Translate

Mesti Baca

Sabtu, 4 Mei 2013

Lima Artikel Gua Yang Paling Banyak Dibaca.


Gua saja-saja menulis untuk menghabiskan masa belum PRU ke 13 bermula. Terima kasih diatas sokongan lu all. Tanpa lu all, siapalah gua jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger otai yang sudan lama berblog dan kenali ramai bagi pelayar website. Mungkin mereka dikenali hanya kepada pelayar-pelayar internet sahaja.

Tetapi tidak bagi orang-orang kampung yang lebih mengenali figure-figure dialam nyata seperti Najib , Mahathir, TGNA, TGHH, Anwar, Lim Kit Siang, Lim Eng Guan, Karpal Singh, Rosmah sebagai sebahagian nama-nama besar. Zul Kulim gua tak tahulah depa kenal ker tidak kalau kenal pun mungkin kerana beliau seorang penipu. Ini berpandukan kepada pertanya-pertanyaan gua kepada yang tidak memiliki yang mana majoritinya ialah orang-orang kampung taraf Mahathir.

Artikel gua yang paling ramai dilayari ialah...
  1. Selongkar kembali: Najib & Ziana Zain seramai  22,981 pembaca.  http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2011/05/selongkar-kembali-najib-ziana-zain.html
  2. Farid Ismet Bukan Suami Pertama Rosmah seramai 19,954 pembaca.   http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2012/07/farid-ismet-bukan-suami-pertama-rosmah.html
  3. Selongkar Kembali: Benarkah Wujub Gambar Najib Dendan Ziana Zain 18,416 pembaca.   http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2011/05/selongkar-kembali-benarkah-wujub-gambar.html
  4. Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib Adalah Kerabat Di Raja Kelantan 16,849 pembaca. http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2012/07/selongkar-terhangat-isteri-pertama_07.html
  5. Selongkar Kembali: Siapa Rosmah Sebenarnya...!!!  14,200 pembaca. http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2011/03/selongkar-kembali-siapa-rosmah-puaka.html

Jumaat, 3 Mei 2013

Sekadar Renungan Gua : Pembangkang Dan Islam.



Seandainya Umno yang dipimpin oleh Najib menjadi ketua pembangkang di parlimen selepas pilihan raya umum nanti, Umno akan mula membuka minda mereka ke arah Islam kerana mungkin beliau tahu parti yang berasaskan perkauman sudah tidak lagi diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya adalah Islam. Apakah Umno akan menjadi lebih ekstrem daripada PAS demi memenangi hati orang-orang Islam yang berbilang kaum.

Sebagaimana PAS yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai ahli-ahli dari penganut agama lain dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai bangsa Cina, India, Kadazan/Dusun dan juga orang asal. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku jika kesedaran Islam masih ada dihati mereka walau sebesar zarah pun.

Mungkin kita akan melihat Haji Najib dan Hajah Rosmah memakai busana muslim dengan menunjukkan kesederhanaan mereka dalam kehidupan seharian. Tiada lagi cincin bertatah berlian yang bernilai USD 24 juta atau gelang tangan bernilai USD 1.4 juta satu atau beg-beg tangan berjenama yang bernilai USD 100,000 setiap satu dan tidak lagi menginap di hotel mewah yang mencecah RM 100,000 untuk satu malam.

Mereka tidak lagi menggunakan jet-jet mewah untuk setiap kali lawatan dan mereka hanya menggunakan penerbangan murah Air Asia dan tinggal di hotel-hotel bajet sebagai menunjukkan betapa mereka sudah berubah demi untuk mendapat mandat baru pada PRU 14 nanti. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana kita sebagai hamba Allah S.W.T dan umat Muhammad S.A.W percaya kepada Qada dan Qadar yang berada didalam Rukun Iman.

Maka beliau menjadi seorang pemimpin yang beriman kepada Qada dan Qadar yang disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu beliau yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam karier dan alam ini semuanya di atas ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T. Ketentuan yang mesti berlaku ke atas setiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak Azali lagi sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

Gua tetap berdoa untuk kebaikan semua tetapi gua tidak mewakili rakyat marhaen yang dianaiya kerana itu urusan mereka, Jika yang dizalimi memaafkan maka beruntunglah sesiapa sahaja baik Mahathir, Ibrahim Ali, Zul Kulim dan itu sekadar beberapa nama besar sahaja. Jika yang dizalimi tidak mahu memaafkan maka celakalah kamu di akhirat nanti....... Wallahualam.

Khamis, 2 Mei 2013

Anda Dan Undi, Samalah Lu Dengan Gua.


Sudahkah anda bersedia untuk menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia dan agama bagi rakyat yang beragama Islam. Ada yang mengatakan undi hanya undi semata-mata tanpa memikirkan bahawa ia sudah menjadi fardu kifayah buat umat Islam. Jangan sesekali memandang remeh perkara ini kerana politik dan agama tidak dapat di pisah sama sekali. Anda akan menjadi kufur apabila mengatakan yang politik dan agama tidak boleh disatukan. 

Maka dengan sendirinya undi anda adalah satu amanah buat anda di dunia ini kerana akan jatuh akidah tanpa mengira kamu PAS atau Umno jika kamu mengandaikan undi hanya sekadar melantik pemimpin yang akan memimpin anda bukan sahaja di dunia tetapi ia juga akan memimpin anda sehingga ke alam kubur. Kepada para pemimpin pula sudahkah anda bersedia memikul amanah yang cukup berat itu sehinggakan gunung pun menolak apabila Allah S.W.T menawarkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Jangan kata nak memikul amanah, belum apa-apa lagi dah berebut-rebut untuk menjadi calon. Seorang Islam yang mukmin pasti akan menolak jika amanah itu diberikan kepada mereka kerana mereka tahu dan arif tentang perkara ini melainkan jika sudah tiada lagi umat yang beramanah  ditempat itu.

Baik pemimpin yang anda pilih maka beruntunglah anda tetapi buruknya pemimpin yang anda pilih maka celakalah anda kerana seksaan dari Malaikat Malik yang menjaga neraka dan Malaikat Zabaniyah yang akan menyeksa dan amatlah dahsyat sehingga anda tidak boleh memikir melalui akal fikiran kamu. Jika kesakitan akan seksaan itu bermain di fikiran anda, maka pemikiran anda itu adalah salah kerana akal anda tidak mampu membayangkannya sebagaimana kenikmatan di syurga.

Jangan anda mengira undi hanyalah pelekat kepada sesebuah kerajaan yang berteraskan demokrasi ciptaan manusia tanpa mengira akan kesan daripada undi yang anda berikan itu. Jika anda penganut agama lain, ia tidak menjadi kesah tetapi jika anda mengaku sebagai seorang Islam yang mengamalkan hukum Islam 5 perkara dan rukun Iman 6 perkara, anda sebenarnya meletakkan diri anda bagaikan telur di hujung tanduk. Anda boleh memperlekehkan pemimpin yang berjuang demi Islam seumpama anda memperlekahkan arahan Allah S.W.T, Tuhan seru sekalian alam yang tiada sekutu baginya dan tidak akan berkompromi dengan anda.

Anda boleh merasuah rakyat marhaen yang dahaga wang ringgit di atas desakan hidup mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anda mesti ingat akan dua pengawal di kiri kanan anda yang mengawal anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sedikit pun mereka tidur atau makan kerana mereka tidak akan menerima rasuah anda walau semua harta di muka bumi ini dikumpulkan, tidak walau satu sen pun mereka akan menerimanya.

Dalam pada itu malaikat yang kamu tidak kenali melebihi syaitan yang kamu kenali masih bersikap jujur terhadap kamu. Mereka akan menulis dengan cepat akan kebaikan yang kamu lakukan tetapi mereka akan melambat-lambatkan menulis kejahatan yang kamu lakukan kerana bagi mereka, mungkin kamu akan berubah kerana itulah keburukan amalan kamu sengaja di lambat-lambatkan laporannya. Bukan kerana kamu berjaya merasuah mereka tetapi itulah sifat yang Maha Pengampun yang ada pada Maha Pencipta anda.

Walau sehebat mana kamu menyembunyi undi anda sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Mengetahui dan tangan yang memangkah itulah akan menjadi saksi anda selepas mulut anda di kunci kerana mulut-mulut kamulah, kamu menjadi celaka bak kata pepatah 'kerana mulut badan binasa'. Gua tidak si hebat lu all kerana gua belajar takat darjah enam sahaja jika di bandingkan dengan anda yang memiliki M.D. atau PHD apatah lagi dengan kedudukan dan taraf lu yang cukup hebat sehingga mencapai darjat Prof-Prof ditambah dengan gelaran dunia,Sahibuh Samaha, Mufti-Mufti, Datuk-Datin, Datuk Seri-Datin Seri, Tan Sri-Puan Seri, Tun- Toh Puan.

Apa pun ia sebagai nasihat untuk lu all yang berdarjat tinggi agar kamu tidak tergelincir demi mengejar dunia yang sementara ini. Dengan ini maka terlepaslah gua akan amanah yang perlu gua tunaikan kepada lu all dan gua pun tidak tahu akan kedudukan gua di sisi Allah S.W.T, Tuhan yang penuh dengan sifat Rahmat dan Penyayang.

Selasa, 30 April 2013

Untuk Norman, Istilah Apa Yang Sesuai Dilabelkan 'Bodoh Sombong' Atau 'Jahil Sombong'.


Apabila si jahil bercakap tentang agama yang dianutinya dan mempertahankan kenyataannya apa yang beliau kata adalah betul dan tepat sedangkan tanpa disedarinya beliau bertambah takbur. Seperti yang beliau katakan, 'Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagi pun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata'.

Cukupkah dengan meminta maaf dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan orang yang tak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan samalah dengan penyamun yang meminta maaf dahulu kepada orang yang nak disamunnya. Tidakkah penyamun itu menunjukkan rasa hormatnya kepada yang kena samun sebelum menyamunnya. 

Kenapa beliau begitu takut dengan bidang yang diceburinya akan berkubur sekiranya PAS mendapat mandat. Kita semua maklum yang beliau mempunyai kepentingan dengan Umno dan Umno telah berjaya mendidik beliau dengan begitu baik sekali. Kerana selama ini Umno yang memberi beliau rezeki dan kekayaan, kerana itulah beliau bersyukur kepada Umno, bukannya Allah. Tidak cukup dengan itu beliau dengan niat jahat berkata, 'Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang Islam tetapi bukan agama PAS'. Semua bangsa baik Cina, India, Iban, Kadazan atau penganut agama lain tahu yang PAS bukannya sebuah agama, PAS hanyalah sebuah parti politik yang berteraskan Islam.

Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.

Adakah PAS menghalang segala hiburan sehingga beliau begitu takut pintu rezeki beliau akan tertutup terus. Bagi PAS, apa sahaja hiburan yang dibolehkan mengikut syarak lantak kamulah nak buat selagi kamu mampu. Apa yang PAS lakukan hanya untuk menyelamatkan akidah dan dosa kerana ia adalah satu perkara yang WAJIB, bukannya perkara main-main. Lu ambil contoh di Iran, hiburan mereka terus berkembang malah diiktiraf di peringkat dunia. Adakah sesuatu filem berpandukan kepada aurat semata-mata dan jika tidak didedahkan seperti filem-filem barat maka filem itu tidak laku.

Lu mengaku sebagai umat Islam dan lima kali sehari lu memperbaharui ikrar lu didalam solat, lu baca Surah Al-Fatihah 17 kali sehari, apa yang lu minta...

"Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Yang bersifat pengasih  penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan-jalan orang yang terdahulu yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat"

Lu sendiri pilih jalan mana lu mahu, jika dunia lu mahu dunialah Umno bagi dan jika akhirat yang kekal abadi lu mahu maka insyaallah PAS akan tolong tunjuk jalan kat lu. Lu mengaku sahaja Islam tetapi lu sendiri tidak yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Industri hiburan tidak salah jika lu mengikut jalan yang betul, ia bukan sahaja memberi lu rezeki malah rezeki lu sendiri ada keberkatan. Jika lu tanya gua yang tidak sepandai lu yang belajar dan memiliki ilmi yang tinggi, gua rasa lu masih jahil tukil kerana kata-kata lu memang jahat kerana menyamakan PAS dengan agama. Ini adalah seburuk-buruk manusia kerana menolak satu ayat yang menyatakan Islam adalah agama terakhir dan Rasul Nya adalah penutup para-para nabi.  Kalau dibanding dengan apa yang ditulis oleh Ahmad Idham, memang lu sudah hampir kepada jalan orang-orang yang sesat.

Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...