Translate

Mesti Baca

Rabu, 20 November 2013

Siapa Bakal Terpilih...!!!!!!

Tinggal 48 jam sebelum pemilihan pusat PAS, persaingan antara dua calon timbalan presiden parti Islam itu masih sukar ditentukan kelebihan memihak kepada siapa, dalam pertembungan yang diibaratkan umpama 'buku bertemu ruas'.

Penyandang Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, masing-masing tidak dapat mendabik dada sudah benar-benar selamat. Bahkan, dijangka, yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua.

Menurut sumber-sumber PAS, keputusan pemilihan bergantung kepada undi menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa yang dianggap mempunyai kuasa penentu.

Sokongan yang diperoleh mereka di peringkat kawasan perlu diambil kira memandangkan kedua-duanya memperolehi jumlah pencalonan tertinggi daripada Mohamad dan Nik Amar.

Masih tidak jelas undi itu akan pergi ke mana. Bagaimanapun, ia dilihat bergantung kepada hubungan kedua-dua calon dengan Tuan Ibrahim dan Husam.

Satu versi menyatakan, Mohamad mempunyai kelebihan berdasarkan hubungan 'tidak mesra' Nik Amar-Husam akibat politik dalaman PAS Kelantan dan kerajaan negeri.

Kedua-dua mereka pernah menjadi exco yang sama-sama berpengaruh bawah pimpinan tokoh terpenting PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.

Bagaimanapun, hubungan Mohamad dan Husam juga mempunyai sejarah 'calarnya' sendiri apabila sama-sama berentap pada 2009 untuk jawatan sama dalam pertembungan tiga penjuru dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad dan Husam walaupun dianggap satu aliran, masing-masing gagal berkompromi - situasi yang memberikan kelebihan kepada Nasharuddin, calon proulama ketika itu.

Trend 4 tahun pemilihan
Sementara itu, di atas kertas, trend pengundian sejak empat tahun lalu tidak menyebelahi Mohamad yang hanya mendapat sokongan satu pertiga daripada lebih 1,000 perwakilan pada 2011.

Pada 2009, Mohamad tewas dengan sokongan terendah 261 undi, Husam (281 undi) dan Nasharuddin 480 undi. Perpecahan undi Mohamad dan Husam menjadi punca kekalahan kumpulan profesional.

Dalam pemilihan dua tahun berikutnya, trend sebaliknya pula berlaku apabila Mohamad - calon tunggal kumpulan profesional - menang tipis akibat perpecahan undi kumpulan ulama.

Mohamad menang jawatan timbalan presiden dengan 420 undi berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).

Berdasarkan angka itu, bermaksud Mohamad gagal mendapat sokongan bulat penyokong Husam selepas dua tahun.
Bahkan, kumpulan ulama menambah penguasaan mereka daripada 480 undi pada 2009 kepada 624 (gabungan undi Tuan Ibrahim dan Nasharuddin) pada 2011.

Ini menyebabkan Mohamad, walaupun mempunyai kelebihan penyandang, tetap tidak senang duduk.

Namun begitu, telahan ini hanya akan menjadi kenyataan dengan mengandaikan faktor-faktor lain tidak berubah. Tetapi itu tidak mungkin.

Menilai daripada aspek aktivisme dan kepimpinan, Mohamad dilihat lebih ke hadapan memimpin massa dalam isu-isu penting, antaranya melalui demonstrasi BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Beliau juga dilihat sebagai tokoh nasional berbanding Nik Amar yang hanya dikenali di peringkat negeri walaupun turut menganggotai jawatankuasa Pusat PAS.

Malah, kewujudan kumpulan-kumpulan dalam PAS Kelantan, yang Mohd Amar dianggap antara pemain utamanya, tidak menjanjikan kelebihan kepada ADUN Panchor itu.

Korban perjuangan sendiri?

Mohamad juga menyandarkan harapan kepada populariti sebagai pemidato 'bersuara emas' PAS dan aktivismenya yang menyaksikan beliau turun naik mahkamah dan ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Manakala Nik Amar pula menyandarkan peluangnya kepada berpengalaman dalam kerajaan negeri yang diberi kepercayaan oleh Nik Aziz, termasuk mengantikan kuliah mingguan mursyidul am PAS itu.

Statusnya sebagai anak 'tok guru Nik Lah' yang memperoleh sarjana dalam bidang teologi di Birmingham, United Kingdom itu juga dilihat mempengaruhi keputusan pengundian Jumaat ini dalam parti berteraskan agama itu.

Nik Amar juga tidak dihantui kontroversi di peringkat nasional berbanding Mohamad yang masih berhempas pulas menepis tuduhan berfahaman Syiah dan isu khalwatnya lama dahulu, walaupun mahkamah telah membebaskannya.

Semua ini sudah tentu akan dipertimbangkan perwakilan bagi menentukan masa depan PAS, termasuk hubungan dalam Pakatan, prospek untuk pilihan raya umum ke-14 dan arah tuju parti dalam keadaan trend politik yang makin melampui sentimen.

Sesiapa pun yang menang pasti akan memainkan peranan besar menentukan semua ini, terutamanya ikatan PAS dalam Pakatan yang terbukti berhasil sejak awal kerjasama pada 2008.

Persoalannya, antara budaya aktivisme dan kepimpinan ulama, pihak manakah yang benar-benar diperlukan PAS buat masa ini?

Tetapi, jika Mohamad tewas, keputusan itu pastinya ironi sekali di mata penganalisis.

Mohamad, 30 tahun lalu antara tokoh yang paling terkedepan memperjuangkan kepimpinan ulama. Dan 30 tahun kemudian, adakah beliau akan menjadi korban perjuangannya sendiri?

24 ulasan:

DinSerati berkata...

kuang kuang kuang
apa bezanya antara Mat Sabu dengan Nik Amar?
Mat Sabu adalah abang kepada Nik Amar, kedua-duanya adalah adik beradik. Otak keduanya berada dalam tempurung yang sama, yang berbeza adalah rambut. Dimana rambut Mat Sabu lebih tajam dari rambut Nik Amar.
Jika Mat Sabu tidak merupakan calon dari kelompok ulama. Nik Amar juga bukan dari kelompok ulama.
Jika Mat Sabu seorang aktivis PAS yang bersemnagat dan tahan uji, maka Nik Amar seorang pentadbir dan aktivis PAS yang telah diuji semangatnya sejak dari bapanya.
Jika Mat Sabu kurang mesra dengan UMNO, maka tiada bukti pula bahawa Nik Amar mesra dengan UMNO.
Jika Mat Sabu disokong oleh profesional, maka Nik Amar juga akan disokong oleh profesinal.
Jika TGNA mengatakan Mat Sabu seorang ulama, Nik Amar juga disayangi TGNA sebagai seorang ulamak.
Tiada ulama tiada profesional dalam pimilihan PAS. Yang pasti ahli PAS akan memilih salah seorang yang akan menguatkan parti, mengeratkan hubungan dengan PR dan meruntuhkan UMNO.
Saya yakin Mat Sabu akan redha jika beliau Nik Amar menang, kerana yang menang adalah adiknya. Begitu juga Nik Amar tidak akan kecewa jika abangnya mengalahkannya.
Yang penting! Mat Sabu jangan jadi seperti Nasaruddin Mat Isa apabila kalah kepadanya, dan Nik Amar jangan jadi seperti Husam Musa apabila tidak terpilih sebagai Tim. MB kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Tapi calon ulamak ni kalu kalah selalunya lompat parti atau keluar parti. Buktinya si nasa tu. Elok berhati-hati........

Tanpa Nama berkata...

kalu nak majukan pas kawasan kelantan aje, boleh la pangkah nik amar. Kalu nak tengok Pas maju seluruh negara, elok kalu pilih mat sabu.

orang Johor, melakam negeri sembilan, selangor, perak, kedah, pahang, perlis, sabah dan serawak tak kenal pun nik amar. Tapi kalu tanya siapa mat sabu, mereka akan kata mat sabu tu Pas......

selain nik aziz, hadi awang, husam, dan mat sabu..... aku tak berapa tau pasal pemimpin pas lain termasuklah nik amar nih....

Tanpa Nama berkata...

ada pulak org pas yg beri cadangan supaya org no 1 dan no 2 diisi oleh group ulamak aje. Kalau begitu mintak pas tulis dalam perlembagaan parti supaya kita senang. (senang cabut dari pas ke parti lain yang lebih terbuka kepimpinannya)

Tanpa Nama berkata...

Kalau nik amar menang sudah pasti hudud dan lebuh raya bakal menjadi kenyataan di kelantan :)

Tanpa Nama berkata...

Di kedah, ulamak pas sarankan kajian semula pas dalam PR sebab undi merosot. Post mortem dah siap??? Keluar aje la, buat apa nak acah2

Di penang pas mintak jawatan lagi, kalau tak bagi akan keluar dari pentadbiran penang. Keluar aje la. Ada kat sana pun macam gunting dalam lipatan. Elok keluar terus dari pakatan. Kalu keluar PR tentu boleh menang banyak dan boleh tukar bn perintah malaysia. Boleh la hadi jadi PM

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya ni....org pas yang kata mat sabu tu syiah, pernah ke tengok mat sabu sembahyang alas batu kat dahi??

Tanpa Nama berkata...

Kat tempat aku ulamak pas pakai jubah putih ngan serban time buat gotong royong bersih longkang kat taman. Nak angkut sanpah sikit pun takut jubah kotor. Tapi part mengarah memang dialah juara! Pemimpin la katakan!

Tanpa Nama berkata...

ada pula sebahagian kecil yang mengaku ulamak berkepul2 merokok masa duduk kat tangga surau

Tanpa Nama berkata...

ulamak pas ni geng dia cuma dengan ulamak2 pas jugak. Dengan org profesional dan mat2 rempit dia pandang sebelah mata aje. Iya la, darjat tahap ulamak katakan, mana standard nak bergaul dengan mat2 rempit...

Tanpa Nama berkata...

Dah ada jawatan timbalan BM tu tak payahlah nak rebut jawatan lagi. Satu jawatan tu pun dah cukup untuk nik amar tak tidur malam. Janganlah tamak sangat jawatan. Lagi pun mat sabu ni bukan ada jawatan lain pun.

lagi banyak jawatan, lagi banyak soal masa kat kubur nanti. Mampu ke nik amar nak menjawabnya?

Tanpa Nama berkata...

utusan pun macam suka aje kalu nik amar jadi timbalan Pas. Ada udang balik batu kot utusan ni...

aku teringat kata hamba Allah ni. Kalu utusan suka maknanya tak baik utk pas. klu utusan tak suka maknanya baik utk pas.

Tanpa Nama berkata...

hasan pon sokong klu ulamak menang..... kan ker pelik bunyinya tu!

Tanpa Nama berkata...

Timbalan - Mat Sabu
Naib - Husam, Tuan Man, Mahfuz
Pemuda - Suhaizan Kayat
Naib Pemuda - Raja Iskandar

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengelakkan perpecahan undi kepada Mat sabu, Husam dan Tuan Man dengan rela hati tidak memilih bertanding timbalan. Di sini kita seolah2 sudah membaca siapa bakal menjadi timbalan Pas

Tanpa Nama berkata...

satu orang, satu jawatan sudahlah. Buat apa pegang dua tiga jawatan kalau kerja tak jalan!

Tanpa Nama berkata...

Bila Nik Aziz tidak lagi menjadi MB Kelantan, Pas kelihatan lemah dan menuju ke arah perpecahan. Ia semakin jelas apabila pas dilihat berpuak2 antara golongan ulamak dengan golongan profesional. Dalam Pas, puak ulamak dilihat seperti ingin mendominasi segala-galanya termasuklah dalam soal pemilihan pemimpin tertinggi

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda awal menunjukkan Pas sedang menuju ke arah kemusnahan ialah apabila golongan ulamak mula mengejar jawatan

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda awal menunjukkan Pas sedang menuju ke arah kemusnahan ialah apabila golongan ulamak mula mengejar jawatan

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda awal menunjukkan Pas sedang menuju ke arah kemusnahan ialah apabila golongan ulamak mula mengejar jawatan

Din Serati berkata...

Kuang Kuang Kuang
Siapa yang akan terpilih Tim Presiden PAS 2013. Mat Sabu atau Nik Amar?.
Walaupun dengan berat hati. Aku yakin bahawa Nik Amar akan terpilih, walaupun Mat Sabu lebih terkenal.
Penolakan Tuan Man sebagai calon Tim Presiden merupakan petanda awal kepada pemilihan Nik Amar. Sama ada penolakan tersebut bagi memberi laluan kepada Nik Amar atau satu kebetulan, itu bukan suatu persoalan. Yang penting Mat Sabu akan berhadapan dengan Nik Amar, satu lawan satu. Ini bermakna perwakilan tidak mempunyai pilihan ketiga sebagai jalan keluar.
Dalam dua pemilihan lepas, sokongan yang diterima oleh Mat Sabu adalah sama. Mat Sabu kalah dengan bilangan undi yang sama dengan kemenangannya.
Apa yang jelas, kemenangan Mat Sabu pada pemilihan lepas disebabkan Tuan Man membuat keputusan untuk bertanding disaat akhir. Dimana beliau tidak sempat menarik sokongan daripada penyokong ust. Nasa. Undi yang sepatutnya diperolehi oleh Tuan Man masih melekat kepada ust. Nasa.
Nik Amar bukan sahaja akan mendapat sokongan padu dari 3 negeri pantai timur. Bahkan beliau akan mendapat sokongan total daripada penyokong tegar Tuan Man. Bahkan pengaruh Mursyid am dan Presiden parti juga akan mempengaruhi keputusan perwakilan. Sungguhpun Nik Amar tidak terkenal diluar Kelantan berbanding dengan Mat Sabu. Namun Nik Amar sangat dikenali kalangan kepimpinan parti. Dimana kebanyakan mereka akan menjadi perwakilan dan mempunyai kuasa undi.
Inilah sebenarnya akan mempengaruhi keputusan pemilihan kali ini. Sementara isu lain akan dilihat sebagai isu yang tidak relevan kepada perwakilan. Dimana peratusan pengaruh isu-isu yang dibangkitkan kepada sokongan perwakilan adalah kecil.
Kebanyakan isu yang dibangkit dalam blog dan media internet tiada kaitan semnagat yang dimiliki oleh ahli PAS. Bahkan isu-isu ini dianggap oleh ahli PAS sebagai ancaman kepada perpaduan dan pemikiran jama'ei.

Din Serati bukan Din Ayam berkata...

Kuang kuang kuang
Siapa tiga orang naib presiden PAS selepas pemilihan ini??.
Soalan yang boleh dijawab oleh sesiapa sahaja, walaupun orang yang buta dan pekak politik PAS. Namun aku memilih Tuan Man, Salahuddin dan Mahfoz terpilih sebagai naib Presiden. Dua yang gagal terpilih adalah Husam Musa dan Abu Bakar Chik.
1- Tuan Man merupakan pimpinan PAS yang diterima umum dalam parti. Tambahan pula jawatan yang sesuai untuk beliau tandingi adalah Tim Presiden parti. Namun beliau membuat kejutan untuk bertanding dalam jawatan yang lebih rendah dalam hiraki parti. Para perwakilan tidak mempunyai masalah untuk mengamanahkan kepada beliau jawatan naib presiden parti.
2- Salahuddin Ayub, pemimpin masa depan PAS yang banyak bekerja daripada beretorik. Disenangi oleh kepimpinan dan ahli parti. Jika undi beliau tidak mencapai bilangan maksima, mungkin disebabkan perwakilan takut dengan sikapnya yang serius dan kurang senyum.
3- Mahfoz Omar, seorang pemimpin yang dilihat tegas dan berani berhadapan dengan UMNO. Walaupun beliau dijangka mendapat saingan sengit dari calon lain. Namun beliau merupakan aset bernilai untuk dikekalkan sebagai naib presiden parti. Jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Kedah akan menjadi sebab untuk beliau terpilih. Perwakilan juga akan menilai kejayaan beliau mengekalkan kerusi Sungai Limau dalam PRK lepas.
Dua orang yang tiada nasib dalam pimilihan kali ini adalah Husam Musa dan Abu Bakar Chik.
1- Husam Musa merupakan aset penting dan pemimpin pelapis kepada PAS. Mungkin beliau dikenali dikalangan perwakilan, namun tiada siapa yang menafikan, bahawa sokongan daripada PAS Kelantan merupakan senjata utama beliau untuk bertapak dalam saf kepimpinan PAS peringkat pusat. Adakah beliau mendapat sokong padu daripada PAS Kelantan dalam pemilihan kali ini?. Bagaimana beliau akan mendapat lampu hijau dari perwakilan negeri-negeri lain, tanpa sokongan daripada PAS Kelantan?. Persoalan ini merupakan titik tolak yang menentukan pemilihan beliau.
2- Abu Bakar Chik, seorang mujahid dan pejuang yang banyak berjasa kepada parti, terutama ditahun 80an dan 90an. Namun penawaran beliau untuk jawatan ini akan dilihat sedikit terlambat. Sepatutnya beliau tidak meninggalkan saf kepimpinan peringkat pusat terlalu lama. Namun jasa beliau tetap diingatidan dikenang.

Tanpa Nama berkata...

Sila berambus kalau betui la hg orang pas

Tanpa Nama berkata...

Fitnah2 la lagi.... dasar perangai umno

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...