Translate

Mesti Baca

Jumaat, 8 Februari 2013

ISA Masih Lagi Bermaharajalela, 2 Ditahan.


Tangkapan ke atas Yazid Sufaat dan pekerjanya, Mohd Hilmi Hasim sekali lagi memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli.

“Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, hari ini kerajaan telah membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan terus menzalimi rakyat,” ujar Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab dalam satu kenyataan.

Hal ini, katanya menunjukkan selepas pemansuhan ISA, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian yang persis seperti ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas).

Berikut ialah kenyataan beliau.

Yazid Sufaat seorang bekas tahanan ISA telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari ini. Beliau ditahan bersama pekerja beliau Mohd Hilmi Hasim. Tangkapan dibuat sekumpulan polis dari Bukit Aman yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mani. Menurut Pegawai Penyiasat, Yazid bersama pekerjanya ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan atas tuduhan mempromosikan kegiatan keganasan. Yazid Sufaat merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan pada disember 2001 dan dibebaskan pada Disember 2008. Kini beliau menjadi pengusaha kafeteria di kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Sebaik ditahan, pihak polis membawa Yazid dan pekerjanya ke kediaman Yazid di Taman Bukit Ampang untuk digeledah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang sedang berada di kediaman Yazid, sehingga jam 4 petang Polis masih menggeledah. Peguam juga dimaklumkan bahawa Yazid dan Hilmi akan ditahan selama 48 jam atau dua hari menggunakan peruntukan Seksyen 5 (2) Akta yang sama. Seksyen 5 (2) juga memboleh pihak Polis menangguhkan hak orang yang ditahan untuk mendapat khidmat konsultasi guaman sehingga 48 jam dari tempoh ditahan. Walaubagaimanapun pihak Polis masih belum memaklumkan balai Polis tempat Yazid dan pekerjanya akan ditahan

Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang diluluskan parlimen pada Julai 2012 merupakan akta ganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ini memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk menahan orang yang dituduh sehingga 28 hari untuk tujuan siasatan tanpa melalui proses mahkamah. Orang yang dituduh juga boleh untuk tidak dibenarkan bertemu peguam dalam tempoh 48 jam atau dua hari selepas ditahan.

Selain menafikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah, Akta ini juga memberi ruang untuk pihak Polis membuat tangkapan secara wewenangan berdasarkan Klausa 4 (1). Klausa ini turut memberi kuasa kepada pihak Polis untuk membuat penangkapan tanpa waran.

Suaram mengutuk tindakan Pihak Polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia. Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan pihak Polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan.

Tangkapan ke atas Yazid dan Hilmi ini sekali lagi memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli. Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, hari ini kerajaan telah membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan terus menzalimi rakyat. Hal ini menunjukkan selepas pemansuhan ISA, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian yang persis seperti ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas). Suaram mendesak pihak Polis agar menghentikan sebarang tangkapan atau penyiasatan di bawah Akta Zalim ini. Suaram juga menggesa pihak Kerajaan Malaysia agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dimansuhkan segera.Harakah

Arak Itu Halal Untuk Pemuja Umno: Apabila Syaitan Mneguasai Fikiran, Beliau Dengan Sedar Menghina Islam.

PERISTIWA di Scott Rd , Singapura. 3am "KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura. 

Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. 

Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, " Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa"..... itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya. 

Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) "Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang" 

Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang dan darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya. 

Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan "berbohong sunat" bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta "Professional Courtesy" dari Insp Singapura itu. 

Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya. 

Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan "Selamat" dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia. 

Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu. 

Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal" Anak Raja YANG BONGKAK ITU. NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira "Pangkat" TELAH memberi "kata dua" kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis.

Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN "KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI" 

Inilah lakunan "BERJIWA RAKYAT" yang tidak diketahui umum. PERKATAAN'BERJIWA RAKYAT" SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA "PENIPU RAKYAT". Lakunan di depan Rakyat kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat" HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA. BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA?

Khamis, 7 Februari 2013

Najib Mungkin Arahkan Boustead Beli Syarikat Deepak.


Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

NONE"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.


Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

NONEAhmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.

Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.


Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
    
NONEPengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi. 

 Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.

Urusniaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor. MKini

Selesaikan Masaalah Jika Ingin Menang Di Sabah.

Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.

Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN.

Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN.

Yong (gambar) telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam.

Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”.

Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP.

Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP “rabun politik” dan “melucutkan” isu.

“Bolehkah sesiapa yang berfikiran waras cuba membayangkan Bumburing dan Lajim turun dari kapal terbang di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) dengan berbaldi-baldi udang harimau atau udang galah atau ikatan sarang burung di bawah ketiak mereka yang kononnya diberikan kepada beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dalam usaha untuk dipilih sebagai calon?” katanya dalam satu kenyataan melalui emel.

Sorudim juga mengadu kenyataan Yong adalah sama seperti menuduh Bumburing dan Lakim memberi rasuah, memberi satu peringatan bahawa kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan kedudukan enak mereka dalam BN untuk menyokong perjuangan pembangkang di Sabah.

Ahli Parlimen Tuaran Bumburing merupakan bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala ahli parlimen Beaufort Lajim dahulunya ketua bahagian Umno dan anggota majlis tertinggi.

“Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia,” tulis Sorudim dalam emelnya.

Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai “pembawa bendera”.

The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah.

Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan.
Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah.

Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri.

Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider melaporkan Selasa lepas perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut Bumburing.

Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim.

Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya.

Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN.

“Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah.

“Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri.

“Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang,” katanya.

Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap BN bersama jirannya Sarawak.MInsider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...