Translate

Mesti Baca

Rabu, 18 Disember 2013

Sunni Vs Syiah

 Berhukumlah kamu wahai ASWJ dengan hukum Allah jika kamu adalah orang yang benar
 Adakah ini adalah pegangan ASWJ

Bila Syiah dan perkembangan mutakhir nih, gua terkenangkan tentang pertanyaan seorang pakcik kepada gua tentang Syiah. Isunya tentang tuduhan Umno terhadap PAS yang dilihat menyokong Revolusi Iran di mana tumbangnya rejim Shah Iran. Peristiwa yang ini berlaku selepas beberapa tahun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri dan PAS sedang menuju kepada kepimpinan ulama selepas Datuk Asri meletak jawatan sebagai Yang DiPertua PAS.

Ketika Mahathir cuba mengengkam kebangkitan Islam maka rejim Mahathir telah menuduh PAS cuba memecah belahkan bangsa Melayu dengan fitnah menSyiahkan negara. Maka dicanangkan kepada rakyat Malaysia melalui media yang dikuasai oleh Umno iaitu RTM dan Utusan Melayu bahawa hanya pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (Sunni) yang betul, pegangan Syiah menyesatkan.

Gua jawab jika Umno kata mereka adalah betul kerana berpegang kepada ASWJ atau sebenar-benar Islam/Muslim dan Syiah itu sesat, kenapa mereka/Umno tidak melaksanakan hukum Islam tetapi yang dituduh sesat/Syiah itulah lebih ke depan melaksanakan hukum Islam. Yang dituduh sesat itulah mewajibkan wanita-wanitanya menutup aurat dan bukannya ada selendang buat tutup bahu. Sepatutnya wanita Umno malu kat TV dan meja. Jika TV dan meja pandai berkata-kata pasti diperlinya orang Umno, "atas aku pandai kau tutup tapi kepala engkau sendiri tak reti-reti nak tutup".

Tuduhan terhadap PAS penganut Syiah ni bukannya isu baru kerana ia sudah lama berlaku. Gua masih ingat bagaimana rejim Mahathir yang sekular begitu takut dengan kebangkitan Islam maka berbagai fitnah dilakukan terhadap PAS. Saham Mahathir cukup besar dalam menyesatkan orang Melayu dari mendekati Islam kerana pegangan sekular yang ada pada Mahathir dan para pemimpin Umno. Kerana itulah undi untuk PAS jatuh merudum kerana Umno mempergunakan RTM, agensi kerajaan dan pemikiran rakyat Malaysia ketika itu dipenuhi dengan pembohongan Umno.

PAS waktu itu hanya boleh menerang dan mempertahankan diri melalui ceramah-ceramah sahaja, itu pun setiap ceramah pasti akan di intip oleh SB-SB. Berbeza dengan zaman sekarang di mana segala maklumat hanya di hujung jari sahaja. Gua tetap akui jasa Mahathir berkaitan dengan kebebasan IT yang mengikut jangkaan beliau akan memperkuatkan lagi pengaruh Umno tetapi beliau tersilap kerana ia telah memberi kelebihan kepada PAS dalam penyebaran maklumat di mana Umno jauh tertinggal.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...