Translate

Mesti Baca

Isnin, 16 Disember 2013

Selepas Mat Sabu Kini PAS Pulak Dituduh Syiah. Adakah Lapuran Utusan Meloya Ini 'Gred A'....!!!!!!

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kini hangat dikaitkan dengan fahaman Syiah.

PAS didakwa sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi, lapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. 

Akhbar berbahasa Melayu itu memetik sumber keselamatan yang memaklumkan, PAS mula diresapi Syiah selepas Revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai parti itu dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.

Menurut Utusan Malaysia, maklumat risikan percaya satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.

"Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.

"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan PAS yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Menurut sumber terbabit, pada tahun lalu sahaja lebih 100 pengikut fahaman Syiah dari Malaysia menyeberangi sempadan untuk menyambut hari memperingati Arbain di markas terbesar Syiah di Asia Tenggara yang terletak di Satun, Thailand.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penelitian, tahun lalu tiada pemimpin kanan PAS yang disyaki terlibat dengan gerakan Syiah mengunjungi Satun, sempena hari memperingati kematian cucu Rasulullah, Saidina Hussein.

Semelam media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari, berkata mereka merupakan individu terdekat dan rapat dengan pemimpin itu.

“Ada yang 'sekapal' daripada sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa dia cakap, buat dan libatkan aktiviti berkaitan Syiah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah tetapi gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.

"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.

Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah.
Sumber

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang sebenarnya zamihan tu bapak setan syiah yg menyamar sebagai manusia danh jadi macam babi gila

IbnAbdHalim berkata...

Zamihan Mat Zain Al-Ghanam adalah Syiah tulen. Beliaulah makhluk perosak yang sering meduding orang ini dan orang itu Syiah, Wahabi, Qadiani dsb. Dia telah disaman oleh Dr Azwira Abdul Aziz kerana menuduh Wahabi. Kini Mat Sabu pula sasarannya.

rantai berkata...

tak perlu melatah .... itulah tektik umno hendak menjajah minda melayu agar tidak lari darinya .... mula-mula "video seks", kemudian "komunis", kemudian "ekonomi puak cina", kemudian "kalimah Allah" dan sekarang "syi'ah" .... tiada lain yang boleh diutarakan oleh umno kecuali gagal belaka .... sebagai pengurus kerajaan pun gagal....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

btOl tuw...hek eleh,,xdew cara lain ke....ingt lh umno akn dapat blasan di akhrat kelak sbb mnabur fitnah dan menuduh orang ni adlh dOsa bsar...bebas kn malaysia kita wahai umat islam...bejuang lh ke arah jalan ALLAH...wallahualam..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...