Translate

Mesti Baca

Jumaat, 18 Januari 2013

Talqin Buat Tun Mahathir Bin Mohamed.


Sesungguhnya doa orang yang teranaiya terus diangkat kepada Allah s.w.t. dan apatah lagi doa itu dipohon oleh ulama yang takut kepada Allah s.w.t. agar dipanjangkan umur Mahathir Mohamed untuk beliau melihat akan kerosakkan yang beliau lakukan terhadap Islam dan rakyat Malaysia. Memang doa al-Marhum ulama itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t.yang mana walaupun beliau sudah mencecah 88 tahun, kesihatannya tetap dalam keadaan baik. Ini bukan bermakna kerana beliau mempunyai pasukan doktor-doktor yang hebat tetapi Allah s.w.t. telah menunjukkan akan kekuasannya dengan mengangkat doa hambanya yang tawaduk dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dibumi Malaysia ini. Maka dengan ini gua bacakan talqin buat manusia perosak yang bernama Mahathir Mohamed agar beliau sempat kembali bertaubat sebelum pintu taubat tertutup buat beliau dialam musafir ini..

Bismillah hir rah man nir rahim

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepadaorang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala. Iaitu Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, wahai Mahathir Bin Wan Tempawan,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
 
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
 
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah"


Wahai Mahathir Bin Wan Tempawan tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun
wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Khamis, 17 Januari 2013

HKR112: Tahap Pemikiran Pencacai Najib/Rosmah.



Isunya ialah bagaimana pemikiran para pencacai Najib/Rosmah dan Umno berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat di KL112 mengatakan yang perhimpunan itu adalah untuk mengulingkan kerajaan korup BN. Apa para pencacai ini ingat HKR112 diadakan kerana nak sokong kerajaan ker, nama pun Kebangkitan Rakyat. Memang perhimpunan ini nak gulingkan kerajaan kerana rakyat sudah naik meluat dengan segala penyalahgunaan harta dan kuasa seperti ia milik mak bapak mereka.

Berapa jumlah peserta bukan menjadi soal kerana semua pihak mengakui yang perhimpunan ini berjaya walau pun angkanya tidak mencecah 1 juta. Jika 10 peratus kehadiran pun dah dikira sebagai berjaya kerana rakyat yang datang bukan dibayar RM50, bas percuma, penginapan 5 bintang, makan tanggung atau diberi hamper untuk dibawa pulang. Mereka datang dengan belanja sendiri tanpa surat perkeliling, malah dengan ikhlas menderma wang tunai atau barang kemas demi perjuangan untuk menumbangkan kerajaan yang sedang memerintah.

Inilah pertama kali dalam sejarah lautan manusia membanjiri ibukota dengan penuh aman apabila tiada provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerana kejayaan inilah yang membuatkan para pemimpin Umno/BN, Mahathir, Najib/Rosmah dan para pencacai tahap celaka tidak senang duduk. Mereka sedar yang kuasa yang mereka miliki selama 55 tahun akan berkubur pada PRU13 nanti. Rakyat Malaysia sudah matang dalam berpolitik dan pasti akan mengulingkan kerajaan melalui demokrasi dan mereka tidak akan melakukan sepertimana Arab Spring kerana rakyat masih percaya kepada demokrasi walau pun ia sentiasa dimanipulasikan oleh Umno/BN dan SPR. Kenyataan Sekretariat HKR112 boleh dibaca dibawah...


KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.


"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.


"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
(Gambar atas)
 
Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan.


"Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR.


Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13.


"Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya.


HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10.


Wang itu  akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara.


"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya. Sumber

Isnin, 14 Januari 2013

Berapa Lama Lagi kita Akan Hidup?.


Salam perjuangan buat pejuang-pejuang dalam usaha yang tak berbelah bagi untuk menegakkan syariat Islam di negara ini.  Seperti lu all, gua mungkin bukan contoh yang terbaik untuk diikuti kerana semasa muda gua bergelombangan dengan segala maksiat yang ada di muka bumi ini. Jika hendak dihitung akan dosa-dosa gua, mungkin gua sendiri tidak dapat menghitungnya kerana terlalu banyaknya dosa yang telah gua lakukan. Lokap dan penjara adalah rumah kedua gua dan hampir satu perempat dalam kehidupan gua adalah dipenjara.

Gua sedar setiap saat yang gua lepasi tidak sesekali akan berpatah balik dan jika masa itu boleh berpatah balik, pasti gua tidak akan mempersia-siakan walau satu saat pun. Gua sedar dan tahu yang Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-hambanya yang ikhlas. Adakah gua termasuk didalam golongan-golongan itu memandangkan neraca timbangan gua pasti senget kepada kejahatan daripada kebaikan jika gua timbang mengunakan dacing milik Barisan Nasional.

Setiap malam gua merenung akan kejahatan yang gua lakukan dengan hati yang penuh ketakutan sehinggakan bulu-bulu roma gua merengang kerana betapa takutnya gua akan azab yang akan menanti gua di akhirat nanti. Jika gua seorang awam yang mungkin ada melakukan dosa kepada beberapa orang dengan sengaja atau pun tanpa sengaja, bagaimana pula pemimpin negara yang mengawal jutaan rakyat dibawah mereka. Jika gua sendiri tidak tenang dengan dosa-dosa gua, bagaimana pula dengan pemimpin yang hidup bagai raja, mencuri, merompak khazanah negara yang diamanahkan kepada mereka.

Bagi gua yang sudah meningkat usia, gua rasa betapa cepatnya masa berlalu kerana 40 atau 60 atau 80 atau 100 tahun hanyalah umpama beberapa saat sahaja di sisi Allah s.w.t. tetapi kerana kesombangan kita sebagai hambanya merasakan hidup selama 80 tahun adalah satu masa yang cukup lama. Bagi pemimpin yang telah menjadikan kuasa dan harta adalah tuhan mereka, maka mereka cuba menunjukkan betapa angkuh dan berkuasanya mereka terhadap rakyat yang dianggap sebagai hamba-hamba yang boleh diperbodohkan dengan sedikit imbuhan.

Bagi orang beriman dunia ini adalah neraka bagi mereka berbanding dengan kaum yang tidak bersyukur seperti keturunan 'Islam pada Baka, 'Islam pada keturunan', 'Islam pada Nama', mereka tahu segala amalan mereka akan dihitung setiap perkara yang mereka lakukan baik kejahatan atau pun kebaikan tetapi kerana mereka telah bertuhan kepada kemewahan, kebendaan, kedudukan, pangkat maka dunia ini adalah syurga bagi mereka. Adakah mereka menyesal akan apa yang mereka lakukan semua itu, jawabnya tidak kerana bagi mereka halal dan haram akan menyusahkan hidup mereka untuk maju. Sebab itulah mereka menolak Islam secara total walau pun ada berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah, solat dan mengerjakan haji tetapi itu hanya sebagai menunjukkan kepada masyarakat yang mereka pun Islam.

Hakikatnya mereka-mereka inilah yang menolak secara bersungguh menentang syariat Islam dari tertegak di negara ini. Kelakuan mereka melebihi apa yang dilakukan oleh penganut agama lain sehinggakan penentang-penentang syariat Islam tidak perlu bekerja keras dalam melaksanakan agenda mereka. Lu pun mesti tahu siapa pemimpin-pemimpin yang gua maksudkan kerana mereka masih lagi menjadi Raja kepada Raja-Raja Melayu yang sudah tidak bertaring lagi kerana telah dicabut oleh si Maha firaun yang agung abad 20.

Apabila pintu-pintu taubat mereka telah ditutup rapat oleh nafsu mereka, apa sahaja teguran dari alim ulama yang muktabar ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang amat malangnya ialah ada di kalangan mereka yang cerdik agama pun sama terjebak kerana mata-mata mereka telah buta dengan kemewahan yang diperolehi dan yang tiada istilah halal atau haram kerana bagi mereka hanya istilah 'Halang' sahaja yang wujud dalam kitab anutan mereka. Demi keduniaan, mereka sanggup menghalalkan yang haram yang mengharamkan yang halal. Didalam kelompok mereka ada satu golongan yang dipanggil ulama muda atau ayat ringkasnya ILMU.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana ulama-ulama muda yang merasakan diri mereka cukup hebat sehinggakan Iman Ghazali pun diperlekehkan oleh budak-budak hingusan ini. Inilah golongan yang paling pengecut yang pernah gua jumpa kerana mereka masuk Umno pun disebabkan ada ura-ura yang kelompok mereka ini sedang dalam pemerhatian pihak polis untuk di ISAkan, Oleh kerana terlalu takut di ISAkan maka mereka telah pergi penyembahkan Umno akan tidak di ISAkan dengan janji yang mereka akan mengumumkan kemasukan beramai-ramai ke dalam parti syaitan yang dikenali. Mengikut janji mereka yang ketuai oleh Fathul Bari, seramai 44 ulama muda akan menyertainya tetapi tiba-tiba tak sampai 20 orang sahaja yang hadir.

Berbalik kepada cerita gua, seperti yang gua katakan yang gua bukanlah insan yang baik sepertimana ulama-ulama muda Umno yang berilmu tinggi tuh. Gua bagaikan sebiji kelapa komeng dalam setandan kelapa tetapi gua tidak pernah menentang sesiapa sahaja atau parti mana pun yang cuba menegakkan hukum Islam di negara ini. Gua sedar yang gua adalah jahil, sentiasa meninggalkan solat meninggalkan puasa tetapi gua sentiasa membantu Islam pada setiap pilihan raya kerana walau sejahil mana pun gua, ada sekumit perasaan dihati gua yang gua tidak akan sesekali menyekutukan Allah s.w.t. Gua sedar yang gua tidak layak ke syurga tetapi gua takut akan azab nerakaNya.

Bagi gua yang jahil ini, gua merasakan ucapan Haji Hadi yang telah dinaik tarafkan oleh tali barut Umno menjadi 'Amanat' telah banyak menyedarkan umat Islam di Malaysia akan batas-batas Iman. Ucapan beliau 33 tahun yang lepas telah berjaya menembusi ajaran sesat yang sudah berakar umbi didalam masyarakat Melayu/Islam hasil daripada dakyah songsang Umno. Umno mengajar Melayu yang politik dan agama tidak boleh bersama atau politik suku agama suku kerana itulah ajaran dari bapak Umno (British) yang berpandukan kepada agama Kristian. Mereka memisahkan gereja dari pemerintahan lalu ajaran ini diserapkan kepada anak-anak emas mereka (pemimpin Umno) yang dihantar belajar di England untuk disebarkan setelah kepada orang-orang Melayu sekembalinya mereka ke Malaya. Setelah ianya berjaya, barulah kemerdekaan diberikan kepada Malaya. 

Satu perlembagaan untuk Malaya telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan sendiri oleh Lord Reid. Maka bermulalah agama Islam didagangkan dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, setiap bangsa Melayu secara rasmi adalah Islam dan kerjaya Sultan/Raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Lalu slogan yang amat terkenal dari Umno ialah 'Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam' biarpun hidup mereka lebih kebaratan dengan memiliki bar-bar dan minuman keras menunjukkan status seseorang itu. Yang paling malang ialah ketua Agama yang amat memalukan dengan bermacam-macam skandal, hidup dengan penuh dengan kemaksiatan dengan zina, mabuk tanpa mengira waktu sehingga sampai ke tahap membunuh rakyatnya sendiri. Apakah layak manusia seperti ini menjaga dan menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri tanpa merasa takut akan azab yang menanti mereka nanti. Mungkin mereka merasa yang mereka cukup kebal daripada hukuman dunia tanpa memikir yang hukuman di akhirat lebih dahsyat tanpa kita sendiri tidak boleh membayangkan dengan akal fikiran kita.

Sedarlah wahai pemimpin dan para pencacai yang mengharapkan sedikit habuan dunia, mati itu benar,  hidup selepas mati itu benar, padang Mahsyar itu benar, Neraka itu benar, Syurga itu benar, azab Allah s.w.t. terhadap makhluknya itu benar.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...