Translate

Mesti Baca

Jumaat, 31 Mei 2013

Bila Ahli Sudah Tidak Tahan Mendengar TGHH Di Hentam, Anaksengat Mula Menyengat.

 

KHIANAT ANTARA DUA DARJAT.... semenyih di lupakan..

Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli... Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...??
Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah (sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih  ...

1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS (PSM)               5,568      

2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN)     17,616                 

3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR)                13,471                                   

Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO

% keluar mengundi: 88.70%

Majoriti: 4,145


Dan ini pulak di Kota Damansara...

1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS)   7,312                   

2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN)      16,387                 

3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR)        14,860

4. HALMI BIN OMAR (BEBAS)                    116

5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS)           57

6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS)       39
                           
Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR)
Peratus mengundi: 87.70%
Majoriti: 1,527

Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang...
  1.  M. Sarasvathy (PSM)                2,568                     
  2. S. Mokan (BN)              4,655                     
  3. Teh Hock Ke (DAP)      16,921
Penyandang: Teh Hock Ke (DAP)

Undi: 24,654 (82.1%)

Majoriti: 12,266

Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang mengganggu Pakatan Rakyat.  Mereka sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir.

Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat  Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara...

Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008 sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS hanya serahkan kepada PKR...

Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan PAS  seperti hari ini.. Ia berbeza dengan Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM??? BACA LAGI.....

Rabu, 29 Mei 2013

Apa Maksud Yang Tersirat Bila TGNA Kata Tiada Hubungan Dengan Umno Selagi Beliau Hidup.


Saya ingin sangat nak mengetahui tentang kenyataan terbaru Tok Ayah tentang tiada hubungan politik antara PAS dengan Umno selagi beliau hidup. Adakah kenyataan untuk perjanjian Anwar dengan Najib yang mana PKR adalah rakan PAS dan DAP dalam PR. Dan yang pasti sudah ada suara-suara sumbang dengan mengatakan tak kan pokok bergoyang sendirinya atau ada yang menggoncang pokok itu sehinggakan Tok Ayah berkata begitu.

Apa yang boleh saya simpulkan ialah ia seperti satu tuduhan daripada blogger jahat untuk mengaitkan Haji Hadi dan Geng Terengganu untuk menghidupkan kembali UG. Bagi saya ia lebih kepada pertemuan tanpa berjumpa antara Anwar dan Najib dengan Yusof Kalla sebagai orang tengah. Jika nak menuduh ada pemimpin PAS yang masih teringin tidur sebantal dengan Umno, mereka sudah lama dibuang dari PAS.

Jika hendak buat tuduhan terhadap kepimpinan PAS Terengganu yang diketuai presiden PAS, maka simpan sahaja tuduhan itu kerana walau hebat mana pun blog kamu yang hitnya tinggi melangit baik datang sendiri ke Terengganu. Tanya ahli/pendokong PAS Terengganu pandangan mereka tentang menyatu kembali PAS dengan Umno Kalau tak dihumban, mungkin kamu akan lari lintang pukang menyelamatkan diri. Betapa ahli/pendokong PAS bencinya mereka terhadap Umno dan bagaimana kamu masih lagi menjaja Kerajaan Perpaduang demi menghentam Haji Hadi.

Duduk Selangor, Penang atau Johor tetapi angin nak melaga-lagakan PAS Terengganu dengan Umno, datanglah dan banyak bertanya jangan duk harap berita-berita blogger jahat jer. Nak kaji pokok masuk hutanlah jangan duk kat bandar jer lepas tu dok tunjuk pandai merekalah pengkaji yang ulung. Memang saya tidak nafikan ada tangan-tangan gatal yang gilakan jawatan tetapi jauh api dari panggang jika Haji Hadi ingin bersama dengan Umno.

Kenapa sya menyatakan begitu kerana saya mengenali siapa manusia yang bernama TGHH dan pegangan beliau terhadap Islam. Jika beliau nak jawatan dah lama beliau dapat jawatan, mungkin dah bergelar Tan Sri tetapi itu bukan agenda beliau, agenda beliau untuk melihat tertegaknya Islam di bumi bertuah ini. Dulu saya ada kala bila balik ke kampung, kami ada bercerita dilambu rumah kayu beliau di belum dibaik pulih. Saya lebih mesra memanggil beliau Ayah Chik.

Ayah Chik ada bercerita tentang kepulangan beliau selepas melanjutkan pelajaran diluar negara dan ketika itu Wan Mokhtar adalah MB Terengganu. Selepas pulang beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Abim Terengganu di mana Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor adalah timbalan kepada Anwar Ibrahim ketika Anwar adalah pemimpin No.1 Abim Malaysia. saya tidak menafikan yang Anwar adalah idola saya.

Selepas pulang dari belajar, Ayah Chik ada menceritakan bagaimana Wan Mokhtar telah memberi beliau satu jawatan (jika tidak silap saya di Yayasan Terengganu) di mana Ayah Chik diberi satu meja dan satu kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja. Pagi masuk petang balik, cukup bulan terima gaji dan itulah rutin harian beliau. Sebenarnya Wan Mokhtar ingin menyekat Ayah Chik daripada berpolitik kerana semua penduduk Marang tahu pengaruh yang dimiliki Haji Awang sehinggalah sampai satu masa Ayah Chik meletak jawatan dan bergiat aktif dalam PAS.

Adakah Ayah Chik ingin menjadi Perdana Menteri seperti apa yang berlaku dalam PR sekarang nih, Ayah Chik lebih suka menjadi nelayan dari menjadi PM yang mana bagi orang alim ia adalah satu amanah yang kuat berat untuk dipikul. Oleh itu jika ada pemimpin PAS yang mempunyai cita-cita untuk jawatan presiden PAS, anda dipersilakan kerana PAS tidak memerlukan kuota seperti Umno. Saya rasa Ayah Chik lebih suka jika ada pemimpin yang layak untuk mengantikan beliau supaya beliau meneruskan usaha dakwahnya.

Tentang UG pula, berapa lamakah pemimpin yang nak tidur sebantal dengan Umno menjadi ahli PAS kerana daripada pengamatan saya, semua yang tergila-gilakan Umno adalah pemimpin yang baru dibawa masuk ke dalam PAS. Tiada seorang pun veteran PAS yang betul-betul terlibat. Kepada blogger yang mereka diri mereka hebat sangat, cermin diri anda dulu sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh. Kebanyakan pengkritik PAS, bukannya ahli PAS kerana mereka sebenarnya adalah pencacai PKR yang mengaku serba-serbi tahu tentang PAS sehingga dalam kelambu. Tolonglah jangan perbodohkan diri anda yang sememangnya dah bodoh./GANR

Isnin, 27 Mei 2013

Anwar Tidak Lagi Layak Menjadi Pemimpin Dalam Pakatan.


Apabila timbul isu pertemuan gelap Anwar/Najib yang mana mantan naib presiden Indonesia, Yussuf Kalla sebagai saksi, Anwar sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat. Semua blogger pemuja Anwar diam seribu bahasa tanpa mengeluarkan apa-apa ulasan atau kritikan berbanding serangan yang mereka lakukan terhadap Haji Hadi berkaitan UG.

Mereka menyerang pemimpin PAS dari semua penjuru dan ianya masih lagi kedengaran sebelum PRU13. Bukan itu sahaja, semuanya diungkit sampaikan kuliah agama di Selangor yang mana ustaz-ustaz dari Terengganu telah dituduh menuntup periuk nasi mereka dan 'Geng Terengganu' cukup senonim dengan UG. Betapa jahatnya mereka-mereka ini dan gua rasa Haji Hadi dianggap sebagai ketua musuh dalam selimut. Mereka sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh Haji Hadi dan Geng Terengganu supaya senang untk mereka menyerang. Lu ambil contoh kes Kota Damansara sudahlah, sampai sekarang diungkitkan dengan kritikan terbuka ketua AMK samsu haram yang menyerang Haji Hadi.

Sebenarnya mereka sudah mendrafkan artikel serangan untuk ditujukan kepada kepimpinan Haji Hadi di Terengganu jika PAS kalah. Perancangan jahat mereka telah digagalkan dengan Allah memberi kemenangan besar PAS Terengganu, maka artikel-artikel yang ditulis sebelum PRU13 terpaksa dibangkul sampahkan. Apakah serangan samsu haram terhadap Haji Hadi adalah untuk menutup pertemuan sulit Anwar/Najib.

Mereka tidak boleh memberi alasan yang pertemuan itu tidak melibatkan Pakatan sedangkan apa-apa perbincangan dengan Umno/BN mesti melibatkan PAS dan DAP. Kerana ia melibatkan perjalanan pilihan raya maka Anwat telah menikam PAS dan DAP. Bagaimana jika perkara ini dilakukan oleh pemimpin PAS, pasti mereka akan menyerang PAS 24 jam sehari sehinggakan ianya dijadikan ratib mereka.

Paling menduka citakan ialah ada pemimpin PAS yang bersekongkol dan mereka lebih mengutamakan PKR daripada parti mereka sendiri. Bukan itu sahaja mereka juga menjadi pemberi maklumat parti kepada PKR. Gua rasa mereka patut keluar daripada PAS secara terhormat dan masuk kedalam PKR jika perangai lebih PKR daripada PKR sendiri. 

PAS sudah menjadi pembangkang lebih daripada 50 tahun, menang dan kalah PAS tetap menerimanya dengan penuh kesyukuran. PAS bukan seperti PKR yang baru 3 kali menghadapi pilihan raya sudah tidak sabar untuk memerintah negara. Sedangkan gerak kerja mereka masih lagi rapuh berbanding dengan PAS dan DAP, layakkah mereka untuk memerintah walau pun Anwar adalah mantan PM Malaysia bukannya tiket untuk skim cepat jadi PM.

Mana menghilangnya balaci-balaci yang menyerang kepimpinan Haji Hadi untuk menjawab perjumpaan gelap Anwar/Najib. Gua nak dengar dan baca apa komen mereka tentang isu ini jika isu UG/Geng Perpaduang mereka paling kedepan menyerang PAS yang kononnya mengkhianati PR. Gua nih bukan ahli mana-mana parti tetapi jika lu nak kritik, biarlah berlaku adil. Disebabkan itulah gua tidak suka menjadi balaci mana-mana pihak supaya gua tidak terikat dan senang gua hendak hentam mana-mana yang gua nampak tak kena.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...