromi dengan anak beranak komunis walau pun mereka mengatakan PSM yang ada sekarang ni dekat dengan Islam. Kalau dah dekat dengan Islam, kenapa tidak terus menjadi ahli PAS daripada menjadi pembawa gambar-gambar Lenin, Stalin atau pun Karl Mark. Pendirian gua tetap tiada kompromi dengan sosialis walau sehebat mana pemimpin yang memimpin PSM.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...