Translate

Mesti Baca

Khamis, 18 April 2013

Analisis PRU13 : Najib Memberi Jalan Mati Untuk Ghani Dan Mukhriz.

Diantara percaturan menarik yang dilakukan oleh Najib dalam pilihanraya kali ini ialah memindahkan Ghani Othman bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam serta dijanjikan kerusi Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawan negeri itu.

Sekali imbas, tindakan meletakkan Ghani bertanding di Gelang Patah dilihat seperti keputuan yang berani dan menunjukkan pemikiran di luar kotak sebagai jalan terbaik untuk "membunuh" karier politik Lim Kit Siang tetapi ia juga boleh "membunuh" karier politik Ghani yang sudah empat penggal menjadi Menteri Besar Johor.

Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, calon MCA menang di Gelang Patah dengan majoriti 8851 undi tetapi dengan 54 peratus pengundi kawasan itu terdiri daripada pengundi Cina, laluan Ghani tidaklah seperti melalui karpet merah, tambahan lagi dengan perkembangan semasa yang menunjukkan pengundi Cina memang menolak BN dan mahukan perubahan.

Harapan Ghani untuk menang hanyalah bergantung kepada undi Melayu dan gahnya jawatan Menteri Besar yang disandangnya. Mungkin juga melalui beberapa perbelanjaan pembangunan dan lain-lain bantuan kewangan. Sebagaimana Lim Kit Siang, Ghani juga bukanlah orang tempatan Gelang Patah, jadi kesukaran sebagai orang luar agak seimbang. Kalau ada pun hubungannya dengan penduduk Gelang Patah, hanyalah atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Johor saja.

Diatas kertas, laluan Ghani memang nampak sukar. Tetapi laluan Lim Kit Siang juga tidaklah mudah. Ghani harus berusaha mengaut sebanyak mungkin undi Melayu dan menampung selebihnya dengan undi bukan Melayu. Namun kelebihan yang ada pada Penasihat DAP itu ialah jumlah pengundi Cina yang ramai dan kali ini pula mereka memang menolak BN dan mahukan perubahan. Jika Lim Kit Siang boleh memastikan majoriti undi Cina memihak kepadanya dan undi Melayu pula diperolehi melalui bantuan Pas dan PKR, harapannya untuk menang lebih cerah.

Jika Ghani menang dan BN pula kekal menguasai Putrajaya, Ghani mungkin akan diberikan jawatan menteri yang kanan, sesuai dengan jasanya menumbangkan tokoh besar DAP itu. Tetapi jika tewas, beliau akan terbiar begitu saja. Beliau akan dilupakan dan jasa-jasanya tidak akan disebut lagi. Kegagalannya lebih menjadi sebutan dan perbualan. Beliau akan dikenali sebagai Menteri Besar yang gagal.

Dan sebagai pemimpin yang pernah menjadi menteri pusat dan Menteri Besar Johor selama empat penggal, meletakkan beliau untuk berhadapan dengan lim Kit Siang tidak lebih seperti memberi jalan mati yang mempunyai gaung di hadapannya. Kemungkinan beliau untuk tewas dan "mati" adalah lebih besar daripada kemampuan untuk terus hidup dan bernyawa.

Persoalannya apakah bagi Najib membunuh karier politik Lim Kit Siang itu sangat penting sehingga Ghani dijadikan pertaruhan? Apakah juga jika BN tewas di Gelang Patah, bermakna Putrajaya akan terlepas sehingga menyebabkan kawasan itu begitu ingin dimenangi?

Bagi Mukhriz pula, tindakan Najib meletakkannya bertanding di Ayer Hitam serta dijanjikan jawatan Menteri Besar Kedah juga mengundang risiko yang tinggi dan sama seperti Ghani, beliau juga umpama diberikan jalan mati oleh Najib dalam pilihanraya kali ini.

Walaupun Mukhriz menang di Jerlun dalam pilihanraya 2008 lalu tetapi perjuangannya di DUN Ayer Hitam kali ini tidaklah semudah yang dijangka, tambahan pula kawasan itu dimenangi oleh calon Pas, Ghani Ahmad dengan majoriti 506 undi dengan menewaskan calon BN, Othman Aziz.

Mungkin dengan kerja kuat dan bantuan kempen oleh bapanya Mahathir, beliau boleh memenang di kawasan itu. Tetapi persoalan lain ialah bolehkah Kedah dimenangi oleh BN? Untuk mencapai hasrat meletakkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah, dua perjuangan harus diharungi iaitu menang di DUN Ayer Hitam dan kerajaan PR yang ada sekarang mesti ditumbangkan.

Dengan beberapa pergolakan di Kedah sebaik nama-nama calon BN diumumkan, ada bantahan dan protes di beberapa kawasan, ternampak usaha BN mahu menawan Kedah tidaklah semudah yang dijangka. Tambahan pula isu siapa bakal Menteri Besar Kedah pilihan Najib masih menjadi misteri walaupun Mukhriz lebih menjadi pilihan. Ini kerana Pengerusi UMNO Kedah, Ahmad Bashah yang bertanding di DUN Bakar Bata, turut mengidam jawatan yang sama.

Jika Mukhriz hanya menang di Ayer Hitam dan Kedah kekal ditangan PR, anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu akhirnya hanya akan menjadi ADUN biasa saja. Paling tidak pun menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah.

Dalam kedua-dua kes, Ghani Othman di Gelang Patah dan Mukhriz Mahathir di Ayer Hitam, walaupun harapan Najib dan BN terhadap mereka sangat tinggi tetapi kemungkinan mereka kecundang juga sama tingginya. Mempertaruhkan keduanya di kerusi sukar seperti Najib sedang menyediakan laluan mati untuk mereka.

Jika mereka menang, mungkin ia suatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Najib dan BN tetapi jika tewas, Ghani akan dilupakan dan boleh memilih untuk bersara terus. Mukhriz pula, jika tewas dan cita-cita menjadi Menteri Besar tidak kesampaian akan menjadikan laluan politiknya tidak menentu tetapi yang paling nyata, ia mungkin paling mendatangkan kekecewaan kepada Mahathir yang sentiasa mengharapkan laluan mudah untuk anak-anaknya. Sumber

Ahad, 14 April 2013

Kajian Gua Tentang PRU 13 (Parlimen).


Gua bukannya tahap Prof-Prof kangkung yang mempunyai master atau phd, kajian yang gua lakukan melibatkan 7 negeri sahaja kerana ia benar-benar mencuri masa gua iaitu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. 7 negeri ini mewakili 91 kerusi parlimen yang mana sebelum katak-katak melompat kepaya BN. 

Pada PRU12 yang lalu, Pakatan Rakyat memenangi 48 daripada 91 kerusi yang berada di 7 negeri yang gua sebutkan itu. Ketika itu Pakatan masih lagi belum kuat dan bersepakat seperti sekarang ini dan sikap curiga antara penyokong tidak dapat dinafikan. Setelah pihak atasan parti PAS, PKR dan DAP berbincang dan terus berbincang sehingga ikatan sesama parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh ditambah pula pada peringkat akar umbi tanpa mengira kaum, agama dan ideologi telah bersatu hati untuk menumbangkan Umno/BN.

Tidak dinafikan berlaku perkara-perkasa panas berkaitan isu-isu tetapi para pemimpin Pakatan berjaya menyelesainya dengan begitu baik sekali. Memang masing-masing mempunyai ideologi sendiri mengikut parti tetapi para pemimpin tertinggi Pakatan tidak menyentuh dasar parti masing-masing walau pun bermacam-macam serangan dilakukan oleh Umno dan BN dengan menggunakan media massa yang dah menjadi milik mak bapak mereka sejak dahulu lagi. Macam Rais anak Yatim yang menunjukkan kebodohannya tentang kebenaran untuk parti lawan membentangkan menisfesto dalam masa 10 minit yang akan dibuat bukan secara siaran langsung. 

Gua pun tak tahu universiti mana yang terima tesis phd beliau sehinggakan beliau semakin bodoh dan banggang. !0 minit tu simpan sahajalah kat peti besi RTM kerana masa nak terang, batuk para pemimpin Pakatan pun lebih dari 10 minit.  Tanya sama Najib berapa puluh minit beliau gunakan yang tak termasuk hentaman beliau terhadap Pakatan. 

Berbalik kepada kajian gua nih dengan bantuan syaitan-syaitan dikenali yang Mahathir pinjamkan kat gua maka gua jangkakan dalam kajian gua, Pakatan mungkin akan memenangi 74 daripada 91 kerusi parlimen di 7 negeri itu. Ini bermakna BN mungkin akan mendapat baki 17 kerusi lagi jika mereka bekerja keras dengan mengangkut hantu-hantu melalui Air Asia yang awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan akan memperbanyakkan perjalanan kapal terbang milik mereka. Jika ada yang bangkang tentang kajian gua, pi mampus ler lu nak percaya atau tidak, gua peduli ape.

Mengikut kata syaitan yang Mahathir pinjamkan kat gua, kajian oleh pakar-pakar propaganda yang menghuni tingkat 2 blok B4 di Putrajaya sedang mencipta satu jenis bahan berasaskan getah yang mana jika diletakkan di jari dan kuku, ia tidak dapat dikesan kerana nipisnya bahan berasaskan getah lastic itu. Selepas pegawai SPR mencalitkan pewarna di jari, ianya akan dibuang semasa berada di dalam penerbangan Air Asia dengan menggunakan satu jenis cecair agar hantu-hantu dapat mengundi semula. 

Apa nak dihairankan kerana zaman teknologi yang menjadikan dunia tanpa sempadan dan yang jauh dapat ke destinasi masing-masing. Apa pun kita mesti bekerja keras dan bermunajat kepada yang Maha Esa. Kita memohon daripada Allah S.W.T demi kemenangan Islam berbanding dengan Umno yang bertuhankan RM-RM demi membeli undi. 

Gua akan paparkan kajian gua seterusnya untuk baki 131 kawasan parlimen selepas syaitan-syaitan milik Mahathir yang beliau pinjamkan kat gua hantar maklumat-maklumat selebihnya. Bagus juga ada syaitan peliharaan Mahathir nih, ringan sikit kerja gua./GANR

Perjuangan Gua.


Gua bukannya pemimpin cawangan, bahagian atau yang lebih tinggi lagi kerana gua sedar akan kedudukan gua. Ilmu gua tidak setinggi ilmu Mat Nor, Dollah Saamah, Fathul Bari, Masitah atau yang sewaktu dengannya. Gua pun bukannya alim sangat macam alim-alim Umno yang sentiasa pegang tasbih. Apa yang boleh gua banggakan hanya kerana gua mula kenal erti politik ketika kejatuhan kerajaan PAS di bawah Datuk Asri (semoga Allah merahmatinya) dan gua cukup suka mendengar pidatonya tetapi gua bukan jenis mengambil masak-masak apa yang dipertuturkan. 

Gua akan mengambil hujah para pemimpin jika jika mengikut logik akal gua ianya betul atau pun sokong mengikut tajuk yang menjadi pegangan seorang blogger. Mungkin lu kenal siapa blogger itu kerana beliau cukup terkenal selepas kemangkatan Sultan Johor. Gua langsung tidak memusuhi beliau walau pun banyak perkara yang tidak sependapat dengan gua. Banyak juga apa beliau tulis gua menerimanya. 

Macam gua jugalah, bukan semua apa yang gua tulis disukai ramai tetapi hampir 100 peratus blogger pro Umno memang memusuhi gua. Gua cukup dimusuhi oleh otai-otai Umno yang mana otai mereka Papagomo pernah ugut bunuh gua dan yang lain nak bakar gua hidup-hidup kalau mereka jumpa gua. Gua tak kesah pun dengan ugutan mereka kerana gua tahu tahap kejantanan yang ada pada mereka. Mungkin kalau jumpa bersemuka pun gua berani kata yang teluq-teluq mereka akan tenggelam. Mereka ingat mereka cukup taiko, tapi taiko orang dia tak tahu.

Gua tahu mereka-mereka nih dah lama cuba nak attack blog gua dengan kepakaran yang mereka miliki tetapi Allah Maha Berkuasa. Setiap kali mereka cuba attack blog gua, pasti IPnya berada dimerata tempat. Pernah satu kali itu IP bloh gua berada kat Mongolia, antara sebab yang mereka marah sangat ialah ketika gua isytihar perang besar-besaran terhadap blog-blog otai mereka yang mana dengan kuasa Allah ada blog mereka hilang terus dialam siber. Lu jangan tanya gua macam mana gua buat, semuanya adalah dibawah kekuasan Allah SWT, tuhan sekalian alam yang kekal abadi.

Sejak gua berada dalam politik seingat gua satu sen pun gua tak pernah merasa, jangan kata nak masuk poket yang dalam poket sendiri dikeluarkan. Gua berparti bukan kerana nak kaya walau pun dalam hati memang ada niat nak kaya, naik kereta besar, ada banglo besar dua tiga buah dan yang utama ada empat bini (ini Sunnah Nabi lah bro). Sekarang nih pun gua bukan kaya, hanya cukup makan pakai jer apatah lagi pada pilihan raya umum nih. 

Apa yang mampu gua buat, gua buatlah dan ada kala kerja gua gi kutip derma dari kawan-kawan baik gua demi perjuangan yang gua yakini iaitu Islam mesti didaulatkan. Jika ada sesiapa nak buat pahala bolehlah sumbangkan melalui akaun CIMB Islamic yang tertera diatas. Jangan rasa rugi dengan menghukurkan sedikit sumbangan kerana kita telah diajar satu akan dibalas dengan sepuluh. Kalu derma RM 5 Allah akan gandakan menjadi RM 50, kita tidak mengetahui bagaimana Allah membayarnya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Allah akan membayar setiap sen yang kita dermakan melalui banyak cara yang mana tak perlulah kita memikirkannya kerana kita wajib mempercayainya.

Gua berhajat jika Pakatan menang kali nih, gua nak minta sebidang tanah pertanian untuk menyara hidup. Kalau dapat menawan Terengganu gua akan membuat permohonan secara telus walau pun gua ada kabel kat sana dan kalau menang kat Perak, gua akan minta sebidang tanah pertanian kat Perak. Gua tak mahu dua-dua tempat, gua hanya mahu satu tempat sahaja. Jika tak dapat pun tak apa, gua tak marah pun kerana itu bukan matlamat gua dalam perjuangan, jika dapat syukur... Alhamdulillah ..... Amiiiiiiin.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...