Translate

Mesti Baca

Jumaat, 27 Disember 2013

Adakah Anda Seorang Islam Atau Seorang Mukmin?

 Rakyat dikasari

Islam adalah agama yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah S.A.W untuk umatnya. Seorang Islam belum tentu beliau seorang mukmin tetapi seorang mukmin sudah pasti ia seorang Islam. Dalam masyarakat sekarang ini Islam terbahagi kepada beberapa perkara iaitu Islam Baka, Islam Keturunan, Islam pada nama dan Islam mukmin.
  1. Ramai yang mengaku mereka itu Islam tetapi tidak pernah mengamal apa yang disuruh. 
  2. Ada yang mengaku Islam tetapi kehidupan mereka tidak layak untuk memanggil mereka Islam. 
  3. Ada yang mengaku Islam tetapi dalam bab menutup aurat adalah satu perkara yang amat susah untuk di laksanakan. 
  4. Ada yang mengaku Islam tetapi solat mereka tidak pernah dijaga. 
  5. Ada yang mengaku Islam tetapi merekalah penghalang besar kepada syariat Islam. Ada yang mengaku Islam tetapi apabila Islam dihina kerana kelakuan mereka sendiri.
  6. Ada yang mengaku Islam dan penganut agama lain menegur mereka maka mereka-mereka inilah yang paling lantang mempertahankannya walau pun semua itu disebabkan tindakan mereka sendiri.
Maka di mana kedudukan anda tentang perkara ini sebelum anda mengaku yang anda benar-benar seorang Islam lagi Mukmin. Bila melibatkan aurat, mereka pasti dengan alasan bodoh, yang memakai tudung belum tentu baik dan yang tidak memakai tudung tidak semesti jahat kerana iman terletak dihati masing-masing. Ramai yang bertudung melakukan maksiat tapi memikirkan menutup aurat adalah perintah Allah SWT yang tidak boleh berkompromi. Masalah baik jahat itu perkara kedua kerana kepada yang menutup aurat akan mendapat satu ganjaran pahala dan jika mereka mengikut amalan maka mereka akan mendapat dua pahala.
Islam dipersendakan melalui fasyen

Berbanding pula yang memberi alasan bodoh tentang aurat kerana mereka akan berdosa sepanjang masa dengan tambahan dosa-dosa yang bukan muhrim melihatnya walau pun mereka melakukan perkara yang baik, mereka tetap menerima satu pahala sahaja yang mana mungkin tidak akan dapat mencover dengan dosa tidak menutup auratnya.

Yang lebih parah ialah orang yang mengaku Islam tetapi merekalah pakar yang membawa kemungkaran dengan melawan Hukum-Hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasul Nya S.A.W. Bukannya mereka tidak tahu kerana mereka adalah para pemimpin dan mereka bukan sahaja menolak dalam keadaan mereka berkuasa untuk melaksanakan malah mereka mempersenda-sendakan dengan cemuhan-cemuhan dengan tuduhan Hukum Allah SWT adalah zalim bagi peradaban manusia dan ia tidak sesuai untuk di laksanakan atau bahasa mudahnya ialah 'Hukum Allah sudah lapuk'.
Demi menyedarkan, rakyat ditangkap secara zalim

Bagi mereka hukum ciptaan manusia adalah yang paling sesuai kerana ia mengikut peredaran zaman dan diterima oleh dunia barat dan para pemimpin negara umat Islam. Di sinilah mereka meletakkan kedudukan Allah pada sisi mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih bijak dalam urusan duniawi. Apakah sikap anda yang mengaku sebagai Islam/Muslim dalam menjawab hujah-hujah yang amat dangkal atau sememangnya anda sendiri akan berdiri teguh bersama dengan pemimpin anda itu.

Jika ia sudah menjadi isu akidah kerana ia melibatkan Rukum Iman, maka adakah anda melepaskan diri anda di Padang Mahsyar dengan menyalah para pemimpin ini sedangkan anda lah yang memberi mereka undi/kemenangan untuk memerintah. Mungkin anda akan selamat jika tiada peringatan atau nasihat atau amaran dari para ulama pada ketika itu kerana hanya ulama-ulama pencacai sahaja yang wujud ketika zaman anda. Tetapi betulkah tiada amaran telah diberikan oleh para ulama tentang perkara ini sehinggakan ulama-ulama yang menjaga Islam telah dibunuh, di seksa dipenjarakan.
Arak adalah melambangkan status seorang pemimpin

Anda perlu ingat setiap undi yang anda berikan kepada para pemimpin yang zalim, anda tetap tidak akan terlepas daripada keadilan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar walau sebesar zarah pun. Ketika itu mulut anda tidak lagi dapat membela anda kerana semua anggota badan anda akan menjadi saksi walau pun anggota itu adalah milik anda sendiri. Anda tidak boleh mengatakan itu hanya undi sahaja yang diwujubkan oleh manusia-manusia yang durjana. 

Sekiranya orang yang anda undi itu memang menunjukkan kewarakan, kebaikan, kezuhudan dan ia memang diketahui oleh masyarakat tetapi sampai masanya bila kuasa sudah berada di tangannya tiba-tiba beliau berubah atau berpaling dari Allah SWT dan Rasul Nya S.A.W, maka anda telah berlepas tangan. Sebagaimana sekarang ini dengan kemenangan Umno/BN yang menang dengan undi anda berikan, maka anda akan bertanggung jawab di hadapan Allah SWT. 

Pasti akan ada manusia-manusia yang akan bersikap angkuh dengan mencabar Allah SWT dan sesungguhnya celakalah mereka-mereka ini walau pun mereka mengelar diri mereka ulama. Sejarah telah ditulis sebelum anda bagaimana para pemerintah yang sanggup berpaling demi duniawi yang sikit pun tiada makna bagi Allah SWT.

Di antara saham-saham anda yang dikira ketika ini ialah...
  • Anda membantu kerajaan yang zalim
  • Anda membuatkan rakyat hidup menderita
  • Anda membantu pemimpin anda bermegah
  • Anda membantu isteri-isteri pemimpin bertelanjang
  • Anda membantu kerajaan menyesat umat Islam
  • Anda membantu para pemimpin mencuri khazanah negara
  • Anda membantu keluarga pemimpin bermewah menggunakan hasil rasuah
  • Anda membantu pemimpin menghina Allah dan Rasul Nya
  • Anda membantu pemimpin menzalimi rakyat
  • Anda membantu rakyat hidup dalam kemiskinan
Apa yang anda dapat daripada jasa-jasa anda itu ialah BR1M sebanyak RM 600 setahun dan itulah nilai sebenar harga diri anda untuk anda ceritakan kepada cucu-cicit anda nanti. Dan aku bersumpah bahawa aku bukan di kalangan kamu dan kamu bukan di kalangan kamu. Semoga anda diberi hidayah sebelum Izrail a.s. datang menjemput anda, maka bertaubatlah kamu kerana pintu taubat sentiasa terbuka dan buanglah keegoan kamu kerana bagi Allah SWT, kamu bukan apa-apa pun.

2 ulasan:

kampong lad berkata...

1. islam 24/7 bukan bermusim spt maulud, maal hijrah, solat raya posa & haji, korban, nikah kawin & beranak & mati.
2. br1m i, ii & seterusnya adalah satu penghinaan terhadap rakyat, cuma pemerintah tak kata kucing kurap atau paria.

Tanpa Nama berkata...

INILAH DOA YANG PATUT KITA BACAKAN BERAMAI RAMAI YA ALLAH, YA RAHMAN ,YA RAHIM,TUHAN YANG MAHA ESA SELURUH ALAM.BANTULAH KAMIRAKYAT MALAYSIA YANG TELAH DIZALIMI OLEH PIHAK PEMERINTAH YANG DIKETUAI OLEH NAJIB DAN MAHYUDIN INI.HANCURKANLAH PEMERINTAHAN MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU SERTA SEKUTUNYA DAN JUGA KELUARGA SERTA ZURIATNYA SEBAGAIMANAENGKAU MENGHANCURKA PEMERINTAH ABRAHAM DENGAN BURUNG ABABIIL,KARUT DENGAN HARTA NYE ,FIRAUN KUASA NYA.BERIKAN LAH KEMENAGANKEPADA RAKYAT NEGARA INI YANG MAKIN HARI MAKIN TERDESAK DALAM KEHIDUPAN NYA.BANTU LAH KAMI YA ALLAH LAKHANATKAN LAH PUAK PUAK PEMERINTAH INI YA ALLAH DENGAN TANPA BELAS KASIHAN PADA MREKA YA ALLAH.BERI LAH KEKUATAN SERTA KEMENANGAN KEKPADA KAMI UNTUK MENETANG ERAJAAN KUFUR INI YA ALLAH.AMIN

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...