Translate

Mesti Baca

Sabtu, 27 April 2013

PRU 13 : PR Tidak Boleh Menang Tipis Jika Ingin Berkuasa.


Jika Pakatan Rakyat menang tipis maka berkemungkinan BN akan terus berkuasa kerana mereka mempunyai banyak wang dengan tauke-tauke besar berada di belakang mereka. Oleh itu Pakatan Rakyat mesti memenangi sekurang-kurangnya dengan kelebihan 10 kerusi atau 121 kerusi berpandukan dengan kejadian rampasan kuasa di negeri Perak selepas PRU 12.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu kejadian buruk berlaku memandangkan bibit-bibit keganasan sudah bermula dengan kejadian letupan dan membakar kenderaan dan pos-pos parti yang bertanding. Mengikut pengamatan gua, provokasi mula digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi jika kerajaan yang ada sekarang ini berubah tangan.

Siapakah yang tidak sanggup menerima kekalahan selepas 12 kali mandat diberikan jika menuduh pembangkang sebagai pencetus keganasan adalah satu sikap yang tidak bermoral kerana PAS dan DAP sudah sebati dengan kekalahan. Rakyat harus faham tentang demokrasi yang mana apabila terbubarnya parlimen, maka mereka yang memegang jawatan kerajaan sementara tidak hak untuk menggunakan agensi milik kerajaan untuk kepentingan parti.

Masalah utama ialah demokrasi mengikut acuan Umno/BN ialah jentera kerajaan adalah hakmilik mutlak mereka dan mereka akan mengguna sesuka hati mereka. Penjawat awam dikerah setiap kali pemimpin BN hadir dalam satu-satu program parti mereka. Kerana itulah bagi Umno, kesedaran politik tidak diperlukan dan mesti disekat dari pengetahuan rakyat. Mereka sedar jika rakyat sedar tentang politik maka kehancuran bagi mereka dulu, kini dan selama-lamanya.

Najib belum lagi menjawab tentang isu RM 7 bilion wang rakyat dilarikan ke satu akaun sulit di Cayman Islands yang mana agensi itu dikawal selia oleh beliau sendiri. Adakah itu tanda-tandanya yang Najib memang berhasrat untuk melarikan diri jika BN tewas pada pilihan raya umum kali ini. Mungkin Rosmah pun sibuk berkemas dan Mahathir mula merampu tak tentu hala kononnya beliau akan dipenjarakan jika BN tewas kepada PR sebagaimana beliau bersyukur kerana akta drakula ISA sudah dimansuhkan. Hanya orang yang merasa dirinya bersalah sahaja akan berkata begitu sedang tiada niat bagi PR melakukan perkara-perkara sepertimana mereka lakukan kepada musuh-musuh politiknya.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain pun akan berlaku pendakwaan terhadap pemimpin yang melakukan kesalahan dan bukannya sepertimana dilakukan oleh Mahathir yang memenjarakan beribu-ribu musuh politik beliau dibawah akta drakula ISA. Jika kamu tidak melakukan kesalahan, kenapa kamu kalut sangat tetapi rakyat akan ingat dan sejarah sudah tertulis akan pembunuhan di Memali oleh Mahathir. Ingatlah akan dosa-dosa kamu ketika kamu masih bernafas dan sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun tetapi dosa kamu terhadap rakyat yang kamu zalimi pasti akan mereka tuntut di Akhirat nanti.

Rabu, 24 April 2013

Ingauan Mimpi Ngeri Umno Mula Menjadi Kenyataan. RM 7 Bilion Sudah Di Pindahkan Keluar Negara Oleh Najib.


Berjaya atau tidak PR menawan Putrajaya bukan menjadi soal walau pun ia adalah matlamat rakyat untuk sebuah kerajaan zalim. Mimpi ngeri yang selalu mengingau Umno mula menjadi kenyataan apabila rakyat mula celik politik. Selama berpuluh tahun Umno cuba membutakan rakyat tentang politik dengan berbagai sogokan diberikan demi menguasai pemikiran rakyat. Rakyat telah digula-gulakan oleh Umno agar terus mengundi BN dan kononnya biarlah ahli politik yang memikirkan tentang negara. Setiap kali jawatan Perdana Menteri berubah tangan, maka mereka akan menjaja slogan-slogan mereka yang cukup sedap didengar seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan yang terbaru ialah slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jika dulu mereka menjual slogan tetapi sekarang mereka mula menjual produk dan barangan yang berkonsepkan 'Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1 Malaysia' dan gua melihat naskah-naskah berada di merata-rata tempat. Gua mengambil satu naskah yang setebal 32 muka.surat untuk membacanya dan naskah ini lebih kurang sama dengan yang dihantar oleh pusat beli belah terkemuka seperti Jasco tetapi ia lebih hebat, sehebat kroni yang mendapat kontrak mencetakkannya.

Daripada makanan sampai kepada semua tok nenek produk 1 Malaysia dijual oleh bekas kerajaan Najib/Rosmah dan tak mustahil jika Najib/Rosmah diberi mandat 5 tahun lagi, rakyat Malaysia pun mereka akan jual demi menambah tabung yang Rosmah buat ketika beliau masih kecil lagi. Kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi syarikat menjual produk 1 Malaysia dengan Rosmah sebagai CEO dan Najib sebagai Pengerusi syarikat 1 Malaysia.

Usaha keras Umno selama 55 tahun untuk membuta politikkan rakyat Malaysia mula menampakkan kegagalan bila rakyat mula berani mempertikaikan salah guna kuasa oleh pemimpin Umno/BN, lebih-lebih lagi dengan Rosmah yang dilihat sebagai pemimpin di sebalik tabir. Rakyat mempertikaikan bagaimana Rosmah begitu berkuasa untuk berada sebaris dengan ahli kabinet suaminya tanpa ada teguran dari sifu Mahathir yang selalu lantang mengkritik setiap perkara yang tidak disenanginya dan beliau menjadi begitu bacul apabila berhadapan dengan Rosmah.

Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang kali ini kerana itulah beliau melewatkan pembubaran parlimen. Adakah beliau saja-saja melakukannya sehingga meresahkan semua mangkuk ayun dalam Umno/BN adalah tidak betul sama sekali. Beliau cuma mencuri sedikit masa yang tinggal untuk melakukan sesuatu yang belum selesai iaitu pemindahan harta-hartanya keluar negara.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, satu perpindahan secara sulit ke satu akaun yang di dakwa sulit telah dilakukan di Cayman Islands melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sejumlah RM 7 bilion telah di masukan ke dalam akaun itu oleh 1MDB yang dikawal sendiri oleh Najib. Adakah ini tanda-tanda yang Najib dan keluarganya cuba melarikan diri jika BN tumbang pada PRU 13 ini masih menjadi tanda tanya. 

Apabila rakyat dipestakan dengan pemberian BR1M sebanyak RM 500 selepas 55 tahun memerintah, Najib, Rosmah dan keluarga mereka pula berpesta dengan berbilion RM yang mereka rompak dari pembendaharaan. Adakah RM 500 begitu besar sehingga kita perlu bersyukur kepada kerajaan Umno/BN. Jika kita kira berapa sebenarnya jumlah yang diberi oleh rejim Umno/BN ialah RM 500 bahagi 55 tahun = RM 9.09 setahun dan dibahagi pula dengan 365 hari maka jumlahnya ialah RM 0.024, tak sampai 3 sen pun satu hari. Bangganya kita mendapat 2 sen setengah sehari dan baiknya 1Malaysia pasal bagi kat kita RM 9.09 setahun dengan cukai yang kita bayar beribu-ribu setahun, inilah yang kita dapat.

Adakah kita cerdik atau bodoh dan siapa yang merempat di negeri sendiri, rakyat 1Malaysia. Siapa yang menjadi kaya raya, Najib/Rosmah dan keluarga, Mahathir dan anak-anaknya, pemimpin MCA, MIC dan anak-anak mereka. Jadi apa yang patut kita katakan Umno/BN ialah..... Ini Kalilah.

Selasa, 23 April 2013

Analisis PRU13: Apa Pun Ketentuan Pendokong Islam Diajar Berusaha Dan Berdoa. Kekalahan Sudah Sebati Pada PAS, Bagaimana Pula BN Menghadapinya.

 

Datuk Mustapa Mohamed mensasarkan BN menguasai 23 kerusi Dun dan lapan parlimen di Kelantan kali ini. Ketua Umno Jeli itu mahu mengulangi sejarah 2004, juga ketika Kelantan berada di bawah pengaruhnya.

Pada 2004 PAS menguasai 23 kerusi Dun dan BN pula 22 kerusi. Dun Kelantan mempunyai 45 kerusi Dun.

Seorang rakan pengamal media di Kuala Lumpur juga meluahkan rasa bimbang. Katanya dikhuatiri ketika di tempat lain orang bercakap menuju ke Putrajaya, sebaliknya sokongan di Kelantan pula merosot.

Mungkinkah andaian itu dicetus berpandukan kepada teori ayunan. Asasnya pada PRU 2008, pembangkang berada di atas dan BN di bawah. Sebelum itu pada PRU 2004, BN berada di kemuncak dan pembangkang pula di bawah.

Kalau disusuri lagi, pada 1999 pembangkang mengatasi BN dengan ledakan isu reformasi. Sebelum itu pada PRU 1995, BN juga cemerlang dan pembangkang pula merosot.

Bekas pensyarah Sains Politik UKM, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff bimbang sekiranya situasi itu berulang dengan kehadiran teori ayunan atau fenomena zig-zag.

“Pilihan raya kali ini musim BN naik dan pembangkang turun. Kalau ditengok kepada sejarah dan kajian politik, keadaan itu boleh berlaku.

“Kebimbangan ini ada asasnya. Namun ia tidak semestinya menjadi kenyataan kalau ada momentum lain yang tidak diduga. Ayunan semula itu hanya dapat ditahan apabila dengan adanya sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Luar biasa itu mungkinkah peristiwa seorang bekas Menteri Besar mengisytiharkan menyertai PAS. Tan Sri Muhd Muhammad Taib membuat kejutan besar dengan menyertai PAS.

Luar biasa juga apabila Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato’ Kamilia Ibrahim juga meninggalkan Umno. Begitu juga Naib Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen juga dicicirkan daripada senarai calon.

Namun Dr Amer Saifude Ghazali dari UM melihat faktor persempadanan pilihan raya menjadi asas kepada teori zig-zag. Setiap kali berlaku persempadanan kawasan pilihan raya pastinya manfaatnya berganda untuk BN.

Persempadanan pilihan raya berlaku pada PRU 1958, 1974, 1986, 1995 dan 2004. Pada PRU 1974 BN mendapat sokongan 60.7 peratus, 1986 (57.2 peratus), 1995 (65.1 peratus) dan 2004 (63.8 peratus).

Namun berbeza pada PRU 13 kerana tidak berlaku persempadanan. Ini kerana ia memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Sepatutnya proses persempadanan berlaku pada 2010.

Mengikut peraturannya setiap lapan hingga 10 tahun persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan. Mungkinkah halangan ini yang boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Faktor Perdana Menteri baru

Bagaimanapun berdasar kepada kajian, faktor Perdana Menteri baru juga satu dominan yang boleh menarik sokongan rakyat.

Buktinya pada PRU 2004 berlaku lonjakan luar biasa terhadap BN selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera BN. Beliau mengambil alih jawatan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Dan PRU ke-11 diadakan pada 21 Mac 2004.

Begitu juga pada PRU 1982, BN berada di situasi selesa selepas Dr Mahathir menduduki kerusi perdana menteri menggantikan Tun  Hussien Onn. Pada PRU 1974 BN mendapat mandat besar selepas Tun Abdul Razak Hussein menggantikan Tunku Abdul Rahman pada 1971.

Tun Abdul Razak juga mengambil tempoh sehingga kira-kira tiga tahun untuk membubarkan parlimen bagi mendapatkan mandat rakyat. Keadaan darurat pada 1969 menyebabkan tempoh lebih panjang diambilnya bagi membubarkan parlimen.

Natijahnya beliau berjaya mempengaruhi PAS dan Gerakan menyertai BN sebelum diisytiharkan PRU 1974.

Namun berlainan dengan apa yang berlaku sekarang. Dato’ Seri Najib Razak mengambil tempoh sehingga empat tahun selepas menduduki kerusi Perdana Menteri sebelum membubarkan parlimen.

Sedangkan sekarang keadaan negara aman. Cuma seperti apa diakui Najib beliau mahu menyerapkan segala bantuan atas nama kerajaan ke jiwa rakyat.

Inilah yang dinamakan sebagai propaganda politik. Ia merupakan satu bentuk komunikasi politik yang berpusat kepada ideokultur moden. Maka ini juga yang dicuba Najib apabila menjenamakan semua perkara atas platform 1Malaysia.

Dipropagandakan bantuan atas nama 1Malaysia mendatangkan kemakmuran kepada rakyat.

Maka dicetusnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, baucer buku 1Malaysia (RM250) dan pelbagai lagi bantuan kewangan lain. Propaganda ditusuk kepada minda dan jiwa rakyat kerajaan BN bermurah dan membela rakyat.

Kemudian politik ugut pula disemarakkan. Persoalannya mampukah mesej propaganda itu memberi kesan kepada rakyat.

Kalau itulah perkiraan mengapa ada penerima memakai simbol protes ketika datang mengambil BR1M di hadapan pemimpin Umno.

Simbol R

Di Kelantan simbol R sebagai lambang protes terhadap keengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri. Sebaliknya royalti yang ditukar wang ihsan diberi pula kepada pemimpin Umno yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Keberanian itu dijelmakan rakyat. Dan bukan lagi mereka datang mengangguk-angguk kepala dan berterima kasih kepada Najib sehingga dijelmakan di kertas undi. Tidak semestinya begitu.

Bagaimanapun ada penerima Rumah Mesra di bawah program pusat, sudah beralih angin. Tidak berani lagi datang ke masjid, surau atau program PAS. Begitu juga angkara BR1M menyebabkan ada penduduk kampung mulai menikus.

Biar apa pun Najib perlu merenungi semula rekodnya dibanding Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah. Sejarah awal mereka ketika mula menduduki kerusi Perdana Menteri situasinya berbeza. Abdullah pernah dianggap sebagai Mr Clean di awal pentadbirannya.

Sebaliknya Najib menduduki kerusi nombor satu itu dengan wajah muram. Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pendesak yang membuatkan Abdullah lebih awal meninggalkan Putrajaya.

Berdasar kepada senario tersebut mampukah Mustapa mencapai apa yang diimpikan. Tarikh 5 Mei ini adalah ibu segala hari. Sumber

Isnin, 22 April 2013

IniKaliLah: Penyingkiran Sudah Bermula Dan Ia Akan Berakhir Pada Malam 5 Mei Dan Bukan Sahaja Umno, Malah BN Akan Turut Tersingkir.


Umno menyingkirkan seramai 61 orang anggotanya, termasuk timbalan ketua sayap Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan penyanyi pop 80-an Herman Tino, atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Lidah parti berkenaan, Umno Online menyebut, individu yang dipecat itu tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Laporan organ tersebut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang berkata, keputusan itu dibuat mengikut fasal 201.10 perlembagaan parti itu.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya seperti dipetik laman berkenaan.

Kamilia menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan juga calon PAS, Idham Lim dalam pertandingan untuk merebut kerusi Kuala Kangsar.

Herman, atau nama sebenarnya Masrun Tamsir pula menentang ketua bahagiannya Datuk Seri Noh Omar yang mewakili kerusi Tanjong Karang selama empat penggal sejak 1995.

Seorang lagi pencabar di kerusi tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.

Selain itu, Umno turut menyingkirkan bekas timbalan menteri pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang juga disingkirkan.

Selain itu, Umno juga akan memanggil anggotanya yang menjadi pencadang dan penyokong calon terbabit, serta individu yang gagal menyerahkan borang pencalonan selepas diberi tanggungjawab untuk bertanding.

Tindakan itu diambil mengikut fasal 20.9 perlembagaan parti berkenaan menurut laporan Bernama.

Jumlah 61 orang anggota Umno itu merupakan lebih 20 peratus daripada sejumlah 270 orang calon bebas dalam pilihan raya kali ini – jumlah yang dianggap paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Sejumlah besar dari Umno itu tetap bertanding sebagai calon bebas walau diberi amaran berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti sejak perhimpunan agung parti itu berlangsung akhir tahun lalu.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...