Translate

Mesti Baca

Khamis, 14 Mac 2013

Perkara Penting Bagi Para Pengundi Pada PRU13.


Pilihan Raya Umum

Apa akan berlaku.....
  1. Kakitangan awam akan dipantau oleh SB-SB.
  2. Risalah propaganda akan diletakkan pada setiap rumah.
  3. Risalah yang berbaur fitnah akan di taburkan serata tempat.
  4. Khatib-khatib akan disediakan teks untuk khutbah Jumaat yang disediakan terus dari Jakim.
  5. Calon-calon akan menunjukkan muka mereka setelah 5 tahun menghilangkan diri.
  6. Calon akan berseloka dengan anda seperti anda dengan beliau bersaudara.
  7. Janji........ Itu adalah perkara paling wajib untuk anda, tetapi ia hanya kosong semata-mata.
  8. Segala permintaan anda sebelum ini, akan disalahkan pada pekerjanya kerana tak sampai kat tangan beliau.
  9. Calon akan tidur di atas tikar getah sahaja walau pun diberi tilam.
  10. Sanggup makan nasi bungkus bersama-sama anda walau pun sebenarnya tengkuk beliau rasa nak termuntah.
  11. Kelemahan orang Melayu apabila si calon menepuk belakang bahu dengan menyelit RM50 ke poket, dengan serta merta maki hamun terhadap calon itu akan hilang serta merta.
  12. Calon tidak lokek untuk bergambar dengan anda walau pun beliau cukup menyampah kat anda.
  13. Anda akan dipanggil dengan nama yang hanya saudara mara dan kawan terdekat sahaja memanggilnya untuk menunjukkan kepada anda yang beliau memang mengenali anda walau pun beliau memang tidak mengenali anda langsung pun.
  14. Jika tandas anda baru siap dibina, panggil ajer calon tolong rasmikan, pasti ia tidak akan menolak walau pun beliau cukup menyampah.
  15. Calon Islam akan sentiasa berjemaah di seluruh surau/masjid yang ada di kawasannya.
  16. Inilah peluang anda untuk mendapat wang lebih kerana peruntukkan memang dah ada dan pastikan anda kaut sebanyak yang boleh.
  17. Anda jangan marah kat calon yang mempunyai title menteri kerana mereka sentiasa sibuk, sebagaimana saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan MP kawasan saya walau pun dah 4 kali pilihan raya berlalu. Itu pun tunjuk dalam TV sahaja apatah lagi beliau memegang jawatan Menteri.

Apa perkara yang patut anda lakukan....
  1. Lihat jadual di bilik-bilik gerakan Umno/BN akan jadual lawatan calon-calon.
  2. Jika bermotosikal atau berkereta, pastikan minyak ditakuk merah.
  3. Elak memasak untuk keluarga anda kerana anda hanya perlu kebilik gerakan mereka untuk mengambil nasi bungkus yang telah disediakan. Jika lauknya tak sedap jangan malu-malu terus komplen.
  4. Pastikan segala permasalahan anda di selesaikan sebelum pilihan raya selesai, jika tidak anda sendiri fikirlah.
  5. Semak nama anda dan tempat mengundi dengan betul.
  6. Jangan sesekali beri I/C anda kepada para petugas.
  7. Selidik dahulu berita yang anda terima.
  8. Berkawan baik dengan petugas bahagian kewangan kerana ia pasti menguntungkan anda.
  9. Seperti biasa musim pilihan raya adalah musim anda akan mendapat durian runtuh.
  10. Pastikan fulus dan fulus dan fulus dan fulus terus ke poket anda kerana anda cukup penting bagi mereka.
  11. Walau sebanyak mana pun fulus anda terima, pastikan untuk anda untuk Pakatan Rakyat.
  12. Bawalah handphone buruk atau yang dah rosak sambil menunjuk-nunjuk kat calon akan kesusahan anda kerana masalah hp yang selalu meragam, jika nasib anda baik mungkin boleh dapat hp baru.
Setakat inilah dulu tip-tip yang gua sarankan lu, jika ada masa gua akan bagi tip-tip yang kaw-kaw kerana duit itu bukan bakal calon punya. Semua dana yang dimiliki oleh Umno/BN datangnya dari badan-badan dan ahli-ahli keparat yang akan mendapat balik pelaburan mereka dengan projek-projek besar selepas pilihan raya. Tapi sekarang nih gua sendiri pun tak tahu Umno/BN ada cukup dana atau tidak kerana ramai penyumbang merasa gelisah disebabkan mereka yakin yang Umno/BN akan tewas. Jika Umno/BN tewas maka mereka tidak akan mendapat balik pulangan yang mereka laburkan itu.

Ada khabar-khabar angin bertiup kencang di kalangan peringkat tertinggi yang mereka sedang membawa  aset-aset mereka keluar negara. Mereka cukup sedar jika BN kalah, kemungkinan aset-aset mereka akan dibekukan untuk siasatan. Kerana itulah Pakatan Rakyat akan memperkasakan SPRM dan menubuh segera Mahkamah Rasuah disebabkan semua rakyat Malaysia dan dunia luar tahu yang rasuah dan Umno/BN ibarat 'Isi Dengan Kuku'. Gua pun tak pasti cukupkah sel-sel dipenjara untuk menyumbat para perasuah politik, pembunuhan politik dan penyalah guna kuasa yang masih bebas berkeliaran di dalam negara.

Memang betul apa yang dikata oleh Medey yang Pakatan Rakyat akan menutup dan mengetatkan lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan negara dari dibolosi oleh pemimpin-pemimpin yang korup. Tidak ketinggalan si Medey dan anak-anaknya yang menjadi kaya raya selepas 22 tahun Medey memerintah secara kuku besi.

Selasa, 12 Mac 2013

Hilang Umno Akan Hilanglah Budaya Samseng.


Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu, tulis Aspan Alias.

Baginya, UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan.

“Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng menyubur di negara ini. Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insya Allah,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Tulisan penuh seperti di bawah.

UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.

Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.

Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.

Bukit Katil adalah kawasan yang hampir pasti diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dan sepatutnya UMNO mesti rela dengan keadaan itu. Parti itu mesti mengakui yang cara untuk kembali mendapat sokongan ialah dengan berbuat baik dan berbudaya tinggi dan bukannya dengan menjadi samseng jalanan. UMNO sepatutnya menumpukan perhatian di kawasan yang mereka boleh menang, kerana bagi UMNO untuk menumpukan tenaga dan waktu di Bukit Katil itu adalah tindakan yang ‘membuang peluru’ sahaja.

Pada hakikatnya Bukit Katil itu adalah kawasan yang sudah pun diambil-alih oleh Pakatan Rakyat. Pengundi di Bukit Katil itu hanya menunggu untuk menyokong PR sebagai usaha untuk melangsungkan niat untuk berkuasa di Putrajaya. Bukit Katil sememangnya menjadi salah satu daripada banyak kerusi Parlimen UMNO yang akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.

Tidak baik melakukan jenayah seperti itu kerana ia hanya akan memalukan kerajaan negara kita di mata dunia kerana tidak berdaya melangsungkan demokrasi, yang sepatutnya diamalkan dengan sikap ‘gentleman’. Tindakan penyokong UMNO merosakkan bas Parti Keadilan Rakyat itu akan hanya membuatkan UMNO dipandang rendah oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Perangai buruk penyokong-penyokong UMNO inilah yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO akan bertindak liar jika kalah dalam Pilihanraya yang akan datang ini. UMNO tidak mungkin berubah kerana budaya samseng ini nampaknya sudah menjadi budaya UMNO yang baru terbentuk.

Apa yang menghairankan, kenapakah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit kerana dengan tindakan penyokong ini ia membabitkan imej pimpinan UMNO yang kini sudah tersedia dengan masalah-masalah yang tidak dapat diperbaiki lagi.

Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu. UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan. Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng menyubur di negara ini.

Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insya Allah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undng di negara ini.

Pendeknya, kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.

-Harakahdaily

Isnin, 11 Mac 2013

Bila Kemaruk Nak Jadi Calon Firaun Besar Dah Jadi Gila Khinzir.


Gua rasa inilah MP paling gila khinzir kerana air ludah meleleh-leleh untuk menunjukkan betapa tepatnya jika Najib calonkan si Firaun Besar. Bagi beliau yang makan hasil haram hari-hari merasakan sudah tiba tahap beliau menunjukkannya sebagai pencacai paling sial di negara ini. Gua sendiri terkejut beruk bila membaca ayat-ayat dari seorang yang bergelar peguam (lawyer tukang bawa fail), ahli parlimen, ularmamak besar dan gelaran yang paling power, Firaun Besar.

Dengan membaca apa yang si firaun besar ni tulis, lu boleh fikir sendiri ler bagaimana tahap IQnya. Jangan kata gua sahaja yang meluat, ahli Umno sendiri cukup berbulu dengan si Firaun Besar nih. Kata ahli Umno, memang Zulkulim ni betul-betul sial, baru beberapa tahun jadi pencacai dah dapat title tapi kami yang dah lama bersama-sama Umno habuk pun tadak.

Lu nak jadi pencacai tahap sial pun agak-agak ler, buat malu kat budak-budak sekolah jer kerana lu kan seorang Intelek Tua. Gua bukannya sokong sangat Anwar, tapi inilah kebodohan seorang yang bertanding diatas tiket PKR selepas lu ditolak oleh PAS kerana lu memang tak layak pun jadi calon. Kerana kasihan melihat lu sampai terguling-guling nangis maka dengan ihsan Anwar, letaklah lu jadi calon kat Kulim. Dah jadi calon lu siap buat banner tertulis 'Peguam Anwar Ibrahim' walhal lu hanya tukang bawak fail ke hulu ke hilir konon-kononnya lu terlibat sama dalam pasukan peguam Anwar. Gua rasa lu pergi mampus lagi baik kerana menganiaya orang yang undi lu dan siap dengan semua keperluan, baik dari segi kewangan dan kerja keras mereka.

Lu memang jenis muka tak malu macam khinzir pasal hari-hari orang Kulim sumpah seranah lu. Lu kena ingat mungkin dalam ramai-ramai tu ada mulut masin, turun bala baru lu tahu langit tu tinggi ker rendah. Gua tulis pun pasal ada orang Umno sendiri suruh gua balun lu jika ada masa, so inilah masa gua untuk balun lu pasal gua cukup meluat dengan sejak lu bengang pasal Majlis Syura PAS tolak lu dari jadi calon. Biasalah bila PAS tolak kelayakan seseorang, pasti ada benda yang tak kena dengan nafsu nafsi lu. Apa yang gua boleh katakan ialah 'Lu Memang Bangsat".

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...