Translate

Mesti Baca

Selasa, 24 Disember 2013

Adakah Rakyat Semakin Bodoh...!!!!


Apabila anaknya datang untuk berbincang maka ditanya anaknya, "apakah urusan kamu datang, adakah kerana urusan tentang negara atau pun tentang urusan keluarga", lalu anaknya menjawab ia tentang keluarga. Mata ditiup pelita minyak dan dinyalakan pelita milik beliau sendiri. Beliau menjelaskan pelita yang dipadamkan itu adalah milik negara dan pelita yang dinyalakan ini pula adalah dari sumbernya sendiri. Itulah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah agung umat Islam.

Baginda tidak menyalah gunakan harta milik negara dengan sewenang-wenangnya walau pun baginda boleh menggunakannya. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah seorang yang warak lagi zuhud dan adil walau pun pemerintahannya hanya bertahan selama dua tahun setengah, baginda telah meninggalkan nama yang cukup harum dalam dalam sejarah Islam.

Pada zaman pemerintahannya, Islam benar-benar berada di puncak kegemilangan dimana ketika itu betapa sukar untuk mencari fakir miskin. Diriwayatkan bahawa didalam perbendaharaan negara yang baginda tinggalkan berjumlah 1 bilion dinar atau lebih kurang RM 800 bilion. Kemegahan bukan sifat baginda dan baginda berbelanja cukup hanya untuk keluarganya tanpa berlebih-lebih.

Baginda tidak bermegah walau pun baginda berkedudukan tinggi dalam pemerintahan. Baginda tidak memperkayakan keluarganya dan apa yang baginda ada, itulah yang ditinggalkannya. Baginda adalah sebaik-baik teladan selepas para Sahabat r.a. Jika dizamannya rakyat dicari untuk mengagihkan bantuan dari baitumal tetapi sekarang rakyat memang dicari-cari bukan untuk mengagihkan bantuan, rakyat dicari untuk menyamun harta demi mengisi tabung negara yang sudah kering kontang.

Rakyat ditekan dengan berbagai cara baik dari segi kenaikkan barang keperluan bahkan bermacam-macam cukai diperkenalkan demi menutup segala ketirisan para pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka lakukan. Rakyat sudah menjadi peminta sedekah di negara sendiri dengan berbagai helah yang mereka lakukan.

Rakyat disuruh berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros sakan tanpa memikirkan akan kesan yang terpaksa negara hadapi. Yang lebih malang ialah mereka hanya memekakkan telinga mereka apabila rakyat merintis dan lebih malang lagi ialah masih ada lagi yang menyokong mereka walau pun mereka tahu apa yang pemimpin mereka lakukan. Kenapalah bodoh dan jahil sangat untuk menilai akan segala bukti didepan mata.

Memang kita akui susah untuk mencari pemimpin seperti itu tetapi takkan kita tidak boleh mengambil serba sedikit contoh yang ditunjukkan dalam pengurusan negara.  Mungkin kehidupan elit sejak kecil tidak pernah merasai akan kesusahan maka ia terbawa-bawa sehingga sekarang. 

Jangan kata nak mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bila KM Pulau Pinang menyuarakan keazaman beliau untuk mencontohi Khalifah Umar pun mereka memperlekehkan. Inilah kesombongan dan keangkuhan yang mereka miliki kerana bagi mereka hanya mereka sahaja yang betul biar pun negara sedang menuju kemusnahan. Ada mereka kesah...

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...