Translate

Mesti Baca

Rabu, 16 Oktober 2013

Umno Patut Tolak Proksi Mahathir Jika Ingin Terus Disegani.


Mungkin kerana beliau masih menganggap dirinya adalah begitu penting buat buat Umno, maka Mahathir tidak akan duduk diam selagi anaknya tidak diberi salah satu kerusi VP Umno. Atau mungkin kerana menganggap yang beliaulah menubuhkan Umno Baru maka semua arahannya mesti tidak boleh diingkari. Pemimpin Umno patut lari dari dari kepompong Mahathir jika Umno ingin menjadi sebuah parti yang disegani oleh kawan dan lawan.

Inilah masa yang paling sesuai buat ahli Umno untuk benar-benar merehatkan wantan PM yang masih menganggap dirinya masih berkuasa dengan tindakan-tindakan beliau yang lebih kuah dari nasi. Semua rakyat malaysia tahu bagaimana Mahathir mengawal setiap perjalanan parti dan juga pentadbiran negara walau pun seribu kali beliau menafikannya. Kita mengambil contoh yang terkini bagaimana peranan yang beliau mainkan sebagai penasihat Petronas yang terlepas kontrak membekal bahan api kepada MAS di mana kontrak yang bernilai ratusan juta diberikan kepada syarikat anaknya.

Apa pun alasan yang beliau berikan, sebagai penasihat yang dibayar gaji dan dengan pejabat yang mewah, beliau patut lepaskan jawatan tersebut kerana peranan yang beliau mainkan. Beliau boleh menghebuhkan bagaimana pemimpin Umno yang masuk Umno kerana mengejar kekayaan tetapi adakah beliau cermin diri beliau sendiri bagaimana anak-anaknya adalah tersenarai di antara 40 individu terkaya di Malaysia.

Benarkah beliau langsung tidak mencampuri walau sedikit pun urusan pentadbiran negara dan juga di negeri Kedah yang diterajui oleh anaknya sebagai MB. Umno tidak akan rugi jika pengasas Umno Baru akan merajuk sekali lagi kerana anaknya tidak terpilih sebagai VP Umno dan Umno mesti ingat, apa yang berlaku terhadap mantan PM adalah kesalahan mereka sendiri yang terlebih-lebih menyanjung beliau sehinggakan beliau sudah naik lemak. Kemenangan orang-orang yang beliau tidak senangi sebagai Ketua Pemuda, Ketua Wanita Umno benar-benar menyakitkan hati beliau tanpa beliau sedari peranannya sudah mula dipinggirkan oleh para pemimpin Umno sendiri.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...