Translate

Mesti Baca

Rabu, 23 Januari 2013

Najib Memang Tidak Layak Menjadi Pemimpin Umat Islam.

Bila gua kata celaka pencacai marah, bila gua kata sial pencacai melenting dan siap dengan hujah bangang lu sape nak hukum-hukum orang. Lu tak boleh kata pasal dia kan First Lady Off Malaysia (FLOM) dan jasanya besar memertabatkan Islam. Ada laki, laki pun tak guna pasal memalukan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bila bak bersumpah kalah Saiful, 'Wallah mana ada cincin kat tangan gua' pasal gua tak mampu nak beli maka gua yang tak berduit nih tengok sajer leh. Dulu bergegar satu Malaysia yang beliau beli cincin dengan menambung dari mula lahir sampai berlaki, berjanda lepas tuh berlaki pulak dengan merampas laki orang.

Gua nak suruh para pencacai tahap celaka baik media massa atau pun para blogger, aurat wanita tahap mana gak. Gua tak nak tanya Rosmah pasal gua dah boleh agak jawapannya ialah selgi kita berpegang kepada kitab Umno Baru yang maka kita hanya wajib menutup bahu sahaja kerana rambut wanita Umno bukannya aurat mengikut mazhad Iman Mahathir dan disokong oleh ulama-ulama muda yang berada didalam Umno Baru.

Memang benarlah mengikut satu cerita tentang perbalah antara anjing dengan babi, anjing kata dia lebih mulia dari babi kerana hukum babi mengikut hukum adalah berat berbanding babi tetapi babi pulak jawab sebenarnya walau pun aku nih hina tetapi ada lagi yang lebih hina daripada aku. Anjing bertanya siapa yang babi maksudkan, lalu jawab babi yang paling hina ialah manusia yang mempermainkan-mainkan hukum Allah s.w.t. kerana mereka diberi akal tetapi mereka meletakkan nafsu lebih tinggi daripada akal. 


Nasib baiklah Allah s.w.t. tidak membayar setiap dosa secara tunai, jika tidak pasti Najib tidak mahu memegang amanah sebagai PM dan Rosmah pasti akan memakai burga dengan tangan membilang tasbih. Apa tidaknya jika umat manusia buat dosa ajer jatuh sekilo dosa beserta dengan bayangan azab neraka. nasib baiklah meja atau TV tidak pandai berkata-kata, andainya ia boleh berkata-kata, pasti Rosmah, Wanita dan Puteri Umno akan dikutuk kaw-kaw, aku pandai pulak kamu meletakkan alas diatas aku tetapi alas kepala sendiri pun tak pandai nak tutup. Kamu nih manusia ker atau beruk, rezeki Allah kamu mahu tetapi apa yang Allah suruh kamu lawan siap dengan hujah lagi.

Ada laki, laki dayus kerana sanggup membiarkan isteri menayangkan jambulnya sedangkan muslimah-muslimah yang berada disekeliling semuanya menutup aurat. Kerana itulah gua kata yang Najib tidak layak menjadi pemimpin atau contoh pemimpin kerana aurat Rosmah pun tak berani nak beri teguran. Hukum Allah jangan kata ler, bukan setakat tak nak ikut malah secara terang dan nyata melawan dengan mempermain-main dan mempersenda-sendakan. Bagi mereka Allah itu hanya pada nama sahaja tetapi bila orang Kristian ingin menggunakan kalimah itu pandai pulak kata itu hakmilik umat Islam. Jika hukum Allah kamu tolak dan persendakan, kenapa lu menyibukkan diri untuk mempertahankannya. 

Gua tak kata gua sokong perkara ini tetapi gua sendiri malu dengan pemimpin yang bermuka-muka. Jumpa kaum Melayu dok kutuk PKR, DAP, jumpa kaum Cina dan India kutuk pulak PAS. Memang dari segi terjemahannya 'God' itu bermaksud 'Tuhan' dan ia akan janggal apabila 'God' ditafsirkan dengan perkataan 'Allah' dari segi bahasanya ianya pun sudah bersalahan kerana 'Allah' bermakna 'Tuhan tetapi 'Tuhan' pula bukan bermakna 'Allah'.

Bab-bab nih Umno ker, Perkasa ker atau Jati ker, usahlah nak menyibuk kerana agama kamu sendiri pun kamu tak boleh mempertahankan apatah lagi nak pertahankan kalimah suci 'Allah Yang Maha Esa' yang tidak beranak mahu pun diperanakkan. Jika maksiat mata pun kamu tidak boleh menghalang sedangkan kamu mempunyai kuasa untuk melakukannya, jangan nak jadi jaguh kampung pulak. Dahlah jumpa pemimpin Islam pun tidak menutup aurat, apatah lagi perkara-perkara yang berat tentang agama. 

Takkan 40 ulama muda Umno tak boleh tegur kelakuan Rosmah sorang atau mereka sendiri telah ditarbiahkan oleh Rosmah kerana Umno nih ibarat 'tong taik', kamu selak setinggi mana pun jubah kamu, pasti walau sedikit pun akan terkena taiknya. Pengerusi ulama muda Umno (ILMU) pun kahwin kat Siam pasal dia kata banyak birokrasi tentang nikah dua kat Malaysia, baru kamu tahu perkara macam nih pun kamu dah rasa susahnya. 

Bagaimana pula dengan angan-angan puak-puak ILMU untuk meperbaiki Umno dari dalam, bagi gua baik lu all gulung tikar awal-awal sebelum agama yang lu all berlajar bertahun-tahun kat luar negara akan menjadi sia-sia. Terang lagi bersuluh, semua ahli agama yang berada dalam Umno sudah berjaya dirosakkan oleh Umno, lu sape nak ubah Umno./GANR

Ahad, 20 Januari 2013

Unit Amal PAS: Jasa Dan Pengorbanannya Akan Dikenang.


Diantara salah satu dari 27 syarat ceramah yang disyaratkan kepada YB Teresa Kok jika ingin dapat kebenaran berceramah ialah Unit Amal tidak dibenarkan membantu pihak PDRM menjaga lalulintas. Mengikut akta himpunan aman yang beri digubal oleh parlimen ialah notis mestilah diberi kepada pihak polis 10 hari sebelum ceramah dilakukan. Kejayaan HKR112 yang lepas benar-benar menyakitkan hati para pemimpin Umno yang semakin celaka. Mereka merasakan yang salah satu dari dua keris bersilang lambang parti mereka tepat menekam hulu hati mereka sehinggakan mereka mempergunakan kuasa mutlak milik mereka dengan mengarahkan agar pihak PDRM mempergunakan segala tipu muslihat agar tiada lagi himpunan Aman besar dari PAS, PKR, DAP dari Pakatan Rakyat boleh diadakan lagi. 

Maka jalan terbaik untuk menjaga periuk nasi/gaji dari disekat oleh kerajaan firaun, PDRM telah mengariskan 27 syarat yang mesti dipatuthi oleh PR. Bagi kerajaan Firaun dan sekutu-kutunya dibenarkan mengadakan seberapa banyak ceramah selagi mereka mampu tanpa terikat dengan 27 syarat-syarat itu. Gua berani kata yang ceramah Umno/BN adakan tidak terikat dengan syarat-syarat ini kerana merekakan Firaun, Firaun mana boleh kena ikut syarat pasal mereka yang gubal akta itu hanya untuk pihak PAS, PKR, DAP dan PR sahaja supaya mereka mendapat kesulitan untuk turun naik pejabar PDRM..

Ini gua nak story kat bro-bro yang bersama dengan PDRM berpangkat besar yang bersemayam diatas Bukit Aman agar tolong buka sikit minda lu all. Gua tahu kuasa lu cukup besar didalam negara tetapi mesti ingat, lu all nih duk kat bumi mana. Bumi ini milik Umno/BN ker, bumi ini milik Mahathit yang mudah lupa ker, bumi ini milik pemimpin Umno ker sampai lu tak ingat dunia. Walau besar mana pangkat kat bahu yang terletak bermacam bintang, keris bersilang, lingkaran bunga padi, itu belum masuk pingat-pingat yang ada kat dada sampai senget dada kat sebelah kiri. Sedarlah walau umat yang mengaku Islam, bahasanya bumi yang pijak dan agung-agungkan itu adalah milik Allah s.w.t. dan lu all hanya diberi amanah untuk memakmurkannya dengan sebaik-baiknya.

Bodoh atau cerdik apabila datang satu kumpulan untuk membantu lu agar lu dapat menjalankan tugas-tugas lu dengan lebih lancar. Gua pun tak faham dengan bos-bos pengat lu all, bagaimana mereka menolak pertolongan tanpa meminta bermacam-macam elaun. Mereka (Unit Amal) dengan ikhlas membantu lu agar dapat meringgankan beban dan tekanan yang lu all hadapi dari bos-bos kamu yang hanya mengarah dari bilik berhawa dingin dengan kerusi yang empuk. 

Unit Amal hanya cuba membantu dengan bantuan yang ikhlas dari seorang Islam tanpa mengharap apa-apa ganjaran dari pihak kerajaan. Mereka tidak pernah menyusahkan pihak polis tetapi yang sebaliknya polis pula yang menyusahkan Unit Amal. Jangan kata nak ucap terima kasih kerana membantu tetapi mereka dipukul dengan cotar dan dihumbangkan kedalam Black Maria. Unit Amal bukannya nak ambil kuasa polis tetapi sekadar membantu penyokong PAS dan PR agar mematuhi segala undang-undang yang ada tetapi kerana kejahatan sudah menguasai fikiran ditambah dengan arahan kejam dari KDN, maka mereka dikambing hitamkan.


SEJARAH UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang  dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini  telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.
Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal  di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.
Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat  di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...