Translate

Mesti Baca

Khamis, 20 Jun 2013

Pasar Payang Dan Nafsu Sarakah Mat Said Yang Sedang Mengumpul Kekayaan.

 Gua sempat berjumpa dengan saudara Mohd Ibrahin (disebelah Mat Said haramjadah) , orang kuat PAS Dungun sejak Wan Hassan menjadi Adun Sura lagi dan beliau juga setiausaha MTD Dungun.

Isu Pasar Payang sudah menjadi isu yang cukup besar yang mana ia berpunca dengan nafsu sarakah haramjadah MB Terengganu penggal ke 2 Mat Said. Selepas Pasar Kedai Buluh yang cukup terkenal sejak era penjajah telah dirobohkan dengan mengantikan pasar baru dan gua sempat melihat bagaimana ekonomi orang Melayu di rakus oleh pemimpin Umno. Boleh dikatakan tidak sampai 20 peratus peniaga berniaga di pasar baru yang dibina oleh kroni-kroni haprak Umno berbanding dengan Pasar Kedai Buluh yang dirobohkan untuk memberi projek kepada kroni Umno celaka di mana pasar lama cukup meriah dan setiap petak penuh dengan peniaga Melayu Islam.

Apa sebenarnya motif Mat Said yang beria-ia untuk merobohkan pasar yang diiktiraf sebagai salah satu warisan dunia dan ia diakui oleh penilai antarabangsa sebagai pasar paling terkenal di benua Asia dan juga dunia. Pelancong-pelancong luar cukup tertarik dengan Pasar Kedai Payang kerana di sana semua benda ada, baik daripada makanan yang berbagai jenis sampai kepada kain/songket dan juga cenderamata untuk mereka membawa pulang. Pasar Payang telah diletakkan di antara 3 kelompok pasar yang paling terkenal oleh Unesco.

Mengikut pelan yang dikemukakan oleh MB haramjadah, tapak tersebut akan dibina hotel 5 bintang dan jika boleh Mat Said ingin membina bangunan tertinggi di dunia melebihi ke tinggian Buruj di UEA. Kenapa Pasar Payang yang cukup terkenal itu, kenapa tidak dibina hotel 10 bintang dan pusat peniagaan bertaraf dunia dicawasan antara Tanjung hingga Ladang yang mana tanah yang ditambat seluas berpuluh-puluh hektar itu. Gua boleh simpul yang projek ini mempunyai kaitan dengan Mat Said sendiri walau pun beliau akan tetap menafikan. 

Politik bro.... apatah lagi dengan sikap keras kepala beliau yang tidak mengendahkan bantahan demi bantahan oleh peniaga-peniaga Melayu Islam sejak BN Terengganu kalah teruk pada PRU 13 yang lalu di mana BN hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi lagi. Mengikut syaitan yang dikenali yang dipinjamkan oleh MAHAthir kepada gua, Umno Terengganu sedang berada dalam tertekan disebabkan petisyen yang dilakukankan oleh PAS Terengganu. 

Ada sumber dalam Umno sendiri menyata yang kerajaan haramjadah BN tidak akan bertahan lama dan petisyen yang dilakukan sama oleh Umno Terengganu sekadar melepaskan batuk di tangga jer kerana mereka tiada bukti yang PAS Terengganu  adalah melakukan kesalahan dalam PRU13 yang lepas. Sumber Umno itu sendiri menyatakan bahaya PAS mungkin berjaya sekurang-kurangnya 2 kerusi yang beliau tidak sebutkan tetapi gua tahu kawasan mana yang beliau maksudkan. Mengikut sumber itu lagi, itu pun jika hakim yang mengedalikan petisyen benar-benar terlus.

Memang betullah kata pengasas Umno Baru bahawa tika ini semua yang cerdik-cerdik menyertai PAS, PKR dan DAP dan yang tinggal hanyalah pemimpin-pemimpin yang bodoh-bodoh jika tiada masakan speaker DUN Terengganu di ketua oleh seorang bekas guru tadika. Biar betul bro, hanya guru tadika dan adakah beliau tahu tentang perjalanan sidang DUN atau mungkin ketika beliau sedang belajar dengan setiausaha dewan tentang peraturan-peraturan untuk melayakkan beliau bergelar speaker.

Seperti kata blogger FZT, kroni dan Mat Said haramjadah akan mendapat bayaran penuh jika projek itu tidak jadi di laksanakan seperti mana berlaku di jambatan bengkok Johor dan pasti ianya tidak mustahil Mat Said haramjadah akan menggunakan perkara yang sama untuk buat duit. Pacak jer  sekeping papan tanda projek sebagai bukti yang syarikat haprak dah dapat kelulusan dari kerajaan Mat Said  dan Mat Said akan membatalkan projek itu atas alasan ianya ditentang oleh majoriti peniaga di Pasar Payang dan dengan itu kerajaan negeri terpaksa membawa ratusan juta atas dasar melanggar perjanjian. 

Dengan bermodal beberapa ribu untuk menubuh syarikat mereka akan mendapat imbuhan ratusan juta. Inilah cara Mat Said haramjadah berniaga dengan kroninya. Siapa yang akan membayar semua kos itu, Mat Said haramjadah ker atau Umno Terengganu atau BN tetapi yang pasti rakyatlah yang terpaksa membayar kerana itu juga semua jenis barang keperluan dinaikkan harga tanpa apa pemantauan dari agensi yang berkaitan. Kita tunggu dan lihat lama mana kerajaan akan bertahan dengan harga-harga barangan terkawal seperti minyak petrol, gula, susu dan lain-lain. Padam dengan muka yang mengundi BN termasuk juga gua walau pun gua haramkan memangkah gambar dacing setiap kali pilihan raya./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...