Translate

Mesti Baca

Isnin, 25 November 2013

Kelantan Dan Hudud


Sudah 20 tahun hukum Hudud diluluskan oleh DUN Kelantan tetapi sampai sekarang belum terlaksana. Ada yang memomokkan isu ini untuk dijadikan modal politik dan ada yang kata aku dah serabut mendengarnya. Kita ingat semakin intelek seseorang itu maka semakin beliau memahami akan keadaaannya tetapi mereka tetap menyalahkan PAS yang kononnya hanya pandai bercakap ajer. Tanpa merasa malu mereka mengambil contoh Negara Brunei Darussalam (semoga diberkati) yang berjaya melaksanakan Hukum Hudud dengan jayanya tanpa memikirkan dialam yang nyata.

Bolehkah yang mengaku bijak pandai menyamakan Negeri Kelantan dengan Negara Brunei tanpa memikir skop yang luas tentang isu ini. Sedangkan jika kita hendak buka restoran pun banyak perkara kena ikut prosedur apatah lagi untuk melaksanakan Hukum Syariah. Yang malangnya orang PAS pun terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh Umno yang memang diketahui akan pegangan mereka tentang agama yang mereka anuti.

Siapa yang memegang Putrajaya dulu dan sekarang ini kerana perkara ini adalah perkara yang cukup besar kerana tanpa sokongan kerajaan pusat sampai mampus Hukum Hudud tidak akan terlaksana. Adakah kerajaan Negeri Kelantan memiliki polis, penjara sendiri sedangkan permohonan Selangor untuk memiliki polis bantuan sendiri pun ditolak oleh kerajaan pusat. Jika kerajaan Negeri Kelantan memiliki polis dan penjara pun sudah cukup untuk melaksanakan Hukum Hudud walau pun tiada sokongan pusat janji tiada sekatan daripada kerajaan pusat.

Ada menteri pencacai kata kerajaan pusat tidak pernah menghalang perlaksanaannya walau pun Kerajaan Kelantan mengemukakan bukti surat ugutan daripada Mahathir. Kononnya kerajaan pusat kata itu adalah Hudud PAS maka kerajaan pusat terpaksa menolaknya tetapi bila PAS mohon Hudud Umno, sampai sekarang belum dikemukakan walau sehelai pun. Hakikatnya Umno sendiri yang tidak mahu sehingga sanggup memutarbelitkan cerita sebenar tentang perkara ini.

Bukan setakat menolak Hukum Hudud tetapi Mahathir dan pencacai-pencacainya sanggup menghina akan perintah Allah. Bagi mereka hukum ciptaan penjajah lebih baik dan adil daripada Hukum Allah sehinggakan beliau menyatakan bahawa hukum Hudud adalah ciptaan ahli feqah semata-mata kerana Hukum Hudud tiada didalam al-Quran (semoga sijahil ini diberi hidayah sebelum mampus).

Ingatlah yang mengaku bijak pandai, andainya kerajaan pusat membantu dari segi prasarana sehingga hukum yang telah 20 tahun diluluskan terlaksana, PAS akan tetap melakukannya kerana ia adalah dasar PAS walau pun ditentang oleh sekutu dalam PR. Jangan disamakan dengan Negara Brunei kerana Sultan sebagai pemerintah sendiri yang menitahkannya. Semoga Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya diberkati kerana menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...