Translate

Mesti Baca

Jumaat, 10 Mei 2013

Kemenangan PAS Dungun Adalah Kemenangan Gua Juga.

Wan Hapandi (kiri), Satiful, Wan Hassan dan Alias meraikan kemenangan mereka selepas diisytiharkan memenangi kerusi ditandingi.

DUNGUN – Pas Dungun yang mendapat sokongan besar pengundi muda dengan slogan utama mereka Ini Kali Lah mencipta kejutan apabila menang bergaya di tiga kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen, sekali gus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) Dungun untuk menyapu bersih semua kerusi ditandingi.

Tindakan Badan Perhubungan Pas negeri yang meletakkan Wan Hassan Mohd Ramli di kerusi Parlimen Dungun meninggalkan kubu asalnya DUN Sura ternyata berbaloi apabila beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan menang bergaya mengetepikan pencabarnya, Datuk Wira Rosli Mat Hassan.

Dengan undi 35,348, Wan Hassan berjaya meletakkan dirinya sebagai pilihan utama pengundi berbanding Ketua Umno Bahagian Dungun itu yang ketinggalan 3,942.

Wan Hassan yang sempat ditemui berkata, beliau bersyukur atas kemenangan itu dan menyifatkan kejayaan itu berkat doa dan sokongan semua pihak.

“Terima kasih kepada semua yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan ini.

"Kepada pengundi pula, InsyaALLAH saya akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda,” katanya.

Bekas guru yang menjadi calon Bebas, Mazlan Harun pula hanya memperoleh 384 undi.

Bagi calon BN Dun Paka, Datuk Matulidi Jusoh, jawatan sebagai Ahli Parlimen Dungun dan Pengerusi Penyelaras Dun Paka yang disandang sebelum ini ternyata bukan ukuran apabila beliau yang memperoleh 10,851 terpaksa akur kepada kehendak pengundi yang memberikan 12,138 undi kepada kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Satiful Bahri Mamat.

Matulidi dalam satu kenyataan disiarkan di Sinar sebelum ini yang yakin bahawa rakyat Paka akan memilih BN, kalah di tangan Satiful yang mendapat majoriti 1,285 undi.

Seorang bekas guru, Wan Hapandi Wan Nik yang mengambil tempat Wan Hassan pula berjaya mengekalkan kemenangan Pas di kerusi Dun Sura, selepas mendapat 8,952 undi mengetepikan pencabarnya, Zakariah Ali dengan 5,995.

Biarpun menang tipis, namun pesara guru, Alias Harun yang tampil dengan imej ‘low profile’ melengkapkan pengaruh Pas di Dungun apabila menumbangkan seorang lagi pemimpin kanan Umno, Datuk Zaa’bar Mohd Adib, bekas Exco dan penyandang dua penggal kerusi Dun Rantau Abang.

Alias yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Alias mendapat undi 8,964 berbanding Zaa’bar 8,823 undi.

Seorang lagi calon Pas, Ruslan Ismail yang mendapat 4,408 undi bagaimanapun terpaksa akur kepada pencabarnya, Roslee Daud yang menang dengan majoriti 2,558 selepas mendapat 6,966 undi.

Calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin hanya memperoleh 52 undi.

Proses penjumlahan undi yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun berakhir kira-kira jam 1 pagi dan pengisytiharan keputusan pilihan raya P.039 Dungun dilakukan oleh Pengurus Pilihan raya, Mohd Akil Mat. Gua akan ulas tentang perkara ini pada sedikit masa nanti./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...